#RetrospektifMuzik, Terkini,

2 Legenda 1 Album Kenangan Yang Jarang Diperdengarkan

Seperti apa yang kita tahu keakraban dua nama Datuk Ahmad Nawab dan Ramlah Ram yang cukup sinonim dalam lapangan muzik Pop Melayu 80-an sudah menzahirkan barisan hits malar segar yang masih dirayakan sehingga hari ini. Chemistry kedua-dua bakat bermuzik ini terus diraikan dalam sebuah album rakaman semula karya Datuk Ahmad Nawab.

Diedarkan pada tahun 1991, album yang diberi nama “Lagu-Lagu Hits Ahmad Nawab Nyanyian Ramlah Ram” ini terbahagi 3 medley panjang yang disusun semula Datuk Ahmad Nawab sebagai menjadi sebuah naskhah panjang yang membuat kita larut dalam persembahan Ramlah Ram.

Bahagian pertama album ini menyenaraikan lagu-lagu seperti “Namamu Terukir di Hati”, “Semakin Hari Semakin Sayang”, “Pengorbanan” dan Hatiku Dicuri Lagi” dalam durasi selama 10 minit 17 saat. Lenggok merdu Ramlah Ram di medley ini begitu menawan sekali terutama sekali saat dia melantunkan irama “Semakin Hari Semakin Sayang” dan “Hatiku Dicuri Lagi”.

Kolaborasi dua nama besar berpengaruh pasaran muzik 80-an ini diteruskan dengan medley di bahagian kedua menerusi rangkaian hits Sharifah Aini seperti “Tiada Maaf Bagimu” dan Kau Tinggi di Awan Biru”.

Masterpiece karya agung Ahmad Nawab di kedua-dua lagu ini diberi kemasan muzik yang lebih simple berbanding versi asal namun masih melekakan dengan tiupan saxophone yang sensual sekali. Dua buah lagi lagu yang terhasil di medley kedua ini adalah “Hapuslah Air Matamu” dan “Setulus Cinta”.

Saya mungkin ada sedikit masalah dengan persembahan suara Ramlah Ram di medley kedua ini yang agak bingit dan terusik sedikit kelembutan melodi asal yang pernah dibawa Sharifah Aini. Namun mungkin intepretasi berbeza ini membuatkan versi Ramlah Ram disukai oleh sesetengah orang.

Album rakaman semula ini ditutup dengan sebuah lagi medley di bahagian ketiganya yang menampilkan rangkaian moderate Pop seperti “Yang Ditunggu Tak Tiba”, “Kasih”, “Ku Gembira Disampingmu” dan “Setulus Cinta”. Mungkin bahagian yang paling bore me a bit. Ramlah Ram to be honest tiada that groove yang boleh bagi warna baru yang menarik untuk mencantikkan versi baru ini menjadi luar biasa.

Ramuan muziknya juga tidaklah begitu memberi impak yang lebih, semuanya terhasil dengan agak mediocre tanpa infusi muzik yang current memandangkan album ini disiapkan di era 90-an yang saya pasti ketika itu sudah sedikit ke depan dengan pengaruh muzik luar yang boleh diintepretasi baik dalam rakaman semula.

Namun apa yang tetap menarik tentang album ini adalah hubungan dua legenda dalam bermuzik yang disatukan dalam album yang sehingga hari ini masih saya mahu dengar dan kupaskan isinya. Biar pun ia tidaklah terhasil dengan satu skop muzik yang cemerlang serba-serbi tetapi masih acceptable untuk turus didengar dan dinikmati.

Medley di bahagian pertama album ini still the best menurut saya. Dan jika album ini dicetak semula saya pasti juga akan membelinya melengkapkan koleksi peribadi. Kesemua medley rakaman lagu-lagu Ahmad Nawab persembahan Ramlah Ram ini boleh didengar secara rasmi di saluran YouTube “Getaran Nostalgia.


ARTIKEL BERKAITAN

Ceritera Susah Senang Ramlah Ram Sebagai Biduanita Pop Tempatan

#PerspektifMuzik, Highlight, Review, Terkini,

#SepekanMuzik Pasaran Muzik Indie Tempatan – TY:DEL, Alchemist, Dewataraya, Bihzhu

Gerakan muzik Indie bergerak laju di musim pandemik. Muzik Kita melewati pasaran muzik Indie tempatan dengan barisan bakat muda yang mampu membentuk masa depan muzik yang lebih cemerlang.

Lagu: Apocalypse
Artis: SHN / TYDEL
Komposer / Lirik: SHN
Verdik: 7.8/10

TY:DEL antara band baru yang sangat menarik untuk dinikmati. Citarasa bermuzik mereka sangat moden, terkini namun masih hadir dengan kemasan muzik yang teliti. Selepas hits dengan “So In Love” mereka berkolaborasi bersama SHN seorang lagi bakat Indie Pop bagi menghasilkan “Apocalypse”. Sebuah lagu dalam feel Urban Pop yang cukup berjiwa muda seiring apa yang terhasil banyak dalam pasaran global hari ini. Kolaborasi ini banyak mengingatkan saya pada Talitha Tan, Lunadira dan Midnight Fusic.

Lagu: Soyuz Menuju Martin
Artis: Alchemist
Komposer / Lirik: Achiek Ashrin / Azrul Heidi / Dean Eiman
Verdik: 8/10

Intro lagu ini sahaja dah buat saya teruja. Esen muzik Synth Pop dan retro di lagu ini dasyat sebetulnya. Tidak hanya bergantung pada kemasan muzik, melodinya juga datang dengan daya pemikat yang sangat mudah masuk dan buat kita sebagai pendengar enjoy. Hook lagu ini benar-benar dirasai di bahagian korus yang addictive. Saya mengulang dengar berkali-kali lagu ini kerana mahu benar-benar meresap semangat muzik band ini. Saya sangat looking forward apa lagi yang mampu mereka tawarkan di masa mendatang

Lagu: Masa dan Rasa
Artis: Dewataraya
Komposer / Lirik: Ahmad Hakim / Ahmad Zahar Hazim / Faridiel Hakim / Aqmal Syah / Najmi Aiman / Nawi Zahrif Iman 
Verdik: 8.2/10

Eargasm. Dewataraya buat saya melarut dalam melodi Folk mereka yang cukup kemas dan puas saya dengarkan isi bunyinya. Persembahan suara vokalisnya juga sangat berkarakter dalam mentafsir setiap kata dalam lirik dengan sempurna. Saya seronok melihat banyak pemuzik tempatan yang mampu menghasilkan sound begini. Cukup puitis dan keras pada masa yang sama – menyentuh dengan rasa yang tepat tanpa perlu terlalu kedengaran mencuba. Potensi sangat besar untuk bergerak jauh jika terus konsisten.

Lagu: Peluang Bersamamu
Artis: Banni Basyishar / Aini Mazalan
Komposer / Lirik: Banni Basyishar / Aini Mazalan
Verdik: 6/10

Banni Basyishar mengembalikan Feel good R&B dengan secukup rasa. Saya enjoy melayani keseluruhan produksi lagu ini yang dihasilkan cukup kemas dan melodious. Korusnya sangat baik, mudah menangkap pendengaran dan amat catchy sekali. Cuma bagi saya minus point lagu ini adalah ia kedengaran sedikit old fashion dan tidak current. Namun feel kolaborasi vokal Banni Basyishar dan Aini Mazalan saling melengkapi, mencukupi dan menyenangkan.

Lagu: Kangen
Artis: KidiDaNoto
Komposer / Lirik: Tam Cobain
Verdik: 5/10

Lagu ini sangat kuat feel Balada Melayu sebetulnya cuma diolah persembahannya kedengaran lebih ‘indie’ dengan feel Heidi yang tidak sukar untuk merasuk pendengaran kita dengan mudah. Namun secara keseluruhannya ia tidaklah datang dengan ilham baru atau approach baru yang menjadikan naskhah ini tersendiri. Ia sedap didengar namun masih ada banyak ruang untuk diperbaiki menjadikan ia kedengaran lebih original.

Lagu: Alive
Artis: Bihzhu
Komposer / Lirik: Foo BihZhu
Verdik: 6.5/10

Pengalaman bermuzik Bihzhu sangat membantu dia untuk menghasilkan karya yang cukup personal tanpa perlu terlalu bergantung mengikut apa yang trending di pasaran muzik semasa. Setelah membuat kita larut dengan rakaman semula ” Chendering” Bihzhu kembali dengan original track berjudul “Alive” dalam landasan Pop yang catchy, playful dan cukup fun untuk dinikmati. “Alive” ada ramuan komersial yang kuat cuma hanya memerlukan ruang sahaja untuk menjadi siulan.

Lagu: Fun Lust Love
Artis: Late Night Frequency
Komposer / Lirik: Moja
Verdik: 5.6/10

Synth Pop dan Rock n Roll di lagu ini terhasil sangat baik. Penciptaan muziknya current, moden dan segar – tidak kedengaran amatur tetapi solid sebagai naskhah yang banyak pendengar boleh relate, suka dan nikmati. Cuma yang kurang tentang lagu ini adalah dinamik melodi dalam kemasan muziknya yang saya pasti boleh diexplore lagi band ini di masa mendatang.

Lagu: Senja Temu Lelah
Artis: BER_ / Leaism
Komposer / Lirik: Ilyahida Ismail / Izhar Syazwan / Ruviyamin Ruslan
Verdik: 5.8/10

Dah lama saya tak dengar melodi begini, kali terakhir mungkin kolaborasi Reshmonu dan Noryn Aziz menerusi “Aku Punya Teman” yang terhasil lebih sedekad lalu. Progres lagu ini sangat baik daripada feel Bossa di awalnya bergerak dalam feel Jazz / Folk dalam persembahan Pop yang memikat. Lagu begini sangat menarik untuk dinikmati jika dipersembahkan secara langsung untuk kita benar-benar menangkap isi bunyinya.

Lagu: If You Dont Love Me Now
Artis: Steff Fleur
Komposer / Lirik: Farouk Kamil / Steffany Raymond Landong
Verdik: 4.5/10

Steff Fleur hadir dengan naskhah Urban Pop menerusi single “If You Don’t Love Me” yang menurut saya sudah banyak ilham serupa terhasil dalam muzik begini dan maaf mungkin saya saja tidak menemukan apa-apa yang istimewa tentang lagu ini. Sebuah naskhah Pop yang kita boleh layan tapi sekadar itu sahajalah.

Lagu: Koma
Artis: Hasha Roslan 
Komposer / Lirik: Mohd Hazrol Syafiq
Verdik: 2.5/10

Semua tentang lagu ini bagi saya terlalu amateur dan sangat rawIt’s okay sebenarnya to sound amateur tapi this one almost like macam tak siap at time dan ada bahagian yang macam agak ambitious. To keep it simple dan kemas sahaja sudah memadai sebetulnya sebab melodi asas lagu ini sudah okey. Dan saya kurang berkenan dengan karater vokalnya yang sangat dry dan flat.


ARTIKEL BERKAITAN

Joyberry – Formula Indie Dalam Persembahan Paling Komersial Untuk Menjengah Pasaran Mainstream

 

#PerspektifMuzik, Highlight,

Merungkai Spirit & Kebebasan Bermuzik Finalis Anugerah Musik Indonesia (Bidang Pop)

raisa, andmesh, pamungkas, yura yunita dan lyodra antara yang mendominasi bidang pop

Anugerah Musik Indonesia kembali lagi untuk kali ke-24 sebagai penerus kelangsungan nyawa muzik Indonesia yang saban hari tidak lekang dengan bakat-bakat baru hebat yang memerlukan penghargaan yang sepatutnya. Sejumlah 4645 lagu sudah didaftarkan sejak dibuka penyertaannya Mei lalu, sekali gus memperlihatkan peningkatan pencalonan daripada tahun sebelumnya hanya 2973 lagu saja.

Membawa visi dalam tema Spirit of Creativity, sebanyak 55 Kategori disiapkan berserta 3 penghargaan khas – Lifetime Achievement, Legend Awards dan Dedikasi Musik. yang akan diumumkan kesemua pemenangnya pada November mendatang secara langsung di saluran televisyen RCTI.

Muzik Kita meneliti trend pencalonan dengan nama-nama potensi yang bakal membawa pulang trofi bagi Bidang Pop yang rata-ratanya didominasi Raisa, Yura Yunita, Stevan Pasaribu dan nama baru seperti Anneth yang semakin hari semakin mencuri perhatian pendengar muzik nusantara.

yura yunita mendapat nominasi untuk 3 single tenang, duhai sayang dan hoolala bagi bidang muzik berbeza

ARTIS SOLO WANITA POP TERBAIK
Anneth – Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti
Bunga Citra Lestari – 12 Tahun Terindah
Lyodra – Tentang Kamu
Raisa – Tentang Dirimu
Tiara Andini – 365
Yura Yunita – Tenang

Anneth yang cukup memuncak dengan single “Mungkin Hari Ini” mampu memberi saingan buat Lyodra (Tentang Kamu) dan Tiara Andini (365). Persembahan Pop Yura cukup tersendiri dan saya pasti sukar untuk ditepis BCL dengan single “12 Tahun Terindah” namun itu tidak mustahil jika para juri mahu memberi lebih kenangan manis buatnya namun sejujurnya lagu tersebut sekadar biasa-biasa sahaja penghasilannya. Kekecewaan melihat nama Ruth Sahanaya yang hadir dengan single “Satu” karya LaleIlmanNino di kategori ini amat saya Sesali. Saingan terdekat Yura bagi kategori ini ialah Lyodra dan Raisa.

Pilihan MK: Yura Yunita (Tenang)

future of indonesian pop, mikha angelo antara yang cukup original

ARTIS SOLO PRIA POP TERBAIK
Andmesh – Tiba-Tiba
Judika – Putus Atau Terus
Mikha Angelo – Middle Ground
Pamungkas – Risalah Hati
Rizky Febian – Makna Cinta
Stevan Pasaribu – Belum Siap Kehilangan

Kraf muzik Pamungkas semakin baik, matang dan komersial. Minus point adalah “Risalah Hati” adalah sebuah lagu saduran. Mikha Angelo lebih original dan tersendiri berbanding Rizky Febian dan Judika yang agak predictable. Jika kemenangan berpihak pada Stevan Pasaribu yang cukup booming dengan “Belum Siap Kehilangan” maknanya jumlah views juga memberi kelebihan untuk bergelar pemenang.

Pilihan MK: Mikha Angelo (Middle Ground)

DUO / GRUP POP TERBAIK
Juicy Luicy – Lantas
Maliq & d’Essentials – Bilang
Mocca – Simple I Love You
Noah – Badai Pasti Berlalu
RAN – Orang Yang Paling Ku Benci

Juicy Luicy punya peluang cukup cerah membawa pulang trofi bagi kategori ini. Cukup seimbang antara nilai komersial dan kualiti muziknya, “Lantas” antara karya Pop paling berjaya sepanjang tahun. Maliq mengembalikan esen muzik 80-an di single “Bilang” dan tiga calon lain saya kira masih stuck dengan ilham serupa.  Saya mengarapkan pencalonan Dian Satro bersama Candra Darusman menerusi lagu “Perjumpaan Kita” yang sangat interesting penghasilannya.

Pilihan MK: Juicy Luicy (Lantas)

cukup booming dengan single “belum siap kehilangan” Stevan Pasaribu yang menular di musim pandemik

PENCIPTA LAGU POP TERBAIK
Ade Nurulianto – Tanpa Batas Waktu
Anneth Deliecia – Mugkin Hari Ini, Esok Atau Nanti
David Albert / Agie Praksya / Indra Titans – Belum Siap Kehilangan
LaleIlmanNino – Sabda Rindu
Rizky Febian – Makna Cinta Yovie Widianto – Cintanya Aku

Jika melihat pada senarai calon enam teratas ini, kolaborasi David Albert, Agie dan Indra Titans menerusi penciptaan lagu “Belum Siap Kehilangan” ada peluang sangat besar untuk membawa pulang trofi bagi kategori ini. Lagu ini terhasil cukup kemas dalam landasan Indo Pop yang cukup rasa dan jiwanya yang tidak sukar menyelinap ruang rasa pendengar. Berdepan dengan saingan yang tidak terlalu kuat, lagu ini ada peluang cerah untuk menang jika ia tidak berpihak pada Anneth Deliecia menerusi “Mungkin Hari Ini, Esok Atau Nanti”.

Pilihan MK: Belum Siap Kehilangan (David Albert / Agie Praksya / Indra Titans)

PENATA MUSIK POP TERBAIK
Ade Nurulianto – Tanpa Batas Waktu
Andi Rianto – Bahasa Kalbu
Ari Renaldi – Duhai Sayang
Diskoria / LaleIlmanNino – C.H.R.I.S.Y.E
Dwiki Dharmawan – Deru Debu
Yovie Widianto / Adrian Kitut – Cintanya Aku

To be honest saya agak pelik dengan pencalonan “Deru Debu” yang tiada keistimewaan dalam penataan muziknya berbanding lagu lain. Kemasan muzik Diskoria dan LaleIlmanNino menerusi CHRISYE sangat unik dalam fresh namun mereka harus sangat bersaing dengan Andi Rianto yang meramu kembali “Bahasa Kalbu” denga cukup grand sekali memberi peluang cerah buatnya mengungguli kategori ini.

Pilihan MK: Bahasa Kalbu (Andi Rianto)

ALBUM POP TERBAIK
ArTi Untuk Cinta – Tiara Andini / Arsy Widianto
It’s Personal – Raisa
Kalah Bertaut – Nadin Amizah
Raya – Maliq & d’Essentials
See You Someday – Dwiki Dharmawan – Deru Debu
Yovie Widianto / Adrian Kitut – Cintanya Aku

Raisa did a super great job menerusi “It’s Personal” yang terhasil semakin matang dalam feel Urban Pop beriring persembahan melodi yang cukup solid. I can say it’s zero skip album. Semua disiapkan dengan cukup baik sekali. Persaiangan Raisa menerusi kategori ialah Nadin Amizah yang menhadirkan ilham Folk dalam persembahan Pop yang cukup puitis. “Raya” daripada Maliq & d’Essentials antara favorite saya tahun ini tetapi mungkin akan kurang markah di bahagian komersialnya. Tiada apa yang terlalu menarik di album duet Arsy Widianto bersama Tiara Andini.

Pilihan MK: It’s Personal (Raisa)


ARTIKEL BERKAITAN

Kembali Ke 10 Tahun Pertama Di Era 2000, Berikut 10 Album Indonesia Paling Berpengaruh

Highlight, Review, Terkini,

Poetic Pop Fiersa Besari & Feby Putri Diteruskan Menerusi Single “Runtuh”

Lagu: Runtuh
Artis: Feby Putri & Fiersa Besari
Komposer / Lirik: Feby Putri / Fiersa Besari Nilam Cahyani
Produser: Sute Nuvesari

Dua nama besar Pop Folk seberang, Feby Putri dan Fiersa Besari sudah mencipta momen mereka tersendiri dalam memberi impak dalam bermuzik sejak awal mereka menceburkan diri dalam pasaran mainstream muzik Indonesia. Bergerak dengan feel baru Indo Folk yang disulam dengan pengisian lirik yang puitis, karya-karya mereka sangat cepat mengisi jiwa pendengar.

Tidak pernah terbayangkan dua nama ini akan berkolaborasi, ia ternyata menjadi hal yang paling banyak diperkatakan sekarang sejak single “Runtuh” karya tulisan kedua-dua anak muda ini menjengah pasaran 1 Oktober yang lalu di semua gedung muzik digital.

Lagu ini terhasil dalam melodi yang cukup sinonim dengan dua bakat ini. Lembut membuai dengan persembahan vokal yang cukup sederhana tetapi cukup santai dalam menyampaikan isi cerita yang cukup galau di liriknya.

Kekuatan lagu ini tentu saja pada penulisan liriknya. Awal dibuka dengan bait “Ku terbangun lagi, di antara sepi hanya pikiran yang ramai” sudah cukup menggambarkan betapa besarnya jiwanya kedua-dua bakat ini. Penulisannya sangat puitis dan moving. Hal-hal ini diresapi baik dengan melodinya yang cukup lembut menyentuh.

Kesayuan di lagu ini amat dirasai dalam penulisan ini “Tak perlu khawatir ku hanya terluka, Terbiasa tuk pura pura tertawa, Namun bolehkan skali saja ku menangis, Sebelum kembali membohongi diri.”

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Kelembutan Raissa Anggiani Menerusi Single “Aku Kamu Yang Lain”

Highlight, Review, Terkini,

Potensi Besar Firdaus Rahmat Dalam Bermuzik Diteruskan Dengan Single”Waras”

Lagu: Waras
Artis: Firdaus Rahmat
Komposer / Lirik: Dari / Firdaus / Iqie Hugh

Potensi besar Firdaus Rahmat awal terlihat ketika dia mengedarkan “Aku Rayu” komposisi Omar K yang memberi bayangan masa depannya bermuzik cerah jika konsisten dan kena dengan percaturan. Namun single tersebut tidaklah terlalu memberi justice buat kembara bermuziknya.

Namun tuah itu hal yang di luar kotak kawalan kita sebagai pendengar. Usahanya dalam muzik banyak bergerak di belakang tabir dengan penghasilan lagu-lagu buat penyanyi lain khususnya. Sehinggalah awal tahun ini dia mengedarkan “Sentiasa” yang diambil sebagai runut bunyi siri TV dan berjaya menjadi siulan pendengar.

Bergerak atas landasan Pop dengan sentuhan muzik yang current Firdaus Rahmat bakat baru yang memiliki citarasa bermuzik yang sangat baik dan tidak hanya bergantung pada citarasa, dia juga bijak dalam merencana muziknya terhasil dengan feel yang sangat baik juga.

Hal ini sudah dibuktikan menerusi dua single sebelum ini dan diteruskan dengan single terbarunya “Waras” yang saya sifatkan cukup ‘firdaus’ sekali penghasilannya terutama sekali di intronya. Lagu ini bergerak dalam feel Pop yang menyenangkan – easy listening, tidak complicated.

Cuma hook nya agak lambat untuk mengikat kita dengan sekali pendengaran. Berbanding “Sentiasa” yang lebih sweet and simple, “Waras” bergerak agak mendatar tetapi masih sedap sebetulnya. Saya suka karakter vokal Firdaus yang cukup tersendiri dalam memberi tafsiran lirik yang dia lagukan.

Firdaus antara bakat muzik  hari ini yang akan saya sentiasa nantikan kemunculan lagu-lagu barunya. Semoga dia terus konsisten dalam penghasilan muzik kerana potensinya sangat besar untuk bergerak dalam pasaran mainstream dan memberi infusi baru Pop tempatan.

6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Langkah Bermuzik Dolla Diteruskan Menerusi Single “Berani”

Terkini,

Bakal Berkolaborasi Bersama Luca Sickta, Noraniza Akan Tampil Dengan Single Terbaru Disember Nanti

Kembali aktif di lapangan muzik komersial setelah fasa Gegar Vaganza, Ratu Irama Malaysia – Noraniza Idris awal tahun ini berkolaborasi bersama rapper muda Bunga dalam hits “Intan Payung” yang mengembalikan namanya di carta muzik papan atas temppatan.

“Saya mensasarkan 5 penerbitan baharu bagi tahun 2022 untuk lagu-lagu Irama Malaysia.” Dan menurutnya lagi Disember ini dia akan muncul single terbaharu yang menggandingkan nya dengan seorang artis lelaki baharu yang masih dalam proses pemilihan oleh pihak pengurusan Mind Order.

“Bagi memulakan langkah pertama, kini saya sedang memfokuskan sebuah penerbitan single terbaharu bersama Luncai Emas (M) Sdn Bhd. Proses perbincangan awal dengan Luca Sickta telah diadakan. Memandangkan kami bernaung di bawah syarikat publishing yang sama dan merupakan komposer yang sama menerbitkan lagu Intan Payung, tidaklah menjadi sukar untuk bekerjasama.” Menurutnya lagi.

Sempena menjelang 2022 akan datang, saya akan mula menerbitkan semula lagu-lagu Irama Malaysia. Intan Payung adalah single penampilan khas saya bersama Bunga. Biarpun negara kita melalui PKP, saya sangat bersyukur, lagu ini telah membuka laluan kepada muzik Irama Malaysia berada sebelah kaki dalam industri muzik sekarang dengan tontonan 6 juta semenjak dilancarkan. Apa yang menjadi harapan saya, pelancongan negara terus terbuka luas bermula tahun 2022 ini.

Hasrat gabungkan artis Irama Malaysia di bawah satu bumbung pertubuhan

Seiring dengan usahanya mengangkat semula lagu-lagu Irama Malaysia secara lebih agresif, Noraniza Idris kini sedang menghimpunkan artis-artis Irama Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya sebuah  penerbitan single berkonsep Irama Malaysia untuk bergerak di bawah sebuah pertubuhan. “Hasrat saya untuk menjadikan pertubuhan ini sebagai pengorak langkah kepada pembangunan hak cipta penerbitan lagu-lagu Irama Malaysia.”

“Saya berharap platform yang saya sediakan seperti aktiviti-aktiviti kesenian di sepanjang 2022 akan dapat dikongsikan dengan artis-artis Irama Malaysia yang ada.” Tambahnya lagi, Penerbitan Konsert Irama Malaysia akan diteruskan pada 2022 dengan kerjasama MindOrder Management. “Semoga ia akan menjadi kenyataan setelah dua tahun tertangguh akibat PKP.” Menurutnya ketika majlis Majlis menandatangani perjanjian MOU NIPVSB bersmaa C2JOY (M) Sdn. Bhd.


ARTIKEL BERKAITAN

Noraniza Idris: Dasawarsa Seni Penyanyi Saduran ke Biduanita Irama Melayu Asli Paling Dihormati

Highlight, Review, Terkini,

Kelembutan Raissa Anggiani Menerusi Single “Aku Kamu Yang Lain”

Lagu: Aku Kamu Yang Lain
Artis: Raissa Anggiani
Komposer / Lirik: Raissa Anggiani

Indonesia tidak pernah sunyi dengan bakat bermuzik. Saban hari akan ada sahaja yang datang berkarya dengan naskhah yang baik-baik belaka penghasilannya. Raissa Anggiani satu daripadanya yang menarik perhatian pendengaran saya dengan kelembutan dalam penyampaian vokalnya.

Beberapa rilis sudah siap menyerlahkan namanya seperti “Losing Us”, “If You Could See Me Crying” antara yang sudah meniti bibir penggemar muzik nusantara. Dengan feel Pop yang datang dengan pendekatan moden, Raissa Anggiani menyentuh banyak jiwa dengan kemanisan dalam persembahan vokalnya.

Tahun ini dia siap merilis single bahasa Indonesia berjudul “Aku Kamu Yang Lain” ciptaan sepenuhnya Raissa, sekali lagi menyusup rasa jiwa saya sebagai pendengar. Kali ini Raissa beriring liriknya yang relatable dengan anak muda hari ini menyingkap cerita melepaskan rasa.

Bait seperti “Mungkin tak apa tuk berpisah, Selagi kau baik-baik saja.” cukup telus menyampaikan isi rasa yang ada dalam jiwanya sebagai penulis. Hal serupa saya rasakan dalam bait “Aku bisa saja kembali padamu, Tapi jalan sudah lain. Bukan begitu ceritanya.”

Hal-hal penulisan begini menjadi faktor penarik sebetulnya untuk kita larut dalam melodi yang mungkin sudah biasa kita dengar. Jadi kelekaan kita sebagai pendengar dalam terus larut dalam perasaan sesbuah naskhah itu tergantung pula pada roh yang ada dalam liriknya.

Raissa Anggiani antara penyanyi baru yang hadir dengan jaluran muzik yang cukup kuat jiwa Indonesianya tetapi dengan approach yang kekinian dan sangat menyenangkan hasilnya.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Terdiam Dalam Tenang Melayari Urusan Hati Gangga Menerusi Album “It’s Never Easy”

Highlight, Review, Terkini,

Infusi Pop 90-an Marcell Menerusi Single Terbarunya “Akhir Cinta”

Lagu: Akhir Cinta
Artis: Marcell
Komposer / Lirik: Lianto Lee

Soloist Pop R&B Marcell antara penyanyi senior yang masih aktif dalam penghasilan lagu-lagu baru. Biarpun harus siap bersaing dengan generasi penyanyi yang baru itu bukan hal yang menjadi kekangan buatnya untuk terus berkaya dalam muzik. Tahun ini sahaja dia siap mengedarkan single “Miracle” bersama Alena Wu sebelum menghadirkan single Jazz “Give Me Back My Broken Heart”.

Perjalan muzik Marcell bergerak radikal sejak penghasilan “This Is Not Jazz” yang beredar di tahun 2019. Tanpa perlu bergantung dengan kehendak pasaran muzik semasa Marcell bermuzik dengan bebas sekali. Lihat sahaja bagaimana dia membentuk “Perih” yang beredar tahun serupa album Jazznya itu dihasilkan. “Perih” saya letakkan antara single terbaiknya setelah fasa baru bermuziknya itu berjalan.

Menerusi single itu saya kira Marcell sudah mahu menjalani spektrum muzik yang baru. Lari terus daripada tipikal Balada “Semusim” mahupun “Takkan Terganti”. Terkini bersama komposer Lianto Lee, Marcell hadir dengan Balada yang datang dengan suntikan muzik 80-an dan 90-an menerusi lagu “Akhir Cinta”.

Lagu ini hadir dalam persembahan serupa yang pernah dia bawakan dalam single “Perih” – terhasil cukup sederhana tetapi masih hadir dengan daya pemikat yang tersendiri. Dan dalam hal ini karakter vokal Marcell itu sendiri yang menjadi faktor utama untuk kita suka dengan lagu ini.

“Akhir Cinta” tidaklah terhasil dengan sesuatu yang baru atau berbeza untuk ia bergerak dengan sendirinya. Melodinya agak lambat untuk saya hadam, korusnya okey namun tidaklah terlalu kuat untuk menarik pendengaran dengan sekali dengar. Namun masih berbaloi untuk dinikmati.

6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Persembahan Jiwa & Cinta Sivia Diteruskan Menerusi EP “Camellia”

Highlight, Review, Terkini,

Joyberry – Formula Indie Dalam Persembahan Paling Komersial Untuk Menjengah Pasaran Mainstream

Lapangan muzik indie tempatan tidak pernah haus dengan bakat baru yang datang dengan ideologi bermuzik mereka. Menidakkan kehadiran bakat-bakat ini dalam pasaran mainstream adalah tidak adil kerana usaha yang mereka lakukan dalam meninggikan standard muzik tempatan itu lebih dasyat berbanding apa yang dilakukan label besar dalam pemasaran muzik yang sekadar mengulang formula Pop serupa.

Beberapa nama baru yang menarik minat saya tahun ini adalah Countrywolves dan trio Synth Pop Joyberry yang tahun ini sahaja sudah menghadirkan 3 single – “Disko Kilat”, “Prospektor” dan yang baru beredar “Selamanya”. Ketiga-tiganya dihasilkan dalam satu persembahan muzik alternatif Synth-Pop dengan pengaruh Daft Punk , The Strokes dan ada juga sound yang persisnya The Chmeichal Brothers.

“Disko Kilat” mencuri pendengaran saya dengan groove mereka yang cukup promising. Intro lagu ini sahaja sudah buat saya layan, menggoyang kepala dan seiring ia berjalan, lagu ini menjadi semakin baik dan baik. Derum deram adrenalin roh lagu ini hadir dengan attitude dan stail yang cukup tinggi standarnya. Elemen Synth-Pop di lagu ini tidak dihasilkan sekadar tegal menjual ilham muzik yang semakin booming di pasaran global tetapi terhasil dengan produksi muzik yang kemas dan berkelas.

Kualiti rakaman di lagu ini buat hati saya berbisik mereka bukan pemuzik yang sekadar mahu bermuzik kerana suka mencuba tetapi faham akan keperluan menghasilkan naskhah yang solid dan memberi impak buat pendengar.  Setiap perincian bunyi dalam lagu ini dapat didengar dengan sangat puas sekali.

“PROSPEKTOR” Buat saya lebih layan dengan groove dan attitude bermuzik mereka yang luar biasa. Citarasa muzik tiga anak muda ini saya kira tinggi dan saya pasti juga mereka banyak mendengar untuk menghasilkan sound dengan taste yang sebegini hebat. Lagu ini punya pengaruh “Get Lucky” dan kalau anda jenis enjoy Daft Punk dan Chemichal Brother lagu ini sangat senang merasuk.

Sebuah lagi lagu yang beredar tahun ini adalah “Selamanya” yang lebih santai, laid back sebelum berjalan keras di tengahnya. Feel lagu ini sangat baik disatukan dengan penulisan liriknya yang simple tetapi berisi. Bait Dengan cinta semua mudah” kedengaran mudah tetapi terisi dengan kebenaran. Dan menjadi lebih baik dalam bait Ku percaya, kita mampu genggam satu dunia dengan cinta.” 

Setakat tiga buah lagu yang sudah diedarkan tahun ini saya kira Joyberry ada potensi sangat besar untuk berkembang sebagai sebuah band yang mampu meninggikan standard muzik tempatan. Cuma saya tidak pasti jika pelaburan idea, kreativiti dan masa mereka ini beriring dengan pengurusan yang cekap dan besar pengaruhnya untuk membawa mereka keluar dari kepompong indie bagi menawan pasaran muzik yang lebih besar.

Joyberry ada attitude, style dan ability bermuzik dengan sangat menarik untuk kita explore lebih lagi apa yang mereka mampu lakukan. Cuma pemasarannya harus sangat dibantu untuk mereka didengari dan dinikmati dalam skala yang lebih luas. Hal ini bukan masalah kalau mereka benar-benar disokong penuh media arus perdana, radio dan platform digital streaming dengan lebih meluas.


ARTIKEL BERKAITAN

Mengulik Jiwa Resah Saiful Rizal Menerusi Single “Aku Takkan Mampu”

Highlight, Review, Terkini,

Langkah Bermuzik Dolla Diteruskan Menerusi Single “Berani”

Lagu: Berani
Artis:Dolla
Komposer / Lirik: Firdaus Rahmat / John Jeeves

Warna muzik tempatan beragam dengan adanya anak-anak muda seperti Dolla ini yang hadir dengan sesuatu yang cukup moden, current dan relevan seiring pasaran muzik global. Setelah cukup berjaya dengan lagu “Make You Wanna” dan “Watch Me Glow” – nama Dolla mengisi senarai lagu popular sekali gus bergerak sebagai bakat baru yang cukup diterima terbuka pendengar muzik tempatan.

Formula girl Pop group mereka yang datang dalam gelombang K-Pop – Blackpink dan BTS membenarkan mereka to fit in the mass market yang sedikit sebanyak membayangkan bahawa kita ada lah juga bakat muda yang mahu menghasilkan lagu-lagu Pop semasa tanpa terikat ilham Balada sahaja.

Terkini bersama komposer dan penyanyi meningkat naik, Firdaus Rahmat – Dolla menghasilkan single terbaru berjudul “Berani” yang dihasilkan dalam tempo moderate Pop yang tidak sukar kiranya untuk kita enjoy dengan penghasilan melodinya yang ringan, catchy beriring penulisan lirik yang mengangkat isu women empowerment / girl power dengan kemas dan tidak cheesy.

Firdaus bersama John Jeeves bagi saya cukup bijak dalam menghasilkan melodi yang mudah untuk memikat pendengar. Lagu ini hadir dengan hook tersendiri terutama di bahagian korus berulang yang for sure dua tiga kali dengar sudah mampu melekat di pendengaran.

Dolla antara bakat baru yang bagus saya kira, ketepikan dulu kemampuan menyanyi live yang mungkin ada kurangnya tetapi hal-hal itu pasti boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Apa yang lebih penting di sini adalah kehadiran mereka memberi warna yang segar untuk pasaran muzik tempatan yang tidak sudahnya dengan Balada meleweh.

Saya memasang impian untuk melihat Dolla berkolaborasi bersama Dayang Nurfaizah. Semoga ia boleh dijadikan kenyataan.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Terlarut Dalam Persembahan Sensual Aisyah Aziz Menerusi “Pearls”