
Lagu: Barcelona
Artis: Maliq & d’Essential & Fariz RM
Komposer / Lirik: Fariz RM
Produser:
Maliq & d’Essentials akhiran ini cukup aktif dalam pemasaran lagu-lagu ramuan semula yang dizahirkan dalam rencah baru yang pastinya datang dengan tujuan memikat pendengar muda pastinya. Setelah kolaborasi bersama Dewa 19 begitu menjadi serta rakaman semula lagu Reza berjudul “Pertama”, mereka laju melangkah menghasilkan lebih rakaman lain.
Kolaborasi bersama Rahmania Astrini dan Eclat Story menerusi rakaman semula “Dia” dan “Untitled” antara yang berjalan dalam rencana bermuzik mereka. Selain cukup sibuk di pentas persembahan mereka juga aktif di studio dengan rakaman demi rakaman muzik.
Terkini, Maliq & d’Essentials meramu kembali sebuah lagu yang dirakam Fariz RM pada era 80-an berjudul “Barcelona” yang cukup kuat pengaruh City Pop dan Synth Pop dalam mood fiesta yang kedengaran cukup meriah sekali.
Pernah lebih awal dirakam Fairuz Hussein di lewat 80-an dengan judul “Nights In Barcelona”, Maliq & D’Essentials meramu kembali pesona City Pop dalam citarasa baru bermuzik.Terhasil dalam ramuan muzik yang begitu fun and festive, “Barcelona” di tangan Maliq begitu bernyawa sekali penghasilannya.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN