
Album: Kepala Batu (EP)
Artis: Insomniacks
Produser: Taja / Insomniacks
Label: Sony Music Entertainment Malaysia
Kugiran Pop Insomniacks mencuri tumpuan pendengar muda tempatan dengan single “Pulang” yang cukup booming beredar sekitar 2018. Setelah percubaan pertama “Selalu” kurang mendapat perhatian “Pulang” benar-benar memberi kelebihan buat Insomniacks di pasaran semasa.
Setelah usai fasa populariti “Pulang” kugiran ini mengambil masa agak panjang untuk mengedarkan material baru yang berawal dengan single “Kepala Batu” pada awal tahun ini sebelum merilis EP lima lagu Jun lalu.
Dibuka dengan riff keras gitar di lagu “Here Again” pengaruh muzik mereka terarah pada pasaran Pop Rock yang cukup komersil. Energy dan drive muzik mereka seiring, vokal Mir Iqbal juga kedengaran cukup komersil untuk lagu begini.
“Reminisensi” saya letakkan sebagai lagu terbaik di EP ini. Melodinya terhasil cukup baik dengan penceritaan dalam lirik yang menyatu baik sebagai sebuah naskhah Pop yang sedap didengar.
Lagu-lagu begini dengan mudah mengingatkan daya pada lagu-lagu awal kugiran Estranged dahulu. “Langgar” dan “Kepala Batu” saya kira naskhah mesra gig. Lagu-lagu begini sifatnya lebih menarik untuk dilayan dalam persembahan live.
Saya hanya mendengar EP ini setelah menonton persembahan mereka di program Immortal Songs Malaysia. Kemampuan pentas live mereka not bad dan tentu sekali banyak hal yang mampu ditawarkan empat anak muda ini dari masa ke masa.
EP ini sebuah contoh jaluran muzik Pop Rock / Alternatif yang terhasil dalam sebuah produksi yang sederhana namun masih tinggi nilai komersilnya dan ya jika jalannya lurus masa depan kugiran ini pasti panjang hayatnya.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Melewati Dua Single Terbaru Ali Aiman Dalam Layang Rasa Yang Membuai Sanubari