Lagu: Siapa Tak Mahu Artis: Siti Nurhaliza Komposer & Lirik: Ikhwan Fatana / Omar K / John Jeeves Produser: Omar K
Menulis apa pun jua tentang Siti saya kira harus berhati-hati kerana salah atur ayatnya kadang kita memaksudkan yang lain difahamkan yang lain – bukan kerana Siti yang tak faham tetapi faham-fahamlah not everyone can read between the lines, Siti obviously the coolest celebrity dan kita semua pun sayang Siti.
“Manifestasiti2020”at least not for me. It sounded too sloppy, overall. “Fragmen” adalah yang terakhir terbaik persembahannya. Lagu-lagu di album tersebut masih saya ulang dengar sehingga hari ini kerana produksi muzik album tersebut bagi saya cukup matang, mahal and solid.
Namun ada satu lagu di album “Manifestasiti2020” ini yang benar-benar menarik perhatian saya biarpun tidaklah datang dengan idea baru. “Siapa Tak Mahu” menjadi single terbaru yang saya kira benar-benar hadir dalam acuan muzik Pop Siti yang at least saya nak dengar daripadanya.
Lagu ciptaan Ikhwan Fatana, Omar K dan John Jeeves ini berlegar ilham Pop yang cukup catchy penghasilan melodinya. Ia tercipta sebagai pembuka yang cukup promising untuk sebuah album namun sayang “Manifestasiti 2020” tidak bergerak sebagai naskhah yang terlihat satu tetapi bermacam-macam.
penampilan hun haqeem dan mira filzah sebagai talent mv “siapa tak mahu”
Kemasan lagu ini terhasil ok bagi saya, tidaklah terhasil terlalu complicated, ada sedapnya, ada hook dan feelnya dapat. Saya dengan mudah membayangkan versi live nya akan jadi lebih hebat daripada versi studio.
Lagu-lagu begini adalah naskhah yang saya harapkan daripada Siti sebab dari dulu lagi setiap kali Siti merilis album lagu-lagu fast number begini yang akan menarik minat saya untuk dengar detail penyampaian Siti yang kuat pengaruh R&B dalam caranya yang tersendiri.
Hal-hal ini saya kira sangat jelas dalam lagu-lagu seperti “Siti Situ Sana Sini”, “Debaran Cinta”, “Ku Mahu”, “Satu Cinta Dua Jiwa”,“Pendirianku”, “Aku” dan all time fav saya “Sebenar Cinta” antaranya yang sifatkan sebagai lagu paling saya enjoy dengar Siti nyanyi.
Saya sebetulnya berharap Siti dapat bekerjasama dengan lebih produser-produser muda seperti Firdaus Rahmat & Mas Dewangga antaranya yang mampu mengeluarkan sesuatu yang mungkin kita tidak pernah dengar sebelum ini daripada Siti.
JAM RAWAN Artis: Marion Jola & Nino Komposer & Lirik: LaleIlmanNino Produser: LaleIlmanNino
Kraf muzik Marion Jola sejak berawal di pengakhiran Indonesian Idol 2018 meletakkan namanya sebagai hot selling artiste di Jakarta yang cukup tinggi permintaannya di pasar besar muzik Pop Indonesia.
Berawal dengan single “Jangan” yang cukup booming, Marion tidak melangkah perlahan dalam rangka kerjayanya yang sentiasa hadir dengan material muzik yang cukup menyenangkan penggemarnya.
Pop yang dikendong Marion berlegar ilham semasa namun tidak cheesy dengan produksi muzik yang sloppy. Semuanya dikaryakan dengan kualiti yang cukup tinggi keseluruhannya. Tidak hanya rakaman malah sehingga the whole branding setiap sing yang mewakili muzik video yang hebat semuanya.
Setelah usai solo album yang beredar tahun lalu, Marion awal tahun ini menghadirkan single “Aduh” sebelum berkolaborasi bersama Nino (RAN) menrusi single berjudul “Jam Rawan” yang mendapat sentuhan produser Pop on demand – LaleIlmanNino.
“Jam Rawan” seperti biasa menawarkan pesona Pop LaleIlmanNino yang hadir dalam melodi catchy dalam petikan gitar yang diselang seli dengan harmoni indah vokal Nino dan Marion Jola yang menzahirkan lagu sebagai sebuah naskhah yang menyanangkan.
Kelibat LaleIlmanNino dalam kembara kerjaya Marion Jola saya kira bukan sesuatu yang asing. Kolaborasi mereka saya kira sentiasa mengena dengan chemistry bermuzik yang baik. Biar sehingga hari ini saya kira masih belum ada single kolaborasi dua nama besar ini gagal menarik minat pendengar.
“Jam Rawan” dan “Aduh” yang beredar tahun ini saya kira melengkapkan portfolio muzik Marion Jola dengan cukup membanggakan. She’s current, lively dan tidak terlalu mencuba untuk melakukan sesuatu yang tidak perlu. It’s all about her pure talent.
Album: Yunizar (1980) Artis: Yunizar Hussein Produced & Arranged by: Ooi Eow Jin
Yunizar Hussein cukup sinonim dengan hits duet bersama M.Nasir menerusi lagu “Dua Insan” yang meletakkan namanya cukup ikonik di era 80-an. Usai fasa Bintang RTM yang disertainya di penghujung 70-an Yunizar ditawarkan kontrak rakaman bersama Phillips yang juga sebumbung bersama Alleycats dan M.Nasir ketika itu.
Album perdananya berjudul “Cinta” yang beredar di tahun 1979 menjadi pertaruhan yang agak perlahan sambutannya. Hanya di album kedua self-titled (1980) ini nama Yunizar mula dekat dengan pendengar.
Mengambil ilham Malay Pop dengan sentuhan balada, irama tradisional dan Pop menampilkan 10 lagu yang solid sebagai sebuah album dengan feel Melayu yang cukup baik. Seawal album ini dibuka dengan lagu “Joget Berpantun” saya sudah enjoy dengan feel lagu ini yang cukup memikat pendengaran.
Hal yang membuatkan saya senang mendengarkan album ini adalah kerana clarity vokal Yunizar yang cukup jelas dalam penyampaiannya. Cerita dalam setiap lagu disampaikan dengan cukup memaknakan bait-bait yang ditulis.
Projection vokalnya sangat-sangat baik sekali. Lagu rakaman semula Hetty Koes Endang berjudul “Dingin” antara penyampaian terbaik Yunizar di album ini dengan beberapa lagu lain seperti “Hatiku Luka Kerana Melukakanmu” yang begitu syahdu sekali perasaanya. This one of best ballad di album ini dan tak salah jika saya katakan sepanjang era 80-an.
“Mengapa Terkenang” sebuah lagi lagu dengan feel retro yang cukup menarik pendengaran. Muziknya begitu lively seperti mendengar persembahan live dalam persembahan vokal Yunizar yang cukup hebat sekali.
Album ini terhasil dalam acuan tipikal Pop 80-an seperti apa yang kita biasa dengan menerusi album-album Sharifah Aini, Khatijah Ibrahim juga Salamiah Hassan namun apa yang membezakan penyanyi-penyanyi hebat ini adalah corak penyampaian yang cukup tersendiri.
Nama Mimifly dalam legasi Pop tempatan saya kira mungkin masih belum benar-benar menemukan titik puncaknya sekalipun bakat yang dia miliki sepatutnya sudah mampu mengangkatnya ke tempat yang lebih tinggi.
Single “Superfly” yang beredar pada 2018 sebetulnya mampu meninggikan namanya di pasaran besar muzk lokal namun mungkin soal rezeki juga Mimifly tidak begitu diraikan sekalipun lagu tersebut sebuah naskhah yang baik.
Namun itu bukan persoalan besar saya kira kerana apa yang penting adalah keinginan Mimi untuk terus bermuzik tanpa henti. Usai fasa Gegar Vaganza, Mimifly bergerak solo kembali – Sebetulnya dia patut join GV as solo bukan grup sebab terlalu banyak hal yang boleh dia tawarkan on stage tapi disebabkan dia berkumpulan banyak hal yang tak dapat kita tengok.
Terkini Mimi tampil dengan dua single kolaborasi bersama Ratu Balqis (Buaya) dan bersama Altimet (Hujan) yang kedua-duanya beredar pada masa yang sama mengangkat kelebihan bermuzik Mimifly dalam penyampaian lagu-lagu rancak.
Kolaborasi bersama Ratu Balqis menerusi “Buaya” cukup solid sebagai sebuah lagu yang cukup moden, terkini dan terhasil dalam produksi muzik yang cukup catchy – senang diterima pendengar lokal.
Lagu ini punya potensi yang cukup besar untuk popular dan personally saya amat berharap lagu ini dapat menaikkan nama Mimifly dan juga Ratu Balqis. A very good radio Pop.
Komposer: Mimifly & Khairafik Khairudin
Kolaborasi kedua bersama Altimet berjudul “Hujan” menampilkan sisi berbeza Mimifly yang dirasai feel nyanyiannya. “Hujan” terhasil dalam naskah Pop yang sedikit heavy namun cukup sedap melodinya.
Saya punya harapan besar untuk melihat Mimifly menjadi Pop Dance artiste local yang punya jalan panjang dan diangkat ke tahap yang sepatutnya. Mimifly dan pengurusan karier muziknya harus bekerja keras untuk meletakkan nama Mimi benar-benar di puncak.
Beberapa produser yang harus Mimifly bekerjasama adalah YonnyBoii, MFMF., Alif, MyPopMachine dan untuk pasaran komesil Mimi harus mendapatkan naskhah Hael dan Ezra Kong kerana sudah tiba masanya bakat Mimifly diangkat sebaiknya.
Album: Soulmate (2020) Artis: Arsy Widianto & Brisia Jodie Produced & Arranged by: Yovie Widianto / LaleIlmanNino / Adrian Kitut
Nama Arsy Widianto & Brisia Jodie begitu booming sejak mereka merilis single “Dengan Caraku” pada tahun 2018 dengan jumlah tontonan di YouTube lebih 80 Juta dan strim Spotify yang sehingga hari ini sudah melebihi angka 40 juta keseluruhan.
Ini bukan angka biasa buat bakat baru yang meniti bibir pendengar muzik nusantara. Dengan didikan muzik maestro Yovie Widianto, kedua-dua anak muda ini cukup mudah menarik minat pendengar dengan pesona vokal yang mereka miliki.
Setelah itu Arsy juga Brisia meneruskan ledakan duet mereka dengan hits “Sejauh Dua Benua” sebelum sempat mengeluarkan single solo masing-masing dengan begitu booming sekali penerimaan pendengar.
EP “Soulmate” yang terhasil dalam 6 lagu keseluruhan ini menmpilkan ilham Pop Easy Listening yang cukup ringan sifatnya sesuai dalam listrik lirik cinta muda mudi yang cocok dengan suara kedua-dua mereka.
Yovie Widianto mengemudi album ini dengan satu acuan yang menghasilkan sweet Pop anak muda dalam rangkaian lagu-lagu seperti “Rindu Dalam Hati” contohnya antara lagu yang tidak sukar untuk dinikmati.
Produser trio LaleIlmanNino turut membuahkan ilham menerusi lagu “Mantan Teman” yang kental signature muzik produser ini.
Overall “Soulmate” tidaklah terhasil dalam persembahan Pop yang datang dengan idea baru, semuanya terasa biasa dengan melodi-melodi yang sering kita dengar ilhamnya.
Namun ia cocok sebagai sebuah kolaborasi yang menyatukan dua suara anak muda hari ini dalam satu standard rakaman muzik yang kualitinya cukup baik.
Hampir dua dekad bermuzik sebagai pemuzik Jazz / Urban Pop seberang, gruo Maliq & dÉssintials tidak pernah sunyi daripada penghasilan muzik yang cukup berevolusi dalam setiap karya mereka.
Bermula dengan soulful jazz di debut 1st Edition, groove di album “Free Your Mind” sehingga eksperimentasi city pop di album “Sriwedari”dan “Musik Pop” semuanya terhasil cukup membanggakan.
Muzik Maliq & dÉssentials semakin mahal dari segi kualiti muziknya yang tidak kurang memberi ilham baru buat pemuzik lainnya terinspirasi.
Terkini dalam rangkan mengeluarkan album terbaru berjudul “RAYA” mereka merilis bahagian pertama album ini dengan penghasilan dua single “Bertemu” dan “Memori”.
Masih terhasil dalam acuan muzik Maliq yang meraikan ilham-liham bahagia dalam penulisan baik lirik mahupun melodinya. “Memori” dan “Bertemu” bergerak seiring sebagai dua naskhah yang menghiburkan.
Biar saja kira secara peribadi tidak sekuat single “Senja Teduh Pelita” kedua-dua trak ini sudah pastinya mampu memberi kepuasan buat penggemarnya dan memberi inspirasi muzik bagi yang mahu menggali lebih kredibiliti grup Jazz ini.
Lagu: Egois Artis: Qody Rany Komposer & Lirik: Ikhwan Fatana / Wan Salleh Label: Najah Music
Saya tidak begitu notice bakat Qody sebelum dia join Big Stage yang berakhir baru-baru ini mungkin antara sebabnya material lagu yang tidak begitu menangkap pendengaran selain kurangnya exposure buatnya.
Qody saya kira sorang penyanyi template pertandingan yang ada dalam mana-mana competition – power vocal, boleh perform dengan baik dan selepas itu karier muziknya menjadi perlahan.
Banyak penyanyi yang bagus di stage lambat nak naik dalam pasaran mainstream atas beberapa faktor seperti masalah material yang tipikal, tak ada pembaharuan dan terlalu predictable. Hal-hal ini sama situasinya denga bakat pertandingan yang lain seperti Akim, Hazama, Pasha, Apex Tajuddin yang ambil masa untuk betul-betul menemukan titik puncak pemula untuk mereka berada di aras mainstream yang tepat.
Qody berawal dengan program Mentor Milenia di bawah kendalian Black pulang sebagai pemenang tempat kedua dan setelah itu karier bermuzinya berjalahan perlahan dengan beberapa single bermula 2016 – “Biar Aku”, “Hanya Kata” dan “Satu Malam” yang beredar tahun ini.
Terkini bersama Najah Music, Qody hadir dengan single ciptaan Ikhwan Fatana dan Wan Salleh yang sebetulnya masih berlegar idea serupa seperti apa yang Hazama, Akim, Black dan lain-lain penyanyi pertandingan pernah tawarkan.
Vokalnya baik, melodi lagunya memberi justice yang secukupnya untuk menonjolkan segala kualiti suara Qody sebagai penyanyi yang baik. Hal-hal ini bukan masalah tetapi “Egois” sounds too predictable.
Ajai dalam persembahan malam final Big Stage memuji persembahan Qody menerusi persembahan lagu Aladin yang disifatkan sepatutnya menadi repertoire bermuzik Qody. Dan ya saya amat bersetuju dengan pendapat Ajai tersebut.
Qody harus berani cuba satu kosmik Pop Rock dengan spund yang baru – lebih urban, lebih moden – Keluar daripada idea tipikal seperti apa yang ditawarkan menerusi “Egois”. Ya betul lagu ini akan disukai pendengar but again bakat Qody is bigger than this song.
Kembara muzik Qody saya kira harus lebih pantas selepas ini, muziknya harus hadir dengan sound yang lebih current, bersifat antarabangsa sekali pun ia ballad atau pun rock. Kemasan muziknya harus lebih muda agar drive juga momentum Qody dalam bermuzik tidak terikat pada template muzik yang sudah biasa kita dengar.
Lagu ini saya kira sekadar okey, acceptable. Korus sedap, suara sedap dan ya akan jadi lagu karaoke yang sedap dinyanyikan. Tapi itulah bakat Qody are bigger than this. Jalannya masih panjang, rujukan muzik Qody harus lebih luas dan besar (James Arthur, Lewis Capaldi) dan localizekan muziknya.
Semoga Qody boleh merangka sesuatu yang lebih besar and be the next Faizal Tahir because he can if wants.
Pengaruh muzik R&B tempatan banyak berevolusi dengan sound baru ketika penghujung 90-an dan awal era 2000 dengan barisan R&B lokal tempatan seperti Innuendo, Ferhad, Dayang Nurfaizah, Anuar Zain, Vince, Camelia dan dengan kemunculan grup bervokal harmoni seperti V.E dan Ruffedge antaranya.
Namun pasaran muzik ini sebetulnya sudah bergerak terlebih dahulu di era 80-an dengan kemunculan album-album penting Sheila Majid, Fairuz Hussein, Famieza dan Mazlan Hamzah yang menjadi pelopor muzik R&B dengan bantuan produser hebat seperti Susan Goh, Adnan Abu Hassan, Michael Verrapan dan Fauzi Marzuki.
Melewati kalendar muzik R&B tempatan yang berlegar dengan sound cukup internasional sifatnya menghadirkan kita dengan beberapa album yang cukup hebat seperti Innuendo (BranNuendo), Ferhad (Tubed), Syafinaz (Syyhh..) Sarimah, V.E (Specially For You) yang memberi landskap bunyi yang baru bagi pasaran muzik tempatan
Ahmad Izham Omar bersama Paul Moss dan Azlan Abu Hassan menghasilkan one of the best R&B album sepanjang masa menerusi album berjudul “Hati Ini” yang beredar pada tahun 1995.
“Hati Ini” terhasil sebagai sebuah album dengan standard teks R&B antarabangsa seperti apa yang ditawarkan penyanyi R&B luar seperti Shanice, Whitney, Toni Braxton ketika itu yang banyak berkolaborasi dengan produser seperti Jimmy Jam & Terry Lewis juga Babyface.
Liza Aziz memberikan persembahan vokal terbaiknya dalam sejarah pembikinan album Pop tempatan. Kesemua lagu di album ini diberi justifikasi seenak merdunya suara dan disipin nyanyian Liza. “Tak Rela”, “Bisikan Rinduku” juga the revemp sound of Melayu asli menerusi “Rintihan Anak Kota” terdengar sempurna dengan jiwa penyampaiannya yang tepat.
Masih ingat the most controversial remake yang dibikin Syafinaz menerusi “The Berkeley’s Project” yang menampilkan keberanian produser Ahmad Izham Omar, Helen Yap, Mac Chew, Jenny Chin, Aubrey Suwito yang membikin hits Datuk Ahmad Nawab dalam satu sound yang cukup berbeza.
Album berjudul “Syyh..” yang beredar pada tahun 2001 itu sehingga hari ini saya sifatkan sebagai sebuah remake album yang cukup berani dalam memebri tafsiran lagu terdahulu dalam rendisi semasa yang dibikin cukup kemas dan teliti penghasilannya.
Anuar Zain, Ferhad dan Vince antara crooner yang kental dalam persembahan muzik Pop R&B dalam penghasilan album-album mereka. Cukup dominan dengan stail muzik serta nyanyian R&B yang cukup membuai rasa jiwa-jiwa yang mendengar.
Ferhad menghasilkan 2 album studio berserta sebuah album rakaman live sepanjang bersama Positive Tone ketika itu memberi satu vibe berbeza penyanyi solo lelaki tempatan yang ketika itu cukup dominan dalam persembahan Pop & Rock.
Penyanyi R&B lelaki boleh dibilang dengan jari dan tidak salah jika dikatakan kehadiran Ferhad dan Anuar Zain mengubah landskap pasaran Pop tempatan dengan kemasan muzik yang datang dengan citarasa muzik berbeza dan cukup tersendiri acuannya.
Eksplorasi muzik R&B Pop dalam acuan tempatan Ferhad di album “Katakan Saja” yang beredar pada tahun 2003 terhasil dalam kualiti rakaman dengan standard cukup tinggi. Pengaruh Soul, Hip-Hop, Electronic dan Country diselitkan menerusi album ini dalam rangkaian 15 trak keseluruhannya.
Voice of Euphonious atau lebih dikenali sebagai V.E antara grup vokal harmoni yang cukup diminati ketika mereka hadir penuh penuh dengan single “Ayu” hadir dalam sebuah album berjudul “For You” meneruskan kelangsungan legasi R&B dan Soul Innuendo yang lebih awal mencuri perhatian di penguhujung 90-an dengan rangkaian hits “Belaian jiwa”, “Akhirnya”, “Selamanya” dan “Only Dancin” antaranya.
Menerusi “For You” – V.E hadir sebagai sebuah album R&B yang terhasill cukup solid produksi muziknya untuk dijadikan rujukan muzik anak muda hari ini. Beberapa lagu seperti “Pop Ye Ye”, “Kerna Sayang”, “Gimme Love” dan “Message Girl” hadir cukup original ketika dirilis.
Kekuatan vokal Zaf, Lah dan Damien menjadi nadi grup ini bergerak sebagai jiwa R&B yang cukup kental sekali. Weight vokal mereka begitu seimbang dalam memberi feel R&B yan begitu hebat sekali. Saya kira selepas Raihan dan Innuendo, V.E adalah grup vokal paling harmoni yang kita pernah ada.
Ruffedge sebuah lagi grup vokalR&B yang cukup besar di era 200 dengan penghasilan dua album penuh “Defined” dan “Ruffera” yang citarasa muziknya hadir sedikit berbeza dengan elemen hip-hop berbanding V.E.
Beberapa lagu di album perdana mereka seperti “Tipah Tertipu”, “Tiada Lagi Cinta” dan “Bila Rindu” sudah menjadi hits malar segar sehingga hari ini. “Ruffera” lebih berevolusi dengan sound lokal yang banyak diganding dalam feel R&B Hip Hop mereka. Lagu-lagu seperti “Lemas” dan kolaborasi bersama Noraniza Idris menerusi “Onjak Sekaki” hadir dalam feel lokal yang dievolusikan kemasan muziknya.
Dan tentu sekali trak terbaik album tersebut kolaborasi Ruffedge bersama Jacly Victor menerusi lagu “Kerinduan” yang terhasil penuh soul dan gabungan vokal yang mengagumkan.
Lima album menjadi antara rujukan terbaik R&B tempatan selain apa yang sudah dipersembahkan Innuendo, Dayang Nurfaizah, Anuar Zain dan Sheila Majid antaranya. Gerakan R&B 2000 ini terhasil cukup organik.
Kesemua album-album ini siap untuk anda dengarkan di saluran YouTube “Getaran Nostalgia” yang diusahakan Universal Music Malaysia bagi melestarikan kehebatan lagu-lagu terdahulu.
ADA CARA Artis: Ismail Izzani Komposer & Lirik: Ismail Izzani / Mas Dewangga / Firdaus Rahmat / Wan Ariz / Shaqiel Naufal Produser: MyPopMachine
Sejak bermuzik sekitar 2017 nama Ismail Izzani menjadi antara yang cukup dominan dalam menghasilkan naskhah urban Pop yang terhasil memberi satu warna berbeza dalam pasaran muzik lokal. Berawal dengan single “Sabar” Mail mencuri perhatian dengan muzik yang segar berbanding batch lainnya yang memilih lagu-lagu sendu seperti Haqiem Rusli dan Tajul.
Setelah itu, Ismail konsisten menghasilkan lagu-lagu yang sifatnya cukup moden dengan suntikan brand new R&B juga elemen hip-hop. “Berserah” kolaborasi Mail bersama Zizan antara yang terbaik sepanjang karier muziknya selain “Demi Kita”, “Hello”dan “Bidadari”.
Sejak pada itu saya kira Ismail dan batalion muziknya di WP Entertainment is one to watch kerana berani membesarkan pengaruh pendengaran pendengar lokal dengan sound lebih berkelas dan ada masa depan yang baik untuk muzik Malaysia berkembang.
Terkini bagi meluaskan segala kebolehnnya bermuzik, Ismail tidak memperlahankan karier muziknya biarpun single “Sedih” baru saja beredar. “Äda Cara”menjadi pertaruhan terbarunya dibawah kendalian dua produser masa depan Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat.
“Ada Cara” hadir dalam penghasilan melodi yang cukup mudah menangkap pendengaran. Korusnya cukup catchy namun tidak kedengaran begitu ringan masih ada weight dalam verse yang cukup.
Penulisan liriknya juga terhasil matang jika mahu dibandingkan dengan lagu-lagu Ismail sebelum ini. Bait “Ku pegang tali Nya hingga saat ku dikuburi, Dipasak enam pancang lilitan kawat berduri, Kita berbeza.” is the best part of the song.
Saya sukakan delivery Mail di lagu ini. Attitude dalam penyampaiannya sangat strong dan sebutannya jelas. Lagu ini saya kira tidak sukar untuk popular dan apa yang lebih penting daripada itu adalah naskhah Pop ini sudah meninggikan standard muzik tempatan ke level yang lebih baik.
Perjalan muzik Mikha Angelo yang berawal di pentas X Factor bergerak cukup sederhana sebelum memuncak bersama band muziknya “TheOvertune” yang cukup berhasil menerbikan rangkaian hits seperti “Bicara”, “I Still Love You”, dan “Takkan Kemana” antaranya.
Memperlahankan langkahnya bersama trio TheOvertune, Mikha aktif sebagai komposer dan produser muzik buat rakan artis lainnya seperti Raisa, Fatin, Nadin Amizah dan Monita Tahalea antaranya.
Dan meyakinkan dirinya sendiri untuk grow sebagai pemuzik, Mikha menerbitkan single solonya berjudul “Shot” dan “Run” yang lebih awal beredar sebelum debut “Amateur” menyinggah ruang dengar penggemarnya.
Menerusi “Amateur” Mikha Angelo melewati pasaran muzik Pop yang mengambil pengaruh Folk juga Alternatif yang dimodenkan bunyiannya dengan sentuhan muzik yang menjadi signature Mikha sendiri.
Pesona Mikha sebagai pemuzik yang matang cukup dirasai menerusi debut solonya ini. Setiap lagu tersusun kemas dan rapi dalam 8 rakaman lagu yang bukan sahaja membuat anda sebagai bangga dengan hasil kerjanya namun ia bergerak sebagai satu terapi bunyi yang cukup menyenangkan.
Dibuka dengan “Amateur” yang cukup perlahan membuai dengan melodi yang terhasil lembut juga penulisan lirik yang menyenangkan rasa “With all the stars, That shines above me in a lonely night, It’s warm inside my heart.”
“Stay Awhile” saya letakkan sebagai penulisan terbaik Mikha di album ini – baik melodi juga lirik kedua-duanya menyatu cukup sempurna sebagai satu spirit yang membentuk naskhah ini begitu istimewa sekali. Segala kelembutan rasa ini diteruskan dalam lagu-lagu lainnya seperti “Middle Ground” dan “Fairy Tale”.
Usai menghabiskan 31 minit mendengar album ini, saya kira anda tidak perlu menjadi penggemar Mikha atau mengenalinya untuk anda jatuh cinta dengan muziknya. “Amateur” terhasil dengan cukup cemerlang mengusik jiwa-jiwa manusia yang cukup tinggi estetika penulisan dan jiwanya.