Review, Terkini,

Mikha Angelo Kembali Solo Di Single “Shot”

Lagu: Shot
Artis: Mikha Angelo
Komposer & Lirik: Mikha Angelo
Produser: Mikha Angelo

Nama Mikha Angelo selain sinonim sebagai ahli grup Pop seberang, The Overtunes juga cukup terkenal sebagai komposer yang cukup banyak menghasilkan hits penyanyi lainnya. Antara yang popular adalah Raisa (Kembali), Eva Celia (Selfish) dan Rendy Pandugo (Why).

Setelah cemerlang menghasilkan album “Memory Lane” tahun lalu bersama TheOvertunes, Mikha yang berawal di dunia muzik ketika menyertai program nyanyian The Voice Indonesia kini hadir dengan single solo terbarunya.

Lagu yang berjudul “Shot” ini menampilkan sisi selesa Mikha sebagai singe-songwriter. Mendengarkan “Shot” secara keseluruhannya begitu menyenangkan sekali dengan signatur muziknya yang sentiasa hadir dalam penghasilan melodi membuai lembut.

Struktur lagu ini sebetulnya dekat dengan ilham lagu-lagu TheOvertunes dan kedengaran hampir serupa dengan single Rendy Pandugo yang berjudul “Why” namun ia terhasil dalam produksi muzik yang cukup kemas.

Setiap pemuzik pasti ada signature muzik mereka sendidi dan menerusi “Shot” Mikha meneruskan apa yang dia percaya sebagai bukti yang dia adalah pemuzik masa depan Indonesia yang punya masa depan yang cerah.

Lagu ini dicipta sepenuhnya Mikha beredar 20 Mac lalu sekali gus dengan muzik video rasmi yang siap tersedia di YouTube.

7.6/10


ARTIKEL BERKAITAN

“Serenata Jiwa Lara” Berkelas Satu Persembahan Diskoria Bersama Dian Sastrowardoyo

Highlight, Review, Terkini,

Monoloque Bersama Asmidar Memecah Standard Teks Lagu Melayu Asli Dengan Kemasan Muzik Serba Baru Serba Segar “Tak Seindah Wajah”

 

Lagu: Tak Seindah Wajah
Artis: MonoloQue bersama Asmidar
Komposer & Lirik: Ibrahim Bachik / Rosli Hj. Ahmad
Produser: Loque

MonoloQue antara kugiran yang sentiasa menawarkan bunyi-bunyi “asing” di pasar besar muzik tempatan. Naskhah mereka dalam memberi intepretasi muzik Nusantara itu hadir dalam misi yang cukup tersendiri.

Dalam beberapa tahun sudah Loque bersama ahli kugirannya menghadirkan sangat banyak  lagu dalam ilham-ilham Nusantara dan Melayu asli yang disatukan dalam psikedelik atau kumpulan pengalaman Loque sebagai pemuzik.

Antara yang cukup dominan adalah remake “Tiada Kata Secantik Bahasa” dan original track bersama Azlina Aziz “Batu Belah Batu Konkrit” yang saya sifatkan cukup terhasil dengan genous sekali. Hanya untuk meresap feel muzik mereka bersama jiwa besar Azlina Aziz sahaja saya boleh bagi seluruh bintang yang ada di langit malam ini.

Terlalu indah dan sempurna komposisi muziknya dengan lirik yang penuh kritikan sosial di lagu “Batu Belah Batu Konkrit” itu.

Kemudian MonoloQue bergerak terus menjadi kugiran yang matang dan cukup dilihat ke depan penghasilan muzik mereka. Pengalaman bersama Butterfingers saya kira menolak Loque lebih jauh ke depan untuk menghasilkan bunyi baru Nusantara.

Terkini bersama Asmidar dalam sebuah projek yang diberi nama “Live Sesi Bilik Bedah” mereka berkolaborasi dalam sebuah nuansa Melayu tradisi yang diberi ketelitian penghasilan muzik, bunyi dan jiwa yang lebih besar lagi.

Asmidar menjadi jiwa besar yang saya maksudkan dalam lagu ini. Penyampaiannya begitu tertib dalam lenggok yang cukup kemas tanpa berlebih-lebihan. Hal ini memang menjadi keistimewaan Asmidar. She never overpower any songs bila dia diberi tanggungjawab untuk melagukan melodi yang dicipta.

Saya menonton muzik vidoenya lagu ini pada awal beredar di YouTube dengan remang rasa yang cukup melekakan kerana penyatuan vokal Asmidar bersama kemasan muzik Loque menyatu sangat baik. Hal ini aneh bagi saya kerana ia ibarat dua kosmik berbeza yang mampu disatukan dengan kemas dan cemerlang sekali.

Mendengarkan versi “Tak Seindah Wajah” ini membuatkan saya berfikir mungkin ini sebetulnya cara yang tepat untuk kita lift up kembali lagu-lagu Melayu Asli. Mungkin approach yang dilakukan arwah Pak Ngah atau S.Atan itu tidak lagi memberi keterujaan dalam pasaran muzik tradisi untuk kedengaran segar dan berbeza.

Namun persoalannya mampukah orang kita terbuka dengan konsep yang baru ini? Atau sebetulnya MonoloQue tidak perlu pun memikirkan hal ini, jalan terus dan lakukan apa yang mereka laksanakan sekarang.

Saya hanya bermimpikan jika satu hari nanti setelah Azlina Aziz (Batu Belah Batu Konkrit), Ibnor Riza (Sudah Terluka Merindu Pula) dan terkini Asmidar ini – Loque dan batalion muziknya mampu memberikan sesuatu buat Noraniza Idris. Ya, saya rasa ia perlu.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Asmidar Menghadirkan Rendisi Segar “Sireh Pinang” 

Review, Terkini,

“Serenata Jiwa Lara” Berkelas Satu Persembahan Diskoria Bersama Dian Sastrowardoyo


Lagu: Serenata Jiwa Lara

Artis: Diskoria & Diam Sastrowardoyo

Komposer & Lirik: Laleilmannino

Label: Suara Disko

Diskoria merupakan pemuzik duo seberang yang cukup sinonim dalam penghasilan Pop Disko / City Pop yang bertunjangkan muzik 70-an yang kenral sekali.

Merdi Simanjuntak dan Fadli Aat membentuk Diskoria sebagai sebuah band diskopop yang berawal dengan single “Balada Insan Muda” tahun lalu yang sukses mengumpul penggemar mereka.

Terkini sekali lagi bergabung dengan kolaborasi produser Pop seberang Laleilmannino yang semakin begitu tinggi demand nya.

Menghasilkan “Serenada Jiwa Lara” yang sekali lagi meneruskan ilham Disko Pop yang cukup revival dan mengejut memori lama seperti apa yang ditawarkan Fariz RM dan Candra Darusman yang cukup popular di era 80-an.

Kolaborasi Diskoria kali ini bersama Dian Sastro benar-benar memercik satu ilham kreatif yang cukup segar sekali penghasilannya.

Lagu ini hadir dengan hook yang cukup memikat seawal muzik pembukanya sehinggalah feel Dian Sastro menerusi penyampaian santainya.

Lagu-lagu begini mengingatkan saya pada hasil-hasil karya Maliq & d’Essentials. Mungkin juga kerana adanya Ilman yang menjadi sebahagian daripada kolaborasi hebat Laleilmannino ini.

Lagu ini saya letakkan antara yang cukup kreatif sekali penghasilannya untuk tahun ini setakat hari ini. This is definitely on a repeat mode! Tahniah buat semua yang terlibat untuk produksi hebat “Serenata Jiwa Lara”.

9/10

Highlight, Review, Terkini,

Monita Tahalea Mengabadikan Sebuah Eksplorasi Rasa Di Album “Dari Balik Jendela”

Album: Dari Balik Jendela
Artis: Monita Tahalea
Produser: Indra Perkasa / Monita Tahalea / Yosua Gian
Label: Rans Music 

Monita Tahalea nama utuh pasaran muzik Jazz / Folk seberang sudah menghadirkan dua album keseluruhan yang cukup solid penghasilan muzik yang cukup detail dengan kualiti bunyi, melodi yang quirky dan penulisan lirik-lirik yang cukup puitis.

Penghasilan album  “Dream of Hope” (2010) yang mendapat sentuhan produksi muzik Indra Lesmana terhasil begitu baik sekali. Tidak salah saya katakan jika album tersebut sehingga hari ini menjadi album terpenting Indonesia sehingga hari ini.

Kemudian dia bergerak sendiri dengan lebih cemerlang di album “Dandelion” (2016) dengan hits “Memulai Kembali” yang hadir dalam ilham Folk Pop yang keseluruhan albumnya memutik rasa yang senang, lapang dan sederhana dalam kesempurnaan.

Terkini Monita hadir dengan sebuah lagi produksi muzik setelah lebih 3 tahun bekerja untuk sebuah album yang lebih personal diberi judul “Dari Balik Jendela”. Album berisi  10 lagu ini diproduksi Monita sendiri bersama rakan muziknya Indra Perkasa hampir kesemua lagu.

Berawal dengan single “Sesaat Yang Abadi” yang beredar tahun lalu, Monita sudah memberi bayangan bagaimana album ini akan terhasil. Lebih moody, bermain ambien rasa yang dalam dan penuh kesepian.

Penawaran rasa-rasa ini diteruskan lagi dalam lagu-lagu lainnya seperti “Jauh Nan Teduh” yang lebih sepi dan sunyi. Hal-hal ini terlihat dalam bait-bait teks yang cukup lirikal.

Deras hujan dan hangatnya pelukan
Meluruhkan segala kepiluan
Desau angin dan hampanya lamunan
Bertautan sepanjang perjalanan

“Tapak Hening” meneruskan ciri khusus muzik Monita Tahalea di album “Dandelion”. Lagu begini ternyata sebuah lagu yang cukup besar sifat Monita Tahalea-nya. Melodinya lembut menyenangkan. This is one of the best track in this album. Dinamik muziknya dirasai sekali saat Yosua Gian yang bertindak sebagai produser bermain dengan ambien rasa.

“Laila” sebuah lagi lagu yang benar-benar terhasil baik. Berawal dengan perlahan, lagu ini bergerak dalam momentum muzik yang cukup penuh dinamik. Laila meninggikan lagi standard muzik Monita ke tahap yang cukup baiik. Saya terkagum mendengar kualiti rakaman lagu ini yang cukup sempurna sekali penghasilannya.

Di lagu “Sibu-Sibu” Monita kembali cukup Jazz dengan scatt voalnya yang cukup sederhana, lembut dan menyenangkan. I can listen to this whole day.

Mendengar keseluruhan album “Dari Balik Jendela” ini membuatkan saya fikir Monita bergerak seperti sepuluh tahun ke depan dengan penghasilan muzik yang bakal dibicarakan pada masa akan datang – Bagaimana penghasilan melodi, lirik dan vokal menyatu menjadi satu inspirasi muzik yang genius.

Album ini mungkin agak berat untuk pasaran besar muzik semasa tetapi album begini penting sebagai satu gerakan positif dalam muzik yang semakin dahagakan sesuatu yang dibaluti rasa, kualiti dan bervisi.

10/10


ARTIKEL BERKAITAN

Peri Puitis “Sal Priadi” Dalam 11 Nyalaan Rasa Yang Seperti Percikan Api, Ais & Awan Yang Meletus ke Hati

Review, Terkini,

Mengusir Balada Patah Hati, Bob Yusof Berkongsi Rasa Bahagia Di Single “Dan Hari Ini”

Lagu: Dan Hari Ini
Artis: Bob Yusof
Komposer & Lirik: Sharon Paul / Hanz Guohang / Iman Imran
Label: Indigital Music

Kali terakhir hadir mengisi portfolio muziknya selepas fasa AF Megastar dengan lagu “Terbuang Dalam Pelukan”, Bob Yusof tampil cemerlang dengan vokal luar biasanya dalam single karya Hafiz Hamidun tersebut.

Setelah itu langkah Bob agak perlahan dalam radar popular tetapi masih berada dalam konteks kariernya untuk bekerja sebagai seorang penyanyi dan penghibur.  Kelibat Bob juga sering dilihat sebagai guru vokal rakan-rakan artis lainnya.

Dan peluang berada di pentas AJL yang lalu untuk “Anta Permana” digukan sebaik mungkin. Alunan merdunya begitu flawless dan memberi impak yang berbeza. Bob sempurna dalam kesederhanaan penyampaiannya. Dia tidak overpower lagu tersebut tetapi melengkapi teks lagu yang ditulis.

Terkini setelah beberapa tahun menyepi Bob hadir lebih lembut dan penuh pesona menerusi lagu “Dan Hari Ini”. Lagu hasil ciptaan Sharon Paul bersama Hanz Guohang ini mengambil ilham Balada biasa sebetulnya seperti apa yang kita dengar sebelum ini namun hadir istimewa dengan penelitian vokal Bob yang semakin matang.

Kosmik Pop Bob kali ini lebih ringan berbanding single Balada beratnya seperti “Cinta Terhalang” dan “Terbuang Dalam Pelukan” – mungkin tidak salah jika mengingatkan kita pada lagu “Cinta Seorang Teman” yang lebih ringan sifatnya.

Lagu-lagu bahagia begini saya kira cukup popular sebagai Balada masa kini. Mengambil contoh lain single Hafiz yang cukup booming tahun lalu “Kisah Cinta Kita” atau Andmesh (Cinta Luar Biasa) yang hadir dalam teks Pop yang biasa didengar tetapi dekat dengan jiwa pendengar.

“Dan Hari Ini” mampu meletakkan Bob dalam radar popular seperti kita mengembalikan Hafiz tahun lalu jika diberi peluang yang serupa. Bob antara penyanyi yang cukup baik sekali disiplin nyanyiannya dan saya kira sebagai pendengar, pengamal muzik dan semua yang memiliki platform muzik harus memberikan justice buat bakat Bob dengan single terbarunya ini.

Put this one on repeat mode, anda pasti melayang dengan merdunya suara Bob.

6.8/10


ARTIKEL BERKAITAN:

Asmidar Menghadirkan Rendisi Segar “Sireh Pinang” 

Review, Terkini,

Mawar De Jongh Melepas Rasa Galau Di Single Terbarunya “Sedang Sayang Sayangnya”

Lagu: Sedang Sayang Sayangnya
Artis: Mawar De Jongh
Komposer & Lirik: Raguel Lewi
Label: Trinity Optima Production

Mengulik lembut suara-suara generasi baru pasaran muzik Indonesia seperti Rahmania Astrini, Ifa Alyssa, Tiara Andini dan lainnya menemukan kami dengan seorang lagi bakat baru yang begitu booming sekali tahun lalu dengan single “Lebih Dari Egoku”.

Single yang sudah distrim lebih 20 Juta kali itu memberi tuah buat Mawar De Jongh untuk cukup dikenali sebagai pelapis bidang Pop seberang. Lagu yang dicipta Rageul Lewi itu di YouTube sahaja sudah di view lebih 16 Juta penonton.

Terkini dengan single terbarunya berjudul “Sedang Sayang Sayangnya” bakat mudaj ini sekali lagi berkolaborasi bersama komposer serupa membuah ilham Balada lembut yang cukup membuai rasa.

Masih mengungkap rasa galau cinta remaja menerusi single ini, Mawar menyerlahkan karater vokal lembutnya dalam karya terbarunya ini.

“‘Wajar kalau kita merasa sedih ketika ditinggalkan orang yang kita sayang. Tapi, lewat lagu ini aku juga ingin memberikan pesan kalau sebelum kita membagikan kasih sayang kita kepada orang lain, ada baiknya kita mencintai diri kita sendiri terlebih dahulu,” ungkap Mawar.

Ilham balada begini mungkin bukan idea baru namun masih segar dan relevan untuk pasaran Pop seberang yang menolak idea Balada melengking.

6/10


ARTIKEL BERKAITAN

#TheFutureIsBright Khodi Hadir Dalam Persembahan Penuh Groove Di Single Perdana “Ke Mana”

#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

#RumusanMuzik 10 Rilis Terbaik Jan – Feb 2020

MK Melewati katalog muzik tempatan sepanjang Januari – Februari tahun ini dan menyenarai pendek 10 Rilis Terbaik!


Januari berawal dengan beberapa rilis digital yang dimulakan dengan rangkaian Pop yang beredar sepanjang Disember seperti Hati (Hael Husaini), Shh (Elizabeth Tan),  Selalu Denganmu (Kaer & Amylea) antaranya.

Barisan penyanyi senior yang sempat menghadirkan single terbaru mereka seperti Alyah  denga balada “Cintaiku”, Asmidar hadir dengan 3 single serentak dalam masa dua bulan ini – rakaman semula “Sireh Pinang” yang cukup mempesona sekali penghasilannya dan dua lagi Balada formula berulang “Memoir Rindu” (Sharon Paul) dan “Separuh Hatiku” (Natasyah Annes).

Siti Sarah lebih memberi keterujaan dengan single “Dap Dap Dap” yang datang dengan sound cukup current dan cukup cocok sekali dengan feel vokal yang dia miliki. “Dap Dap Dap” saya kira meneruskan formula fast number Sarah sebelum ini seperti “Jangan Kau Mimpi”, “Menari Denganku” dan “Pesan Mamaku”.

Di pasaran yang lebih dominan single Sakit (Zynakal & YonnyBoii) cukup mendapat perhatian. Dengan jumlah view melebihi 11 Juta di YouTube dan sudah di strim lebih 1.5 Juta di Spotify menjadi bukti pasar besar muzik tempatan sudah berubah landskapnya.

Andi Bernadee masih bernadi dengan nuansa Raggaeton Pop di bawah kendalian muzik ALIF (Magic Portion) setelah kejayaan “Donde” dan “Hello” bersama Ismail Izzani tahun lalu. Lagu berjudul “Shimmy” ini dengan tidak sukar sudah meletakkan nama Andi sebagai bakat baru yang memiliki masa depan bermuzik yang cukup baik.

Selain Andi, tentu sahaja nama Naim Daniel menjadi bualan hangat setelah kejayaan bergelar juara di Anugerah Juara Lagu 33 yang lalu. Seperti sudah diduga “Sumpah” yang beredar tahun lalu memberi tuah besar buatnya.

Dan tanpa membuang banyak masa, Naim bersama pengurusan WP Entertainment merilis “Sembah” (Iqie Hugh / Naim Daniel) menampilkan gitaris legenda Man Kidal yang mendominasi “Sembah” dengan cukup berkelas.

Dua nama baru penyanyi wanita yang harus diberi perhatian – Khodi (Ke Mana) dan Aisha Retno (Mengikat Jiwa) yang kedua-duanya bernaung di bumbung Sony Music (M) hadir dengan citarasa muzik yang cukup baik.

Jazz feel dalam single Khodi bersama Razqa berjudul “Ke Mana” cukup baik sekali penghasilannya dan pesona Indo Ballad Aisha Retno dalam “Mengikat Jiwa juga hadir cukup menyenangkan.

Siti Nurhaliza masih belum mahu berehat daripada merilis single. Terbaru selepas “Terang” Siti hadir dengan kolaborasi bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta “7 Nasihat” resemblance feel Ahli Fiqir dan Ala Canggung Too Phat bersama Yusni Hamid.  Suara Siti punya merdu sepuluh bintang namun tiada apa yang segar dan terkini tentang penghasilan muziknya.

Di pasaran urban pula menyaksikan single terbaru Lunadira (Crazy Dizzy), Airliftz (Nice To Know Ya), Ali Aiman (One Day) dan Talitha. (Don’t You See Me) antara yang masih bergerak cukup tersendiri.

Dan Bunkface hadir penuh kontroversi menerusi single “Akhir Zaman” sebagai sebuah satira kritikan sosial yang menerima respons yang berbeza-beza.

Menutup kalendar Februari, Dayang Nurfaizah hadir dengan single yang cukup solid untuk dibilang sebagai benchmark Pop 2020. Bersama Faizal Tahir, YonnyBoii dan Tuju mereka bertiga menghasilkan “X MISSING U”.

Percaturan Pop Dayang setelah “Haram” (Bersama Hael Husaini) dan “Sebentar” yang beredar tahun lalu meletakkan standard yang tinggi portfolio kerjayanya yang sebelum ini berpegang pada ilham Balada di album penuh terakhirnya pada tahun 2017.

  1. X MISSING U – Dayang Nurfaizah / FT / Tuju / YonnyBoii  (FT / Ja’a / Mage / Mike Chan / Tuju / YonnyBoii)Darren Ashley)
  2. Dap Dap Dap – Siti Sarah (YonnyBoii)
  3. Sembah – Naim Daniel (Iqie Hugh / Naim Daniel)
  4. Shimmy – Andi Bernadee (Alif)
  5. Let Me In – Bil Musa & Alex Ungku (Alex Ungku / Bil Musa)
  6. Panggung – Apex Tajuddin (Faizal Tahir / Karim Karam / Mage / Mike Chan / Romeo)
  7. Menunggu – Orkes A. Hizadin (Amiruddin Hizadin)
  8. NiNiNi – Abubakarxli (Abubakarxli)
  9. Crazy Dizzy – Lunadira (Ahmad Nadzmi Ali / Nadira Mohamad Diah)
  10. 7 Nasihat – Siti Nurhaliza / Kmy Kmo / Luca Sickta (Kmy Kmo / Luca Sickta)
Review, Terkini,

Orkes A.Hizadin Melayangkan Rasa Syahdu Lewat Single “Menunggu”

Lagu: Menunggu
Artis: Orkes A. Hizadin & Ainina Hasnul
Komposer & Lirik: Amiruddin Hizadin
Label: Kamar Seni Enterprise

Orkes A. Hizadin mencuri perhatian sejak mereka mula merilis single “Kejayaan” sekitar 2016 dalam melodi penuh catchy dan penulisan lirik sing-a-long yang terhasil dengan formula komersil.

Setelah single tersebut kugiran ini merilis EP lima lagu yang dilengkapkan dengan lagu-lagu yang liriknya datang dengan ilham kritikan sosial dalam penulisan lirik mereka. “2.6 Bintang” antara yang cukup banyak diperkatakan.

EP perdana mereka tersebut diisi dengan lagu-lagu moderate Pop yang catchy seperti “Merajuk”, “Remaja” yang saya kira cukup mudah diterima pendengar muda khususnya.

Terkini mereka hadir dengan single “Menunggu” bersama Ainina Hasnul dalam ilham Pop yang lebih mellow, yang lebih terbuai-buai rasanya. Berbeza sedikit dengan apa yang ditawarkan sebelum ini tetapi datang dalam komposisi yang masih sedap didengar.

Bagi pasaran semasa saya kir “Menunggu” bukan lagu yang sukar untuk diterima semua. Penulisan Amir biar bukan hadir dalam ilham yang baru tetapi masih punya hook yang mudah untuk menarik perhatian pendengar tempatan.

Seperti mana Fiersa Besari yang juga bermain dalam ilham muzik serupa cukup booming dengan single “Waktu Yang Salah” , “Celangan Rindu” antaranya – saya kira Amir dan rakan kugirannya jika fokus pada muzik begini perlahan akan mendapat perhatian yang sewajarnya. Kekal puitis dan menyentuh.

7.6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Nastia Mengembalikan Puitis Melodi Di Single “Tanpamu”

Highlight, Review, Terkini,

“Lupakan Saja Semuaaa..” This Is The Brand New Pop That You Need To Put On A Repeat Mode!

Lagu: X MISSING U
Artis: Dayang Nurfaizah / Faizal Tahir / Tuju / YonnyBoii
Komposer & Lirik: Faizal Tahir / Ja’a / Mage / Mike Chan / Tuju / YonnyBoii 
Produser: Adib Hussin / FT / Mike Chan / Bobby Label: Faithful Music

Pasaran muzik tempatan bergerak cukup progresif dengan beberapa rilis Pop yang saban tahun meninggikan standard muzik lokal ke tahap yang semakin baik. Faizal Tahir bersama batalion muzik Faithful Music antara yang cukup ke depan dalam hal ini.

Kalendar muzik mereka tahun lalu sahaja sudah diisi dengan rilis cemerlang seperti I Want You To Love Me (Alif Satar), Sebentar (Dayang Nurfaizah), Rojak (Faizal Tahir), Jauh (Aziz Harun) dan Rise & Fall (Sarah Suhairi) antaranya.

FT dan rakan-rakan muziknya di Faithful saya kira sudah bergerak seiring sama usaha dengan apa yang Alif (Magic Potion) lakukan. Dua nama ini cemerlang dalam membentuk satu kosmik baru muzik lokal yang lebih segar. Selain bakat-bakat WP Entertainment yang juga banyak menghasilkan bunyi yang cukup current.

Terkini, FT bersama Ja’a, Mike Chan menghasilkan sesuatu yang cukup segar sekali sebagai benchmark pasaran Pop lokal tahun 2020. Bersama Dayang Nurfaizah, Tuju dan YonnyBoii – kolaborasi ini menghasilkan “X MISSING U” sebagai pertaruhan Pop yang cukup genius.

“X MISSING U” hadir dengan komposisi muzik yang cukup baik sekali sebagai sebuah Pop yang kekinian dari segala segi. Baik penghasilan melodinya, penulisan lirik serta the whole idea kolaborasi ini dijadikan.

Kebijaksanaan FT dalam merangka X MISSING U sebagai sebuah kolaborasi to next level tentu saja dengan penglibatan dua anak muda yang cukup besar potensinya dalam bidang muzik – Tuju dan YonnyBoii.

Momentum muzik “X MISSING U” bergerak cukup progresif sebagai satu kraf muzik yang sempurna sebagai sebuah Pop masa kini terutama di bahagian kemasan muziknya.

Penghasilan liriknya yang saya kira cukup relatable dengan cerita cinta anak muda dalam susunan bahasa yang cukup mudah, terus dan bermakna – bersifat conversation, confrontation – pengucapan dalam melodi yang jujur.

Setiap kali kau hilang kau kata I’m missing u,
Dan biar ku berterus terang sesungguhnya I’m not missing u…”

X MISSING dilihat seiring gerakan lifestyle kebanyakan anak muda hari ini – on how they speak their mind. Pemilihan prosa baru dalam susunan kata yang tidak terikat ilham metafora lama disusun kemas.

Dalam rencana untuk kekal relevan di pasaran semasa, saya kira FT dan Dayang cukup memahami apa yang pendengar hari ini mahukan – sesuatu yang lebih telus, terus dan langsung. Menepis idea lapuk lagu putus cinta yang lemah dan lembik juga jauh dari ilham menghasilkan nasihat dalam lagu.

10/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kesuma Jiwa 2020 – Penyatuan Silaturrahim Fesyen, Muzik & Persahabatan Dalam Pementasan Muzikal Bernilai 1.5 Juta

Highlight, Review, Terkini,

Ardhito Pramono Yang Tidak Pernah Sunyi Dari Nuansa Jazz Yang Melayangkan Rasa Yang Cukup Membahagiakan Halwa

Album: Craziest Thing Happened In My Backyard
Artis: Ardhito Pramono
Label: Sony Music Indonesia

Ardhito Pramono pelapis Jazz seberang yang sentiasa konsisten dalam persembahan muziknya. Persembahan Jazz di beberapa EP awalnya seperti “A Letter To My 17 Year Old” hadir dalam satu pengalaman menikmati muzik yang cukup mahal sekali.

Setelah EP tersebut, Ardhito merencana karier muziknya menerusi single lain seperti “Fine Today” yang dihasilkan dengan cukup berkelas sekali. Lagu tersebut nyata meneruskan kraf muziknya menerusi lagu-lagu sebelumnya seperti “Bitter Love” dan “Fake Optics” antaranya.

Terkini, Ardhito Pramono tampil lebih cemerlang dengan EP terbarunya “Craziest Thing Happened in My Backyard” yang berisi lima trak sarat nuansa Jazz yang semakin matang bagi perjalanan karier bermuziknya.

“Trash Talking: membuka EP ini dengan ilham Ragtime Jazz yang begitu keras dengan drum line yang penuh energi. Lagu begini nyata meletakkan citarasa muzik Dhito begitu tinggi sekali. Saya kagum dengan penghasilan lagu ini yang cukup kemas sekali.

“925” dan “Plaza Avenue” meredakan lonjakan adrenalin di lagu pembukaan tadi. Lagu begini sememangnya sudah menjadi kekuatan Dhito dalam penciptaan lagu dan ini juga merupakan hal yang sentiasa membuat kita senang dengan muziknya.

Saya lebih tertarik dengan romantisme “Happy” dalam ilham synth dan jazz yang cukup melekakan. Permainan vokal Dhito juga lebih berwarna dan membuai sekali.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Peri Puitis “Sal Priadi” Dalam 11 Nyalaan Rasa Yang Seperti Percikan Api, Ais & Awan Yang Meletus ke Hati