
Lagu: Tak Seindah Wajah
Artis: MonoloQue bersama Asmidar
Komposer & Lirik: Ibrahim Bachik / Rosli Hj. Ahmad
Produser: Loque
MonoloQue antara kugiran yang sentiasa menawarkan bunyi-bunyi “asing” di pasar besar muzik tempatan. Naskhah mereka dalam memberi intepretasi muzik Nusantara itu hadir dalam misi yang cukup tersendiri.
Dalam beberapa tahun sudah Loque bersama ahli kugirannya menghadirkan sangat banyak lagu dalam ilham-ilham Nusantara dan Melayu asli yang disatukan dalam psikedelik atau kumpulan pengalaman Loque sebagai pemuzik.
Antara yang cukup dominan adalah remake “Tiada Kata Secantik Bahasa” dan original track bersama Azlina Aziz “Batu Belah Batu Konkrit” yang saya sifatkan cukup terhasil dengan genous sekali. Hanya untuk meresap feel muzik mereka bersama jiwa besar Azlina Aziz sahaja saya boleh bagi seluruh bintang yang ada di langit malam ini.
Terlalu indah dan sempurna komposisi muziknya dengan lirik yang penuh kritikan sosial di lagu “Batu Belah Batu Konkrit” itu.
Kemudian MonoloQue bergerak terus menjadi kugiran yang matang dan cukup dilihat ke depan penghasilan muzik mereka. Pengalaman bersama Butterfingers saya kira menolak Loque lebih jauh ke depan untuk menghasilkan bunyi baru Nusantara.
Terkini bersama Asmidar dalam sebuah projek yang diberi nama “Live Sesi Bilik Bedah” mereka berkolaborasi dalam sebuah nuansa Melayu tradisi yang diberi ketelitian penghasilan muzik, bunyi dan jiwa yang lebih besar lagi.
Asmidar menjadi jiwa besar yang saya maksudkan dalam lagu ini. Penyampaiannya begitu tertib dalam lenggok yang cukup kemas tanpa berlebih-lebihan. Hal ini memang menjadi keistimewaan Asmidar. She never overpower any songs bila dia diberi tanggungjawab untuk melagukan melodi yang dicipta.
Saya menonton muzik vidoenya lagu ini pada awal beredar di YouTube dengan remang rasa yang cukup melekakan kerana penyatuan vokal Asmidar bersama kemasan muzik Loque menyatu sangat baik. Hal ini aneh bagi saya kerana ia ibarat dua kosmik berbeza yang mampu disatukan dengan kemas dan cemerlang sekali.

Mendengarkan versi “Tak Seindah Wajah” ini membuatkan saya berfikir mungkin ini sebetulnya cara yang tepat untuk kita lift up kembali lagu-lagu Melayu Asli. Mungkin approach yang dilakukan arwah Pak Ngah atau S.Atan itu tidak lagi memberi keterujaan dalam pasaran muzik tradisi untuk kedengaran segar dan berbeza.
Namun persoalannya mampukah orang kita terbuka dengan konsep yang baru ini? Atau sebetulnya MonoloQue tidak perlu pun memikirkan hal ini, jalan terus dan lakukan apa yang mereka laksanakan sekarang.
Saya hanya bermimpikan jika satu hari nanti setelah Azlina Aziz (Batu Belah Batu Konkrit), Ibnor Riza (Sudah Terluka Merindu Pula) dan terkini Asmidar ini – Loque dan batalion muziknya mampu memberikan sesuatu buat Noraniza Idris. Ya, saya rasa ia perlu.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN