Sambutan Syawal seringnya kurang meriah tanpa diserikan dengan senarai lagu-lagu raya terkini yang sering ditampilkan dalam ilham semasa. Lagu-lagu klasik seperti Dendang Perantau, Selamat Hari Raya, Pulanglah dan Indahnya Beraya di Desa sudah pasti menjadi raya anthem yang akan sentiasa diputarkan.
Meneruskan kelangsungan the classics tersebut, beberapa pemuzik tempatan siap menulis dan mengedarkan lagu-lagu raya terbaru untuk penggemar muzik tempatan.
Semak senarai lagu-lagu raya segar yang beredar menampilkan Elyana, The Venopian Solitude, WARIS bersama Noryn Aziz dan lainnya.
“Pulang Merantau” dirilis beberapa bulan lalu, saya tidak pasti jika ia dibikin sebagai rilis raya atau tidak tapi lagu ini cuku groove untuk diisi sebagai rilis raya yang catchy dan ya, dinamik vokal Noryn Aziz dalam lagu ini membantu memberi suntikan berbeza.
Elyana berjaya menghasilkan naskhah Pop Raya yang ringan, mudah diingat dan mesra pendengaran. Lagu berjudul “Raya Balik” ini cukup kuat karakter Elyana dengan penghasilan melodi yang cukup menghiburkan dengan feel 50’s ala-ala Postmodern Jukebox. Elyana should consider untuk kekal dalam genre begini.
Produksi lagu ini sangat berkelas. Dengarkan saja susunan muziknya yang cukup kemas dengan penggunaan instrumen live, feel vokal Ushera dan mood klasik raya yang cukup baik. “Suka Ria Raya” diedarkan pada tahun 2017.
Proses kreatif The Venopian Solitude dalam penghasilan single raya terbaru mereka berjudul “Raya Selamba” kolaborasi bersama KFC Malaysia menghasilkan bunyian “rare” menggunakan Ayam dan Nugget KFC sebagai papan nada kekunci instrumen muzik. Petikan nota Takahara Suiko menerusi twit akaun The Venopian Solitude berkongsi video di balik proses kreatif pembikinan “Raya Selamba”.
Hael Husaini tampil dalam seriosa tradisional yang dimodenkan dengan cara tersendiri. Melodi lagu ini catchy mudah menangkap pendengaran dan senang untuk dilayan menyempurnakan mood raya itu sendiri. Jika diberi airplay mungkin akan jadi pop klasik raya di tahun mendatang.
Mad & Rissa tampil ilham Keroncong-Indie dalam pertaruhan melodi nusantara yang dominan. Lagu yang dicipta sepenuhnya Wanjah Ali ini meneruskan identiti muzik Mad & Rissa dalam sentuhan sedikit berbeza bagi memberi feel sambutan raya dalam penghasilannya.