
Lagu: Someday
Artis: Raisa / Sam Kim
Komposer / Lirik: Raisa / Sam Kim
Untuk seorang artis itu memiliki single berganti single tanpa putus dengan penghasilan muzik yang cemerlang seiring dengan penerimaan yang cukup meluas itu satu keajaiban berbentuk rezeki yang tidak semua mampu memilikinya. Dan hal ini ada pada persona Pop bernama Raisa.
Setelah melepas beberpa single seperti “Ragu” dan “Kutukan Cinta Pertama” dia merilis sebuah EP dengan rangkaian lagu popular seperti “Love & Let go” dan “Tentang Dirimu” yang usah dibilang jumlah strimnya, pastinya lumayan sekali angkanya.
Dan tidak sempat kita bosan dengan EP yang berjudul “It’s Personal” itu, dia memberi lagi sebuah naskhah R&B berjudul “You Better Believe Me” September lalu, yang sejujurnya belum lagi saya menikmati sepenuhnya, Raisa memberi kita sebuah lagi naskhah terbaru berjudul “Someday”.
Bersama sosok penyanyi asal Korea Selatan, Sam Kim yang cukup sinonim dengan rangkaian lagu-lagu dari drama bersiri “Nevertheless” , Raisa melebarkan ilham bermuziknya dengan dengan feel KRNB yang cukup mendamaikan sekali penghasilan muziknya.
It’s a killer song. Saya pasti tidak sukar untuk sesiapa pun untuk menyenangi lagu ini. Kemasan melodinya sangat indah menyatu sempurna dalam suara lembut milik Raisa yang tidak sukar untuk kita melayang dengan feel yang dia berikan.
Pemilihan Sam Kim sangat bertepatan saya kira. Jika anda dekat dengan ilham lagu-lagunya seperti “Love Me Like That” yang kuat pengaruh akustik dan R&B, Sam Kim sememangnya the perfect pair untuk Raisa meraikan naskhah terbarunya ini bersama. Dengan bilangan pendengar lebih 3 juta di Spotify, laluan untuk Raisa dikenali penggemar Sam Kim sangat meluas.
Satu strategi bermuzik yang cukup current, mengikut rentak kemahuan pasaran muzik hari ini tetapi tetap hadir dengan kualiti muzik yang cukup membanggakan. “Someday” terhasil cukup indah dan sempurna sekali untuk meneruskan kelangsungan bermuzik Raisa. Another evergreen songs pastinya.
9/10
ARTIKEL BERKAITAN
Terpana Dalam Kelembutan Suara Melisa Hart Lewat Single “Tak Lagi Rindu”