
Melihat muzik di luar pasaran komersil tempatan sebetulnya begitu mengujakan dengan bakat-bakat yang cukup organik sifatnya dalam bermuzik. Mereka datang dengan kejujuran dalam berkarya tanpa berkompromi dengan publisiti murahan.
Nama Beverly Matujal satu daripadanya yang harus diberi perhatian dan harus dibuka peluang untuk membesarkan lagi bakatnya di pasaran komersil. Mula menulis lagu seawal usia 11 Tahun, keseriusan Beverly dalam bermuzik dapat dilihat menerusi karya-karya indipendennya.
Aktif di pentas festival muzik, antara persembahan pentasnya adalah di The Penang Island Jazz Festival dan Rhythm of Rimba Festival. Single perdananya, “Escalate” beredar di tahun 2017 diikuti EP berjudul “Echoes” yang tampil 5 lagu keseluruhan yang membawa konsep Acoustic Folk dengan feel muzik Country.
Mendengar keseluruhan EP tersebut saya pantas teringatkan Juwita Suwito yang pernah tampil ilham Pop serupa. Lagu-lagu seperti “Echo” dan “Mike” benar-benar menyerlahkan kualiti vokal Beverly.
Muzik yang Beverly persembahkan diteruskan dalam single terkininya “If I Fall In Love” yang meneruskan segala kelembutan yang ada pada karakter vokalnya. Kekuatan Beverly bagi saya benar-benar pada feel yang ada dalam penyampaian.
This might not our local taste bud dan nak ubah citarasa orang bukanlah concern utama dalam bermuzik saya kira. Sokongan terhadap bakat kecil berjiwa besar begini harus diteruskan biar perlahan tetapi harus berterusan. Nasihat MK give a try and take your time, resapi segala perasaan dan kejujuran dalam muzik Beverly then only kita mampu ubah pasaran besar muzik tempatan.