Highlight, Review, Terkini,

Paradoks Pop Isyana Sarasvati Dalam Radikal Klasikal “Unlock The Key”


Lagu: Unlock The Key
Artis: Isyana Sarasvati
Komposer & Lirik: Isyana Sarasvati
Produser: Kenan Loui

“LEXICON” yang beredar tahun ini menjadi satu transisi muzik yang cukup berbeza daripada Isyana Sarasvati yang berawal dalam acuan R&P Pop Darling menerusi “Keep Being You”.

Penyatuan muzik Klasikal dan Pop di album ketiganya itu menjadi bukti kedewasaan bermuzik Isyana yang semakin berani, ekspresif dan menongkah arus trend pasaran semasa.

“UNLOCK THE KEY” menjadi pertaruhan terbarunya setelah beberapa Klasikal single seperti “Ragu Semesta” dan “Untuk Hati Yang Terluka” yang menjadi hits perdana LEXICON.

Isyana menulis sepenuhnya “UNLOCK THE KEY” dengan kelolaan produksi muzik Kenan Loui mengeluarkan lebih lagi sisi muzik sebenar yang mahu dikerjakan Isyana bagi mengisi solid portfolio kerjaya muzinya.

Lagu ini terhasil besar sekali skala muziknya. Penghasilan melodinya sahaja sudah buat saya kagum dengan Isyana belum lagi soal kemasan muzik, string session, riff keras gitarnya dan tentu sahaja kerja halus vokal Isyana di lagu ini.

Emosinya membolak balik dalm kemarahan juga kekeliruannya “I keep falling into fear, every single time I want to open my mind…”

Saya lebih terpesona dengan keupayaan vokalnya menerusi selingan nyanyian opera sopranonya yang meninggalkan remang, resah sehingga ke penghujung lagu.

Isyana saya kira semakin berani dalam bermuzik tanpa berkompromi untuk please pasaran mainstream. Dan keberanian begini tidak banyak ada pada penyanyi lain sedia ada.

Isyana cukup kritis dan kreatif kali ini. Hal ini pastinya akan membuatkan karya ini bakal diperbahaskan untuk hayat karier muziknya biar sepuluh atau dua puluh tahun mendatang.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

18 Tahun Usia Bermuzik, Maliq & D’Essentials Rilis Bahagian Pertama Album RAYA

Highlight, Review, Terkini,

#TheFutureIsBright Terbuai Dalam EP “A Bouquet of Carnation” Kevin Hugo Yang Melekakan

Album: A Bouquet of Carnation (EP) 
Artis: Kevin Hugo
Produser: Dissa Kamajaya / Ridhwan Rahmawan
Label: Sorai © 2020

Nama Kevin Hugo mencuri perhatian penggemar muzik Indonesia dengan rangkaian lagu-lagu yang sering dicover di akaun Instagram nya selain kelibatnya di program Indonesian Idol yang lalu. Biar gagal menempatkan diri di 12 teratas, Kevin Hugo sudah mengumpul penggemarnya yang tersendiri.

Tahun 2020 menjadi tahun penting buat Kevin yang sudap siap untuk bergerak dalam pasaran komersil dengan merilis single nya sendiri. Berawal dengan lagu “A Letter to You” yang dirilis September lalu, pesona vokalnya yang berbisik-bisik lembut hadir menawan dengan mudahnya.

Kevin memiliki karakter vokal yang cukup gemersik, setiap inci suaranya disulami feel yang sangat tepat dengan lagu-lagunya. Dan hal ini penting untuk setiap penyanyi untuk benar-benar faham karakter suara mereka dan Kevin Hugo ada hal

EP “A Bouquet of Carnation” ini berisi 3 lagu yang membawa ilham cinta dalam lembutnya setiap melodi yang terhasil. “Unpleased” (Kevin Hugo / Richard Ignatius Lianto) dan “Nostalgia” (Kevin Hugo) menjadi dua lagi lagu yang terisi di EP ini yang menagmbil feel R&B yang minimal tetapi cukup memberi impak dalam feel yang sangat menawan.

Vokal Kevin menjadi keistimewaan utama EP ini – menyatu cukup sempurna dalam setiap lagu yang membuat kita sebagai pendengar benar-benar larut dalam nyanyiannya.

Kevin Hugo saya kira satu antara bakat baru yang harus diberi lebih perhatian. Asas bakatnya cukup baik dan masih banyak hal yang boleh di explore dengan kualiti-kualiti yang dia persembahkan menerusi EP ini.


ARTIKEL BERKAITAN

Ceritera Lelah & Indahnya Hidup Dalam 8 Melodi Membuai Rasa Mikha Angelo

Highlight, Review, Terkini,

Penyatuan Melodi Pop Dalam Produksi Muzik Mewah “Semenjak Internet” Oleh Petra Sihombing

Album: Semenjak Internet (2020)
Artis: Petra Sihombing
Produser: Petra Sihombing
Label: Dua Puluh Tiga

Petra Sihombing merencana kraf muziknya sejak memperkenalkan debut “Mine” pada tahun 2014 dengan ilham Pop yang pada ketika itu tidaklah begitu menarik minat saya mendengar idea muziknya.

Namun itu hanya fasa mula dia bergerak sebagai seorang pemuzik yang matang dan kematangannya terlihat jelah ketika Petra merilis album keduanya pada tahun 2018 dengan judul “1/4” yang saya letakkan antara album penting Indonesia di tahun tersebut.

Menerusi “1/4” Bakat ini mengeksplorasi jaluran muzik Synth Pop juga City Pop yang diadun dalam acuan muzik yang bergerak lebih personal. Lantas melahirkan lagu-lagu hebat seperti “Nirmala” antaranya.

Tahun ini Petra kembali aktif bermuzik setelah tahun lalu menzahirkan album runut bunyi “Teman Baca Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini” selain kolaborasi bersama Hindia memerusi lagu “Hidrasi”

“Semenjak Internet” menjadi pertaruhan terkini Petra Sihombing dalam 12 trak keseluruhan yang diterbitkan bersama kolaborasi rakan pemuzik lain yang cukup dikenali seperti Sal Priadi, Kunto Aji, Hindia, Teddy Adhitya, Tulus, Pamungkas, Danilla, Sheryl Sheinafia, Ben Sihombing dan David Bayu.

Melihat senarai nama-nama ini sahaja sudah membuatkan saya teruja mendengarkan keseluruhan album ini. Dibuka dengan lagu “Canggih” (Petra Sihombing / Sal Priadi) cukup kuat pengaruh Synth Pop dalam groove yang penuh memikat. Lagu in ihadir dengan hook yang cukup mudah untuk kita enjoy.

“Apa?” (Petra Sihombing / Teddy Adhitya) meneruskan groove yang ada pada “Canggih” tetapi dengan feel lebih sensual dalam layangan muzik lo-fi dan lirik yang cukup humanis “Mau apa lagi hari ini. Memuaskan keinginan hati, Memang sulit berhenti.” 

Dan semua cerita-cerita manusia dalam penulisan liriknya itu diteruskan dalam beberapa lagu lainnya seperti “Manusia Kasur” (Pamungkas / Petra Sihombing), “Cerita Kita Milik Semua” dan “Astrologi” (Sheryl Sheneifa / Petra Sihombing) yang rata-ratanya mengangkat isu kendiri.

Saya lebih tertarik dengan idea muzik “Selimut” karya kolaborasi Petra bersama Baskara (Hindia) dalam feel psychedelic Pop yang disambug cukp baik continuity nya menerusi lagu “Adu/h” yang terhadir sebagai satu konsep yang solid menyatu antara satu trak ke trak yang lain dengan kesinambungan yang terkait.

Dan pengalaman beginilah yang saya cari setiap kali mendengar sebuah album. Muziknya harus menyatu dari satu lagu ke lagu lainnya. Dan hal-hal ini ada di album “Semenjak Internet”. “Adu/h” diperlahankan momentum muziknya dengan cukup deep sebelum diraikan melodi yang meneynangkan di lagu “Bodoh” (Ben Sihombing).

Lagu ini terhasil dalam ilham Folk namun masih mengambil teras Synth Pop yang melatari keseluruhan konsep album ini. “Kawan” meneruskan ilham Folk tersebut dalam melodi ciptaan Tulus dalam lirik yang cukup Tulus sekali sifatnya namun tidak kedengaran canggung dalam persembahan tersendiri Petra Sihombing.

“Martabat Manis” (Kunto Aji) mengembalikan groove di lagu “Canggih” di awal tadi dengan lebih soulful. Feel Jazz di lagu ini dinaikkan seri bunyinya dengan penggunaan instrumen. Album ini ditutup dengan “Cinta Digital” dengan ilham Ballad yang cukup lembut.

Album ini hadir sebagai sebuah conceptual album yang cukup menarik, setiap lagu dialbum ini hadir dalam pengisian muzik juga journey lirikal yang cukup halus penghasilannya. Petra Sihombing menghasilkan sebuah album dengan visi muzik yang jelas.

Sebagaimana saya puas mendengar album-album Sal Priadi, Kunto Aji, Hindia  dan Tulus – sebegitu juga saya meletakkan album ini dengan standard juga citarasa yang cukup mewah pengalaman muziknya.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Peri Puitis “Sal Priadi” Dalam 11 Nyalaan Rasa Yang Seperti Percikan Api, Ais & Awan Yang Meletus ke Hati

Review, Terkini,

Alex Ungku Hadir Dengan “I Miss You, Still” Sebagai Pertaruhan Terbaru

I MISS YOU, STILL
Artis: Alex Ungku
Komposer / Lirik / Produser: Azfar Jamili / Ungku Iskandar Asyraf

Alex Ungku awal tahun ini merilis “Let Me In” single kolaborasi bersama Bil Musa yang mengangkat feel brand new R&B yang cukup baik penghasilannya baik daripada penciptaan melodi, lirik, kualiti produksi sehinggalah chemistry kedua-dua mereka.

Kelibat muzik Alex Ungku lebih awal mencuri perhatian pengikur Urban Pop tempatan ketika dia bersama produser MFMF. menerbitkan single “Summer Love” tahun lalu. Sejak itu nama Alex Ungku semakin dikenali bersama barisan bakat lain seperti Lunadira, Midnight Fusic dan Airliftz antaranya.

Terkini meneruskan ilham muzik R&B, Alex Ungku hadir lebih gloomy dan moody menerusi single “I Miss You, Still” yang ditulis bersama Azfar Jamili atau lebih dikenali dengan stage name Afaro.

Single ini datang dalam idea serupa “Let Me In” namun dalam perasaan yang lebih gelap seiring penulisan liriknya dalam bait-bait seperti “They say I’m crazy for thinking of you, still.” Lagu-lagu begini saya kira dekat dengan ilham Pop semasa global hari ini seperti apa yang ditawarkan RUEL, Troye Sivan antaranya.

“I Miss You, Still” terhasil okey bagi saya, hook pada melodinya kurang dirasai jika hanya mendengar sekali dua, namun mampu menangkap pendengaran setelah beberapa kali diulang. Untuk pasaran besar tempatan lagu ini mungkin agak sukar menembus ketidakbiasaan pendengar biasa dengan muzik begini.

Namun Alex Ungku is another music treasure yang harus kita raikan bakatnya kerana visi muziknya besar dan hal ini penting bagi meninggikan standard muzik tempatan. Saya berharap akan ada kolaborasi bersama MFMF. untuk single berbahasa Malaysia daripada Alex Ungku selepas ini.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kolaborasi Pop Bil Musa, Alex Ungku & MFMF. Menerusi “Let Me In”

#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

Dominasi Bakat Baru Memenuhi Pencalonan Anugerah Musik Indonesia ke-23

Dalam kebingungan ramai pengamal muzik hari tentang masa depan berkarya dalam bidang ini, pasaran muzik Indonesia tidak pernah lelah dalam meninggikan pengkarya mereka dengan majlis penghargaan muzik berprestij.

Tahun ini Anugerah Musik Indonesia kembali lagi buat kali ke-23 dengan mengangkat tema “Musik Menyatukan Kita” yang menyaksikan sebanyak 2971 jumlah karya yang telah dihantar ke panitia AMI untuk dinilaikan juri terpilih.

Rata-rata top 5 yang tercalon tahun ini nampaknya terdiri daripada barisan bakat-bakat baru dalam bidang Pop yang semakin diraikan di pasar besar muzik Indonesia.

Kelibat bakat muda seperti Tiara Andini, Mawar De Jongh, Lyodra antara yang pertama kali tercalon untuk Anugerah Musik Indonesia tahun ini.

Nama-nama seperti Marion Jola, Andmesh, Tulus, Raisa, Isyana Sarasvati dan Noah yang sering menang besar sebelum ini turut menempatkan diri dalam senarai Top 5 AMI Awards tahun ini.

Album terakhir soloist Glenn Fredly “Romansa Ke Masa Depan” turut diraikan dalam beberapa kategori utama seperti “Album Terbaik” dan “Artis Solo Pria Terbaik”. Semak pencalonan utama AMI Awards tahun ini seperti di bawah:

BIDANG UMUM

Pendatang Baru Terbaik
Chintya Gabriella – Percaya Aku
Dead Bachelors – A Kiss You Can’t Take Back
Mahen – Pura Pura Lupa
Reza Chandika, Rendha Rais – Sampai Kapan
Tiara Andini – Gemintang Hatiku
Ziva Magnolya – Tak Sanggup Melupa #terlanjurmencinta

Album Terbaik
Cinta Luar Biasa – Andmesh (Hits Records)
Keterkaitan Keterikatan – Noah (Musica Studios)
Lexicon – Isyana Sarasvati (Sony Music Entertainment Indonesia)
Marion – Marion Jola (Universal Music Indonesia)
Menari Dengan Bayangan – Hindia (Sun Eater)
Romansa ke Masa Depan – Glenn Fredly (Musik Bagus Indonesia)
Selamat Ulang Tahun – Nadin Amizah (Sorai)

Karya Produksi Terbaik
Fine Today (OST. Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini) – Ardhito Pramono (Sony Music Entertainment Indonesia)
Kala Cinta Menggoda – Noah (Musica Studios)
Lathi – Weird Genius, Sara Fajira (Weird Genius, Astralwerks)
Lebih Dari Egoku – Mawar de Jogh (Trinity Optima Production)
Maafkan Aku #terlanjurmencinta – Tiara Andini (Universal Music Indonesia)
Rayu – Marion Jola, Laleilmanino (Universal Music Indonesia)

BIDANG POP

Artis Solo Wanita Pop Terbaik:
Eva Celia – Love Within
Isyana Sarasvati – Untuk Hati Yang Terluka
Lyodra – Mengapa Kita #terlanjurmencinta
Mawar de Jongh – Lebih Dari Egoku
Raisa – Teristimewa
Tiara Andini – Maafkan Aku #terlanjurmencinta

Artis Solo Pria Pop Terbaik
Andmesh – Nyaman
Fiersa Besari – Pelukku Untuk Pelikmu (OST. Imperfect)
Glenn Fredly – Kembali ke Awal (OST. Twivortiare)
Judika – Tak Mungkin Bersama
Nino – Pergilah
Tulus – Adaptasi

Duo/Grup Pop Terbaik
Eclat Story – Bentuk Cinta
Fourtwnty – Nematomorpha
HIVI! – Bumi dan Bulan
Noah – Kala Cinta Menggoda
RAN – Saling Merindu

Pencipta Lagu Pop Terbaik
Andmesh Kamaleng – Kumau Dia
Isyana Sarasvati – Untuk Hati Yang Terluka
Laleilmanino – Rayu
Raisa Andriana, Haris Pranowo, Marco Steffiano – Teristimewa
Yovie Widianto – Maafkan Aku #terlanjurmencinta

Penata Musik Pop Terbaik
Aldi Nada Permana – Biar Waktu Hapus Sedihku
Andi Rianto – Selesai
Laleilmanino – Rayu
Tohpati – Menunggu Jadi Pacarmu (Menjamu)
Yovie Widianto, Adrian Kitut – Maafkan Aku #terlanjurmencinta

Album Pop Terbaik Cinta Luar Biasa –
Andmesh (Hits Records)
Keterkaitan Keterikatan – Noah (Musica Studios)
Marion – Marion Jola (Universal Music Indonesia)
Romansa ke Masa Depan – Glenn Fredly (Musik Bagus Indonesia)
Selamat Ulang Tahun – Nadin Amizah (Sorai)

BIDANG SOUL/R&B

Artis Solo Pria/Wanita Soul/R&B Terbaik
Audrey Tapiheru – Daisy
Cantika – Start Over
Marion Jola – Damba
Raisa – You
Rinni Wulandari – Born Ready
Teddy Adhitya – Everything is Everything

Duo/Grup/Kolaborasi Soul/R&B Terbaik
Dead Bachelors – A Kiss You Can’t Take Back
Elfa Zulham , Teddy Adhitya – You Are Too Beautiful
Marion Jola, Tuan Tigabelas – Favorite Sin
Soundwave – Inikah Cinta
Vidi Aldiano, Raline Shah, A. Nayaka – Ready For Love

BIDANG ROCK

Artis Solo Pria/Wanita Rock/Instrumentalia Rock Terbaik
Aldrian Risjad – State of Uncertainty
Andre Dinuth – Aeonian
Bondan Prakoso – Sunrise
Marcello Tahitoe – Hanyut
Once Mekel – Musisi

Duo/Grup/Kolaborasi Rock Terbaik
Cokelat – Anak Garuda
Endank Soekamti – Bisa
Kelompok Penerbang Roket – Dikejar Setan
Kotak – Hoax
Slank – Bercinta di Sorga

Album Rock Terbaik
Air – Endank Soekamti
Antistatis – Marcello Tahitoe
GBS Fest – Gugun Blues Shelter
Roda Roda Gila – The Flowers
Slanking Forever – Slank

BIDANG JAZZ

Artis Jazz Instrumentalia Terbaik
Agam Hamzah – Evening Jam
Barry Likumahuwa – Trust and Faith
Dewa Budjana, Tohpati – Janapati
Dimas Pradipta, Barry Likumahuwa, Martin Siahaan, Zorsy, Bass G – 3 Days Before
Jeane Phialsa – Let There Be Light

Artis Jazz Kontemporer Terbaik
Adikara Fardy – Secret Admirer
Ardhito Pramono – Fine Today (OST. Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini) Mondo Gascaro, Rien Djamain – Dian Asmara
Syaharani and Queenfireworks – Apa Daya
Yongky Vincent, Elfa’s Singers – Terindah

Album Jazz Terbaik
#Introducing… – Aditya Ong Trio (Aditya Ong Production)
Aloha! – Syaharani and Queenfireworks (Queenfireworks)
I Don’t Smoke – Zefanya Putra (Prasajazz)
Janapati – Dewa Budjana, Tohpati (POS Records)
Kangenku – Dony Koeswinarno (DK Music Production)


ARTIKEL BERKAITAN

Daftar Nominasi AMI Awards 2018 – Dominasi Pasaran Urban & Persaingan Junior Senior Industri Muzik Indonesia.

#RetrospektifMuzik, Review, Terkini,

Mengulang Dengar “Opera Radhi-O Friendly” Sebagai Alternatif Pop Tempatan Paling Berpengaruh

Album: Opera Radhi-O Friendly (2002)
Artis: O@G
Produser: O@G/ Paul Moss / Greg Henderson
Label: Positive Tones / Universal Music Malaysia

O@G memulakan karier bermuzik dengan hits Inggeris mereka seperti 60’s TV, Name of the Game dan Knocked Silly antaranya sebelum semakin digilai pasaran semasa dengan lebih meluas menerusi album “Opera Radhi-O Friendly”.

Album ini menjadi antara album penting ketika saya membesar sebagai remaja lepasan sekolah selain Sheila on 7, Exists, Dewa 19. Kaset album ini (dan Satelit Ink.) masih rapi dalam simpanan saya.

“Slumber” menjadi single penggerak Alternatif Pop berbahasa Malaysia ketika itu setelah munculnya Flop Poppy dengan “Cinta” dan dibangkitkan lagi dengan kolaborasi Radhi bersama Gerhana Ska Cinta menerusi album kedua mereka menerusi single “Senyuman Ragamu”  yang cukup booming di awal era 2000.

Album ini bergerak dalam ilham Alternatif Pop O@G yang dilokalkan bunyinya agar lebih mesra dengan pendengar tempatan ketika itu. Formula mereka berjaya menarik minat lebih ramai pendengar tempatan (Melayu umumnya) untuk mendekati pasaran muzik indie di legasi komersil.

Lagu-lagu seperti “Stanza”, “Mutiara” dan all time favorite “Biru” saya kira meletakkan album ini sebagai killer album sepanjang kugiran ini bermuzik.

Penulisan lirik di lagu ini biar sebahagiannya mengambil bahasa harian tidak hadir canggung dan kedengaran pelik tetapi dibarisi selari dengan kehendak melodi lagu yang ditulis tanpa kedengaran pretentious.

Melodi mereka mudah ditangkap pendengaran, tidak menuntut masa yang lama untuk kita sebagai pendengar suka dan dekat dengan naskhah-naskhah mereka di album ini.

Mendengar kembali album ini setelah lebih 10 tahun beredar bagai tidak terasa masa beredar begitu pantas. Muzik di setiap lagu masih kedengaran segar dan produksi keseluruhan album masih mampu dibanggakan.

Formula Alternatif Pop O@G saya kira sudah banyak menjadi rujukan band band anak muda selepas generasi mereka dengan intepretasi muzik yang lebih current pastinya dan Opera Radhi-O Friendly sudah menjadi satu daripada rujukan yang cukup baik.


ARTIKEL BERKAITAN

Mengandalkan Masa Depan Yang Cerah Menerusi EP 5 Lagu “Kepala Batu” Oleh “Insomniacks”

 

Review, Terkini,

#MixTapeWednesday Fauziah Latiff

Nama Fauziah Latiff yang cukup sebati dalam alunan Baladanya sejak mula diperkenalkan pada penghujung 80-an memikat pendengaran pasaran muzik tempatan merentas era dan generasi sehingga ke hari ini.

Sepanjang kariernya bermuzik sehingga hari ini, Fauziah Latiff atau senang dipanggil Jee banyak bekerjasama dengan komposer hebat seperti Adnan Abu Hassa, Ross Ariffin, Fauzi Marzuki, Mac Chew dan Manan Ngah antaranya.

Antara hits terbaiknya yang masih menjadi siulan Teratai Madu di Tasik Madu, Setiaku Korbankan, Yang Lebih Kau Cinta, Batas Menanti dan Ku Pohon Kemaafan. Tidak terikat dengan ilham Balada semata beberapa lagu fast number yang pernah dirakam juga terhasil membanggakan.

Lagu-lagu seperti Sahabat, Resah, Aku, Sandarkan Ke Bahuku dan Tua Mengejar Kita antara lagu terbaik sepanjang bergelar penyanyi.

DISKOGRAFI

Digamit MemorI (1988)
Kau Merubah Segalanya (1989)
Kini (1990)
Tiada Noktah Cinta (1991)
Hua Xi Ya (1992)
Gubahan Rindu Puisi Syahdu (1992)
Epilog Memori Gelita (1993)
Apa Sebenarnya (1994)
Sahabat (1995)
Jee ’98 (1998)
Yang Lebih Kau Cinta…Jee (2001)
Pesona (2006)


ARTIKEL BERKAITAN

#MixTapeWednesday Reza Artamevia

Highlight, Review, Terkini,

Diskoria Mengendeng Afifah Yusuf Merakam Ulang “Pelangi Cinta”

Lagu: Pelangi Cinta
Artis: Diskoria bersama Afifah Yusuff
Komposer & Lirik: A.Rianto / Daiva Prayudi / Fadli Aat / Merdi Leonardo
Produser: Diskoria

Irama disko duo muzi Diskoria yang cukup booming tahun ini dengan kolaborasi bersama Dian Sastrowardoyo berjudul “Serenata Jiwa Lara” menaikkan nama mereka di pasaran mainstream dengan jayanya.

Berawal dengan single “Balada Insan Muda” yang mendapat sentuhan Ilman daripada Maliq & d’Essentials, pemuzik duo ini menghidupkan era muzik disko dengan pendekatan yang cukup menarik sekali.

Terkini dengan berkolaborasi bersama Afifah Yusuf, Diskoria merakam ulang lagu “Pelangi Cinta” yang lebih awal dirakam Hetty Koes Endang menerusi album “Hati Lebur Jadi Debu” yang beredar sekitar 80-an.

Umum mengetahui, Afifah anak kepada biduanita muzik Indonesia dipilih Diskoria menyampaikan rendisi terkini dengan cara yang lebih santai pastinya. Muzik di lagu “Pellangi Cinta” tidak diubah tetapi dimahalkan sound nya agar lebih current.

Produksi lagu ini digarap dengan bantuan Imam Buana Luthfi dan Pandji Dharma, dua pemuzik yang pernah tergabung dalam grup elektronik, Animalism.

Diskoria setakat 3 single yang beredar berjaya menawarkan pengalaman Pop yang cukup menghiburkan buat kita semua. “Serenata Jiwa Lara” antara naskhah terbaik mereka sehingga hari ini dan pastinya lebih banyak naskhah original daripada mereka yang pasti dinanti.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

18 Tahun Usia Bermuzik, Maliq & D’Essentials Rilis Bahagian Pertama Album RAYA

Review, Terkini,

Mengandalkan Masa Depan Yang Cerah Menerusi EP 5 Lagu “Kepala Batu” Oleh “Insomniacks”

Album: Kepala Batu (EP)
Artis: Insomniacks
Produser: Taja / Insomniacks
Label: Sony Music Entertainment Malaysia

Kugiran Pop Insomniacks mencuri tumpuan pendengar muda tempatan dengan single “Pulang” yang cukup booming beredar sekitar 2018. Setelah percubaan pertama “Selalu” kurang mendapat perhatian “Pulang” benar-benar memberi kelebihan buat Insomniacks di pasaran semasa.

Setelah usai fasa populariti “Pulang” kugiran ini mengambil masa agak panjang untuk mengedarkan material baru yang berawal dengan single “Kepala Batu” pada awal tahun ini sebelum merilis EP lima lagu Jun lalu.

Dibuka dengan riff keras gitar di lagu “Here Again” pengaruh muzik mereka terarah pada pasaran Pop Rock yang cukup komersil. Energy dan drive muzik mereka seiring, vokal Mir Iqbal juga kedengaran cukup komersil untuk lagu begini.

“Reminisensi” saya letakkan sebagai lagu terbaik di EP ini. Melodinya terhasil cukup baik dengan penceritaan dalam lirik yang menyatu baik sebagai sebuah naskhah Pop yang sedap didengar.

Lagu-lagu begini dengan mudah mengingatkan daya pada lagu-lagu awal kugiran Estranged dahulu. “Langgar” dan “Kepala Batu”  saya kira naskhah mesra gig. Lagu-lagu begini sifatnya lebih menarik untuk dilayan dalam persembahan live.

Saya hanya mendengar EP ini setelah menonton persembahan mereka di program Immortal Songs Malaysia. Kemampuan pentas live mereka not bad dan tentu sekali banyak hal yang mampu ditawarkan empat anak muda ini dari masa ke masa.

EP ini sebuah contoh jaluran muzik Pop Rock / Alternatif yang terhasil dalam sebuah produksi yang sederhana namun masih tinggi nilai komersilnya dan ya jika jalannya lurus masa depan kugiran ini pasti panjang hayatnya.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Melewati Dua Single Terbaru Ali Aiman Dalam Layang Rasa Yang Membuai Sanubari

#PerspektifMuzik, Highlight, Review, Terkini,

6 Persembahan Lagu Dengan Rendisi Terbaik Musim Pertama “Immortal Songs Malaysia”

M.Nasir satu antara 7 legend yang dipilih untuk musim pertama “Immortal Songs Malaysia”

Program Immortal Songs Malaysia yang berhujung dengan episod bersama legenda Fauziah Latiff menutup musim pertama dengan rangkaian persembahan penyanyi popular dengan cukup menarik.

Program yang berasal dari Korea Selatan ini saya kira jika ada musim kedua harus diperkemaskan konsepnya dengan penekanan tidak hanya pada penyanyi tetapi harus diberi kredit buat music arranger yang bertanggungjawab menyusun semula lagu-lagu yang dipertandingkan.

Bukan apa, berdasarkan apa yang dipersembahkan pada musim pertama saya kira seperti kurang jelas terhadap konsep setiap lagu yang disusun kembali.

Sepanjang musim pertama, seramai 7 legenda muzik Pop terpilih – Ning Baizura, Ella, M.Nasir, Jeffry Din, Fauzi Marzuki, Khadijah Ibrahim dan Fauziah Latiff mengisi setiap episod dengan ilham-ilham baru yang cukup pelbagai konsepnya.

Program begini saya kira harus dibawa secara langsung bukan rakaman supaya setiap minggu persembahannya lebih lively dan terasa baru dan ya semoga mereka yang berada di kerusi juri awam biarlah yang benar-benar ada ilmu muzik itu sendiri.

Perdebatan cara bagaimana lagu-lagu harus diadili kemasan semula muziknya itu saya rasa terlalu asas. Merubah lagu Balada ke konsep lain seperti Moderate Pop contohnya bukan hal baru atau salah tetapi ia harus seiring dengan teks asal lagu yang tersedia tanpa melanggar nilai estetikanya.

Saya beri beberapa contoh remake yang cukup baik yang diubah genre – “Malam Ku Bermimpi” persembahan Sheila Majid yang disusun semula muziknya oleh Jenny Chin berubah daripada Pop ke Balada.

Dan masih ingat bagaimana Syafinaz bersama Ahmad Izham Omar menyusun semula teks produksi “Rindumu Rinduku” daripada 80’s Ballad menjadi the brand new R&B? Hasilnya, cukup menawan dan timeless.

Kemasan muzik kedua-dua lagu yang saya sebutkan tadi tidak langsung mengubah melodi asal tetapi meninggikan standard muzik lagu asal ke tahap yang lebih baik dan semasa.

Contoh lain yang sangat bagus adalah Seri Mersing (NJWA), Isabella ’98 (Saleem, Jamal, Amy & Zamani) dan tentu sekali Belaian Jiwa (Innuendo).

Hal ini yang saya kira sebagai music arranger mereka harus faham – Kesenian dalam penghasilan melodi dan lirik asal tidak harus dimatikan dengan hanya kerana mahu memberi kelainan. Dan hal inilah yang menggagalkan beberapa persembahan di musim pertama “Immortal Songs Malaysia”

Berikut 6 Persembahan Lagu Dengan Rendisi Terbaik Musim Pertama “Immortal Songs Malaysia” 

YONNYBOII – KERONCONG UNTUK ANA (M.NASIR)
YonnyBoii meninggikan standard lagu ini dengan cukup kemas dan baik sekali. Dia meletakkan jiwa lagu ini di tempat yang sepatutnya tanpa mengubah standard teks muzik asalnya tetapi memodenkan feel juga sound “Keroncong Untuk Ana” agar kedengaran lebih current. Estetika muzik serta liriknya dijaga baik yang ditambah hanya rasa yang seiring feel Yonny.

KAKA – SEMBILU (ELLA)
Kaka meletakkan attitude di lagu ini untuk menjadikan “Sembilu” sebagai sebuah naskhah yang kedengaran cukup current. Kemasan muziknya cukup baik dan seiring kebolehan Kaka dalam mempersembahkan “Sembilu” sebagai sebuah lagu yang tidak berasas balada biasa tetapi hadir dengan lebih attitude dan drive persembahan yang cukup bertenaga.

NAQIU – LAYAR IMPIAN (ELLA)
Naqiu kedengaran seperti Hattan di awal lagu dan saya sukakan segala-galanya tentang rendisi Naqiu yang cukup bertenaga ini. Karater lagu, lirik dan vokal Naqiu menyatu sangat-sangat baik. Saya mencadangakan agar pihak pengurusan Naqiu mempertimbangkan rendisi ini dirakam semula.

AINA ABDUL – TANGISAN HATI YANG DERITA (KHADIJAH IBRAHIM)
Aina penyanyi yang sentiasa meletakkan jiwanya dalam lagu dan di sini kelebihan rendisi baru yang diberikan Aina dengan secukupnya. Kemasan muzik ini lagu ini sebetulnya bergerak atas kemampuan Aina mempersembahkan lagu ini secara keseluruhan dan jiwa sedihnya, rintihnya begitu dirasai.

FLOOR 88 – SITI HAIDA (JEFFRY DIN)
Saya tidak pernah melihat Floor 88 yang begini, but saya enjoy melihat mereka keluar daripada kepompong muzik Melayu yang sering mereka bawakan dalam lagu-lagu original mereka. “Siti Haida” di rendisi yang baru ini lebih keras tetapi tidak kedengaran canggung. Perincian dalam lagu ini disusun cukup kemas. Ada nafas yang baru dan quite unpredictable daripada band ini. Mengingatkan saya bagaimana XPDC mengadun semula lagu-lagu 60-an di album Metal mereka.

INSOMNIACKS – DI PERLUMBAAN INI (ELLA)
Tenaga muda Insomniacks memebri satu tenaga baru dalam lagu ini. Kugiran Pop ini bijak memilih lagu yang kurang familiar dan menjadikan lagu ini seperti lagu baru keseluruhannya. Banyak potensi yang cukup baik ada pada kugiran ini untuk diperkembangkan. Very promising.

“It’s all simple and unpretentious, and that’s what music is to me,” – Sade Adu


ARTIKEL BERKAITAN

Dangdut Not Dead: Struggle & Survival Dangdut Dalam Pasaran Muzik Tempatan