
Kali terakhir tampil dengan single duet “Jangan Pernah Berdusta” bersama Aepul – Haiza kembali dengan lagu terbaru yang mempertaruhkan genre Pop Dangdut menerusi single yang diberi judul “Young & Gentleman”.
Apa yang lebih menarik single terbaru ini ditulis sepenuhnya oleh dua bakat muda Aizat Amdan bersama Mel Ramlan yang sebelum ini cukup popular dengan rangkaian lagu seperti “Sampai ke Hari Tua” (Aizat) dan “Bekas Kekasih” (Tomok).
Kolaborasi pertama Haiza, Aizat Amdan dan Mel Ramlan ini merupakan lagu pertama Pop Dangdut yang diciptakan. Muzik video rasmi “Young & Gentleman” kini sudah berada di YouTube rasmi InDigital.
Nama Haiza kembali meniti bibir penggemar showbiz tempatan setelah kemunculannya menerusi program Gegar Vaganza dan Duo Star. Sempat mengeluarkan sebuah single balada berjudul “Tentang Cinta” ciptaan Asfan Shah (2016) dan “Jangan Pernah Berdusta” pada tahun 2017.