#RetrospektifMuzik, Terkini,

Funk, Disco & Groove Anita Sarawak Menerusi “Sophisticated Lady”

Attitude bermuzik Anita Sarawak yang sering kita lihat di pentas live terbit dalam rangkaian album-album Inggerisnya. Rilis seperti “Dancing In The City” (1978), “The Way I Feel Tonight” (1978), “Love Me” (1977)  dan “Sophisticated Lady” (1978) antara bukti kredibilitinya sebagai penyanyi dan penghibur yang versatil.

Di ruang retrospektif muzik minggu ini, Muzik Kita mendengarkan kembali album “Sophisticated Lady” yang beredar di tahun 1976 – album penuh kedua berbahasa Inggeris selepas album self-titled berjudul “Anita” yang beredar di tahun sebelumnya.

Terisi 12 lagu keseluruhannya, album ini menampilkan rangkaian lagu Inggeris saduran daripada versi asal yang dinyanyikan Natalie Cole, Jim Croce dan Captain & Tennille antaranya. Cukup popular di era 70-an, Anita merakam setiap lagu dengan caranya yang tersendiri.

Dibuka dengan lagu “Mr Melody” lagu asal Natalie Cole yang diramu dalam versi lebih rancak dalam feel Disko penuh groove ditangani baik Anita dalam caranya yang cukup tersendiri. Berbanding versi asal yang datang dengan feel Motown, Anita mengisi lagu ini dengan lebih attitude yang lebih lagi.

Diteruskan dengan sangat rancak di lagu kedua “Shop Around” kepuasa menikmati persembahan Anita semakin dirasai. Lagu-lagu begini senang sekali untuk kita nikmati dan membayangkan betapa ‘wild’ nya Anita dengan aksinya di pentas.

Vibe serupa dapat anda dengarkan menerusi lagu lagu “Boogie Fever”. Amazing sekali penghasilannya dan tidak kalah dengan versi asal, Anita menuai semangat dalam persembahan nyanyiannya dengan sangat baik. Kemasan lagu ini cukup berkelas sekali seiring dengan kemasan muzik album antarabangsa lainnya. A perfect song to start your day pastinya.

Tidak terikat rangkaian lagu bernada rancak, Anita turut mempesona dengan alunan merdunya dalam lagu seperti “Somewhere In The Night”, “I Have To Say I Love You In A Song” dengan caranya sendiri. Masih kekal soulful dan kelembutan dan clarity dalam penyampaiannya. “Misty Blue” antara personal favorite saya di album ini, Anita benar-benar go deep dalam penyampaiannya yang lebih soulful. Jiwanya lebih di rasai di lagu ini.

Turut menampilkan sebuah lagu bersama rakan duetnya Ismail Haron menerusi “Don’t Go Breaking My Heart” persembahan asal Elton John bersama Kiki Dee meneruskan groove yang tiada hujungnya di album ini.

Kualiti rakaman di album ini harus saya puji kerana untuk sebuah album piring hitam yang dihasilkan di era 70-an dengan penghasilan yang standardnya sangat tinggi begini, “Sophisticated Lady” selayaknya terus diraikan sebagai salah sebuah album penting dalam sejarah muzik tempatan.

“Cupid” dan “Lonely Night” antara yang terhasil cukup menarik juga. Sekali lagi kredit harus diberikan pada Anita. Dia sangat bijak dalam penyampaian yang sangat mudah menarik kita untuk kekal sampai ke hujung lagu.

Saya puas mendengarkan setiap perincian muzik di lagu “Cupid” – all those synth, gitar dan dram di lagu ini bagaikan mendengar rakaman langsung dari studio. Album ini seharusnya menjadi rujukan pemuzik hari ini dalam manipulasi penghasilan melodi baru dengan ilham lama. Ada banyak hal yang komposer baru malah penyanyi boleh pelajari dengan benar-benar menghayati pengisian album ini.

“Sophisticated Lady” dan kesebelas lagu lainnya di album ini siap dinikmati di saluran YouTube “Getaran Nostalgia” secara rasmi.


ARTIKEL BERKAITAN

Melayani Cerita Dalam Lagu Persembahan Primadona Noorkumalasari

Highlight, Review, Terkini,

“Mainan” Emosi Naim Daniel Naim Semakin Dirasai Lewat Single Terbarunya

Lagu: Mainan
Artis: Naim Daniel
Komposer / Lirik: Arisz Ab. Rahman / Firdaus Rahmat / Mas Dewangga / Omar K

Meneruskan kelangsungan sebagai penyanyi, nama Naim Daniel semakin utuh sebagai pelapis Pop tempatan dalam penghasilan lagu-lagu yang menepati citarasa pasaran muzik semasa.

Setelah cemerlang dengan single “Sumpah”, “Adakah Engkau  Menungguku”, “Lara” dan “Sembah”, Naim awal tahun ini merilis “Purnama” yang cukup booming sekali. Meneruskan kejayaan “Purnama” dia kembali hadir dengan sebuah lagi Balada beremosi.

Mengisi kehendak pendengarnya yang sentiasa menantikan lagu terbaru, Naim menzahirkan “Mainan”, komposisi muzik Firdaus Rahmat, Mas Dewangga dan Arisz yang diproduksi Omar K dalam acuan “Pop Naim” seperti apa yang biasa kita dengar di lagu “Sumpah” “Sembah” dan “Purnama”.

Melodi “Mainan” saya kira agak predictable namun penghasilannya cukup current juga masih sedap didengar dan dinikmati. Kelebihan Naim sebagai pelakon memberi satu nilai tambah yang cukup baik menjadikan lagu ini cukup beremosi dalam penyampaiannya.

Naim bijak dalam pemahaman teks lagu ini secara keseluruhan. Melodi dan lirik yang ditulis menyatu cukup baik dengan emosinya. Setiap bait lirik dilantun dengan memaknakan isi cerita yang ditulis. Jadi hasilnya, cukup sampai kepada kita sebagai pendengar.

Itulah hal yang saya kira cukup istimewa buat seorang penyanyi / penghibur seperti Naim. Dia faham tentang pengisian dalam nyanyian itu adalah pemahaman terhadap melodi dan isi cerita yang ditulis. Maka apa yang terhasil secukup rasa dan tidak ada hal yang berlebihan. Emosinya mengalir baik dan mudah melekat.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

R&B Kontemporari Ai.Z Diteruskan Lewat Single “Use Me”

#RetrospektifMuzik,

Poetic Ammo – Sebuah Kepelbagaian Bermuzik Yang Diraikan Di Pasaran Muzik Semasa

Gagasan Hip-Hop di era 2000 yang dibuka jalannya Too Phat ke lapangan cukup komersial membenarkan nama-nama ‘underground’ pasaran muzik ini memiliki harapan untuk bergerak dalam skala lebih besar dengan lebih meluas pastinya.

Poetic Ammo satu daripada kepelbagaian Hip-Hop yang ada di pasaran muzik tempatan era 2000 yang kita banggakan sehingga hari ini. Nama Yogi B, Landslyde,  Point Blanc dan C Loco sudah tercatit dalam sejarah muzik Hip-Hop tempatan sebagai sebuah rujukan muzik dalam jalurannya yang akan sentiasa didengar juga dinikmati.

Berawal sebagai duo Hip-Hop, Yogeswaran Veerasingam dengan stage name Yogi B digerakkan pada tahun 1990 bersama Annad (McEna) di bawah kendalian pengurusan label Kenny Music milik grup Pop 80-an – Kenny, Remy Martin. Awal diberi nama Poetic Ammunition atau PMO, mereka bergerak kecil dengan sebuah single berjudul “Run” dan “Only You”.

Setelah itu kembara bermuzik mereka diteruskan perjalanan panjangnya bersama Positive Tones dengan penghasilan sebuah single berjudul “Who Be The Player” menerusi sebuah album kompilasi berjudul “Trick & Tales” yang menampilkan nama-nama segar pasaran muzik Urban ketika itu seperti Reefa, Innuendo, Ferhad dan Emberz of Soul.

Perjalanan bermuzik mereka pastinya berjalan semakin baik dan semakin rancak – di sini rancak di sana rancak , berdosa. Maka terhasillah tiga album studio bersama Positive Tones – It’s a Nice Day to Be Alive (1998), The World Is Yours (2000) and Return of Tha’ Boombox (2003). 

Keunikan line-up Poetic Ammo yang merentas batas bangsa menjadi kelebihan buat mereka. Hip-Hop mereka tidak terikat Bahasa Inggeris tetapi juga Tamil dan Bahasa Cina yang menjadi selling point menarik dalam menjual muzik Hip-Hip ke pasaran domestik dengan pendekatan yang cukup moden sekali. Hal-hal ini sudah dibuktikan dengan jelas menerusi album perdana mereka It’s Nice To Be Alive.

Karya mereka melebar dengan lebih baik di album “The World is Your” dengan kolaborasi nama-nama besar seperti Sheila Majid, Ferhad, Adibah Noor, Atilia dan Reefa antaranya. Single “Somebodys Watching” meneruskan populariti mereka dan dengan adanya single “Tiada Tandingan” nama mereka berjaya menembus radio tempatan dengan mencuri perhatian pendengar Melayu khususnya ketika itu.

Menerusi album “The World Is Yours” juga mendapat nominasi terbanyak sepanjang karier muzik mereka untuk Anugerah Industri Muzik ke-8 bagi kategori Album Inggeris Tempatan Terbaik, Video Muzik Terbaik, Rakaman Album Terbaik dan Kulit Album Terbaik.

Pulang dengan dua kemenangan di malam gemilang tersebut, nama Poetic Ammo setelah itu semakin kukuh di pasaran muzik tempatan dalam jaluran Hip-Hop khususnya seiring nama lain seperti Too Phat dan Teh Tarik Crew antaranya.

Poetic Ammo memberi satu variasi muzik yang cukup menarik sekali di album ini dan ketika ia dihadirkan di pasaran semasa Poetic Ammo sudah siap bergelar legenda muzik yang akan diingati. Dan ya sehingga hari ini nama mereka masih diingati dan muziknya masih didengari.

Rangkaian lagu mereka seperti “There’s Ain’t Stopping Us”, “Pass The Honey” dan “Monay Monay” sudah menjadi siulan sehingga hari ini dan pastinya rujukan berganti generasi yang mengadaptasi Hip-Hop tempatan ke tahap yang lebih pada masa kini.

Kesemua rangkaian lagu-lagu popular Poetic Ammo kini boleh anda dengarkan secara rasmi di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.


ARTIKEL BERKAITAN

“Phat Family” Sebagai Sebuah Victory & History Penting Gerakan Hip-Hop Tempatan

Highlight, Review, Terkini,

Gelora Jiwa Ghea Indrawari Di Balik Melodi Balada “Kamu Anggap Apa”

 

Lagu: Kamu Anggap Apa
Artis: Ghea Indrawari
Komposer / Lirik: Ghea Indrawari

Ghea Indrawari sosok Pop muda yang menawan perhatian penggemar muzik Indonesia sejak mula menjejakkan kaki di pentas Indonesian Idol 2018 (bersama Maria). Biar terkandas jalannya sebelum sempat ke pentas final nama Ghea setelah itu tidak senyap malah pantas menghasilkan single yang menjadi siulan.

Bearawal dengan lagu “Rinduku” yang dihasilkan sendiri, Ghea menyerlah dengan caranya tersendiri. Memilik kotak suara yang cukup dominan aura Pop dalam persembahan merdu yang serba sederhana, Ghea menyusun kembara bermuziknya dengan cukup cemerlang bersama HITS Records.

Terkini setelah merilis enam single sejak tahun 2018, dia melangkah semakin yakin dengan sebuah komposisi terbarunya menerusi lagu nerjudul “Kamu Anggap Apa”. Terhasil dalam ramuan R&B Ballad yang cukup indah penghasillan melodinya, Ghea keluar daripada Balada lembut yang ada di single “Keajaiban”.

“Kamu Anggap Apa” terhasil dengan attitude berbeza berbanding single sebelumnya. Melodinya sangat mudah menangkap pendengaran dengan penulisan lirik cinta yang tidak sukar untuk mendekati pendengar muda khususnya. Saya pasti jika anda belum pernah mendengar Ghea sekali pun, lagu ini tidak sukar untuk anda nikmati.

7.6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Raisa Kembali Menawan Rasa Dengan Single “Someday” Bersama Sam Kim

 

#PerspektifMuzik, Highlight,

#SepekanMuzik: Edisi Brunei – Merentasi Batas Muzik Dengan Menikmati Suara Generasi Baru

Pasaran Pop negara jiran, Brunei digerakkan tenaga muda yang semakin yakin dalam penghasilan muzik mereka sendiri tanpa perlu terlalu bergantung label luar untuk memasarkan muzik mereka. Muzik Kita merentasi batas muzik dengan menikmati suara generasi baru muzik Brunei Darussalam.

R&B Feel Aisyah terhasil cukup baik dalam lagu-lagunya seperti “Shoulda Said”, “Memories” dan kolaborasi bersama Pisces Kid menerusi lagu “Slow Down”. Tahun ini Aisyah merilis sebuah lagi Kontemporari R&B yang cukup segar dan menawan penghasilannya menerusi lagu “The Way You Make Me Feel”. Penuh groove dan hadir dengan attitude yang cukup meyakinkan.

Bluemoongirl is the coolest indie girl in Brunei. Penghasilan album berjudul “1996” penuh dengan feel nostalgia, pengaruh muzik retro 60’s juga 70’s cukup menyenangkan. Persembahan muziknya kemas dengan kualiti rakaman yang cukup baik. Lagu terbaik di album ini adalah “All To Urself, 21st Century Man”, “1996”, “Girl” dan “Closing Song”. Give it a listen, anda pasti menyukainya.

Trak berdurasi lebih 6 minit ini mengambil ilham indie dan akustik yang menjual jiwa Byehai di balik petikan gitar dan suara merdunya. Lagu ini terhasil cukup indah dalam bait lirik melankolis yang dihasilkan cukup soulful sekali. Ambien muzik yang melatari vokal dan petikan gitar di lagu ini menyatu cukup sempurna sebagai sebuah naskhah muzik yang terhasil cukup menyenangkan.

Projek kolaboratif tiga anak muda dari Brunei yang menampilkan Mat Fadhil, MHI dan Yazid R ini hadir dalam ilham muzik Synth Pop dan Modern R&B. “Tape #081” menjadi percubaan perdana mereka tahun ini dalam eksperimentasi muzik dari kamar yang nyata terhasil tidak mengecewakan. Adunan Jazz, Funk dan Soul dalam muzik mereka melengkapkan EP ini dengan sound yang cukup menarik untuk kita sebagai pendengar explore isi bunyinya.

Antara kolaborasi yang terbaik dan cukup komersial unruk terus di ketengahkan di pasaran semasa. Ilham muzik Hip-Hop lo-fi yang dibawa tiga anak muda ini cukup current dan pasti disenangi pendengar muda khususnya. Dengan barisan lirik yang mudah menangkap dan relatable dengan anak muda memberi ruang yang baik untuk lagu ini bergerak jauh di pasaran semasa.

Sebuah lagi kolaborasi bermuzik anak muda Brunei yang menghasilkan sound yang cukup current dan menarik untuk dieksplorasi muziknya. Pop dan R&B di lagu ini hadir dalam konteks pasran muzik global yang banyak dilagukan bakat-bakat luar negeri. Lagu ini cukup relaks dengan sedikit pengaruh muzik Surfaces yang cukup santai dan menyenangkan.

Seorang lagi persona R&B, NQBH menzahirkan 3 single sejak tahun lalu – “No Doubts” , “Love Affair” dan tahun ini dia muncul dengan sebuah lagu berjudul “Still” yang dihasilkan dalam ritma R&B kontemporari hari ini. Feel lagu ini say akira tidak sukar menembus ruang rasa pendengar muda kerana ilhamnya sangat dekat rangkaian lagu-lagu popular hari ini.

Ezah Hashim mula mencuri perhatian dengan single “Tertulis” pada tahun 2019 mempesona dengan kelembutan dan gemersik suaranya. Alunan Balada Ezah sangat kemas dalam menyentuh rasa tanpa perlu terlalu bergantung pada stail nyanyian yang bermacam-macam. Semuanya dialun sederhana dalam kemerduan. Hal-hal ini sudah dia buktikan menerusi single” Tertulis “dan “Jeritan”.

Jaluran Pop Aznneil Yunus tidak sukar untuk pendengar semasa mendekatinya. Melodinya terhasil cukup menarik dan melodious – liriknya juga cukup kekinian dengan gabungan bahasa Melayu dan Inggeris yang ada di kebanyakan pasaran lagu Malaysia hari ini. A good Pop!

Cukup popular kerana kerap meramu semula rangkaian lagu-lagu popular masa kini, Rizal sempat merlis sebuah single pada tahun lalu berjudul “Cukup”. Pakej lengkap suara dan imejnya mampu membawa Rizal jauh di pasaran komersial. Cuma jika mahu dinilai dengan single perdananya itu sebetulnya ia tiada hal terlalu istimewa untuk diperkatakan. Masih berasas Balada yang biasa didengar tetapi masih cukup ramai penggemarnya.


ARTIKEL BERKAITAN

#SepekanMuzik Pasaran Muzik Indie Tempatan – TY:DEL, Alchemist, Dewataraya, Bihzhu

Highlight, Review, Terkini,

Raisa Kembali Menawan Rasa Dengan Single “Someday” Bersama Sam Kim

 

Lagu: Someday
Artis: Raisa / Sam Kim
Komposer / Lirik: Raisa / Sam Kim

Untuk seorang artis itu memiliki single berganti single tanpa putus dengan penghasilan muzik yang cemerlang seiring dengan penerimaan yang cukup meluas itu satu keajaiban berbentuk rezeki yang tidak semua mampu memilikinya. Dan hal ini ada pada persona Pop bernama Raisa.

Setelah melepas beberpa single seperti “Ragu” dan “Kutukan Cinta Pertama” dia merilis sebuah EP dengan rangkaian lagu popular seperti “Love & Let go” dan “Tentang Dirimu” yang usah dibilang jumlah strimnya, pastinya lumayan sekali angkanya.

Dan tidak sempat kita bosan dengan EP yang berjudul “It’s Personal” itu, dia memberi lagi sebuah naskhah R&B berjudul “You Better Believe Me” September lalu, yang sejujurnya belum lagi saya menikmati sepenuhnya, Raisa memberi kita sebuah lagi naskhah terbaru berjudul “Someday”.

Bersama sosok penyanyi asal Korea Selatan, Sam Kim yang cukup sinonim dengan rangkaian lagu-lagu dari drama bersiri “Nevertheless” , Raisa melebarkan ilham bermuziknya dengan dengan feel KRNB yang cukup mendamaikan sekali penghasilan muziknya.

It’s a killer song. Saya pasti tidak sukar untuk sesiapa pun untuk menyenangi lagu ini. Kemasan melodinya sangat indah menyatu sempurna dalam suara lembut milik Raisa yang tidak sukar untuk kita melayang dengan feel yang dia berikan.

Pemilihan Sam Kim sangat bertepatan saya kira. Jika anda dekat dengan ilham lagu-lagunya seperti “Love Me Like That” yang kuat pengaruh akustik dan R&B, Sam Kim sememangnya the perfect pair untuk Raisa meraikan naskhah terbarunya ini bersama. Dengan bilangan pendengar lebih 3 juta di Spotify, laluan untuk Raisa dikenali penggemar Sam Kim sangat meluas.

Satu strategi bermuzik yang cukup current, mengikut rentak kemahuan pasaran muzik hari ini tetapi tetap hadir dengan kualiti muzik yang cukup membanggakan. “Someday” terhasil cukup indah dan sempurna sekali untuk meneruskan kelangsungan bermuzik Raisa. Another evergreen songs pastinya.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Terpana Dalam Kelembutan Suara Melisa Hart Lewat Single “Tak Lagi Rindu”

Highlight, Review, Terkini,

Persembahan Ratu Balada Fauziah Latiff Dalam 10 Alunan Sentimental Terbaiknya

Kehadirannya di persada muzik tempatan cukup mengesankan. Ramai menggemari lagunya tidak kurang yang memuja kecantikan dan pasti ramai yang menjadikannya idola dalam legasi muzik tempatan.

Itulah Fauziah Latiff yang memulakan kembara sebagai penyanyi juga penghibur sejak era 80-an sehingga hari ini masih diingati dan dinikmati lagu-lagunya. Rangkaian album-album terhasil dengan hits malar segar menembus perasaan setiap yang mendengar.

Sepanjang bermuzik, Fauziah Latiff banyak menghasilkan Balada indah yang menyatukan suara gemersiknya dalam lagu-lagu popular ciptaan Adnan Abu Hassan, Ross Ariffin dan Manan Ngah antara yang banyak bekerja dengan bintang ini.

Muzik Kita melewati alunan syahdu Fauziah Latif menerusi rangkaian Balada terbaik yang pernah dia hasilkan.

Lagu: Teratai Layu Di Tasik Madu
Komposer / Lirik: Adam Ahmad / S.Amin Sahab
Album: Epilog Memori Gelita (1993)

Balada paling dominan dalam kembara muzik Biduanita ini. “Teratai Layu Di Tasik Madu” dipersembahkan sepenuh jiwa oleh Fauziah Latiff. Menjadi penggerak meneruskan kelangsungan bermuziknya sepanjang era 90-an sehingga hari ini terus diingati. Melodi, lirik dan persembahan vokal di lagu ini menyatu sempurna sebagai sebuah  naskhah Balada yang cukup tinggi nilai komersialnya.

Lagu: Bukan Kemahuan Fikiran
Komposer / Lirik: Manan Ngah / Bob Lokman
Album: Kini (1990)

Antara personal favorite saya dalam banyak-banyak Balada bintang Pop ini adalah “Bukan Kemahuan Fikiran” datang dengan feel Balada ciptaan Manan Ngah yang terhasil cukup lembut dan membuai tanpa perlu terlalu memaksa pendengar terlarut dengan penghasilannya. Kemanisan dalam persembahan vokal yang kedengaran cukup innocent. Pernah dirakam semula Dessy Fitri sekitar tahun 1995/96.

Lagu: Batas Menanti
Komposer / Lirik: Adnan Abu Hassan / Amran Omar
Album: Sahabat (1995)

Balada mewah paling beremosi pernah dihasilkan Adnan Abu Hassan ada di lagu ini. Komposisinya sangat-sangat hebat dengan susunan muzik dan penulisan lirik yang cukup baik. Struktur lagu ini dipersembahkan dengan cukup bermakna oleh Jee. One of the most beautiful Ballad yang pernah dihasilkan di era 90-an pastinya.

Lagu: Ku Pohon Kemaafan
Komposer / Lirik: Ross Ariffin / Habsah Hassan
Album: Jee ’98(1998)

Chemistry yang ada pada Ross Ariffin menemukan puncaknya di lagu ini. “Ku Pohon Kemaafan” sebuah Balada yang sangat sempurna sekali. Dihasilkan dengan penuh kesyahduan dalam kemerduan persembahan vokal Jee yang begitu mengesankan sekali. Sayang sekali lagu ini ketika diedarkan ia harus bersaing dengan keberadaan penyanyi kelahiran Suria Records yang tidak begitu diraikan dalam skala besar kecuali penggemar setia Jee.

Lagu: Kenari
Komposer / Lirik: Ross Ariffin / Amran Omar
Album: Sahabat (1995)

Sebuah lagi komposisi hebat Ross Ariffin buat Fauziah Latiff. “Kenari” sebuah Balada mewah yang terisi di album “Sahabat” antara gems di album tersebut. Persembahan vokal Jee sangat-sangat baik di lagu ini. Dengan penulisan lirik Amran Omar yang penuh dengan perlambangan dan berseni menjadikan “Kenari” naskhah Balada yang cukup istimewa sekali.

Lagu: Enggan
Komposer / Lirik: Asmin Mudin
Album: Petikan Syahdu (1995)

“Enggan” dimuatkan dalam sebuah album kompilasi “Petikan Syahdu” beredar sebelum terhasilnya album “Sahabat” bagi meneruskan kelangsungan bermuzik Jee yang ketika itu semakin sibuk pastinya. Lagu ini cukup kuat pengaruhBalada 90-an namun masih berdiri sebagai sebuah naskhah yang utuh individuality Jee dalam penghasilannya. Saya sangat sukakan pemilihan perkataan Enggan yang dipilih untuk menjadi tajuk lagu ini sekali gus diulang dalam bait-bait verse yang disusun kemas Asmin Mudin.

Lagu: Dia
Komposer / Lirik: Ross Ariffin / Amran Omar
Album: Dia (1997)

Masih lagi saya memilih karya Ross Ariffin, “Dia” bernadi sebagai sebuah Balada yang sinonim dengan lembaran bermuzik Fauziah Latiff. Terhasil dalam adunan akustika dengan petikan gitar yang membuai dan penulisan lirik dalam luahan rasa mencinta yang jujur sekali. “Tiada ku sangka, perhubungan yang jernih menjadi keruh dengan tiba-tiba.” Such a classsic.

Lagu: Kedinginan
Komposer / Lirik: Melly Goeslaw
Album: Yang Lebih Kau Cinta (2000)

Terhasil dalam kelembutan melodi Melly yang biasa kita dengarkan, peralihan Balada dengan feel Indo Pop di lagu ini memberi feel berbeza buat transisi muziknya yang memasuki era milenial. Garapan melodinya lari daripada apa yang biasa kita dengar dalam Balada Jee sebelumnya, ketika awal beredar saya mengambil sedikit masa untuk mendalaminya dan hari ini pabila mendengarkannya kembali ia salah satu naskhah Balada indah yang pernah dirakan Jee sepanjang dia bermuzik.

Lagu: Apa Sebenarnya
Komposer / Lirik: Zul Mahat / Lukhman S
Album: Apa Sebenarnya… (1994)

Antara lagu yang kerap saya nantikan kitaran air play di saluran Radio Muzik dahulu. Power Ballad Fauziah Latiff yang akan sentiasa disenangi dan diingati. Liriknya cukup meruntun dalam kepiluan melodi dan persembahan vokal Jee yang dipersembahkan dengan secukupnya untuk kita sebagai pendengar merasai luluhnya rasa cinta yang diketepikan itu.

Lagu: Setiaku Korbankan
Komposer / Lirik: LY / Baiduri
Album: N0.1 (2002)

Pasaran muzik OST drama di era 90-an sehingga awal 2000 dihiasi dengan rangkaian Balada jiwang begini. Satu daripada yang sudah tercatit dalam sejarahnya sudah tentu lagu ciptaan LY dan lirik Baidurui menerusilagu “Setiaku Korbankan” ini. Mungkin lagu ini antara yang paling kurang menarik minat saya dalam banyak-banyak lagu popular Jee namun no doubt naskhah ini memiliki killer chorus yang cukup haunting.


ARTIKEL BERKAITAN

Melayani Perasaan Dalam 8 Balada Terindah Biduanita Sharifah Aini

Highlight, Review, Terkini,

R&B Kontemporari Ai.Z Diteruskan Lewat Single “Use Me”

Lagu: Use Me
Artis: Aiz.Z
Komposer / Lirik: Yunalis Zaraai / Aizat Amdan

Untuk seseorang artis bergerak dalam perjalanan panjang bermuzik, perubahan itu sesuatu antara harus dan tidak. Bukan sekadar untuk menolak soal stagnant dengan ilham serupa tetapi pada masa yang sama adalah untuk mencabar diri mereka untuk melihat sejauh mana kreativiti dan ability juga eksplorasi seni itu boleh bergerak lebih lagi.

Dan saya percaya atas hal itulah Aizat Amdan menjelma menjadi Ai.Z – persona serba baru, serba segar melangkah jauh daripada ilham “Kau Aku”, “Hanya Kau Yang Mampu” sehingga “Sampai Ke Hari Tua” yang membawa hayatnya bermuzik cukup panjang untuk seseorang yang bermula dengan pentas realiti televisyen.

Setelah dengan penuh yakin merilis “The Last Thing” sebagai Ai.Z – perjalanan muziknya bergerak semakin baik bersama Yuna dan Kuizz Shah dalam penghasilan single kedua tahun ini berjudul “Use Me” yang beredar 5 November lalu bersama label muzik YRR.

Bergerak dalam jaluran R&B Kontemporari, dengan soul dan vibe yang cukup kekinian, Ai.Z saya kira hadir sebagai figura baru seni muzik tempatan dalam pasaran muzik Urban Pop yang boleh dan seharusnya kita banggakan.

Melodi lagu ini terhasil sangat baik dengan kemasan muzik yang cukup solid. Liriknya terhasil dalam ilham kisah cinta muda-mudi masa kini yang sangat jelas dalam bait liriknya ” Girl just drive my car, Use my credit card keep a copy of the keys to my house, Keep a copy of the keys to my heart” yang ditulis bersama Yuna.

“Use Me” dan “The Last Thing” sudah meninggikan standard Pop tempatan ke tahap yang sangat-sangat baik. Penerimaannya juga saya kira cukup meluas untuk Ai.Z terus bernafas dalam aliran muzik semasa. Semoga projek istimewa ini beriring album penuh yang pasti saya nantikan.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

#LifeIsLive TAPAUfest Kembali Berpesta Secara Maya 30 Oktober Ini

Highlight, Review,

Cantika Abigail Melepas EP Perdana Dengan Penuh Attitude

EP: Ode To Blue
Artis: Cantika Abigail 
Produser: Kenny Gabriel / Marco Steffiano

Usai fasa bersama dua saudaranya Gamaliel dan Audrey, perjalanan bermuzik Cantika Abigail semakin menunjukkan kematangan yang semakin dewasa dan pastinya datang dengan citarasa muzik yang sangat hebat.

Lihat sahaja senarai lagu solo yang sudah dilepaskan seperti “Start Over” dan “Sign” (bersama Rayi Putra) yang kedua-duanya hadir dalam feel Modern R&B yang begitu tinggi sekali standard muzik yang dihasilkan.

Mengambil masa beberapa tahun dalam penghasilan EP perdana yang baru beredar, “Ode To Blue” menjadi sebuah perakuan dan bukti kesungguhan Cantika dalam bermuzik. Dihasilkan bersama produser Kenny Gabriel maka terhasilllah naskhah cukup peribadi yang turut menampilkan 3 lagu baru yang belum dirilis sebelum ini.

EP ini dibuka dengan lagu “Ace of Hearts” yang menjual jiwa besar Cantika dalam persembahan produksi muzik yang cukup berkelas. Melodi lagu ini terhasil dalam gerakan R&B masa kini yang banyak di pasaran global. Cukup catchy, kemas dan penuh groove sekali.

Saya melayani lagu ini dengan mudah, tidak sukar untuk menggemarinya kerana ia terhasil begitu baik mengikut citarasa muzik yang cukup kekinian. “T.L.C” dihasilkan sendiri Cantika bersama Kamga dan Imelda Lizal tampil lebih moderate dengan soul Cantika yang membuat saya larut dalam persembahan vokal deep nya itu.

EP ini turut terisi dua single awal yang beredar “Start Over” dan “Sign” sebelum diteruskan pelayarannya menerusi lagu “Your Loss” yang masih mengambil ilham muzik serupa dengan groove dan semangat R&B yang cukup kental.

Menerusi “Ode to Blue” Cantika sudah menghasilkan sound yang cukup current dengan produksi muzik yang kemas dan berkelas. Mendengarnya terasa seperti sebuah produksi muzik luar yang begitu tinggi sekali aesthetic R&B yang dihasilkan.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Terpesona Dalam Feel R&B Soul Kaleb J Menerusi Single “Now I Know”

Highlight, Review, Terkini,

Merentas Pasaran Semasa, Titi DJ Hadir Dengan Single “Superwoman”

Lagu: Superwoman
Artis: Titi DJ / Ashanty / Eka Gustiwana
Komposer / Lirik: Dwi Jayati / Michella Sudarsono / Salmaa Chetizsa

Untuk seorang figura muzik yang memulakan kariernya sejak era 80-an dan bertahan sehingga hari ini untuk kekal aktif dalam penghasilan lagu-lagu baru itu adalah sesuatu yang harus dikagumi. Jika boleh dibilang dengan jari berapa ramai yang seangkatan dengannya masih tidak banyak.

Itulah magis kembara seni Titi DJ, biar berganti generasi dia masih utuh di pasaran semasa dan terus menghasilkan sesuatu yang tidak tewas dengan apa yang ada di pasaran semasa. She always ahead her time berbanding rakan seusia muziknya untuk terus menghasilkan sesuatu yang current.

Dan bagi membuktikan hal itu Titi DJ nadir dengan sebuah lagi naskhah Pop terbarunya berjudul “Superwoman” setelah merilis single“Show Off Your Colors” awal tahun lalu. Berkolaborasi bersama dua Anak Muda – Ashanty dan Eka Gistiwana, Titi DJ melewati pasaran muzik hari ini dengan begitu segar sekali.

Lagu ini terhasil dalam adunan Pop masa kini yang saat Pertama mendengarnya mengingatkan pada trak Doja Cat “Say So” – Muzik Pop di lagu ini tercipta cukup catchy, moden dan hadir dengan groove yang mencukupi untuk kita enjoy dengan hanya sekali pendengaran.

Korus lagu ini is a killer. Cukup sedap didengar dan sejujurnya jika tidak tahu siapa penyanyinya saya tidak akan membayangkan ia milik Titi DJ. Dihasilkan dengan semanagat muzik Pop hari ini yang banyak di pasaran global khususnya. Cukup berwarna dan enjoyable. Definitely a repeat mode.

7.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Menjengah Pasaran Komersial, Mark Natama Hadir Dalam Kemasan Muzik LaleIlmanNino Menrusi Single “Jago Cemburu”