Terkini,

Brand New Reshma Tampil Ilham Urban Pop Menerusi “Ubah”

Masih ingat lagi peserta Akademi Fantasia yang namanya Reshma? Setelah tampil dengan single pentas akhir AF beberapa tahun lalu, Reshma dengan pengurusan baru tampil dengan nama Reshma Martin dengan single perdana berjudul “Ubah” yang beredar April lalu.

Pertama kali tampil dengan single nya sendiri menerusi lagu “Sayang Jadi Benci” dan “Fikir Kau Siapa” pada tahun 2017, nama Reshma agak tenggelam di balik kebangkitan penyanyi muda lainnya. Sebagai satu kelainan dia tampil segar menerusi single yang mendapat sentuhan I-Sky, Leo Danys dan Reshma sendiri.

“Ubah” kini tersedia di semua gedung muzik digital dan muzik video rasminya sudah pun beredar di YouTube rasmi Kerja Awan.

Review, Terkini,

Setelah Dua Tahun Tanpa Single Balada FT Tampil Single “Ratu”

Faizal Tahir di pasca Monkey Bone menghasilkan bunyian ikonik yang cukup sinonim dalam karya-karya muziknya yang cukup memikat pasaran tempatan. Single popular seperti Assalamualaikum, Setia, Dirgahayu, Sejati dan Ragaman antara yang meneruskan populariti FT di pasaran muzik mainstream.

“Ragaman” biar tidaklah begitu impresif hasinya bagi MK, lagu tersebut setidaknya berjaya mengubah sedikit sebanyak kosmik muzik tempatan dalam pasaran yang dilimpahkan balada mendayu.

Setelah “Ragaman” FT dengan tanpa mahu mengambil masa yang terlalu lama mahu terus kekal relevan dan memikat dengan rangkaian hits “Bisa Aja” dan “Biker Kental” yang kedua-duanya beredar tahun ini.

Melengkapkan portfolio muziknya, FT tampil kembali dalam sebuah single soulful ballad yang cukup menyentuh. Lagu yang dihasilkan FT bersama Mike Chan dan Mage ini hadir dalam piano pop yang mengeluarkan romantisme FT dalam penyampaian lagu-lagunya.

Lagu yang mengambil masa selama 5 tahun untuk disiapkan ini telah digubah sebanyak 6 kali sebelum produksi sepenuhnya disiapkan

Faizal dan pasukan produksi muziknya sememangnya sinonim dengan keberanian bereksperimentasi dalam menghasilkan sajian muzik yang unik. Kali ini ‘Ratu’ menampilkan gubahan muzik bertunjangkan irama balada piano yang diberi sentuhan elemen kontemporari yang menjadikan lagu ini berada di kelas tersendiri.

Ratu siap sebagai naskhah sempurna bagi pengikut FT seperti saya yang merindukan “Hanyut”, “Selamat Malam” dan “Sampai Syurga”.

Terkini,

Segi Band Tampil Single Bahasa Kedua Berjudul “Cahaya”

Bergerak secara indie dengan kemasan muzik yang dilakukan semuanya secara sendiri tidak mematahkan semangat kugiran bergelar SEGI dalam menghasilkan muzik yang berkualiti. Bermula dengan single “Adinda”, “Broken” dan “Survival” yang beredar awal tahun ini, Segi meneruskan langkah dengan single terkini mereka.

Lagu yang berjudul “Cahaya” ini dihasilkan dalam usaha mereka menampilkan sisi positif dalam penulisan lirik khususnya. Lagu yang juga merupakan kesinambungan lagu terdaulu mereka “Survival” yang mengangkat tema serupa.

Memberi sentuhan segar dan kelainan kali ini, Segi menampilkan pemuzik undangan Griesh menerusi single ini yang mempertaruhkan sub genre elektronik dan Pop Rock yang disatukan bagi memberi nafas segar lagu ini.

“Pemilihan jenis muzik adalah cara kami untuk mempelajari lebih banyak tentang apa yang membuatkan sesebuah karya itu berkesan. Ia bukan sekadar mengikut peredaran zaman yang dilihat lebih cenderung kearah muzik Pop, RnB dan Elektronik; namun ia lebih kepada mencabar keupayaan kami sendiri untuk berkarya dalam apa jua situasi atau persekitaran.” Tambah mereka.

Sudah beredar di semua gedung muzik digital 21 Jun lalu, “Cahaya” kini boleh dinikmati semua pendengar.

Highlight, Review,

#Review Pamungkas Tampil Penuh Kenikmatan Dalam Pengalaman Muzik Kelas Satu Menerusi “Flying Solo”

Pamungkas pemuzik muda seberang yang kehadirannya cukup dirasai sejak akhiran ini. Persembahan muziknya sudah menarik perhatian pengikut muzik seberang sejak awal dia memperkenalkan debut “Walk The Talk” tahun lalu dengan hits “I Love You But I’m Letting Go” yang sudah distrim lebih 1.4 Juta di Spotify.

Sebetulnya album perdananya itu tidaklah begitu menarik perhatian saya kerana sepertinya beberapa lagu dalam album tersebut masih kurang perasaannya. Namun saya tidak gagal mencuba untuk mendalami filosofi muzik Pamungkas sehinggalah dia tampil dengan single “Break It” yang juga antara single awal album “Flying Solo” ini.

Muzik Pamungkas bergerak lebih baik dalam single ini. Feel penyampaiannya dengan kemasan muzik yang lebih current dan penuh soulful membuatkan saya melayang dalam persembahan lagu ini.

Break It menjadi titik awal obsesi saya pada Pamungkas.

Album yang menyusul di gedung muzik digital 14 Jun lalu ini tampil dalam 11 trak keseluruhan dengan kerja tangan Pamungkas sepenuhnya. Seperti yang tertulis di sampul album ini written, arranged, produced, mixed and mastered by Pamungkas.

“Flying Solo” mengambil ilham Brit Pop dalam persembahan berjiwa Pamungkas. Melewati sepenuh perasaan di album ini buat saya benar-benar larut dalam kemasan muzik yang cukup hebat sekali.

Lagu-lagu seperti “The Retirement of U” , “Flying Solo” dan all time favorite saya “To The Bone” bukan sahaja menjadi bukti kematangan muzik Pamungkas sebagai singer song writer tetapi juga kematangan perkembangan muzik Indonesia secara menyeluruh.

“To The Bone” yang saya ulang entahkan berapa kali agaknya sejak mula beredar cukup sifatnya sebagai sebuah persembahan muzik yang begitu jujur sekali. Lagu-lagu bersifat feel good seperti “Nice Day” dan “Lover Stay” meneruskan prima muzik Pamungkas dalam pelayaran perasaan yang cukup membuai.

Pamungkas meneruskan kelangsungan bakat-bakat muda seperti Kunto Aji dan Rendy Pandugo yang dominan dalam persembahan muzik bersifat personal seperti ini. Flying Solo sudah menjadi sebuah benchmark yang baik untuk masa depan yang cerah Pamungkas juga pasaran muzik Indonesia.

7.6/10


ARTIKEL BERKAITAN

#Review Elephant Kind – The Greatest Ever

 

Terkini,

Kolaborasi Kedua Tompi Bersama Incognito Menerusi “Something To Live For”

Awal tahun ini soloist R&B / Soul seberang, Tompi menghasilkan sebuah single bersifat antarabangsa menerusi kolaborasi istimewa bersama Jean Paul ‘Bluey’ Maunick, gitaris/produser band Acid Jazz terkemuka Incognito. Lagu yang diberi judul “Feel This Way” tampil dalam ilham groove jazz yang cukup hebat hasilnya.

Meneruskan kelangsungan nota-nota muzik groove tersebut Tompi tampil sekali lagi dalam kolaborasi kedua bersama Bluey menerusi lagu “Something To Live For” yang tampil lebih moderate namun masih menampilkan sisi soul seorang Tompi.

 

Menerusi artikel Pop Hari Ini menulis “Berbeda dengan “Feel This Way” yang kental dengan aroma samba dari Brazil yang eksotis, “Something To Live For” menghadirkan sebuah komposisi dengan groove yang paling empuk. Sebuah groove yang ditulis Tompi sebagai ‘sweet summer groove’ ini ditulis oleh Bluey bersama Richard Bull.

Dengan iringan backing vocal dari Imaani dan Sharlene Hector, lagu ini terbukti dapat menyajikan sisi lain dari vokal seorang Tompi yang lebih tenang dan menyenangkan.

Review,

#Review Elephant Kind – The Greatest Ever

Saya hanya mula memberi perhatian kepada band Alternatif ini setelah mendengar dua solo EP Bam Mastro yang juga vokalis kugiran ini. Muzik Elephant Kind banyak mengingatkan saya pada pengaruh Arcade Fire khususnya.

Beberapa trak dalam lagu ini kental pengaruh tersebut terutama di lagu pembukanya “One” dan juga single perdana album ini “I Believe In You” (Yang sudah ditrim hampir 500k di Spotify). Kedua-dua lagu ini sebetulnya sudah menjadi benchmark beat Elephant Kind sepanjang mereka bermuzik.

Kesinambungan muzik mereka menerusi album “City J” yang diedarkan pada tahun 2016 diteruskan dalam album “The Greatest Ever” ini. Temponya masih serupa dalam hidangan 10 lagu yang sedikit monoton di tengahnya tapi di pick up baik susunan muzik yang cemerlang dan feel Bam dalam penyampaiannya.

Saya paling tertarik dengan lagu penutup album ini “Lights Up” kerana dinamik muzik yang dipersembahkan. Bam buat saya melayang dalam feel penyampaiannya. Selain itu saya juga mengulang dengar “Sour” yang cukup hebat penghasilannya.

Elephant Kind bukti evolusi pasaran muzik Indonesia itu benar ada dan semakin berkembang baik.

Mendengarkan album  buat saya yang jadi bangga dengan perkembangan ini. Kualiti produksinya elas satu, visi muziknya semakin ke depan sekali gus membuktikan anak-anak muda di sana cukup berani menongkah arus muzik semasa tanpa terikat pada idea serupa.

Album ini saya letakkan sebagai album penting yang mengubah landskap muzik Indonesia dan tentu saja saya kira mendahului mana-mana album yang sempat diedarkan tahun ini sperti Barasuara, Duara dan Ardhito Pramono.

Ardhito Pramono – Jelmaan “Jamie Cullum” Dalam Feel Nusantara

#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

Mendekati Pasaran Pop Anak Muda Kota Singapura Dalam 10 Suara Yang Harus Didengarkan

OF METHODIST

Mendengar pasaran muzik Pop semasa Singapura dengan barisan bakat yang rata-ratanya mendominasi genre Urban Pop dengan pengaruh R&B, EDM, Hip-Hop yang dimodenkan dalam feel Pop sesuatu yang cukup mengujakan.

Aisyah Aziz, Sezairi dan The Sam Willows sudah mencipta momen mereka tersendiri dalam pasaran muzik mainstream. Menghabiskan masa dalam beberapa minggu ini mengenal lebih dekat pasaran muzik semasa Singapura menemukan saya dengan beberapa bakat muda yang cukup memikat.

Rata-ratanya memilih untuk membentuk satu pasaran muzik urban dengan inspirasi muzik popular hari ini sebagai rujukan.

Maka lahirlah Sam Smith juga Troye Sivan versi Singapura – ada baiknya kerana muzik mereka cukup segar dan bereskperimentasi dengan bunyi-bunyian baru yang promising.

Sebetulnya pencarian saya akan bakat-bakat mudah Singapura ini berawal dengan obsesi terhadap Sezairi yang semakin matang menyusung rangka kerjanya. Dengan hits “It’s You” tahun lalu yang cukup memberi impak besar kariernya, Sezairi tampil semakin mengujakan dengan single terbarunya “In Secret” yang cukup solid sebagai naskhah Pop semasa yang sangat baik penghasilannya.

sezairi

Dua lagu tersebut berserta single “Mirage” yang diedar sebelum In Secret menjadi bukti bakat Singapura juga ada sesuatu yang cukup boleh dibanggakan. Tahun lalu juga kita diperkenalkan dengan Yung Raja dan Fariz Jabba yang sudah memasuki pasaran tempatan dengan hits mereka seperti “Mustafa” dan “Ape Sia”.

Kegilaan anak muda terhadap Fariz Jabba kembali semarak dengan single terbarunya “Masa” yang tampil lebih catchy. Dan tanpa membuang banyak masa lagu tersebut berjaya menembus carta muzik strim 10 Tertinggi yang disenaraikan pihak RIM pada minggu pertama ia diedarkan.

Gareth Fernandez cukup memikat dalam pengaruh Pop Justin Timberlake dan Sam Smith dalam beberapa lagunya.

Gareth yang memulakan kembara karier muziknya sekitar 2014 dengan single perdana “Subliminal Love” tampil kental Pop R&B dalam EP empat lagu pertamanya. Tahun ini dia sempat menghasilkan dua single “Drowning” dan “Achilles” yang semakin matang produksi muziknya.

Mendengar “Achilles” mengingatkan saya betapa besarnya pengaruh muzik Sam Smith dalam single ini. Gareth memiliki suara yang cocok untuk persembahan Pop R&B dengan feel lo-fi atau EDM yang sederhana.

Gareth Fernandez

Selain Gareth Fernandez seorang lagi bakat muda menggelar dirinya “Of Methodist” juga tampil dalam ilham R&B lo-fi ala Troye Sivan. Namun pendengarn saya lebih terarah pada Charlie Lim yang sempat mengedarkan album solo keduanya tahun lalu berjudul “CHECK-HOOK” dalam feel James Blake dan Jamie Woon.

Charlie bagi saya sebuah eksperimentasi muzik yang sangat berjaya dalam beat-beat lembut melodi Pop yang disatukan cukup baik sifatnya. Lagu-lagu dalam album perdana solonya “TIME/SPACE” yang beredar di tahun 2016 ketika itu menjadi satu penanda aras yang baik pasaran muzik seberang dalam merencana bakat-bakat berkualiti tinggi.

“TIME / SPACE” tampil ilham R&B / Big band / Jazz yang disatukan baik dalam paduan Pop. Dengarkan sahaja single “Blah Blah Blues” yang cukup solid produksi muziknya. Dan di album “CHECK-HOOK”, Charlie tampil lebih up to date dengan mencuba pasaran R&B Lo-fi yang sederhana tapi masih memiliki hook pada melodinya.

charlie lim

Bakat wanita tidak kurang hebatnya. “Mars B” antara yang paling menarik perhatian, seperti jelmaan Corinne Bailey-Rae di era Ruth B umpamanya. Feel dalam EP berjudul “Still” yang diedarkan tahun lalu memberi dimensi segar pasaran muzik Singapura.

Pasaran muzik Hip-Hop selain yang menonjol seperti Fariz Jabba dan Yung Raja terdapat beberapa nama lain yang seharusnya diberi lebih perhatian. FAUXE dalam album 16 lagu yang mengangkat adunan semula lagu-lagu Melayu klasik menghasilkan sesuatu yang cukup segar dengan idea di luar kotak.

Mendengar album yang berjudul “Ikhlas” membuatkan saya melayang dalam satu ilham luar biasa melestarikan melodi-melodi klasik Melayu, Cina dan India dalam pasaran muzik semasa. Jika anda masih belum mendengarkan album ini, saya seru untuk anda tukarkan seketika lagu yang sedang anda dengar dan resapi ilham kreatif FAUXE.

“ikhlas” menjadi antara album terbaik yang dihasilkan bakat singapura tahun lalu

Gelombang baru anak-anak muda ini saya kira mampu membawa satu langkah jauh ke depan pasaran muzik Singapura. I mean bukanlah pasaran Sufi Rashid terlalu lembik sifat muziknya tetapi lebih kepada menyambung lestari The Sam Willows yang membuat keputusan untuk berehat dan Sezairi yang semakin membanggakan.

Yang masih kita kenal mungkin hanya Imran Ajmain, Taufik Batisah, Hadi Mirza, Sufi Rashid dan Aisyah Aziz tetapi sebetulnya masih banyak lagi bakat kota Singapura yang kurang dikenali di sini memiliki bakat lebih besar dan membanggakan.

Beberapa nama lain yang promising adalah Akid Amir, MEAN, Leon Markus dan ABANGSAPAU yang punya kraf muzik bervisi dan ke depan. Telah tersedia disusun senarai lagu bakat-bakat kota Singapura yang perlu anda beri perhatian sepanjang tahun ini  di Spotify MK.

Gareth Fernandez
Of Methodist
Dominic Chin
Fauxe
DEON
Sam Rui
Mars B
Soulful Ghosts
MEAN
Akid Amir
Leon Markus

 

Terkini,

Zara Kayangan Tampil Keunikan Muzik Elektronik Menerusi “Kayangan”

Pasaran muzik tempatan diwarnai sekali lagi dengan seorang bakat indie Zara Kayangan yang tampil dengan single berjudul “Kayangan” yang dirilis secara rasminya semalam, 2 Julai 2019. Mengambil ilham elektronik sebagai pertaruhan, Zara berkongsi ilham dibalik penghasilan lagu ini.

“Saya mendapat ilham untuk mencipta sebuah lagu yang menceritakan tentang perasaan tidak yakin saya dalam menyuarakan isi hati. Dalam konteks lagu ini, ia berkenaan tentang luahan hati saya terhadap seseorang yang saya minati dalam diam.”

Tambahnya lagi, “Pada dasarnya, saya mendapat inspirasi untuk mencipta lagu tersebut setelah mendengar lagu BTOB iaitu “Only One For Me”.

Lagu “Spoken” telah dirilis di bawah label Hazardgeek Records turut menampilkan VIONA, iaitu “alter ego” kepada Takahara Suiko yang tampil sebagai selaku vokalis dan penulis lirik bagi lagu ini.

Komposer: Zara Kayangan
Lirik: Takahara Suiko
Produser: Zara Kayangan
Vokal: VIONA
Mixing and mastering: Anwar Husaini
Distributor: Hazardgeek Records

Highlight, Review, Terkini,

“Sal Priadi” Kembali Meruntun Rasa Dalam Doa Yang Diaminkan Bersama “Nadin Amizah”

Bakat berjiwa besar dalam bermuzik, Sal Priadi yang mula tampil mencuri perhatian menerusi single “Kultusan” dan “Ikat Aku Di Tulang Belikatmu” ini meneruskan kelangsungan karya ciptanya yang cukup tersendiri.

Sal Priadi yang sempat awal tahun ini tampil dengan single keempat berjudul “Jangan Bertengkat Lagi Ya? Ok Ok” kembali lagi dengan single terbarunya yang lebih istimewa dengan kolaborasi khas bersama “Nadin Amizah” bintang Soul / Folk seberang yang turut sama meningkat naik namanya.

Single yang diberi judul “Amin Paling Serius” ini mengambil ilham full string Ballad yang tampil dalam susunan muzik penuh dramatik. Lagu yang dicipta Sal Priadi ini dikemaskan lagi dengan susunan muzik Lafa Pratomo yang turut bertindak sebagai Produser Musik lagu ini.

nota tangan sal priadi yang diposting di akaun twitter nya kelmarin

“Amin Paling Serius” membawa pendengar menyelami perasaan terdalamnya tentang cinta dan harapan.

Menurut Sal Priadi “lagu ini membawa kisah asmara lelaki dan wanita yang datang dari dua latar belakang hidup berbeza. Karenanya, keduanya memanjatkan segala harapan dengan Amin Paling Serius untuk perjalanan cinta mereka berdua.”

“Semoga lagu ini mampu mengajak pendengar menggali harapan terbesar di dalam diri untuk disampaikan secara terbuka agar mampu diamini secara bersama. Dengan kerendahan hati, kami persembahkan, “Amin Paling Serius” – Tambahnya lagi.

Kolaborasi genius bersama Nadin Amizah yang sebelum ini cukup popular dengan single “Rumpang” dan “Sorai” menerusi single penuh emosi ini  menghasilkan sesuatu yang cukup baik sekali.

Nadin dan Sal Priadi saya kira sudah siap sebagai bakat pelapis yang akan terus memajukan pasaran muzik seberang. “Amin Yang Serius” kini beredar di semua gedung muzik digital bermula 29 Mei 2019.

9/10

Terkini,

Semak Senarai “Rilis Raya” Terkini Menampilkan Elyana, Hael Husaini, Noryn Aziz, Mad & Rissa, The Venopian Solitude & Lainnya

Sambutan Syawal seringnya kurang meriah tanpa diserikan dengan senarai lagu-lagu raya terkini yang sering ditampilkan dalam ilham semasa. Lagu-lagu klasik seperti Dendang Perantau, Selamat Hari Raya, Pulanglah dan Indahnya Beraya di Desa sudah pasti menjadi raya anthem yang akan sentiasa diputarkan.

Meneruskan kelangsungan the classics tersebut, beberapa pemuzik tempatan siap menulis dan mengedarkan lagu-lagu raya terbaru untuk penggemar muzik tempatan.

Semak senarai lagu-lagu raya segar yang beredar menampilkan Elyana, The Venopian Solitude, WARIS bersama Noryn Aziz dan lainnya.

“Pulang Merantau” dirilis beberapa bulan lalu, saya tidak pasti jika ia dibikin sebagai rilis raya atau tidak tapi lagu ini cuku groove untuk diisi sebagai rilis raya yang catchy dan ya, dinamik vokal Noryn Aziz dalam lagu ini membantu memberi suntikan berbeza.

Elyana berjaya menghasilkan naskhah Pop Raya yang ringan, mudah diingat dan mesra pendengaran. Lagu berjudul “Raya Balik” ini cukup kuat karakter Elyana dengan penghasilan melodi yang cukup menghiburkan dengan feel 50’s ala-ala Postmodern Jukebox. Elyana should consider untuk kekal dalam genre begini.

Produksi lagu ini sangat berkelas. Dengarkan saja susunan muziknya yang cukup kemas dengan penggunaan instrumen live, feel vokal Ushera dan mood klasik raya yang cukup baik. “Suka Ria Raya” diedarkan pada tahun 2017.

Proses kreatif The Venopian Solitude dalam penghasilan single raya terbaru mereka berjudul “Raya Selamba” kolaborasi bersama KFC Malaysia menghasilkan bunyian “rare” menggunakan Ayam dan Nugget KFC sebagai papan nada kekunci instrumen muzik. Petikan nota Takahara Suiko menerusi twit akaun The Venopian Solitude berkongsi video di balik proses kreatif pembikinan “Raya Selamba”.

Hael Husaini tampil dalam seriosa tradisional yang dimodenkan dengan cara tersendiri. Melodi lagu ini catchy mudah menangkap pendengaran dan senang untuk dilayan menyempurnakan mood raya itu sendiri. Jika diberi airplay mungkin akan jadi pop klasik raya di tahun mendatang.

Mad & Rissa tampil ilham Keroncong-Indie dalam pertaruhan melodi nusantara yang dominan. Lagu yang dicipta sepenuhnya Wanjah Ali ini meneruskan identiti muzik Mad & Rissa dalam sentuhan sedikit berbeza bagi memberi feel sambutan raya dalam penghasilannya.