
“900 kerusi direbut dalam masa 16 jam itu satu kejayaan buat saya.” Ucap Misha dalam persembahan pembukaan “This Is Misha” yang berlangsung 5 Ogos lalu. Misha sleek dalam persalinan nude dress dengan signature short hair yang cukup ikonik. Selesa dan sempurna buatnya.
Dalam persembahan konsert selama satu jam ini, Misha larut dalam emosi yang saya kira tenaganya cukup dirasai sekali. Persembahan vokalnya cemerlang biar hampir kesemuanya lagu bernuansa balada.
Bermula dengan medley “Cinta Adam & Hawa” dan “Sembunyi” Misha sudah lebih awal membuat semua yang berada di DFP sama menyanyikan hits malar segarnya itu. Dalam bicaranya yang tidak putus berterima kasih buat peminat, Ramli MS yang disifatkan sebagai “godfather” dalam karier muziknya – Misha cukup bersahaja dan santai berceloteh.
Malam tersebut kesemua lagu disusun Ramli M.S – tidak terlalu banyak yang diubah daripada versi album yang bagi saya secara personal kurang elemen surprise-nya kecuali di beberapa lagu seperti “Riwayat Cinta” khususnya yang hanya beriring piano Tok Ram yang melekakan.

“Dedebu Cinta” antara persembahan vokal terbaik Misha malam tersebut. Saya benar-benar larut dengan persembahan vokal cemerlangnya di lagu tersebut. Misha penyanyi yang ekspresif – dalam nyanyiannya dia semahunya memberikan emosi sebaiknya dalam mentafsir kisah dalam lagu yang dicipta.
Saya kira ini kekuatan sebenar “This is Misha” setiap lagu dibawa cukup dalam perasaannya terutama di medley “Semoga Abadi” dan “Riwayat Cinta” sebelum menutup konsert dengan lagu “Bunga-Bunga Cinta”.
Misha performer yang baik bagi saya joke-joke nya di stage bersahaja – dari usikannya kepada Tok Ram, joke gigi dan kaki sehingga cerita lagu “Kak Limah” dan peminat-peminat barunya semuanya buat penonton benar-benar terhibur kerana jika mahu bergantung pada persembahan lagu semata konsert ini mungkin kurang warnanya.
“This Is Misha” saya kira hanya sebagai pembuka ruang untuk Misha beraksi di pentas lebih besar skala persembahan muziknya. Apa yang kita saksikan malam Isnin lalu mungkin hanya sebahagian apa yang mampu dia berikan.
There will be more and perhaps kita tidak perlu menunggu lama lagi untuk persembahan konsert seterusnya. Bukan apa, saya kira Kak Mitch masih ‘berhutang’ beberapa lagu lagi – “Angin Syurga”, “Lilitan Asmara”, “Berlalu” dan “Terimaku Seadanya” hehehe…

Music Director: Ramli MS
Second Keyboard: Ude Wahid
Drum: JenK Ali
Bass: Penn
Guitar: Iju Omar
Backup Vocals: Mattao & Ajude
Setlist
Cinta Adam & Hawa / Sembunyi
Sampai Bila
Kuseru / Pulangkan
Nafas Cahaya
Dedebu Cinta
Jawapanmu
Semoga abadi / riwayat cinta
Bunga-Bunga Cinta
Kredit Gambar: @nottynutty
ARTIKEL BERKAITAN