
Lagu: Angkara
Artis: Siti Nordiana
Komposer & Lirik: Sharon Paul / Fedtri Yahya / Nana Alias
Produser: Sharon Paul
Kraf muzik Siti Nordiana dalam skala muzik Baladanya yang sudah menginjak usia dewasa bermuzik konsisten dalam memberi satu jenis hiburan galau buat penggemarnya.
Sejak berawal bermuzik dengan “Cinta Hanya Sandaran” (Adnan Abu Hassan) sehingga duet mega bersama Khai Bahar – “Satukan Rasa”, Nana jarang gagal dalam memberikan apa yang terbaik darinya tanpa perlu mencuba formula lain.
Kelebihan Nana dalam melantun Balada saya kira sempurna kerana kesederhanaannya dalam nyanyian. Jiwa dalam nyanyiannya tidak pernah melebih-lebih, semua dialun teratur mengikut acuan lagu dicipta.
Saya kira ini disiplin terbaik seorang penyanyi Balada. Sama seperti Liza Hanim yang saya letakkan sebagai penyanyi Balada gagasan 90-an yang berjiwa besar dalam nyanyian tanpa perlu berlebih-lebihan menunjul skil nyanyian.
Hal ini terbukti sekali lagi dalam single terbarunya “Angkara” naskhah Ballad Sharon Paul dengan tulisan lirik dari pena Fedtri Yahya dan Nana sendiri.
“Angkara” sebetulnya dari segi melodi tidak hadir dalam pesona yang penuh but again Balada Melayu nak bunyi macam mana lagi kan? Tapi lagu diselamatkan dengan konsistensi vokal dan feel Nana yang seperti saya katakan di awal tadi sempurna dalam kesederhanaannya.
Korus lagu ini benar-benar memberi kepuasan mendengar feel Nana yang cukup baik. Butir-butir lirik dialun dengan memaknakan pengisian ceritanya.
Jika hanya mahu mengukur dari segi penghasilan lagu semata saya kira “Angkara” tidak ubah seperti “Gundah” dan “Memoir Rindu” naskhah Sharon yang lebih awal beredar tetapi lebih kemas dari segi susunan muzik dan kualiti rakaman yang hadir dalam clarity yang cemerlang.
Hal yang sama dalam produksi muzik AG Coco di lagu “Satukan Rasa” yang mana rakamannya kedengaran jelas especially those guitar strumming dan di lagu “Angkara” hal-hal ini turut dititik beratkan sebagai detail yang menjadikan soundnya lebih mahal.
Lagu ini saya kira tidak sukar menembus pasaran popular dan Nana pastinya akan mengekalkan namanya dalam radar popular tahun ini dengan single ini. Unless anda sudah bosan dengan balada begini.
7.2/10
ARTIKEL BERKAITAN