#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

In & Out Pasaran Muzik #BBNU Dan 10 Nama Paling Berpotensi Untuk Dibesarkan Bakatnya

Pasaran muzik urban lokal sebetulnya lebih menarik dengan barisan pemuzik muda yang cukup tinggi nilai produksinya. Bakat seperti Alif, SonaOne, Bil Musa, Kuizz, MFMF, Hani & Zue, Zamera, Midnight Fusic, Lunadira, Aina Abdul dan nama-nama baru pasaran muzik Hip-Hop telah membuktikan sesuatu yang positif dalam perkembangan muzik tempatan.

Pasaran muzik Popular a.k.a radio a.k.a Instagram dan YouTube berada di tahap yang masih lemah produksi muziknya dengan formula lagu yang berulang, lambakan penyanyi baru yang seakan sama dan pemasaran muzik yang memualkan.

Jika ditanya saya personal siapa artis baru yang paling baik lima tahun kebelakang jawapan saya mudah – Aziz Harun. Potensi yang ada pada bakat ini cukup besar sebagai penyanyi juga pemuzik yang serius. Seawal single “Senyum” diedarkan sekitar 2014, Aziz dengan mudah buat saya terpikat dengan pesona bakatnya.

Berbekal lagu yang tampil dalam Pop yang moden dan tidak meleleh serta vokal tersendiri miliknya bakat besarnya sudah cukup meyakinkan biar hanya dengan satu single. Dan setelah itu dia terus tampil dengan lagu “Beautiful”,  “Mama”, “Jangan” dan yang terkini duet bersama Hanna Delisha menerusi single “Hana” meneruskan kelangsungan bakat yang ada padanya.

Dan dalam pada ketika dia mucul ada seorang lagi nama yang menarik perhatian – Sissy Imann yang tampil cukup unik dan tersendiri menerusi single “Mungkin Kamu” yang pada saya ketika itu agak wow juga hasilnya. Dan faktor wow ini diteruskan dengan lagu “Keliru” yang cukup bergerak sendiri konsepnya. Tapi itu dulu Sissy yang sekarang a lil bit ermmm…

Ismail Izzani, Sarah Suhairi dan As’Ad Motawh saya kira sudah cukup dikenali di pasaran komersil. Nama-nama ini setidaknya akan bertahan 3 tahun mendatang

Corak pemasaran muzik (Penerbitan lagu dan muzik video khususnya) Warner Music (Andi Bernadee), World Peace Entertainment (Ismail, Naim Daniel & Firdaus Rahmat) serta Beegood Music (As’Ad Motawh) lebih bercitarasa berbanding FMC, Rusa atau Aries Music yang macam tu jugalah hasilnya.

Tapi sepertimana makanan begitu juga muzik berbalik pada citarasa dan ‘bajet’ dalam memilih makanan. Yang bajet ciput makanlah lauk yang serupa. Tapi itulah makanan sekarang pun sudah diolah mengikut market hari ini maka harus diingat sepertimana makanan, muzik juga perlu evolusi dan perubahan. Kalau tak bosan kedaung jawabnya.

Idea Astro memperkenalkan Big Stage sangat baik. Sebabnya kalau tiada program tersebut saya pun tak pasti betapa besarnya bakat Sarah Suhairi on stage! Dan saya juga sukakan Afieq Syazwan cuma dia masih belum mendapat lagu yang tepat. Direction harus diubah – dia boleh menyanyi, menari dan perform lagu Bruno Mars why still bagi lagu balada bunuh diri sebagai single?

Saya menghabiskan masa beberapa hari ini mendengar dan menyorot pasaran muzik anak-anak muda ini. Bakat solo lelaki banyak yang punya potensi berbanding solo wanita yang sama ada mahu menjadi the next Siti Nordiana dengan pengaruh muzik 90-an Ziana Zain.

Andi Bernadee – Satu Peluang
Direction muzik Andi sudah berada di landasan yang betul. Teruskan dengan karya-karya begini sebab Andi boleh carry all the way – rupa, gaya, vokal semuanya seiring. Pakej yang cukup cuma kena konsisten. Saya pasti Warner Music sudah punya rencana solid buatnya. Perhaps one more single in next 3 month dan sebuah single duet hujung tahun. Cukup sebagai rencana 2019 buatnya.

Insomniacks – Pulang
Pop band ini not bad at all. Single Pulang ada mood Pop ala Estranged dan Nastia, vokalisnya juga punya feel dan suara yang baik. Antara band anak muda yang punya potensi untuk pergi lebih jauh.

Sarah Suhairi – Nyawa & Raga
Nyawa & Raga tampil pada masa yang tepat di mana pasaran muzik lokal memerlukan vokalis wanita yang boleh tampil idea moderate dan up tempo Pop. Sarah mungkin bukan power vocalist yang mampu melantun balada nada tinggi bersifat akrobatik. Tapi kraf bakatnya tersendiri mengingatkan saya ketika Amy Mastura menakluk pasaran 90-an dengan caranya dahulu.

Amir Masdi – Puas
Soal bakat menyanyi dan perform Amir sudah cukup solid asasnya. Apa yang Amir perlukan adalah investor yang boleh melabur untuk bakatnya. Pemasaran perlu lebih kemas, berkelas dan berhasil.

Ismail Izzani – Bidadari
Pop semasa Ismail tampil semakin segar bermula single Sabar, Demi Kita dan yang terkini Bidadari sudah meletakkan Ismail ke depan lebih maju berbanding bakat muda lainnya. Dengan janji masa dan disiplin kerja yang tepat bakatnya boleh digilap kemas.

Hafeez Mikail – Rahsia
Saya tidak pasti jika tepat meletakkan Hafeez dalam legasi BBNU. But anyway lagu Rahsia ciptaan Malique & Dedeq tampil cukup tasteful sekali dan suara Hafeez mampu jadi pelapis soloist yang ada cuma saya tidak tahu keseriusannya dalam bidang nyanyian. Rugi jika tidak digunakan sepenuhnya, pakej untuk pergi jauh sudah lengkap.

Zaim Ajmal – Gadees
Sejujurnya lagu Gadees ini sekadar biasa sahaja tapi saya jatuh suka dengan suara Zaim yang ada weight. Dua tiga tahun lagi saya kira dia boleh evolve kalau serius.

Firdaus Rahmat – Aku Rayu
Baru mengedarkan single “Aku Rayu” ciptaan Omar K dan Ikhwan Fatanna, Firdaus ada talent menyanyi dengan baik, vokalnya ada pesona dan warna. Lagu “Aku Rayu” ini juga cukup ramuan untuk popular.

Bahiyya Haneesa – Material
Ini antara kejutan manis tahun lalu. Grup vokal wanita yang boleh dikedepankan. Sebuah lagi kolaborasi Omar K dan Ikhwan Fatanna yang sedap hasilnya. Banyak hal yang pasti dinantikan daripada grup wanita ini.

Naim Daniel – Sempurna
Naim ada suara yang pasaran hari ini perlukan. Muzik Pop nya juga baik dan saya kira dia juga senang diterima ramai cuma perlu hadir dalam strategi berbeza. Jika formula “Sempurna” dan “Sekali Lagi” diguna ulang akan jadi bosan dan forgettable.

Terkini,

Imran Ajmain Merilis Long-Awaited Single Berjudul “Intan & Perak”

Lewat tahun 2017 atas undangan Sukasucre Creatives ke showcase Imran Ajmain saya dan hadirin lainnya diperdendangkan dengan lagu berjudul “Intan dan Perak” dalam sebuah show intimate di No Black Tie.

Kali pertama mendengar lagu tersebut saya kira  ramuannya cukup untuk meneruskan kesukaan kita semua terhadap Imran dalam hits malar segarnya seperti “Seribu Tahun”, “Selamat Ulang Tahun Sayang” dan all time favorite saya “Dikalung Kasihan”.

Killer pada korusnya di bait “Intan dan perak kau berikan padaku…” berlegar di ruang kepala saya sepanjang memandu pulang ke rumah. Saya kira tak berapa ramai yang mampu menghasilkan satu balada Melayu dengan kualiti premium dan bunyian cukup rich hasilnya. Hanya Imran.

Mellow dan perlahan baladanya cukup kuat jiwa Melayu dengan susunan kata yang disusun cukup kemas dipadu vokal sederhana Imran yang tidak terlalu mahu merintih dalam sedih lagunya. Dan hal-hal ini saya kira hanya ada pada bakat yang satu ini. Baladanya tidak kedengaran ketinggalan.

Meneruskan evolusi dalam kariernya tanpa melepaskan segala jenis “imran” dalam signature muziknya, dia merilis “Sentiasa Merinding” yang cukup original sekali penciptaannya. One of the best song yang pernah mana-mana pencipta lagu balada hasilkan.

“Intan Dan Perak” pertaruhan terbaru Imran Ajmain dalam terus kekal sebagai soloist handalan

Setelah lebih setahun menunggu, saya menantikan magis dalam sentuhan muziknya. Dengan kerjasama Avex Azman dan Rauzan Rahman “Intan Dan Perak” terhasil cukup kemas dalam susunan muzik terkini tanpa perlu menjadikan melodinya terlalu meleleh.

Bercerita tentang inspirasi lagu ini “Saya terinspirasi untuk membikin karya tersebut selepas menyaksikan filem, Blood Diamond yang menyaksikan pengorbanan seorang lelaki terpaksa mendepani situasi gelap dalam perhubungan.”

“Intan Dan Perak yang masih kekal bermelodi pop balada bersama lenggok suara Melayu saya, namun ada elemen muzik berentak R&B dan Hiphop. Justeru, saya anggap single ini teramat istimewa di hati.”

Info!
Senikata & Gubahan; Imran Ajmain, Rauzan Rahman & Az Avex Azman
Rakaman; Faiz Rosli (Nomad Studios)
Terbitan; Avex (Boxavex Entertainment, Melbourne)
Adunan Muzik; Flightsch @ Ezekiel Keran (M03 Records LLP)
Mastering; Tom Coyne (Sterling Sound, New York)

#PerspektifMuzik, Highlight, Review, Terkini,

10 Rilis Terbaik Januari – Februari 2019

Pasaran muzik urban tempatan bergerak laju ke depan dengan beberapa rilis yang kebanyakannya digerakkan anak-anak muda yang tampil ilham muzik semasa.

Alif dan SonaOne meneruskan kreativiti mereka dalam hits “Pun Boleh” yang cukup catchy dan terkini. Sweet surprise daripada Amni Musfirah melahirkan “Good Bye” yang cukup soulful dan international sekali hasilnya. There’s more to watch from this young and talented musician.

Hani & Zue akhirnya menemukan lagu yang cukup tepat buat mereka. “Aku Dan Laguku” harus mendapat air play, view dan recognition daripada penggemar muzik . Masa yang tepat untuk kita besarkan dua bakat ini. Dan semoga jentera promosi Yuna Room Records dapat memberi justifikasi pemasaran yang sepenunya.

Noh Salleh kekal mellow dengan caranya sendiri. Meneruskan apa yang diusahakan dalam “Angin Kencang” dan “Renjana” dia tampil semakin hebat dalam “Debu Bercahaya” yang diedarkan secara fizikal bersama muzik video rasmi.

Duo Hael dan Ezra meneruskan magis dalam penghasilan Pop mereka menerusi single terbaru Aisyah Aziz berjudul “Entah Bila” yang cukup classy sekali penghasilannya.

Bakat urban tempatan Lunadira (Ur Cute But Boring), Alextbh (No Space) dan Bil Musa, Kuizz, Spuds, MFMF (Flashes) sudah rasmi menjadi nama yang akan terus diperhatikan sepanjang tahun ini.

Berikut 10 Rilis Terbaik Malaysia Jan – Feb 2019

1. Aku Dan Laguku – Hani & Zue (Hani / Zue / Prod by MFMF)
2. Bila Entah – Aisyah Aziz (Hael Husaini / Ezra Kong)
3. Ur Cute But Boring – Lunadira (Anuar Roslan / Lunadira / Prod by Anuar Roslan)
4. Pun Boleh – Alif & SonaOne (Alif & SonaOne)
5. Flashes – Bil Musa, Kuizz, MFMF., Spuds (Justin Seow / Nabilah Musa / Raja Muizzudin Shah / Wee Zhen Yong / Prod by MFMF.)
6. Debu Bercahaya – Noh Salleh (Noh Salleh / Adink Permana)
7. Goodbye – Amni Musfirah (Amni Musfirah)
8. No Space – Alextbh (Jeppe London / Mad Lundegaard / Lauritz Emil Christiansen)
9. Setiap Malam Aku Bersamamu – Bunkface (Sam / Izzy Musa)
10. Fumakilla – Kidd Santhe (DJ Biggie / Gard / Kidd Santhe)

Special Mention
Beberapa rilis yang diedarkan hujung Nov / Dis 2018 yang haus diberi perhatian seperti Tiada Rasa Sebaris Kata (Salammusik), Truth (Zamaera), Kata Hati (Heidi) dan Semua Sudah (Elizabeth Tan).

Highlight, Terkini,

Nasihat Aman Penuh Sensual “Sal Priadi” Menerusi “Jangan Bertengkar Lagi Ya OK? OK!” 

Menutup lewat malam tadi pendengaran saya teralih dengan sebuah persembahan penuh soulful single terkini Sal Priadi yang berjudul “Jangan Bertengkar Lagi Ya OK? OK!” yang begitu membuai perasaan sekali sifatnya.

Sal Priadi yang sebelum ini cukup terkenal dengan ilham Folk Galau menerusi single “Kultusan”, “Ikat Aku Di Tulang Belikatmu” dan “Melebur Semesta” keluar daripada zon selesanya dalam single terbarunya ini.

Lagu ciptaan sepenuhnya Sal Priadi ini tampil dalam ilham Soul atas nota-nota jazz yang sunsual diproduksi bersama seorang lagi pemuzik meningkat naik, Pamungkas.

Menurut Sal “Ini adalah lagu merajuk. Sebuah rayuan agar setiap kita yang bertengkar saling menurunkan ego masing-masing, memaafkan satu sama lain, dan kembali saling meraikan cinta.

“Semoga lagu ini mampu menyatukan dua hati yang sedang panas panasnya, sebuah lagu yang bisa menjadi soundtrack bagi siapa pun yang bertengkar. Dengan kerendahan hati, kami persembahkan, “Jangan Bertengkar Lagi Ya? OK? OK!”

Dengan barisan lagu-lagu yang tampil cukup tersendiri Sal Priadi saya kira sudah cukup sedia menjadi pelapis soloist yang ada dalam mempersembahkan repertoire muzik yang cukup meyakinkan dan berevolusi. Saya sejujurnya melihat masa depan yang cerah dan panjang pada bakat ini. Such a beautiful talent.  

ARTIKEL BERKAITAN:

Sal Priadi Meluruh Perasaan Dalam Puitis Balada “Melebur Semesta”

Review, Terkini,

Ready To Break The Mainstream “Hani & Zue” Tampil Komersil Dalam “Aku Dan Laguku”

Hani & Zue dalam legasi Pop tempatan mungkin tidak sebesar nama lainnya yang pantas memanjat carta muzik semasa dengan rangkaian pop yang mudah memikat pendengaran. Dan jujurnya ketika mereka muncul dengan debut tahun 2015, bakat mereka tidaklah begitu menyerlah dan membanggakan.

Single seperti “Biar” dan “Jauh” sebetulnya biasa-biasa sahaja sekadar meneruskan ilham Pop remaja Najwa Latiff dan Tasha Manshahar. Namun as an artiste Hani & Zue perlahan evolve dalam terus menerbitkan lagu-lagu yang lebih baik.

Sekitar 2016 mereka tampil dalam hits “Mulut Tempayan” yang menjadi lagu pertama membuka mata saya pada duo ini. Kraf muzik mereka dalam Mulut Tempayan saya kira menyuntik sesuatu yang segar untuk pasaran muzik ketika itu dan sempat mendapat airplay biar tidak terlalu popular untuk melawan lambakan balada ketika itu.

Bersama Yuna Room Records langkah mereka semakin ke depan dengan beberapa single seperti Dan Kali Ini (AG Coco) dan Alone (Kuizz).

Single Alone yang beredar tahun lalu mengalihkan perhatian saya kembali pada duo ini. Garapan muzik Kuizz memberi suntikan segar dan cukup moden sekali. Alone diproduksi penuh citarasa dan bergerak atas landasan muzik semasa.

Dan semua hal moden dalam muzik ini tidak hanya pada lagu mereka tetapi bergerak seiring dengan pesona imej serta muzik video yang saya kira banyak dipengaruhi oleh Yuna sendiri.

Meneruskan kelangsungan tersebut Hani & Zue tampil dalam sebuah lagu single baru berjudul “Aku & Laguku” pertaruhan terbaik untuk mereka menawan pasaran mainstream dengan syarat  sokongan menyeluruh yang pastinya.

Aku & Laguku sekali lagi diciptakan oleh duo ini tampil dalam ramuan mudah untuk popular. Melodius, lyrical dan datang dengan vokal yang semakin meyakinkan. Saya mengulang dengar lagu ini berkali-kali kerana komposisinya cukup kemas dengan produksi muzik MFMF yang begitu cemerlang.

Saya kira Hani & Zue sudah melakukan sesuatu yang sepatutnya untuk mereka diterima secara lebih meluas.

Lagu ini datang dengan formula yang baik untuk dikomersilkan dan popular di radio, I mean kalau radio tidak berkira untuk putarkan lagu bedurasi 2 Minit 29 Saat ini semua orang mampu menikmatinya dengan hati terbuka.

Sayang jika lagu dan bakat begini dipinggirkan saya tidak pasti apa lagi yang perlu dilakukan untuk meyakinkan pasaran tempatan. Back to 90’s ballad again or come out with stupid gimmick? Nope. 

INFO!
Produser: MFMF
Komposer: Hani & Zue
Lirik: Hani & Zue
Pengarah MV: Yuna Zarai
D.O.P: Zul Luey
Arahan Seni: Studio Selepas Ribut

Highlight, Terkini,

Cakra Khan Merenggut Emosi Dalam “Adalah Aku”

Memulakan karier nyanyian lapan tahun dahulu dengan hits “Harus Terpisah”, nama Cakra Khan pantas memanjat carta muzik nusantara dengan karakter vokal tersendiri yang dia miliki.

Setelah itu satu per satu kejayaan dicipta dengan bilangan hits seperti “Mencari Cinta Sejati”, “Setelah Kau Tiada” dan Seluruh Cinta duet bersama Siti Nurhaliza beriring beberapa kejayaan di Anugerah Planet Muzik juga Anugerah Muzik Indonesia.

Sempat mengedarkan sebuah single tahun lalu berjudul “Kekasih Bayangan” yang kini sudah mencecah angka lebih 6 Juta strim di Spotify membuktikan langkahnya selama lapan tahun di bidang muzik bukan sesuatu yang bersifat sementara.

Meneruskan hits malat segarnya, Cakra Khan tampil sekali lagi cukup powerful dalam lagu terbarunya “Adalah Aku” karya cipta Ahmad Fredy dan disusun okeh Dede Kumala – dua individu yang banyak bekerja bersama Cakra dalam lagu-lagu hitsnya sebelum ini.

2019 menjadi puncak dari kegalauan saya, setelah ini saya akan mencoba membawakan lagu dengan tema yang berbeda” – Cakra Khan

“Adalah Aku” menjadi klimaks daripada semua lagu galau yang pernah dia nyanyikan, menerusi single ini Cakra cuba menyatukan semua emosi dari lagu-lagu yang pernah dia nyanyikan sebelumnya.

Bercerita tentang kekecewaan, kegelisahan dan kemarahannya akan sebuah pengkhianatan. Namun dibalik itu semua, ada hikmah dan rasa syukur yang bisa diambil dari sebuah perpisahan.

“Aku hanya ingin melepasmu untuk Tuhan, bukan tuk yang lain” Bait lirik tajam yang tertuang di single Adalah Aku. Menurut Dede Kumala, lagu ini diberi sentuhan penuh dinamik yang mampu merenggut emosi pendengar.

 

Terkini,

Mengenal “Rauzan Rahman” Dari Siri Muzikal Menginjak Kedewasaan Bersama Single “Terakhir Untukmu”

Bakat seni yang ada pada bakat kelahiran kota Singa ini sudah mula dicungkil ketika dia kecil lagi. Nama Rauzan Rahman jika di Singapura hari ini sudah menjadi antara penerus gelombang irama Hip-Hop dengan beberapa lagu yang sudah diterbitkannya buat penyanyi lain.

Muncul dengan lagu karya ciptanya sendiri berjudul “Terakhir Untukmu”, Rauzan tampil yakin dengan genre Hip-Hop yang menjadi pertaruhan perdananya ini. Mengangkat kisah darjat dan cinta dalam susunan kata yang catchy dan kasual.

“Mencuba nasib di Kuala Lumpur adalah satu lumrah untuk anak-anak seni kelahiran Singapura. Apatah lagi, bila kami telah secara tidak langsung mempunyai kenalan dari komuniti sesebuah genre muzik.”

Saya berbesar hati dan terharu mendapat sokongan daripada ramai rakan-rakan yang juga rapper dan producer muzik Hiphop di Malaysia” 

Tambahnya lagi dalam satu sesi tayangan muzik video “Terakhir Buatmu”, “Semoga ia dapat memberikan satu kelainan kepada arena muzik pop di Malaysia, dan saya sebagai pendatang baru diterima ramai”

Info!

  • Rauzan Rahman bermula mengukir nama sebagai pelakon cilik dalam siri muzikal-komedi popular “Kids United” di saluran khusus kanak-kanak “Kids Central” di Singapura.
  • Merupakan Ketua Muzik & Pembangunan Kreatif SukaSucre Creatives
  • Pernah berkolaborasi dalam lagu “Chocolate Cake” nyanyian Dato’ Fazley Yaakob
  • Terbabit dalam penerbitan lagu B-Heart, Mimifly, Imran Ajmain dan Dato’ Fazley Yaakob.
  • Selain nyanyian Rauzan juga berbakat dalam bidang pengacaraan

Terkini,

#GirlCrushWednesday Lunadira – Urban Pop Dalam Ceritera Cinta Millenial

Ada beberapa nama segar pasaran muzik tempatan selain Amni Musfirah, Zamaera, Alextbh, Young Raja dan Kuizz yang pernah saya tulis sebelum ini nama Lunadira antara cukup menarik perhatian dengan idea Pop semasa dalam cerita cinta anak muda masa sekarang.

Lunadira tahun lalu tampil cukup meyakinkan dengan single “Stuck With You” yang kini jumah strim menghampiri angka 1 Juta (865,604 sehingga artikel ini ditulis). Feel R&B da Lo-fi dengan efek khas melatari lagu tersebut menjadikan Lunadira antara one to watch this year.

Meneruskan gerakan muziknya, Lunadira tampil ke quirky dalam single “Ur Cute But Boring” yang cukup fun dan segar sekali penghasilannya. Lagu dicipta sepenuhnya Anuar Roslan bersama Lunadira diedarkan 8 Februari lalu di semua gedung muzik digital.

Bagi yang kurang mengenal bakat ini, Lunadira mula dekat dengan muzik atas pengaruh R&B sekitar era awal 2000 serta minat penulisan poetic Daughters dan Frank Ocean.

Terkini,

Amni Musfirah Tampil Penuh Soulful Dalam “Goodbye” And You Should Give It A Listen

Lapangan muzik nusantara terisi dengan nama-nama baru yang sentiasa tampil tersendiri. Kadang jujur ada yang terlepas pandang terutama sekali bakat yang bergerak secara sendiri tanpa pemasaran meluas. Nama Amni Musfirah antaranya yang mungkin awalnya saya terlepas pandang.

Mula diperkenalkan dengan single “New York High” diedarkan sekitar 2017 Amni meneruskan kelangsungan cita dalam muziknya menerusi dua lagi single iaitu “Be Mine” dan “Bisik Cintamu” yang beredar  tahun lalu.

Tapi lagu-lagu tersebut doesn’t really grip my soul. Amni ada paten suara yang sedap cuma tiga lagu tersebut sebetulnya tidaklah begitu memberi justifikasi sepenuhnya. Tone yang dia miliki cukup merdu. It’s like Eva Celia meets Najwa Mahiaddin. Dan mengingatkan saya pada Karina Christy (Foolish Love) juga.

Tanggal 15 Februari lalu Amni muncul dengan Pertaruhan terbaru berjudul “Goodbye” yang saya sifatkan cukup rencahnya untu Amni benar-benar dikenali jika mengena percaturannya.

“Goodbye” karya cipta sepenuhnya bakat ini tampil dalam ilham soulful ballad yang sempurna segala sifatnya. Feel dan kelantangan vokal Amni lebih dirasai menerusi track Ballad yang saya sifatkan sempurna dengan suara merdu miliknya.

Menurut Amni, lagu ini mengambil ilham resam pasangan bercinta yang menemukan jalan akhir. “I guess the worse breakup between two people is when you love each other so much but you have to end it because you know it’s not right and not what you really want.” Menurutnya lagu ini berbeza dengan single sebelumnya yang lebih banyak bermain dengan elemen synth dan efek.

I really just wanted it to be fully stripped down. I just wanted to capture that feeling of immense hurt and shocked

Bakat Amni awalnya ditemui oleh pemuzik senior Singapura – Iskandar Ismail. Mula menyanyi seawal usia 10 tahun Amni pernah menyanyikan lagu tema Asia Youth Game 2009 berjudul Asia’s Youth Our Future  selain beberapa persembahan kebangsaan lainnya.

Amni definitely is one to watch this year selain Zamaera, Lunadira dan Jamilah. Kesemuanya tampil cukup meyakinkan.

Lagu “Goodbye” turut menggunakan khidmat Ari Renaldi sebagai juru adun. Lagu ini sudah siap tersedia di semua gedung muzik digital dan lirik video boleh ditonton di laman YouTube rasmi Amni Musfirah.

 

Terkini,

Berikut Senarai Lagu Yang Bakal Mengisi Slot Drama “Nur 2”

“Tak Pernah Hilang” Kolaborasi Amylea dan Kaer tahun lalu yang menjadi sebahagian daripada fenomena drama bersiri “Nur” begitu memberi kesan sekali bagi  karier dua bintang AF ini.

Populariti lagu tersebut bukan calang-caang dengan jumlah strim 2.7 Juta di Spotify dan tontonan melebihi 11 Juta di Youtube.

Karya muzik Farouk Roman tersebut tidak hanya bertahan di carta muzik popular malah membawa lebih tuah buat Amylea, Kaer dan Farouk ke pentas Anugerah Juara Lagu yang lalu.

Meneruskan fenomena luar biasa tersebut, Drama Nur 2 kini menanti giliran tanyangan bagi kesinambungan kisah cinta Ustaz Adam dan Nur ini. Dan tidak lengkap drama yang cukup disenangi ini tidak diisi dengan runut bunyi yang akan melatari drama tersebut.

Amylea menerusi akaun Instagram berkongsi berita tentang “The Nur Original Soundtracks” yang menampilkan sekali lagi naskhah kolaborasi namun kali ini bersama bakat baru bernama Megat menerusi lagu berjudul  “Tetap Kamu” yang akan menjadi lagu tema drama bersiri ini.

Berikut senarai lagu yang akan dimuatkan dalam drama bersiri ini yang turut menampilkan nama Marsha, Indah dan Roman.

“Tetap Kamu” Amylea X Megat
Lagu: Farouk Roman
Lirik Amylea
Produser: Farouk Roman

“Bimbang” Marsha Milan
Lagu: Farouk Roman
Lirik: Amylea
Produser: Farouk Roman

“Pudar” Indah Ruhaila
Lagu: Amylea
Lirik: Amylea
Produser: Amylea

“Cintaku” Megat
Lagu: Farouk Roman
Lirik: Amylea
Produser: Farouk Roman/ Amylea

“Dua” Roman
Lagu: Farouk Roman
Lirik: Amylea
Produser: Farouk Roman/ Jenk Ali