
Album: FIX (2000)
Artis: Deanna Yusuff
Produced & Engineered: Deanna / Luke Mason / Paul Moss
Tahun 2000 saya kira tahun yang cukup cemerlang bagi perkembangan muzik lokal dengan kehadiran begitu ramai bakat-bakat muda dan baru yang berani mempertaruhkan naskhah muzik yang current dan ke depan.
Nama-nama seperti Juliet The Orange, Pete Teo, Poetic Ammo, Innuendo, Ferhad dan Rabbit antara yang cukup ke depan dengan penghasilan album berbahasa Inggeris dalam citarasa global dalam kemasan muzik lokal yang begitu berani.
Satu daripada nama yang begitu mencuri perhatian adalah aktress terkemuka Deanna Yusuf atau lebih dekat dengan stage name sebagai penyanyi sebagai Deanna menghasilkan album keduanya berjudul “FIX” yang lari daripada tempo alternatif pop yang dihidangkan menerusi debut “Devide & Continue” (1995).
Bersama barisan pemuzik handalan seperti Paul Moss dan Luke Mason, Deanna merangka FIX sebagai sebuah album dengan pengaruh EDM Pop, Dance juga Fusion Pop yang cukup kemas dalam persembahan kualiti rakaman yang cukup membanggakan.
Album ini terhasil sebagai sebuah naskhah electronic Pop yang mencedok ilham muzik popular Madonna juga Kylie Minoque yang cukup popular ketika itu dengan konsep album begini. Lagu-lagu seperti “Blonde” dan “Queen” yang menjadi hits perdana album ini membuktikan hal-hal tersebut.
Deanna sebagai pemuzik wanita saya kira cukup berani dalam memberi satu warna berbeza pasaran muzik lokal ketika album ini diterbitkan 20 tahun lalu. Mendengarkan kembali lagu-lagu seperti “Beautiful” dan “Blindfold” membuatkan hati saya terdetik betapa tingginya standard muzik yang diberikan Deanna dan batalion muziknya menerusi album ini.
Mendengarkan kembali FIX setelah 2 dekad beredar di pasaran muzik tempatan, saya kira album terlalu advance dalam memikat pendengaran tempatan sehingga dipinggirkan pendengar juga pengamal muzik lokal ketika itu.
Dan saya juga tidak pelik jika ada antara anda yang tidak aware dengan bakat Deanna sebagai pemuzik juga penyanyi kerana begitu kurangnya exposure untuk album ini ketika diedarkan.
Namun masih belum terlambat saya kira kerana muzik tidak pernah ada tarikh luputnya. Anda kini boleh menikmati FIX dan dengar dengan minda serta hati terbuka bagi memahami muzik yang dibawakan Deanna menerusi FIX.
9/10
Credits
- Creative Director – K. Chan, L. Portier
- Executive-Producer – Playtime Productions
- Guest – Luke Mason, Sufiah (2)
- Mixed By – Chris Jungo (tracks: 8,9,10), Illegal (5), Paul Moss (tracks: 1,2,3,4,5,6,7,11,12,13)
- Music By, Producer, Recorded By – Chris Jungo
- Photography By – Andy Hong (3)
- Recorded By – Illegal (5), Paul*, Tham (6)
- Songwriter – Deanna (6)
ARTIKEL BERKAITAN
10 Album Rare Ini Kini Boleh Anda Dengar Secara Eksklusif di YouTube Channel “Getaran Nostalgia”