
Pengaruh muzik R&B tempatan banyak berevolusi dengan sound baru ketika penghujung 90-an dan awal era 2000 dengan barisan R&B lokal tempatan seperti Innuendo, Ferhad, Dayang Nurfaizah, Anuar Zain, Vince, Camelia dan dengan kemunculan grup bervokal harmoni seperti V.E dan Ruffedge antaranya.
Namun pasaran muzik ini sebetulnya sudah bergerak terlebih dahulu di era 80-an dengan kemunculan album-album penting Sheila Majid, Fairuz Hussein, Famieza dan Mazlan Hamzah yang menjadi pelopor muzik R&B dengan bantuan produser hebat seperti Susan Goh, Adnan Abu Hassan, Michael Verrapan dan Fauzi Marzuki.
Melewati kalendar muzik R&B tempatan yang berlegar dengan sound cukup internasional sifatnya menghadirkan kita dengan beberapa album yang cukup hebat seperti Innuendo (BranNuendo), Ferhad (Tubed), Syafinaz (Syyhh..) Sarimah, V.E (Specially For You) yang memberi landskap bunyi yang baru bagi pasaran muzik tempatan
Ahmad Izham Omar bersama Paul Moss dan Azlan Abu Hassan menghasilkan one of the best R&B album sepanjang masa menerusi album berjudul “Hati Ini” yang beredar pada tahun 1995.
“Hati Ini” terhasil sebagai sebuah album dengan standard teks R&B antarabangsa seperti apa yang ditawarkan penyanyi R&B luar seperti Shanice, Whitney, Toni Braxton ketika itu yang banyak berkolaborasi dengan produser seperti Jimmy Jam & Terry Lewis juga Babyface.
Liza Aziz memberikan persembahan vokal terbaiknya dalam sejarah pembikinan album Pop tempatan. Kesemua lagu di album ini diberi justifikasi seenak merdunya suara dan disipin nyanyian Liza. “Tak Rela”, “Bisikan Rinduku” juga the revemp sound of Melayu asli menerusi “Rintihan Anak Kota” terdengar sempurna dengan jiwa penyampaiannya yang tepat.
Masih ingat the most controversial remake yang dibikin Syafinaz menerusi “The Berkeley’s Project” yang menampilkan keberanian produser Ahmad Izham Omar, Helen Yap, Mac Chew, Jenny Chin, Aubrey Suwito yang membikin hits Datuk Ahmad Nawab dalam satu sound yang cukup berbeza.
Album berjudul “Syyh..” yang beredar pada tahun 2001 itu sehingga hari ini saya sifatkan sebagai sebuah remake album yang cukup berani dalam memebri tafsiran lagu terdahulu dalam rendisi semasa yang dibikin cukup kemas dan teliti penghasilannya.
Anuar Zain, Ferhad dan Vince antara crooner yang kental dalam persembahan muzik Pop R&B dalam penghasilan album-album mereka. Cukup dominan dengan stail muzik serta nyanyian R&B yang cukup membuai rasa jiwa-jiwa yang mendengar.
Ferhad menghasilkan 2 album studio berserta sebuah album rakaman live sepanjang bersama Positive Tone ketika itu memberi satu vibe berbeza penyanyi solo lelaki tempatan yang ketika itu cukup dominan dalam persembahan Pop & Rock.
Penyanyi R&B lelaki boleh dibilang dengan jari dan tidak salah jika dikatakan kehadiran Ferhad dan Anuar Zain mengubah landskap pasaran Pop tempatan dengan kemasan muzik yang datang dengan citarasa muzik berbeza dan cukup tersendiri acuannya.
Eksplorasi muzik R&B Pop dalam acuan tempatan Ferhad di album “Katakan Saja” yang beredar pada tahun 2003 terhasil dalam kualiti rakaman dengan standard cukup tinggi. Pengaruh Soul, Hip-Hop, Electronic dan Country diselitkan menerusi album ini dalam rangkaian 15 trak keseluruhannya.
Voice of Euphonious atau lebih dikenali sebagai V.E antara grup vokal harmoni yang cukup diminati ketika mereka hadir penuh penuh dengan single “Ayu” hadir dalam sebuah album berjudul “For You” meneruskan kelangsungan legasi R&B dan Soul Innuendo yang lebih awal mencuri perhatian di penguhujung 90-an dengan rangkaian hits “Belaian jiwa”, “Akhirnya”, “Selamanya” dan “Only Dancin” antaranya.
Menerusi “For You” – V.E hadir sebagai sebuah album R&B yang terhasill cukup solid produksi muziknya untuk dijadikan rujukan muzik anak muda hari ini. Beberapa lagu seperti “Pop Ye Ye”, “Kerna Sayang”, “Gimme Love” dan “Message Girl” hadir cukup original ketika dirilis.
Kekuatan vokal Zaf, Lah dan Damien menjadi nadi grup ini bergerak sebagai jiwa R&B yang cukup kental sekali. Weight vokal mereka begitu seimbang dalam memberi feel R&B yan begitu hebat sekali. Saya kira selepas Raihan dan Innuendo, V.E adalah grup vokal paling harmoni yang kita pernah ada.
Ruffedge sebuah lagi grup vokalR&B yang cukup besar di era 200 dengan penghasilan dua album penuh “Defined” dan “Ruffera” yang citarasa muziknya hadir sedikit berbeza dengan elemen hip-hop berbanding V.E.
Beberapa lagu di album perdana mereka seperti “Tipah Tertipu”, “Tiada Lagi Cinta” dan “Bila Rindu” sudah menjadi hits malar segar sehingga hari ini. “Ruffera” lebih berevolusi dengan sound lokal yang banyak diganding dalam feel R&B Hip Hop mereka. Lagu-lagu seperti “Lemas” dan kolaborasi bersama Noraniza Idris menerusi “Onjak Sekaki” hadir dalam feel lokal yang dievolusikan kemasan muziknya.
Dan tentu sekali trak terbaik album tersebut kolaborasi Ruffedge bersama Jacly Victor menerusi lagu “Kerinduan” yang terhasil penuh soul dan gabungan vokal yang mengagumkan.
Lima album menjadi antara rujukan terbaik R&B tempatan selain apa yang sudah dipersembahkan Innuendo, Dayang Nurfaizah, Anuar Zain dan Sheila Majid antaranya. Gerakan R&B 2000 ini terhasil cukup organik.
Kesemua album-album ini siap untuk anda dengarkan di saluran YouTube “Getaran Nostalgia” yang diusahakan Universal Music Malaysia bagi melestarikan kehebatan lagu-lagu terdahulu.
ARTIKEL BERKAITAN
2 Dekad Deanna “FIX” Sebagai Sebuah Naskhah Sound of The Future Muzik Tempatan