Highlight, Review, Terkini,

#NewMusicFriday – “Passin’ Thru” Naskhah Pop Segar MFMF Bersama Daiyan Trisha

Kelibat MFMF. dalam pasaran muzik tempatan semakin dirasai sejak kejayaan single “Flashes” kolaborasi tiga bersahabat – Kuizz, Justin dan Zen bersama Bil Musa yang diedarkan awal tahun ini. “Flashes” tampil dalam satu ilham Pop semasa yang cukup current, bervisi dan hadir dengan citarasa muzik yang cukup tinggi.

Meneruskan kelangsungan kejayaan “Flashes” satu lagi kolaborasi istimewa dirilis hari ini bersama bakat muda Daiyan Trisha menerusi lagu berjudul “Passin’ Thru” yang sekali lagi tampil dalam ilham Pop semasa yang cukup kemas penghasilannya.

MFMF. akronim kepada “Music For My Friends” sebelum ini menghasilkan single Daiyan berjudul “If I” yang beredar sebulan lalu dan turut menjadi produser muzik single “Aku & Laguku” persembahan Hani & Zue yang meletakkan standard muzik duo tersebut di tahap lebih membanggakan.

Tiga bersahabat ini saya kira harus diberi lebih perhatian dalam penghasilan Pop yang lebih current dan bercitarasa untuk pasaran tempatan secara general. Kredibiliti serta keupayaan mereka dalam bermuzik dengan sentuhan serta feel muzik antarabangsa amat diperlukan untuk memajukan pasaran muzik komersil tempatan.

Rencana ini penting untuk meneruskan usaha Alif khususnya yang sudah memberi rencah moden dalam pasaran muzik semasa dalam lagu-lagu ciptaannya buat Kaka, Elizabeth Tan dan Andi Bernadee khususnya. Selain kolaborasi The Faithmen (Faizal Tahir, Mike Chan) dan Ezra Kong bersama Hael Husaini.

MFMF yang merupakan gabungan sisi muzik EDM duo “Spuds” dan solo R&B “Kuizz”. “Passin’ Thru” mengangkat tema cinta yang ditulis dalam ceritera dua anak muda yang harus membuat keputusan dalam perhubungan yang dijalin. Sudah tersedia di semua gedung muzik digital.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Summer Anthem Dipha Barus & Monica Karina Diteruskan Menerusi Single “You Move Me”

#PerspektifMuzik, Highlight,

Menyelami Gerakan Muzik Semasa Indonesia Sebagai Gagasan Pop Masa Depan

Pasaran muzik Indonesia yang luas dan beragam membenarkan apa jua genre muzik ditinggikan darjatnya tanpa punya kasta atau pembahagi yang menjurangkan satu genre dengan satu genre yang lain.

Hal ini boleh sahaja dilihat dalam sejarah Anugerah Musik Indonesia (AMI) sudah seperti Grammy yang mengiktiraf semua jenis genre dengan seadilnya.

Faktor demografik, citarasa dan keseimbangan dalam pemasaran muzik itu wujud di sana. “Lagi Syantik” mampu mendapat jumlah stream lebih 11 Juta di Spotify dan pada masa yang sama “Heaven” persembahan projek trio AIR (Afgan, Isyana, Rendy) didengar melebihi 13 Juta kali.

Kesaksamaan ini tidak hanya berpihak pada bakat-bakat muda semasa. Sheila On 7 tahun lalu yang tampil dengan single “Film Favorite” mendapat jumlah strim melebihi 13 Juta setelah kali terakhir muncul dengan album “Musim Yang Baik” terlebih awal pada tahun 2014.

Keseimbangan ini saya kira ada di Indonesia dan keterbukaan penggemar muzik di sana terhadap muzik itu tidak berbelah bagi. Semua mampu menikmati muzik tanpa prejudis dan penyanyi tidak perlu melakukan gimik murahan untuk mendapatkan perhatian. Semuanya dilakukan berkelas. It’s just a matter of taste sahaja yang membezakan lagu mana yang lebih kerap didengar.

raisa dan dipha barus

Raisa, Dipha Barus dan Marco Stefiano menerusi label Juni Records mencipta satu gagasan baru muzik Urban Pop bernama Juni Studio yang memfokuskan jaluran muzik baru dalam pasaran Indonesia. Menerusi Juni Studio, terhasil kolaborasi “Mine” dan “My Kind of Crazy” yang membawa sub-genre R&B iaitu Lo-Fi.

Afgan, Isyana Sarasvati dan Rendy Pandugo melahirkan ilham genius dengan kolaborasi AIR yang awal tampil dalam single “Heaven” menerusi album sedekad Afgan dan projek khusus ini diteruskan dalam EP empat lagu “Feel So Right”, “Never Let Go” dan dua versi “Heaven” yang salah satunya diramu semula Dipha Barus dalam beat EDM.

Tidak berhenti di situ, sebuah lagi lagu dirilis beberapa minggu lalu dengan mengembalikan nostalgia Dewa 19 dalam “Lagu Cinta” yang diadun lebih romantis dan lembut.

Tiga bersahabat dalam muzik ini menyatu baik sebagai satu contoh gagasan Pop masa kini yang membentuk prisma muzik Indonesia lebih bercitarasa dan ke depan.

Di satu pasaran serupa Pop Indonesia terus cemerlang dengan nama yang sedia utuh 5 tahun ke belakang. Barisan nama seperti Tulus, GAC, Kunto Aji dan Yura Yunita sudah kuat sebagai barisan penerus dalam gerakan kosmik Pop yang cukup tersendiri tanpa perlu terlalu terikat dengan idea serupa.

Mereka bersaing dalam cara cukup sihat dengan memajukan kraf muzik dengan ilham penuh inspirasi dan dikagumi.

Dalam pasaran yang lainnya pula kita dapat melihat bagaimana perlahan-lahan Eva Celia, Marion Jola, Rizky Febian dan Ardhito Pramono mencuri perhatian di setiap ruang yang ada untuk mereka membuktikan sesuatu yang cukup unik penghasilannya.

marion jola

Soal bakat usah dipertikai, setiap yang hadir tidak ada yang mampu dipertikaikan kebolehan menyanyi dan bermuzik. Via Vallen umpamanya biar tampil dengan ilham lagu saduran yang didangdutkan, kebolehan untuk dia menyanyi dengan baik itu sangat menakjubkan.

Marion Jola paling menyerlah dan sudah mampu selesa di kedudukannya sebagai bakat baru yang paling disenangi. Empat single dalam masa kurang dua tahun berhasil meletakkan dia sebagai bintang Pop masa depan yang kilaunya pastinya kan bertahan setidaknya lima tahun mendatang.

Sebagai pemerhati muzik seberang tentu saja kehadiran album penuhnya dinanti dan kedudukan Marion Jola di Anugerah Musik Indonesia musim akan datang sudah hampir pasti menempatkan namanya sekali lagi setelah cemerlang tahun lalu dengan beberapa nominasi utama serta pulang dengan trofi bakat baru terbaik.

Tahun ini saja sudah menampakkan bakat-bakat muda bercambah dengan cukup dinamik sekali. Teddy Adhitya, Pamungkas, Sal Priadi, Putra Timur, Adikara Fardi dan Albert Fosis sebagai wakilan solois lelaki dan Rahmania Astrini, Hanin Dhiya, Vira Talisa, Nadin Amizah, Ify Alysa dan NIKI yang siap di medan antarabangsa di bawah label 88 Rising.

barisan papan atas gagasan pop indonesia – Andien, Yura Yunita, Raisa, Isyana Sarasvati, Teddy Adhitya, Rendy Pandugo dan Afgan.

Barisan papan atas gagasan Pop Indonesia seperti Rossa, Afgan, Andien, Yura Yunita, Raisa, Isyana Sarasvati, GAC dan Rendy Pandugo sudah menghasilkan sesuatu yang cukup membanggakan pasaran muzik seberang. Ini baru di legasi Pop belum lagi saya ke pasaran Hip-Hop, Indie serta Rock yang lebih beragam serta berkeksperimantal penghasilan muzik mereka.

Formula kolaborasi AIR saya kira sebuah projek genius dalam mengumpul penggemar muzik tiga penyanyi ini – eksperimen muzik mereka yang lebih urban diterima kerana pengaruh besar 3 penyanyi ini. Jika mereka bergerak sendiri kesannya mungkin belum mampu sebesar ini tetapi kolaborasi ini menghasilkan sesuatu yang cukup membanggakan sekali.

Afgan bagi saya sudah evolve sebagai pemuzik Pop yang cukup matang dan berkelas. Daripada solois melantun Balada patah hati dia perlahan-lahan mencipta satu kosmik Pop yang lebih moderate dan menjadi lebih kemas penghasilan muziknya.

Pemuzik muda Indonesia progresif dalam melakukan sesuatu yang berbeza bagi perkembangan muzik yang lebih global sifatnya. Mereka tidak lagi hanya mahu terikat dengan idea lokal dengan justifikasi yang biasa-biasa.

Setiap satu rilis yang hadir saban minggu pasti akan ada sesuatu yang cukup besar sifatnya dengan penghasilan kualiti muzik yang cukup membanggakan.

Neon, Bling & Ch$ng – Mendekati Kosmik Baru Lo-Fi Hip-Hop Nusantara

Pasaran muzik Urban tempatan sebetulnya sudah siap dengan bakat-bakat yang sudah menghasilkan karya yang baik. MFMF, Bil Musa, NJWA, Hani & Zue, Zamaera, Alif & SonaOne, Lunadira, Alextbh dan beberapa nama lain seperti Daiyan Trisha, Naim Daniel, Aisyah Aziz, Amni Musfirah, Beverly Matujal.

Cuma peluang serupa untuk didedahkan di media massa, mendapat air play dan dihebahkan media-media komersil juga alternatif perlu lebih ligat. Jika mampu kita mendidik pasaran seperti Indonesia – mengangkat lagu yang betul untuk dipopularkan rasanya kita mampu untuk bergerak lebih ke depan mencipta masyarakat yang celik muzik serta bercitarasa dalam muzik.

 

 

 

 

 

Review, Terkini,

NIKI Tampil Personal Menerusi EP “wanna take this downtown?”

Kejayaan album mini “Zephyr” yang memberi kejutan manis bagi karier bakat muda ini, NIKI tahun ini tampil lebih manis menerusi EP terbarunya “Wanna Take This Downtown?” yang beredar hari ini 17 Mei 2019.

EP ini menyaksikan sisi kreatif NIKI dengan penampilan R&B Pop masa kini yang cukup cathy dengan menghadirkan beat-beat terkini dalam setiap lagunya.

Empat lagu dalam album ini seperti Lowkey, Urs, Move dan Odds mengingatkan saya pada konsep muzik yang didukung Lorde umpamanya.

wanna take this downtown? Tampil cukup personal dengan rangkaian lagu yang berilham kisah hidupnya sendiri.

Sedikit berbeza dengan album mininya sebelum in yang lebih dark, NIKI lebih bersahaja dalam karakter muzik serta penyampaiannya.

Menerusi artikel Provoke-Online NIKI memberitahu “EP ini keluar begitu saja. Lagu-lagu ini aku ciptakan di waktu gelap dalam hidupku. Tapi ternyata seiring waktu berjalan, semua seperti berputar balik dan justru menyelamatkanku dan menarik aku keluar dari waktu-waktu gelap itu. Aku tahu ini kedengaran dramatis, tapi memang itulah yang terjadi,” ujarnya.

Sebelumnya, “Zephyr” berhasil mencecah jumlah 113 juta stream keseluruhan platform digital. Lewat mini album tersebut, NIKI juga menerima banyak pujian daripada media barat seperti Highsnobiety, Pitchfork, Nylon, Clash, dan lainnya.

 

Highlight, Terkini,

“Rouge” Pertaruhan Terkini Yuna Bakal Rilis Julai Nanti Dengan 7 Kolaborasi Istimewa

Belum pun sempat jemu dengan “Forevermore” yang beredar beberapa minggu lalu, Yuna tanpa mahu membuang masa merilis single kedua daripada album terbarunya berjudul “Blank Marquee”. Dan teka-teki siapakah yang berkolaborasi bersama Yuna menerusi lagu ini terjawab dengan kemunculan G-Eazy menerusi single ini.

G-Eazy yang sebelum ini pernah menghasilkan remix “Lights & Camera” pada tahun 2014 – lagu yang dimuatkan dalam album “Nocturnal” yang turut menampilkan hits “Rescue” dan “Falling”.

Dan menerusi akaun Instagram, Yuna turut berkongsi tarikh album solo antarabangsa keempatnya ini bakal diedarkan secara digital pada tarikh 12 Julai 2019 dengan penampilan khas beberapa kolaborasi menarik.

Antara nama-nama yang kini siap berkolaborasi bersama Yuna menerusi album keempatnya ini selain G-Eazy adalah Jay Park, Tyler – The Creator, KYLE, Masego, Little Simz dan MIYAVI.

gambar oleh steven taylor di www.steventaylor.com

“Blank Marquee” yang turut diedarkan muzik videonya hari ini menampilkan sekali lagi kolaborasi Yuna bersama Adam Sinclair sebagai pengarah MV dengan penampilan istimewa G-Eazy dan Amirul Effendi yang menjadi karakter utama muzik video dalam feel vintage berlatarbelakangkan Kuala Lumpur ini.

Berikut senarai lengkap 11 lagu menerusi album “Rouge” yang bakal diedarkan Julai nanti.

1. Castaway (Ft. Tyler, The Creator)
2. Blank Marquee (With G-Eazy)
3. (Not) The Love of My Life
4. Teenage Heartbreak (With MIYAVI)
5. Pink Youth (With Little Simz)
6. Forget About You
7. Likes (With Kyle)
8. Amy (With Masego)
9. Does She (With Jay Park)
10. Forevermore
11. Tiada Akhir

 

Terkini,

“Merayakan-Raya” Ilham Keroncong-Indie Mad & Rissa

Mad & Rissa mula mencuri perhatian pasaran muzik indie khususnya ketika muncul dengan EP bertajuk “Ambiguitas” pada tahun 2017 dengan single “Bercanda”.

Kemunculan mereka sekali lagi mencuri perhatian dengan dua single yang berjudul “Sa-ekor Burung” dan “Politaik” yang diedarkan tahun lalu.

Bagi melengkapkan portfolio muzik mereka, Mad & Rissa tampil dengan single khusus bersemepena sambutan Syawal tahun ini berjudul “Merayakan Raya” yang tampil dalam ilham keroncong-indie. Lagu berdurasi 4:19 saat ini ditulis sepenuhnya Wanjah Ali.

Awal tahun ini Mad & Rissa juga telah merilis sebuah album fizikal pada awal tahun 2019 yang bertajuk “Antologi M&R” yang memgandungi lapan  lagu dimana hasil dari enam rilisan sebelumnya bersertakan dua buah lagu yang tidak pernah dirilis di mana-mana platform digital.

Nikmati lagu raya yang beredar hari ini, 20 Mei di laman YouTube rasmi Mad & Rissa!

 

Terkini,

Marion Jola & Rizky Febian Tampil Duet Menerusi “Tak Ingin Pisah Lagi”

Sukses dengan tiga single yang semuanya menjadi hits perdana, Marion Jola tampil lebih istimewa dengan single keempat berjudul “Tak Ingin Pisah Lagi” yang menampilkan soloist muda seberang meningkat naik, Rizky Febian.

Meneruskan kelangsungan hits seperti Jangan, So In Love dan Pergi Menjauh yang kesemuanya ditulis trio pemuzik Lale Ilman Nino – “Tak Ingin Pisah Lagi” sebuah lagi karya romantis tiga pemuzik ini untuk Marion Jola dan Rizky Febian.

Lagu yang turut diedarkan dalam format muzik video di YouTube ini sudah pun mencecah jumlah tontonan melebih 1 Juta kurang 24 Jam disiarkan.

Menurut Marion “Single ‘Tak Ingin Pisah Lagi’ merupakan sebuah rangkuman dari perjalanan cinta, yang mana tidak akan selalu dikatakan mulus namun pada akhirnya menemukan akhir yang bahagia.”

“Sebuah penegasan bahwa cinta tidak mudah untuk dijalani. Namun dengan perjuangan, cinta akan mencari jalannya walau banyak halangan yang akan dihadapi. Seperti itu makna yang terkandung dalam lirik lagunya.” Tambahnya lagi.

Terkini,

Ricky Lionardi Perkenal “Senandung Indonesia” Sebuah Projek Melestarikan Lagu-Lagu Nostalgia Indonesia.

Ricky Lionardi mungkin nama asing dalam lapangan muzik Maalaysia. Namun dia cukup dikenali sebagai produser muzik dengan garapan skor muzik untuk filem-filem besar seperti “Rectroverso”, “Danur”, dan baru-baru ini bergerak sebagai pengarah muzik pementasan “Perempuan-Perempuan Chairil” lakonan Reza Rahadian.

Menyemak katalog porfolionya, Ricky yang aktif bermuzik sejak 2013 ini sudah bekerjasama dengan pemuzik lain Indonesia seperti Maliq & d’Essentials, Dira Sugandi, Alexa dan Christian Bautista.

Tahun lalu Ricky memulakan satu projek bernama Senandung Indonesia dengan merilis single “Sabda Alam” yang menampilkan vokal Indra Aziz dengan latar muzik 60-piece Budapest Scoring Jazz Orchestra yang menghidupkan nuansa big band menerusi lagu karya asal Ismail Marzuki ini.

Tahun ini Ricky meneruskan projek “Senandung Indonesia” ini dengan kolaborasi “Trio Lestari” yang menampilkan Glenn Fredly, Sandhy Sondoro dan Tompi menerusi lagu berjudul “Tinggal Bilang” yang sekali lagi tampil dengan susunan string kemas Budapest Scoring Jazz Orchestra.

Projek “Senandung Indonesia” yang dijalankan Ricky Lionardi ini adalah sebagai salah satu usaha untuk terus mengangkat lagu-lagu nostalgia Indonesia ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Menurut Ricky “Lagu Tinggal Bilang merupakan lagu kedua yang dirilis dari album “Senandung Indonesia” yang akan berisikan lagu-lagu Indonesia populer yang diciptakan oleh para komponis legendaris seperti Ismail Marzuki, Guruh Soekarno Putra, Adjie Soetama sampai Cornel Simanjuntak.”

Tambahnya lagi “Salah satu visi dari album ini adalah untuk melestarikan lagu-lagu Indonesia populer sepanjang masa agar bisa dinikmati dan diakses oleh para pecinta musik Indonesia baik dari anak muda hingga lanjut usia.”

Terkini,

“Mudah & Murah” Pertaruhan Ke-13 Jono Terbakar

Jono Terbakar, kugiran yang menggelar genre mereka sebagai “Happy-Metal” dari kota Yogyakarta ini memulakan karier dalam bermuzik sejak 2013 lagi. Melengkapi perjalanan 6 tahun mereka, Jono Terbakar sudah merilis 13 album secara independen merangkumi 7 LP dan 7 EP.

Meneruskan obsesi dalam bermuzik, Jono Terbakar kembali merilis album penuh tahun ini setelah sebelumnya merilis “The Greatest Hats of Jono Terbakar” dan “Microdosing”

Album yang berjudul “Mudah dan Murah” sudag siap dirilis secara fizikal pada 15 Mei lalu dan diikuti rilis online pada bulan Jun depan. Album ini diedarkan Yayasan Jono Terbakar dengan lisensi Creative Common 4.0 BY-NC.

Album berisi 4 lagu ini mendapat sentuhan magis dari “Begawan Abityomurti” selaku arranger dengan pilihan lagu “Jalan-Jalan Kehidupan” yang dipilih sebagai single pertama album ini. Lagu ini bercerita tentang penafsiran dan harapan Jono Terbakar terhadap jalan hidup yang penuh lubang, tikungan, dan lurusan.

Album ini dapat dirilis berkat dukungan 12 orang yang mengikuti crowdfunding di kolase.com. “Mudah dan Murah” adalah kali kelima Jono Terbakar melakukan crowdfunding untuk pendanaan album dan merupakan album ketujuh yang didanai oleh fans.

“Setiap lagu punya pendengarnya masing-masing, kami akan terus membuat dan merilis karya karena lima tahun lebih perjalanan Jono Terbakar sudah cukup membuktikan bahwa satu lagu bisa dibenci dan dicintai dengan tingkat yang sama oleh orang yang berbeda. Tiap orang punya energi yang berbeda-beda”, ujar Nihan Lanisy.

Jono Terbakar terdiri dari Nihan Lanisy (gitar, vokal), M. Nur Hidayat (perkusi), Begawan Abityomurti (gitar), Zico Zikri (bass), dan Elang Mahendra (drum). Seluruh karya Jono Terbakar dirilis dengan lisensi Creative Common 4.0 BY-NC, hal ini membuat semua orang berhak untuk mengunduh, menggunakan, dan menyebarluaskan karya Jono Terbakar dengan gratis.

Terkini,

Aizat Amdan Pembuka Tirai Konsert Jason Mraz

Penyanyi dan komposer Aizat Amdan diberi penghormatan sebagai pembuka tirai konsert penyanyi antarabangsa, Jason Mraz. Konsert “Good Vibes Tour 2019” yang bakal berlangsung pada 13 Mei 2019 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu merupakan salah satu hentian konsert jelajah Asia bintang terkenal itu.

Diberi  peluang beraksi di segmen pembukaan konsert tersebut,  Aizat menyifatkan ini adalah penghormatan besar buatnya kerana berpeluang berkongsi pentas yang sama dengan pemenang Grammy yang pernah menjadi fenomena pop global menerusi hits klasiknya “I’m Yours”.

 “Saya berasa amat bersyukur diberikan peluang ini. Dipilih untuk membuat persembahan pembukaan dan memanaskan pentas untuk salah satu penyanyi dan komposer berbakat di dunia, merupakan suatu kejayaan peribadi saya. Saya teruja untuk bertemu dengannya secara dekat dan berkongsi pandangan tentang muzik.

Saya berharap agar kami boleh bekerjasama di masa hadapan“, kata Aizat yang mula mencipta nama sejak kejayaan besar album debutnya ‘Percubaan Pertama’ pada tahun 2008.

Aizat sebelum ini pernah popular dengan lagu hitsnya “Pergi”, “Hanya Kau Yang Mampu”, “Susun Silangkata”, “Sungai Lui” dan “Kau Aku”. Tahun lepas, Aizat menerbitkan lagu yang dirakam dalam dua bahasa iaitu ‘Sampai Ke Hari Tua’ dan juga lagu ‘Harapan Jadi Nyata’ yang merupakan sebuah lagu penghormatan buat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berjaya menyentuh hati rakyat Malaysia.

Penyanyi dan komposer berbakat yang pernah memenangi pelbagai anugerah ini, turut menyumbang dan menghasilkan lagu untuk artis tempatan antaranya Fattah Amin, Aisyah Aziz dan Haiza. Sepanjang kerjaya seninya selama 12 tahun, karya Aizat bukan sahaja berjaya menakluki gelombang radio tempatan malah berjaya mencapai jutaan strim di kesemua pelantar media digital popular.

Terkini, Aizat telah melancarkan lagu terbaharunya “Angin Lalu” pada 26 April 2019 yang boleh didapati di kesemua pelantar digital.

Ratapan Sepi “Aizat” Dalam Seriosa Syahdu Berjudul “Angin Lalu”

#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

10 Rilis Terbaik Mac – April 2019

Banyak rilis yang cukup bagus sepanjang dua bulan ini. Imran Ajmain menerusi Intan dan Perak antara edaran awal Mac diikuti beberapa rilis lain seperti rapper Pele L menerusi Hip-Hop penuh emosi “She” bersama Tuju K-Clique.

Bunkface yang juga mengedarkan album penuh berjudul “Pop” lebih awal dalam bentuk fizikal akhirnya merilis album tersebut dalam bentuk digital 22 Mac lalu dan sebuah lagi album penting beredar pada 12 April lalu adalah kolaborasi Alif dan SonaOne menerusi “DETAIL”. Dua album ini saya kira sudah meletakkan satu standard muzik tempatan ke tahap yang cukup membanggakan.

Bakat muda seperti Aziz Harun (Jauh), Sarah Suhairi (Rise & Fall) dan Firdaus Rahmat (Aku Rayu) antara yang cukup menyerlah dari segi kualiti muzik serta bakat. Kolaborasi Ismail Izzani bersama Zizan dalam lagu “Berserah” juga antara yang menarik. Sekali lagi karya Alif cukup ke depan meninggalkan karya-karya lain.

naim daniel semakin meyakinkan dengan single “sumpah”

Naim Daniel satu lagi nama yang datang dengan vokal yang cukup baik. Beberapa single sebelum ini seperti “Sempurna” dan “Sekali Lagi” tidak begitu menarik perhatian. Namun emosinya menerusi “Sumpah” begitu menjadi sekali. This boy is one to watch!

Dan mendahului lagu terbaik dalam legasi BBNU tentu saja Andi Bernadee yang berjaya sekali lagi tampil cukup meyakinkan menerusi “Donde” kolaborasi keduanya bersama Alif selepas kejayaan “Satu Peluang”.

Aizat menerusi “Angin Lalu” tampil penuh emosi dan terlalu indah komposisi muziknya. Saya khayal dalam melodi yang cukup menyentuh ini.

DOMINASI BALADA
Alyah, Shila Amzah, Aina Abdul, Amylea antara yang kekal dominan melodi Balada yang cukup disenangi pasaran semasa menerusi rangkaian lagu meruntun jiwa. Aina Abdul saya kira cukup berani keluar daripada zon selesanya di pasaran lebih urban sebelum ini dengan tampil dalam ilham balada menerusi single “Sumpah”.

NJWA akhirnya merilis long-awaited single “Take Love Back” yang sering dibawa dalam gig sebelum ini. Susunan muzik kelas satu dengan kualiti produksi yang usah dipertikaikan. Begitu juga Yuna menerusi “Forevermore” yang semakin berani mengeluarkan esen muzi lokal ke peringkat lebih global.

Bercerita tentang global, Zamaera saya kira sudah membanggakan kita semua dengan penghasilan EP berjudul “Z” yang cukup hebat penghasilannya. Berikut  10 Rilis Terbaik Pilhan MK sepanjang bulan Mac – Apr 2019.

  1. Take Love Back – NJWA (NJWA / Darren Ashley)
  2. Forevermore – Yuna (A.S Goviere / R. Braun / Yunalis Zarai)
  3. Donde – Andi Bernade (Alif)
  4. Look Around Alif & SonaOne (Alif / SonaOne)
  5. Almost – Zamaera (Zamaera)
  6. Angin Lalu – Aizat Amdan (Aizat / Mel Ramlan / Anas Amdan)
  7. Sumpah – Naim Daniel (Naim Daniel / Omar K)
  8. Naraka – Pitahati (Pitahati)
  9. Intan & Perak – Imran Ajmain (Az Avex Azman / Imran Ajmain / Rauzan Rahman)
  10. Hari Ini – Hael Husaini (Ezra Kong / Hael Husaini)

 

10 Rilis Terbaik Januari – Februari 2019