
Lagu: Tanpamu
Artis: Nastia
Komposer & Lirik: Leo Azman / Rudy / Zach Zainal Zainir / Azim Jenk Ali
Label: –
Nama Nastia lebih awal mencuri perhatian pasaran muzik Indie sebetulnya ketika mereka menghasilkan album “Esok Belum Tiba” yang juga menjadi single perdana kolaborasi mereka bersama singer-song writer Liyana Fizi.
Namun dengan single tersebut nama Nastia tidaklah begitu mendapat perhatian mainstream tetapi setidaknya mereka sudah menghasilkan satu acuan muzik yang cukup tersendiri. Cukup melodious, poetic dan membuai.
Lihat sahaja lagu-lagu yang terisi di album tersebut seperti “Cinta Sempurna”, “Indah Selamanya” dan juga “Anggur” dihasilkan dengan satu ramuan muzik yang bergerak cukup tersendiri.
Setelah itu, Nastia bergerak lebih besar skala muziknya dalam rencana menawan pasaran mainstream bersama Faithful Music menerusi hits yang sudah boleh dilabel sebagai evergreen track band ini.

“Rapuh” Meninggikan standard muzik Nastia ke tahap yang cukup membanggakan. Lagu ini antara yang terbaik dihasilkan sepanjang 2017. Kolaborasi genius Nastia bersama Faithful telah memberi satu suntikan muzik yang cukup berkelas sekali.
Dan kehebatan “Rapuh” diteruskan dengan single kedua dan terakhir bersama Faithful iaitu “Untuk Kamu” yang sekali lagi hadir cukup baik penghasilannya.
Terkini, Nastia mengembalikan singnature muzik melodious mereka di single “Tanpamu” yang tampil sekali lagi cukup membuai rasa dalam menghasilkan sebuah lagi melankolik pop yang cukup berkualiti.
“Konsep melodrama dalam penulisan Nastia masih dikekalkan malah perjalanan muzikal Nastia kali ini turut diwarnai dengan elemen elektronik untuk penghayatan dan ambien yang lebih dinamik serta teknikal.” – Nastia.
“Tanpamu” kesinambungan yang cukup baik untuk Nastia menawan kembali pasaran mainstream. Nama mereka sudah dikenali dengan “Rapuh” dan “Tanpamu” jika diberi justice pemasaran yang baik mampu bergerak sebagai sebuah naskhah yang memberi warna yang berbeza pasaran muzik lokal.
8.6/10
ARTIKEL BERKAITAN
Intepretasi Rock N Roll “Jemson” Dalam Derum Deram “Balada Cinta Kosmos”