Kembali aktif di lapangan muzik komersial setelah fasa Gegar Vaganza, Ratu Irama Malaysia – Noraniza Idris awal tahun ini berkolaborasi bersama rapper muda Bunga dalam hits “Intan Payung” yang mengembalikan namanya di carta muzik papan atas temppatan.
“Saya mensasarkan 5 penerbitan baharu bagi tahun 2022 untuk lagu-lagu Irama Malaysia.” Dan menurutnya lagi Disember ini dia akan muncul single terbaharu yang menggandingkan nya dengan seorang artis lelaki baharu yang masih dalam proses pemilihan oleh pihak pengurusan Mind Order.
“Bagi memulakan langkah pertama, kini saya sedang memfokuskan sebuah penerbitan single terbaharu bersama Luncai Emas (M) Sdn Bhd. Proses perbincangan awal dengan Luca Sickta telah diadakan. Memandangkan kami bernaung di bawah syarikat publishing yang sama dan merupakan komposer yang sama menerbitkan lagu Intan Payung, tidaklah menjadi sukar untuk bekerjasama.” Menurutnya lagi.
Sempena menjelang 2022 akan datang, saya akan mula menerbitkan semula lagu-lagu Irama Malaysia. Intan Payung adalah single penampilan khas saya bersama Bunga. Biarpun negara kita melalui PKP, saya sangat bersyukur, lagu ini telah membuka laluan kepada muzik Irama Malaysia berada sebelah kaki dalam industri muzik sekarang dengan tontonan 6 juta semenjak dilancarkan. Apa yang menjadi harapan saya, pelancongan negara terus terbuka luas bermula tahun 2022 ini.
Hasrat gabungkan artis Irama Malaysia di bawah satu bumbung pertubuhan
Seiring dengan usahanya mengangkat semula lagu-lagu Irama Malaysia secara lebih agresif, Noraniza Idris kini sedang menghimpunkan artis-artis Irama Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya sebuah penerbitan single berkonsep Irama Malaysia untuk bergerak di bawah sebuah pertubuhan. “Hasrat saya untuk menjadikan pertubuhan ini sebagai pengorak langkah kepada pembangunan hak cipta penerbitan lagu-lagu Irama Malaysia.”
“Saya berharap platform yang saya sediakan seperti aktiviti-aktiviti kesenian di sepanjang 2022 akan dapat dikongsikan dengan artis-artis Irama Malaysia yang ada.” Tambahnya lagi, Penerbitan Konsert Irama Malaysia akan diteruskan pada 2022 dengan kerjasama MindOrder Management. “Semoga ia akan menjadi kenyataan setelah dua tahun tertangguh akibat PKP.” Menurutnya ketika majlis Majlis menandatangani perjanjian MOU NIPVSB bersmaa C2JOY (M) Sdn. Bhd.
ARTIKEL BERKAITAN
Noraniza Idris: Dasawarsa Seni Penyanyi Saduran ke Biduanita Irama Melayu Asli Paling Dihormati