
Berawal di penghujung 90-an Ruffedge bergerak secara underground meniti kedewasaan sebagai pemuzik Hip-Hop R&B yang perlahan-lahan diterima cukup meluas di era 2000 sehingga hari ini sudah mencipta sebuah kejayaan sebagai grup R&B Hip-Hop tempatan yang cukup dikenali.
Biar ada pasang surutnya bergerak secara berkumpulan dengan kelibat yang kadang ada dan tidak, nama mereka masih diingati dan lagu-lagu popular semasa mereka masih dimainkan. Siapa sahaja boleh melupakan groove “Tipah Tertipu” dan “Tiada Lagi Cinta” selain soulful Ballad “Bila Rindu”.
Kesemua lagu-lagu ini menjadi anthem karier muzik mereka sehingga hari ini. Melengkapkan kembara bermuzik sudah pastinya sebuah persembahan secara langsung dalam skala besar sentiasa dinantikan penggemar mereka.
Dan setelah melepasi fasa pandemik yang melepaskan banyak peluang untuk mereka dekat dengan peminat-peminat maka tahun ini bakal mencipta satu lagu sejarah mengutus erat silaturrahim penggemar mereka menerusi sebuah konsert.
Konsert yang diberi nama “Ruffera” ini bakal dipentaskan di Dewan Filharmonik PETRONAS pada 2 Julai 2022 (Sabtu) dengan harga tiket bermula RM200 sehingga RM360. Untuk tempahan dan info lanjut mendapatkan tiket hubungi 03-23317510 / 7511 /7522 atau melalui emel boxoffice@dfp.com.my
ARTIKEL BERKAITAN