Review, Terkini,

Taklukan Pop Andi Bernadee Diteruskan Menerusi “Donde”

Pertaruhan Warner Music dalam merencana karier muzik Andi Bernadee dalam satu acuan muzik moden dan terkini bagi saya cukup menjadi sekali. Setelah berjaya dengan single “Satu Peluang” karya cipta Alif, Andi kembali melangkah terus dengan rencana karier muziknya tahun ini menerusi “Donde”.

Satu Peluang yang beredar tahun lalu sudah distrim hampir 2.5 Juta di Spotify dan muzik video rasminya ditonton lebih 14 Juta di YouTube. Gelombang muzik Andi dalam menakluk pasaran muzik tempatan beriring percaturan yang cukup tepat dan bercitarasa.

Di saat bakat seperjuangannya memilih untuk terus mempertaruhkan balada, Warner Music merencana karier muzik Andi ke satu arah yang lebih berkelas, moden dan terkini.

Percubaan perdananya menerusi single “Tiada Lagi Maaf” yang beredar pada tahun 2017 tidak begitu menjadi dan hal itu sudah boleh di predict dengan formula muzik berulang dan serupa. Peluang Andi ke pentas Big Stage saya kira berjaya mengeluarkan segala apa yang dia ada untuk di ketengahkan.

Dan memilih Alif untuk produce lagu-lagunya membuat Andi berada di legasi yang lebih cerah masa depannya. Siap dirilis di semua gedung muzik digital, “Donde” sekali lagi meneruskan ilham latin dan pesona raggaeton dalam penghasilan melodinya yang cukup catchy.

“Donde” yang membawa maksud “Di Mana” dalam bahasa Sepanyol bagi saya sudah siap sebagai sebuah Pop yang boleh dibanggakan. Tanpa perlu gimik yang entah apa-apa Andi hadir sebagai bakat pelapis yang boleh dikembangkan jika percaturan begini diteruskan dengan rencana karier yang lebih kemas.

Highlight, Review, Terkini,

“Sumpah” Balada Penuh Emosi Pertaruhan Terbaru Aina Abdul

Aina Abdul antara nama yang begitu underrated di pasaran mainstream tempatan. Mungkin berbalik soal rezeki bakat besarnya dalam bidang nyanyian dan penciptaan lagu tidak begitu diangkat di peringkat yang sebetulnya.

Persembahan pentas langsungnya dalam siri showcase di No Black Tie antara yang cukup sinonim dengan bakat ini. NBT ibarat taman permainannya dalam percaturan bakat yang dimiliki. Namun pasaran kecil pentas tersebut belum cukup menarik magnet pasaran muzik yang lebih besar.

Terakhir muncul cukup berkelas menerusi single “Shadow” tahun lalu, Aina sudah mencipta satu benchmark muziknya yang tersendiri. Pasaran urban tempatan sudah mengenal Aina dalam pertaruhan lagu lainnya seperti “Reminiscing” antara yang lainnya.

Tidak hanya mahu kekal dalam satu pasaran muzik semata, Aina tampil penuh emosi dalam single “Sumpah” yang kalau tidak lagi mengangkat namanya di persada muzik perdana entahkan apa lagi agaknya yang harus dia lakukan agaknya.

Kehendak pasaran muzik semasa hari ini saya kira kadang kejam sehingga menarik Aina untuk menghasilkan balada yang sebegini sekali.

Tetapi saya faham dedikasi Aina tinggi untuk kekal bermuzik dan buat sehingga tiada lagi yang mampu menolak apa yang dia tawarkan.

“Sumpah” bagi saya sudah siap sebagai naskhah mesra radio untuk diangkat dan dipopularkan. Saya terlalu mahu melihat Aina di satu tahap di mana semua orang tidak lagi menidakkan bakat besarnya dan dia boleh lakukan apa yang dia suka tanpa perlu lagi terikat dengan demand muzik popular.

Jika disuruh pilih sudah tentu Aina di pasaran “Shadow” lebih membanggakan tetapi saya faham, single “Sumpah” ini penting untuk dia evolve sebagai pemuzik yang lebih matang di masa hadapan. “Sumpah” harus beriring pemasaran yang bermodal besar untuk meletakkan lagu ini atau lebih tepat Aina ke tempat yang sepatutnya jika tidak ia akan berakhir dengan pelaburan yang sia-sia.

Terkini,

Mendampingi Feel Folk Pop Lokal Dalam Nota-Nota Lembut Beverly Matujal

Melihat muzik di luar pasaran komersil tempatan sebetulnya begitu mengujakan dengan bakat-bakat yang cukup organik sifatnya dalam bermuzik. Mereka datang dengan kejujuran dalam berkarya tanpa berkompromi dengan publisiti murahan.

Nama Beverly Matujal satu daripadanya yang harus diberi perhatian dan harus dibuka peluang untuk membesarkan lagi bakatnya di pasaran komersil. Mula menulis lagu seawal usia 11 Tahun, keseriusan Beverly dalam bermuzik dapat dilihat menerusi karya-karya indipendennya.

Aktif di pentas festival muzik, antara persembahan pentasnya adalah di The Penang Island Jazz Festival dan Rhythm of Rimba Festival. Single perdananya, “Escalate” beredar di tahun 2017 diikuti EP berjudul “Echoes” yang tampil 5 lagu keseluruhan yang membawa konsep Acoustic Folk dengan feel muzik Country.

Mendengar keseluruhan EP tersebut saya pantas teringatkan Juwita Suwito yang pernah tampil ilham Pop serupa. Lagu-lagu seperti “Echo” dan “Mike” benar-benar menyerlahkan kualiti vokal Beverly.

Muzik yang Beverly persembahkan diteruskan dalam single terkininya “If I Fall In Love” yang meneruskan segala kelembutan yang ada pada karakter vokalnya. Kekuatan Beverly bagi saya benar-benar pada feel yang ada dalam penyampaian.

This might not our local taste bud dan nak ubah citarasa orang bukanlah concern utama dalam bermuzik saya kira. Sokongan terhadap bakat kecil berjiwa besar begini harus diteruskan biar perlahan tetapi harus berterusan. Nasihat MK give a try and take your time, resapi segala perasaan dan kejujuran dalam muzik Beverly then only kita mampu ubah pasaran besar muzik tempatan.

Terkini,

Pele L Menyelami Gangguan Emosi Wanita Dalam Seriosa Rap Menyentuh “She”

2018 Membuka laluan cemerlang bakat Hip-Hop bergelar Pele L untuk dikenali di sini. Dalam legasi genre ini namanya ternyata is one to watch setelah tampil cukup meyakinkan dalam siri rilis “On The Low”, “Reason” dan “Love”.

Tanpa menunggu lebih lama tahun ini Pele L meneruskan rencana kariernya dengan sebuah single provokatif yang dicetuskan daripada kisah benar yang terjadi dalam satira masyarakat hari ini. Single diberi judul “She” itu membawa isu gangguan emosi wanita dalam meneruskan kehidupan gelapnya.

Lagu yang ditulis sendiri sepenuhnya oleh Pele L ini diproduksi oleh up and coming music producer “Harith Jalil”

Menampilkan gandingan vokal Tuju dari KClick memberikan ambien muzik yang lebih deep dan telus dalam penceritaan lagu yang disusun. Single ini sudah berada di Spotify dan muzik videonya akan diedarkan dalam beberapa minggu lagi yang diarahkan oleh ATG.

Terkini,

Carta Muzik Kita (Minggu 2)

Carta Muzik Kita minggu kedua. Terus undi di Carta Muzik Kita

1. Aku Rayu – Firdaus Rahmat
2. Kata Hati – Heidi
3. Setiap Malam Aku Bersamamu – Bunkface
4. Bila Entah – Aisyah Aziz
5. Aku & Laguku – Hani & Zue
6. Intan Dan Perak – Imran Ajmain
7. Pun Boleh – Alif & SonaOne
8. Flashes – Bil Musa, Kuizz, Spuds, MFMF.
9. Debu Bercahaya – Noh Salleh
10. Goodbye – Amni Musfirah
11. Sang Perindu – Amir Jahari & Noh Salleh
12. Kisah Cinta Kita – Hafiz
13. Semua Sudah – Elizabeth Tan
14. Ur Cute But Boring – Lunadira
15. Dinda – Masdo
16. Pipiyama – Shiha.

BARU!
Gadees – Zaim Ajmal
Aduh – Zamani

Terkini,

#MixTapeWednesday Reza Artamevia

Nama Reza Artamevia atau lebih dikenali sebagai Reza di sini mungkin tidak sebesar Rossa, Krisdayanti dan Melly Goeslaw dalam legasi Pop wanita nusantara. Namun dia masih sempat mencipta impak dalam berkarier muzik di sini.

Sekitar awal 2000 sempat merilis album studio keduanya di sini dengan single perdana “Biar Menjadi Kenangan” kolaborasi bersama Masaki Ueda (yang merupakan produser album Jepun Ning Baizura – Natural Woman) menerusi album “Keabadian” yang diedarkan Warner Music Malaysia yang turut menampilkan rakaman semula lagu “Getaran” yang pernah dipopularkan Famieza & Antia Sarawak.

Debut perdananya berjudul “Keajaiban” yang diedarkan pada tahun 1997 membawa Reza bekerja bersama produser muzik yang cukup hangat ketika itu Ahmad Dhani dengan menerbitkan sepenuhnya albun yang tampil cukup ramuan R&B Pop yang cukup sensual serasi kemampuan vokal Reza.

Dengarkan rangkaian hits terbaik Reza menerusi senarai lagu yang MK sediakan menampilkan hits andalannya seperti Berharap Tak Berpisah, Biar Menjadi Kenangan, Aku Wanita, Keabadian, Satu Yang Tak Bisa Lepas, Cintakan Membawamu Kembali dan lainnya.

Diskografi Reza Artamevia

  • Keajaiban (1997)
  • Keabadian (2000)
  • Amazing (2000)
  • Keyakinan (2002)
  • The Voicer (2009)

Terkini,

Haiza Tampil Single Dangdut “Young & Gentleman” Karya Aizat Amdan & Mel Ramlan

Kali terakhir tampil dengan single duet “Jangan Pernah Berdusta” bersama Aepul – Haiza kembali dengan lagu terbaru yang mempertaruhkan genre Pop Dangdut menerusi single yang diberi judul “Young & Gentleman”.

Apa yang lebih menarik single terbaru ini ditulis sepenuhnya oleh dua bakat muda Aizat Amdan bersama Mel Ramlan yang sebelum ini cukup popular dengan rangkaian lagu seperti “Sampai ke Hari Tua” (Aizat) dan “Bekas Kekasih” (Tomok).

Kolaborasi pertama Haiza, Aizat Amdan dan Mel Ramlan ini merupakan lagu pertama Pop Dangdut yang diciptakan. Muzik video rasmi “Young & Gentleman” kini sudah berada di YouTube rasmi InDigital.

Nama Haiza kembali meniti bibir penggemar showbiz tempatan setelah kemunculannya menerusi program Gegar Vaganza dan Duo Star. Sempat mengeluarkan sebuah single balada berjudul “Tentang Cinta” ciptaan Asfan Shah (2016) dan “Jangan Pernah Berdusta” pada tahun 2017.

Terkini,

Carta MK Minggu Pertama

Carta Muzik Kita minggu pertama. Terus Undi di sini

1. Kata Hati – Heidi
2. Bila Entah – Aisyah Aziz
3. Sang Perindu – Amir Jahari & Noh Salleh
4. Aku & Laguku – Hani & Zue
5.Intan Dan Perak – Imran Ajmain
6. Semua Sudah – Elizabeth Tan
7. Goodbye – Amni Musfirah
8. Pun Boleh – Alif & SonaOne
9. Ur Cute But Boring – Lunadira
10. Debu Bercahaya – Noh Salleh
11. Aku Rayu – Firdaus Rahmat
12. Dinda – Masdo
13. Flashes – Bil Musa, Kuizz, Spuds, MFMF.
14. Setiap Malam Aku Bersamamu – Bunkface

LAGU BARU!
Kisah Cinta Kita – Hafiz
Pipiyama – Shiha

 

Terkini,

Maliq & d’Essentials Merayakan Usia 17 Tahun Dengan “Senja, Teduh, Pelita”

Maliq & d’Essentials bukan lagi nama asing dalam rencana muzik nusantara. Pasaran muzik mereka bergerak penuh eksperimentasi dari Pop yang diadun kemas Jazz dan R&B sehingga ke pautan pengaruh 70’s City Pop pasca Fariz RM, Cashiero, Candra Darusman dan Utha Likumahuwa.

Ketaranya perubahan muzik mereka tentu saja berawal dengan penghasilan album “Sriwedari” yang beredar sekitar 2013 dengan beberapa hits seperti “Setapak Sriwedari” dan “Sing Make It Last Forever” yang tentu sekali menerima penerimaan juga kritikan penggemar mereka.

Namun saya kira setiap pemuzik evolve dengan cara tersendiri. Muzik mereka semakin berkelas dan tersendiri tanpa begitu terikat dengan kehendak pasaran malah memberi satu rasa baru daripada ilham silam dengan begitu kreatif dan berseni sekali.

Meraikan tahun ketujuh belas penglibatan mereka dalam bidang muzik tahun ini, Maliq & d’Essentials tampil dengan simgle perdana tahun ini berjudul “Senja Teduh Pelita” yang meneruskan esen muzik City Pop bersama pengaruh muzik awal yang mereka bawakan penuh groove dalam album “1st” dan “Free Your Mind” khususnya.

Dalam artiel Pop Hari Ini, drummer Widi Puradiredja menyifatkan lagu “Senja Teduh Pelita” bercerita tentang restu alam semesta. “Terkadang ada semacam tanda-tanda yang muncul saat kita menginginkan suatu keadaan yang mana ita kemas dalam sebuah lagu kisah romantis,” kata Widi.

Terkini,

Carta Muzik Kita 2019

Buat pertama kali kami memperkenalkan Carta Rasmi Muzik Kita yang bermula undiannya minggu lalu. Untuk peringkat awal sebanyak 14 lagu disenarai pendek.

Dari masa ke masa jumlah lagu dalam carta akan meningkat hingga ke jumlah 20 lagu setiap minggu! Cadangan dibuka untuk anda memasukkan lagu mana yang dirasakan berkualiti bagi tersenarai dalam carta kami.

Undian mingguan akan dikira sehingga jam 11.59 tengah malam Khamis dan Carta Rasmi Muzik Kita akan diumumkan senarainya menerusi laman web rasmi, Facebook, Instagram dan Twitter rasmi Muzik Kita.

Lagu-lagu yang dipilih adalah berdasarkan kualiti muzik yang dipersembahkan tanpa terpengaruh dengan jumlah streaming, view di YouTube atau viral di Facebook kerana kami percaya yang berkualiti itu yang seharusnya popular dan dikedepankan.

Senarai 14 Lagu terawal yang sudah dipilih boleh diundi di pautan berikut:

  1. Debu Bercahaya – Noh Salleh
  2. Aku & Laguku – Hani & Zue
  3. Flashes – Bil Musa, Kuiz, Spuds & MFMF
  4. Goodbye – Amni Musfirah
  5. Intan & Perak – Imran Ajmain
  6. Bila Entah – Aisyah Aziz
  7. Setiap Malam Aku Bersamamu – Bunkface
  8. Kata Hati – Heidi
  9. Ur Cute But Boring – Lunadira
  10. Semua Sudah – Elizabeth Tan
  11. Pun Boleh – Alif & SonaOne
  12. Sang Perindu – Amir Jahari & Noh Salleh
  13. Dinda – Masdo
  14. Aku Rayu – Firdaus Rahmat