
raisa, andmesh, pamungkas, yura yunita dan lyodra antara yang mendominasi bidang pop
Anugerah Musik Indonesia kembali lagi untuk kali ke-24 sebagai penerus kelangsungan nyawa muzik Indonesia yang saban hari tidak lekang dengan bakat-bakat baru hebat yang memerlukan penghargaan yang sepatutnya. Sejumlah 4645 lagu sudah didaftarkan sejak dibuka penyertaannya Mei lalu, sekali gus memperlihatkan peningkatan pencalonan daripada tahun sebelumnya hanya 2973 lagu saja.
Membawa visi dalam tema Spirit of Creativity, sebanyak 55 Kategori disiapkan berserta 3 penghargaan khas – Lifetime Achievement, Legend Awards dan Dedikasi Musik. yang akan diumumkan kesemua pemenangnya pada November mendatang secara langsung di saluran televisyen RCTI.
Muzik Kita meneliti trend pencalonan dengan nama-nama potensi yang bakal membawa pulang trofi bagi Bidang Pop yang rata-ratanya didominasi Raisa, Yura Yunita, Stevan Pasaribu dan nama baru seperti Anneth yang semakin hari semakin mencuri perhatian pendengar muzik nusantara.

yura yunita mendapat nominasi untuk 3 single tenang, duhai sayang dan hoolala bagi bidang muzik berbeza
ARTIS SOLO WANITA POP TERBAIK
Anneth – Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti
Bunga Citra Lestari – 12 Tahun Terindah
Lyodra – Tentang Kamu
Raisa – Tentang Dirimu
Tiara Andini – 365
Yura Yunita – Tenang
Anneth yang cukup memuncak dengan single “Mungkin Hari Ini” mampu memberi saingan buat Lyodra (Tentang Kamu) dan Tiara Andini (365). Persembahan Pop Yura cukup tersendiri dan saya pasti sukar untuk ditepis BCL dengan single “12 Tahun Terindah” namun itu tidak mustahil jika para juri mahu memberi lebih kenangan manis buatnya namun sejujurnya lagu tersebut sekadar biasa-biasa sahaja penghasilannya. Kekecewaan melihat nama Ruth Sahanaya yang hadir dengan single “Satu” karya LaleIlmanNino di kategori ini amat saya Sesali. Saingan terdekat Yura bagi kategori ini ialah Lyodra dan Raisa.
Pilihan MK: Yura Yunita (Tenang)

future of indonesian pop, mikha angelo antara yang cukup original
ARTIS SOLO PRIA POP TERBAIK
Andmesh – Tiba-Tiba
Judika – Putus Atau Terus
Mikha Angelo – Middle Ground
Pamungkas – Risalah Hati
Rizky Febian – Makna Cinta
Stevan Pasaribu – Belum Siap Kehilangan
Kraf muzik Pamungkas semakin baik, matang dan komersial. Minus point adalah “Risalah Hati” adalah sebuah lagu saduran. Mikha Angelo lebih original dan tersendiri berbanding Rizky Febian dan Judika yang agak predictable. Jika kemenangan berpihak pada Stevan Pasaribu yang cukup booming dengan “Belum Siap Kehilangan” maknanya jumlah views juga memberi kelebihan untuk bergelar pemenang.
Pilihan MK: Mikha Angelo (Middle Ground)

DUO / GRUP POP TERBAIK
Juicy Luicy – Lantas
Maliq & d’Essentials – Bilang
Mocca – Simple I Love You
Noah – Badai Pasti Berlalu
RAN – Orang Yang Paling Ku Benci
Juicy Luicy punya peluang cukup cerah membawa pulang trofi bagi kategori ini. Cukup seimbang antara nilai komersial dan kualiti muziknya, “Lantas” antara karya Pop paling berjaya sepanjang tahun. Maliq mengembalikan esen muzik 80-an di single “Bilang” dan tiga calon lain saya kira masih stuck dengan ilham serupa. Saya mengarapkan pencalonan Dian Satro bersama Candra Darusman menerusi lagu “Perjumpaan Kita” yang sangat interesting penghasilannya.
Pilihan MK: Juicy Luicy (Lantas)

cukup booming dengan single “belum siap kehilangan” Stevan Pasaribu yang menular di musim pandemik
PENCIPTA LAGU POP TERBAIK
Ade Nurulianto – Tanpa Batas Waktu
Anneth Deliecia – Mugkin Hari Ini, Esok Atau Nanti
David Albert / Agie Praksya / Indra Titans – Belum Siap Kehilangan
LaleIlmanNino – Sabda Rindu
Rizky Febian – Makna Cinta Yovie Widianto – Cintanya Aku
Jika melihat pada senarai calon enam teratas ini, kolaborasi David Albert, Agie dan Indra Titans menerusi penciptaan lagu “Belum Siap Kehilangan” ada peluang sangat besar untuk membawa pulang trofi bagi kategori ini. Lagu ini terhasil cukup kemas dalam landasan Indo Pop yang cukup rasa dan jiwanya yang tidak sukar menyelinap ruang rasa pendengar. Berdepan dengan saingan yang tidak terlalu kuat, lagu ini ada peluang cerah untuk menang jika ia tidak berpihak pada Anneth Deliecia menerusi “Mungkin Hari Ini, Esok Atau Nanti”.
Pilihan MK: Belum Siap Kehilangan (David Albert / Agie Praksya / Indra Titans)

PENATA MUSIK POP TERBAIK
Ade Nurulianto – Tanpa Batas Waktu
Andi Rianto – Bahasa Kalbu
Ari Renaldi – Duhai Sayang
Diskoria / LaleIlmanNino – C.H.R.I.S.Y.E
Dwiki Dharmawan – Deru Debu
Yovie Widianto / Adrian Kitut – Cintanya Aku
To be honest saya agak pelik dengan pencalonan “Deru Debu” yang tiada keistimewaan dalam penataan muziknya berbanding lagu lain. Kemasan muzik Diskoria dan LaleIlmanNino menerusi CHRISYE sangat unik dalam fresh namun mereka harus sangat bersaing dengan Andi Rianto yang meramu kembali “Bahasa Kalbu” denga cukup grand sekali memberi peluang cerah buatnya mengungguli kategori ini.
Pilihan MK: Bahasa Kalbu (Andi Rianto)

ALBUM POP TERBAIK
ArTi Untuk Cinta – Tiara Andini / Arsy Widianto
It’s Personal – Raisa
Kalah Bertaut – Nadin Amizah
Raya – Maliq & d’Essentials
See You Someday – Dwiki Dharmawan – Deru Debu
Yovie Widianto / Adrian Kitut – Cintanya Aku
Raisa did a super great job menerusi “It’s Personal” yang terhasil semakin matang dalam feel Urban Pop beriring persembahan melodi yang cukup solid. I can say it’s zero skip album. Semua disiapkan dengan cukup baik sekali. Persaiangan Raisa menerusi kategori ialah Nadin Amizah yang menhadirkan ilham Folk dalam persembahan Pop yang cukup puitis. “Raya” daripada Maliq & d’Essentials antara favorite saya tahun ini tetapi mungkin akan kurang markah di bahagian komersialnya. Tiada apa yang terlalu menarik di album duet Arsy Widianto bersama Tiara Andini.
Pilihan MK: It’s Personal (Raisa)
ARTIKEL BERKAITAN
Kembali Ke 10 Tahun Pertama Di Era 2000, Berikut 10 Album Indonesia Paling Berpengaruh