
Pamungkas pemuzik muda seberang yang kehadirannya cukup dirasai sejak akhiran ini. Persembahan muziknya sudah menarik perhatian pengikut muzik seberang sejak awal dia memperkenalkan debut “Walk The Talk” tahun lalu dengan hits “I Love You But I’m Letting Go” yang sudah distrim lebih 1.4 Juta di Spotify.
Sebetulnya album perdananya itu tidaklah begitu menarik perhatian saya kerana sepertinya beberapa lagu dalam album tersebut masih kurang perasaannya. Namun saya tidak gagal mencuba untuk mendalami filosofi muzik Pamungkas sehinggalah dia tampil dengan single “Break It” yang juga antara single awal album “Flying Solo” ini.
Muzik Pamungkas bergerak lebih baik dalam single ini. Feel penyampaiannya dengan kemasan muzik yang lebih current dan penuh soulful membuatkan saya melayang dalam persembahan lagu ini.
Break It menjadi titik awal obsesi saya pada Pamungkas.
Album yang menyusul di gedung muzik digital 14 Jun lalu ini tampil dalam 11 trak keseluruhan dengan kerja tangan Pamungkas sepenuhnya. Seperti yang tertulis di sampul album ini written, arranged, produced, mixed and mastered by Pamungkas.
“Flying Solo” mengambil ilham Brit Pop dalam persembahan berjiwa Pamungkas. Melewati sepenuh perasaan di album ini buat saya benar-benar larut dalam kemasan muzik yang cukup hebat sekali.
Lagu-lagu seperti “The Retirement of U” , “Flying Solo” dan all time favorite saya “To The Bone” bukan sahaja menjadi bukti kematangan muzik Pamungkas sebagai singer song writer tetapi juga kematangan perkembangan muzik Indonesia secara menyeluruh.
“To The Bone” yang saya ulang entahkan berapa kali agaknya sejak mula beredar cukup sifatnya sebagai sebuah persembahan muzik yang begitu jujur sekali. Lagu-lagu bersifat feel good seperti “Nice Day” dan “Lover Stay” meneruskan prima muzik Pamungkas dalam pelayaran perasaan yang cukup membuai.
Pamungkas meneruskan kelangsungan bakat-bakat muda seperti Kunto Aji dan Rendy Pandugo yang dominan dalam persembahan muzik bersifat personal seperti ini. Flying Solo sudah menjadi sebuah benchmark yang baik untuk masa depan yang cerah Pamungkas juga pasaran muzik Indonesia.
7.6/10
ARTIKEL BERKAITAN