
Melepasi fasa pandemik Covid-19 yang sebelum ini menyekat banyak aktiviti seni pentas menghentikan seketika perjalanan Borneo Jazz selama dua tahun untuk terus berjalan. Tahun ini festival muzik ini kembali meraikan pemuzik Jazz serata dunia di satu destinasi buat menghibur semua penggemar muzik secara langsung.
Menurut Pengarak Artistik The Borneo Jazz Festival, Evelyn Hii – festival yang diraikan lebih 17 kali penganjurannya ini akan kembali memberi keterujaan buat semua peminat muzik dan bakal menjadi festival muzik terpanjang di Asia Tenggara.
Mengambil tema “Jazz In The Jungle” festival tahun ini akan dilangsungkan pada tarikh 24 sehingga 26 Jun 2022 selama 3 hari berturut-turut yang mengambil lokasi di Coco Cabana Marina Bay, Miri, Sarawak.

Diuruskan oleh No Black Tie Presents, festival tahun ini akan menyaksikan pertembungan pelbagai jaluran muzik Jazz, Hip-Hop dari Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia, German, Itali dan negara-negara lain. Acara ini turut mendapat kerjasama Sarawak Arts Council’s Pop Jazz Orchestra (SONS) dan Sarawak Tourism Board.
Antara pemuzik yang bakal mengambil pentas Borneo Jazz tahun ini ialah Bunga (Malaysia), Gecko & Tokage (Jepun), Afro Asia (Amerika Syarikat), Asiabeats dan ramai lagi. Tiket sudah mula dijual sejak beberapa bulan lalu dengan tontonan secara langsung juga pas virtual turut disediakan.
Untuk info pembelian tiket boleh didapati di https://jazzborneo.com/tickets-info/
ARTIKEL BERKAITAN
Groove & Soul Ruffedge Bakal Dipentaskan di Dewan Filharmonik PETRONAS