
Lagu: Shot
Artis: Mikha Angelo
Komposer & Lirik: Mikha Angelo
Produser: Mikha Angelo
Nama Mikha Angelo selain sinonim sebagai ahli grup Pop seberang, The Overtunes juga cukup terkenal sebagai komposer yang cukup banyak menghasilkan hits penyanyi lainnya. Antara yang popular adalah Raisa (Kembali), Eva Celia (Selfish) dan Rendy Pandugo (Why).
Setelah cemerlang menghasilkan album “Memory Lane” tahun lalu bersama TheOvertunes, Mikha yang berawal di dunia muzik ketika menyertai program nyanyian The Voice Indonesia kini hadir dengan single solo terbarunya.
Lagu yang berjudul “Shot” ini menampilkan sisi selesa Mikha sebagai singe-songwriter. Mendengarkan “Shot” secara keseluruhannya begitu menyenangkan sekali dengan signatur muziknya yang sentiasa hadir dalam penghasilan melodi membuai lembut.
Struktur lagu ini sebetulnya dekat dengan ilham lagu-lagu TheOvertunes dan kedengaran hampir serupa dengan single Rendy Pandugo yang berjudul “Why” namun ia terhasil dalam produksi muzik yang cukup kemas.
Setiap pemuzik pasti ada signature muzik mereka sendidi dan menerusi “Shot” Mikha meneruskan apa yang dia percaya sebagai bukti yang dia adalah pemuzik masa depan Indonesia yang punya masa depan yang cerah.
Lagu ini dicipta sepenuhnya Mikha beredar 20 Mac lalu sekali gus dengan muzik video rasmi yang siap tersedia di YouTube.
7.6/10
ARTIKEL BERKAITAN
“Serenata Jiwa Lara” Berkelas Satu Persembahan Diskoria Bersama Dian Sastrowardoyo