
Lagu: Siapa Tak Mahu
Artis: Siti Nurhaliza
Komposer & Lirik: Ikhwan Fatana / Omar K / John Jeeves
Produser: Omar K
Menulis apa pun jua tentang Siti saya kira harus berhati-hati kerana salah atur ayatnya kadang kita memaksudkan yang lain difahamkan yang lain – bukan kerana Siti yang tak faham tetapi faham-fahamlah not everyone can read between the lines, Siti obviously the coolest celebrity dan kita semua pun sayang Siti.
“Manifestasiti2020” at least not for me. It sounded too sloppy, overall. “Fragmen” adalah yang terakhir terbaik persembahannya. Lagu-lagu di album tersebut masih saya ulang dengar sehingga hari ini kerana produksi muzik album tersebut bagi saya cukup matang, mahal and solid.
Namun ada satu lagu di album “Manifestasiti2020” ini yang benar-benar menarik perhatian saya biarpun tidaklah datang dengan idea baru. “Siapa Tak Mahu” menjadi single terbaru yang saya kira benar-benar hadir dalam acuan muzik Pop Siti yang at least saya nak dengar daripadanya.
Lagu ciptaan Ikhwan Fatana, Omar K dan John Jeeves ini berlegar ilham Pop yang cukup catchy penghasilan melodinya. Ia tercipta sebagai pembuka yang cukup promising untuk sebuah album namun sayang “Manifestasiti 2020” tidak bergerak sebagai naskhah yang terlihat satu tetapi bermacam-macam.

penampilan hun haqeem dan mira filzah sebagai talent mv “siapa tak mahu”
Kemasan lagu ini terhasil ok bagi saya, tidaklah terhasil terlalu complicated, ada sedapnya, ada hook dan feelnya dapat. Saya dengan mudah membayangkan versi live nya akan jadi lebih hebat daripada versi studio.
Lagu-lagu begini adalah naskhah yang saya harapkan daripada Siti sebab dari dulu lagi setiap kali Siti merilis album lagu-lagu fast number begini yang akan menarik minat saya untuk dengar detail penyampaian Siti yang kuat pengaruh R&B dalam caranya yang tersendiri.
Hal-hal ini saya kira sangat jelas dalam lagu-lagu seperti “Siti Situ Sana Sini”, “Debaran Cinta”, “Ku Mahu”, “Satu Cinta Dua Jiwa”,“Pendirianku”, “Aku” dan all time fav saya “Sebenar Cinta” antaranya yang sifatkan sebagai lagu paling saya enjoy dengar Siti nyanyi.
Saya sebetulnya berharap Siti dapat bekerjasama dengan lebih produser-produser muda seperti Firdaus Rahmat & Mas Dewangga antaranya yang mampu mengeluarkan sesuatu yang mungkin kita tidak pernah dengar sebelum ini daripada Siti.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Hadiah Sebuah Sepi Dalam Melodi Lara “Tanpa Rela” Misha Omar