#RetrospektifMuzik, Terkini,

Patriotisme Dalam Lagu Seorang Biduan Bernama Sudirman

Cukup dikenali sebagai penghibur bangsa Malaysia, Sudirman dalam karya-karyanya tidak hanya terikat ilham lagu-lagu cinta muda mudi sahaja.

Dia menggalas gelaran sebagai seorang penghibur dengan penuh tanggungjawab tidak hanya buat penggemarnya namun busa bangsa. Maka lahirlah rangaian lagu-lagu patriotik yang saban tahun diputarkan setiap bulan Ogos saat kita merayakan sambutan kemerdekaan.

Sudirman satu dalam sejuta, penghibur berjiwa besar yang tiada galang gantinya. Saat ramai di eranya memilih untuk mendendangkan irama moden dengan pengaruh Disko dan Funk, Sudirman mengambil jalan tengah dengan mengimbangi muziknya.

Apa yang kita dengar hari ini menerusi penghasilan album “Abadi” contohnya adalah apresiasi seniman ini terhadap negara. Lagu seperti “31 Ogos” ciptaan Ahmad C.B sudah cukup ikonik yang masih menjadi anthem kemerdekaan sehingga hari ini. Bait “Merdeka, merdeka, tetaplah merdeka , iapasti menjadi sejarah” akan terus dilaung sebagai kenangan abadi kita padanya.

Sebuah lagi rangkaian patriotik yang cukup popular semestinya “Warisan” lagu tulisan Syed Haron yang terhasil dalam melodi yang menyentuh dan menyemarakkan semangat patriotisme. Lirik lagu “Warisan” cukup kuat dan antara yang terbaik yang pernah dihasilkan dalam legasi penghasilan lagu-lagu patriotik.

Bait korusnya “Andai ku terbuang tak diterima // Andai aku disingkirkan // Kemana harusku bawakan // Kemana harusku semaikan cinta ini.” bergerak sebagai bukti kecintaan Sudir terhadap negara, bangsa dan peradaban. Melodi patriotisme Sudirman diteruskan dengan rangkaian lagu seperti “Tegakkan Bendera Kita” dalam durasi singkat yang terhasil cukup ikonik

Sebuah epilog “Tanah Ini Tanahku” yang dimuatkan daripada album “Lagu Anak Desa” yang dibentuk sebagai sebuah album dedikasi buat kehidupan di desa dan latar masyarakatnya. Sudirman menerusi album ini benar-benar menyelami kisah-kisah itu.

Lagu seperti “Anak Gembala”, “Ke Dunia Baru” dan “Sepetang di Pinggir Bukit” ditulis mengikut latar masyarakat dan geografi yang diceritakan dalam sebuah album yang saya kira solid mengendong ilham muzik bertema.

“Bapak” sebuah dedikasi buat Tunku Abdul Rahman dihasilkan sepenuhnya melodi dan lirik oleh Sudirman sendiri sebuah lagi melodi ringkas yang dihasilkan seperti sebuah puisi yang dilagukan dengan menyentuh. Produksi muzik Adnan Abu Hassan di lagu ini menyuntik elemen malar segar yang cukup menyenangkan dihasilkan untuk mengisi album “Kulit”.

Lihat ladang kita
Terbentang luas
Subur dan menghijau
Tanah yang merdeka

Bapak
Ini rumah kita
Pusaka peninggalan
Untuk melindung keluarga yang merdeka

Bapak
Yang hendak kukata
Pengorbananmu memberikan kami
Kelahiran yang merdeka
Terima kasihku

Generasi baru


ARTIKEL BERTKAITAN

Sebuah Kesyahduan, Resah dan Sepi “Sudirman” Menerusi 10 Balada Terbaik Yang Pernah Dirakam

Highlight, Review, Terkini,

Kemasan Mewah “Sang Dewi” Persembahan Kolaborasi Andi Rianto Bersama Lyodra

Lagu: Sang Dewi
Artis: Andi Rianto & Lyodra
Komposer / Lirik: Andi Rianto / Titi DJ
Produser: Andi Rianto

Meramu semula rangkaian hits terdahulu itu menuntut satu tenaga kerja kreatif untuk menjadikan naskhah baru yang dirakam semula itu tidak terhasil di bawah standard lagu asalnya. Dan hal ini jika berada di tangan produser muzik berpengalaman pasti akan mejadi sesuatu yang cukup membanggakan.

Andi Rianto yang mengembalikan “Bahasa Kalbu” pada tahun lalu dengan layangan vokal merdu Raisa mengerah ilham kreatif terbarunya untuk sebuah lagi hits Titi DJ berjudul “Sang Dewi” yang kali ini dibawakan suara generasi baru Pop Indonesia iaitu Lyodra.

Terhasil dalam rakaman full string Budapest Scoring Orchestra yang cukup melekakan, lagu ini dibuka dengan cukup grand sekali sebelum vokal merdu Lyodra mengisi emosi keseluruhan lagu ini.

Andi Rianto yang menyusun semula skor muzik bagi lagu ini bijak dalam meninggikan standard lagu asalnya ke tahap yang lebih baik. Hal yang sangat diperlukan jika melakukan rakaman semula. Idea besarnya diberi justifikasi yang cukup baik sekali.

Pengalam mendengar “Sang Dewi” yang baru ini seperti kelahiran semula sebuah hits malar segar yang pastinya sudah menjadi antara naskhah Pop terpenting dalam sejarah muzik Indonesia.

Lagu ini menjadi semakin baik di penghujung lagunya. Semakin dramatik dengan kemampuan vokal Lyodra yang mewarnai keseluruhan lagu sebagai sebuah pengalaman baru menikmati “Sang Dewi” tanpa perlu dibandingkan di versi asalnya.

7.9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Membikin Remuk Hati Yang Rawan, Sang Dewi Hadir Merenggut Rasa Lewat Persembahan Agung “Stil Learning”

Highlight, Review, Terkini,

Pertaruhan Pop Semasa Ziva “Magnolya”

Album: Magnolya
Artis: Ziva Magnolya
Produser: Yovie Widianto / Adrian Kitut / SOIN / Bemby Noor / Beraldy Dean / Seto Bramana / LaleIlmanNino 

Ziva Magnolya bergerak dalam persaingan yang cukup kuat dengan barisan bakat baru lain seperti Lyodra, Tiara Andini dan beberapa nama lain muncul di sela seli itu. Namun percaturan dalam strategi pemasaran Universal Music untuk kembara muziknya berjalan adil sekali pun persaingnya sangat kuat.

Ziva muncul dengan kelebihan dalam persembahan vokalnya yang terisi emosi biar tidak seteknik Lyodra atau semanis Tiara, Ziva ada identitinya yang cukup tersendiri. Saya biar pada awalnya sukar melihat hal-hal ini perlahan menanam percaya Ziva bakat Pop yang punya masa depan yang baik.

Dia mengembalikan hits Marcell “Peri Cintaku” dengan cukup bersahaja. Tanpa merubah terlalu banyak hal, yang barbalut dalam rendisi baru ini hanya emosi dari sudut pandang seroang wanita. Persembahan vokalnya kemas tanpa terlalu banyak itu itu dia melayarkan emosi dengan sebaiknya.

Album ini terisi beberapa lagu yang siap beredar sebenarnya lebih awal. Single seperti “Sampai Kapan”, “Terlukis Indah” dan “Tak Sanggup Melupa” sebuah pengenalan sebelum kita mengenalnya lebih dekat di album pedana yang menampilkan nama besar seperti Yovie Widianto, SOIN, LaleIlmanNino dan Bemby Nor antaranya.

Turut berisi beberapa lagu baru, “Munafik” (Denis Ligia / Iqbal Siregar) antara yang paling menarik dinikmati. Melodi yang dihasilkan oleh vokalis Juicy Luicy ini memiliki esen Indo Pop yang cukup kuat sekali. Baladanya memikat dalam penulisan lirik dan judul yang berbaur provokasi.

Nyanyian Ziva sangat tenang dan meyakinkan seperti apa yang biasa kita nikmati dalam beberapa single sebelumnya. Lagu ini antara yang cukup kuat untuk meneruskan kelangsungan hits miliknya. “Pilihan Yang Terbaik” (Seto Bramana) sebuah lagi Balada baru yang dihasilkan untuk album ini.

Album ini saya kira bergerak dalam konteks selamat penghasilan sebuah Pop album yang sasarannya jelas iaitu memberi kepuasan muzik seperti apa yang pasaran hari ini mahukan. Ziva memiliki masa deoan yang baik berbekal bakat yang dia miliki, mungkin eksperimentasi Pop yang berbeza boleh dia cuba untuk perkembangan muziknya.

6.7/10


“RUBIK” – Sebuah Cita-Cita & Keghairahan Bermuzik Dere

#RetrospektifMuzik, Terkini,

Meraikan Kepelbagaian Dalam Bermuzik Bersama “Cenderawasih”

Cenderawasih menjadi duo bukan Melayu yang mendominasi pasaran muzik tempatan di era 80-an dengan cukup berjaya. Mereka diraikan dalam kepelbagaian bermuzik di era tersebut dengan penuh beragam dan berwarna. Persembahan mereka menerusi tiga album penuh menjadi bukti siapa sahaja mampu mendapat peluang serupa untuk popular.

Irene & Helen Savaree pasangan adin beradik yang disatukan sebagai duo bermuzik di bawah label EMI sekitar pertengahan 80-an menghasilkan album perdana mereka berjudul “Sepanjang Perjalanan” yang diedarkan pada tahun 1984 dengan 10 lagu keseluruhannya.

Mendapat sentuhan muzik daripada Syed Haron dan Fauzi Marzuki antaranya, kedua-dua mereka hadir dengan pesona berbeza berbanding dengan apa yang pernah dipersembahkan artis baru seangkatan mereka ketika itu.

Produser S.Atan menjadi individu yang bertanggungjawab membawa dua beradik ini ke label EMI ketika itu untuk bergelar artis rakaman. Dengan kelahiran album perdana tersebut membawa Cenderawasih antara nama yang paling banyk rangkaian hits ketika itu sebelum muncul dengan dua lagi album setelah itu.

Album kedua dan ketiga yang diproduksi sendiri S.Atan membawa satu definisi sendiri muzik mereka. Dalam persembahan Pop Melayu yang kadang tidaklah begitu menarik untuk didengar tetapi dibentuk dengan satu cara yang tersendiri untuk dihayati.

Cenderawasih tidaklah juga datang dengan pakej suara yang begitu baik sebetulnya, nyanyian mereka kadang terdengar mendatar dan colorless. Lagu seperti “Masa” antaranya yang saya maksudkan. Atau ya mungkin boleh jadi trend di era tersebut juga sememangnya banyak berkonsepkan begitu.

“Kerinduan Malam” mejadi lagu yang boleh saya layani. Melodinya simple tetapi ada semangat Pop Jazz di dalamnya walaupun tidaklah begitu menonjol namun masih senang untuk didengari. Begitu juga dengan lagu “Mencari Sinar” yang ada esen Synth Pop yang quite enjoyable didengar seperti mendengarkan Raja Ema.

Cenderawasih walaubagaimanapun sudah memberi warna berbeza dalam pasaran muzik tempatan. Nuansa muzik mereka sebetulnya memang menggmabrkan situasi muzik 80-an yang hadir dalam ragam berbeza bunyi serta sifatnya.

Mendengarkan kembali dua album mereka di saluran YouTube Getaran Nostalgia membawa satu refleksi bermuzik yang ditinggalkan namun jika digubah dengan cara yang lebih kekinian ia mampu menjadi sebuah naskhah yang cukup menarik.


ARTIKEL BERKAITAN

Getaran Nostalgia: Mendengarkan Kembali Album Perdana Noorkumalasari – Sebuah Album Yang Menggelitik Hati

Highlight, Review, Terkini,

Tidak Mahu Melangkah Perlahan Aisha Retno Melahirkan “Sutera”

Lagu: Sutera
Artis: Aisha Retno
Komposer / Lirik: Aisha Retno / MFMF.
Produser:MFMF.

Tiga tahun usia bermuziknya sejak “Mengikat Jiwa” menjengah pasaran dengan beberapa lagi rilis lain dan satu per satu program berbentuk pertandingan nyanyian disertainya sudah membuatkan Aisha Retno sudah diperakui bakat dan kebolehannya.

Tahun lalu menjadi tahun terbaik buatnya dengan meledaknya populariti “W.H.U.T” yang cukup booming di landasan muzik digital sehingga pengaruhnya membesar di Indonesia, Aisha Retno tidak salah jika saya letakkan sebagai harapan baru muzik tempatan yang boleh dibanggakan.

Bagi meneruskan lagi keyakinan kita buatnya, Aisha melepaskan sebuah single baru berjudul “Sutera” yang hadir dalam rasa berbeza daripada apa yang dia sajikan tahun ini menerusi “Pencarianku” serta Balada lain sebelumnya seperti “Nukilanku” dan “Cinta Denganmu”.

“Sutera” hadir dengan kemasan muzik EDM yang sememangnya menjadi kelebihan MFMF. yang bertindak sebagai produser lagu ini. Menyerlahkan sisi berbeza Aisha di lagu ini, saya senang dengan persembahan keseluruhan “Sutera”.

Lagu ini hadir dengan satu kesegaran berbeza buat Aisha biar ilhamnya terlalu dekat dengan penghasilan “Lathi” ia masih bergerak dalam landasan Pop yang baik terutama di bahagia pre chorusnya “Mindaku mengembara di awang-awangan //  Macam merpati sejoli dah berterbangan // Realitinya Si Putri keseorangan” the best part of the song.

Kemasan muzik MFMF. seperti biasa tidak gagal membuat saya kagum dengan kualiti rakaman yang mereka hasilkan. Saya juga sangat sukakan penulisan lirik Aisha yang bermain dengan cerita berbeza yang lari dari klise kisah cinta yang biasa.

Pemilihan kata-kata dan bahasanya menunjukkan Aisha begitu terperinci dalam mempersembahkan karyanya. Masih belum sempurna tetapi cukup berpotensi.

Atas segala potensi yang ada saya kira Aisha sangat harus diraikan dan disokong perjalanan kariernya. Semoga kolaborasi dua future pop tempatan ini akan berterusan untuk single mendatang.

7.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

Perjalanan Bermuzik Bunkface Menerusi ” I MiSs You”

#PerspektifMuzik, Highlight, Terkini,

Sebuah Manifestasi Pop 3 Dekad Bermuzik Datuk Aishah

“Assalamualaikum, finally we’re here.” Aishah membuka persembahan malam konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous dengan keterujaannya mengemudi persembahan 90 minit dengan rangkaian hits serta beberapa lagu yang cukup rare, diraikan dalam satu persembahan yang menghiburkan.

Dua tahun menanti peluang yang dibuka Malaysian Philharmonic Orchestra akhirnya dia berpentas menghiburkan semua penonton yang datang dalam pelbagai lapisan umur menikmati persembahan merdunya yang dibahagikan sebanyak dua set persembahan.

Dibuka dengan medley fusion Pop “Tiada Duka” dan “Jari-Jariku Sakit Semua” bersahut kemerduan vokalnya yang diiring persembahan orkestra yang cukup memberi justifikasi yang baik terhadap kedua-dua adikarya itu. Malam yang diketuai Encik Ahmad Muriz Che Rose sebagai konduktor membuai sejuta rasa yang hadir malam tersebut.

Aishah meneruskan slot pertama konsert ini dengan beberapa rangkaian lagu Pop seperti medley “Menanti” dan “Malam”. Turut mengisi slot ini rangkaian lagu bersama Fan Club seperti “Never Gave Up / Sensation / Call Me”.

Momentum slot pertama ini bagaimanapun bagi saya agak perlahan dan anti klimaks. Lagu “Bayangan” yang menutup slot pertama ini juga seperti kurang menarik. No doubt “Bayangan” is one of my all time favorite daripada Aishah cuma saya membayangkan jika ia ditutup dengan hits “Merenung Bulan” atau “Cinta Beralih Arah” ia akan menjadi lebih impactful untuk dikenang.

Namun persembahan vokal Aishah menerusi “Fatwa Pujangga” cukup membuai rasa, antara yang terbaik malam tersebut.

Slot kedua berlangsung lebih baik daripada segi pemilihan lagu-lagunya. “Kemaafan Dendam Yang Terindah” yang pastinya dinantikan penggemarnya. Lagu ini dipersembahkan dengan cukup baik oleh Aishah, it’s a killer song yang saya kira sangat memberi kesan buat penonton.

Cuma sekali lagi slot ini agak perlahan momentumnya dengan lagu-lagu seperti Medley I Feel Love / Don’t Let Me Fall Alone” yang saya kira lebih baik diganti dengan lagu-lagu seperti “Syurga di Telapak Kaki Ibu” yang saya kira akan membuat penonton lebih merinding dengan kombinasi vokal Aishah bersama kemasan orkestra MPO.

Aishah meneruskan persembahan dengan vokal kemasnya menerusi lagu “All By Myself” sebagai representasi fasa karier bermuziknya ketika bersama Gegar Vaganza sebelum mengakhiri persembahan dengan “Seloka Rindu” yang cukup menghiburkan.

Namun apalah erti melihat persembahan Aishah tanpa “Janji Manismu” dan “Camar Yang Pulang” – menutupi malam konsert tersebut sebagai sebuah persembahan yang akan diingati penggemarnya. Aishah malam tersebut cukup santai, sesekali dia mengusik penonton dengan keletahnya yang saya sifatkan comel membuat kita tersenyum dan ketawa.

Vokal Aishah terkawal baik malam tersebut di slot kedua lebih baik saya kira terutama di lagu “Kemaafan Dendam Yang Terindah” dan “All By Myself”. Perjalanan konsert ini dikemaskan susunan muziknya oleh Jenny Chin, Luqman Aziz, Encik Ahmad Muriz, Ilham Subri, Azhad Sulaiman,  Vivian Chua, Azhad Sulaiman dan Gerard Salonga.


ARTIKEL BERKAITAN

Aishah: 3 Dekad Ranjau & Gemilang Suara Seorang Biduanita

#RetrospektifMuzik,

Getaran Nostalgia: Mendengarkan Kembali Album Perdana Noorkumalasari – Sebuah Album Yang Menggelitik Hati

Nama Noorkumalasari ketika mula melibatkan diri dalam bidang nyanyian sudah utuh dikenali sebagai Pelakon juga Model yang cukup ternama. Dan dengan kelahiran album perdananya yang berjudul “Kau Dalam Ingatanku” memberi lebih keterujaan penggemarnya.

Diedarka di penghujung 70-an ketika Sharifah Aini, Uji Rashid dan Anita Sarawak sedang dipuja-puja sebagai Biduanita masa hadapan, Noor mencuri peluang yang ada dengan mencuba nasib sebagai penyanyi.

Biar secara peribadi saya kira Noor bukanlah penyanyi yang memiliki kualiti vokal yang hebat dengan pesaingnya yang lain namun dia memberi warna berbeza dalam persembahan Pop Melayu 70-an dan 80-an dengan rencam berbeza.

Lagu seperti “Langkah Kanan” yang hadir dengan ilham Disko dan Pop pertembungan klise era 70-an antara contoh yang saya maksudkan dengan vokal Noor yang biasa-biasa. Penyampaiannya agak tawar dalam pengucapan yang juga penceritaan yang tiada keterujaannya. Lagu yang rancak ini menjadi lemah dipersembahannya. Berbeza jika ia di tangan Anita.

Pendengaran saya sekali lagi terganggu dengan persembahan vokalnya menerusi lagu “Cita-Citaku”. Melodinya baik namun sekali lagi nyanyian Noor membuat saya tertawa kecil dengan lirik terlalu personal yang bagai tidak kena dengan melodinya. Such a grand melody untuk lirik yang begini.

Bait “Bermula aku menjejakkan kaki // menjadi seorang peragawati // kerjanya rumit setiaplah hari // ratusan fesyen memikat hati // dengan gembira kucuba bergaya // mengikut rentak yang sesuai.” benar-benar buat saya geli hati.

Namun begitulah corak penceritaan di era tersebut. Sebuah lagi lagu yang menggelitik hati saya adalah “Mak Cu” cerita tentang Mak Cu dengan ragamnya yang bermacam-macam. “Hati Mak Cu bagai digores duri // Tak sabar menahan Mak Cu jatuh tersepak di kaki tak sempat menari” 

Sebelum ia diteruskan dengan bait “Hero Mak Cu segera menerpa // Ala harimau menerkam mangsanya // Dipaut ditarik bertalu-talu // Peluh meleleh basah baju”Saya sangat terhibur dengan lagu ini, tak sangka sungguh macam ni pun boleh rilis ya di era 70-an.

“Hari Mana Bulan Mana” mungkin lagu yang paling boleh saya enjoy di album ini. Irama Joget di lagu ini hadird dalam standard biasa lagu-lagu Joget yang ada. Walaupun lenggok Noor masih aneh dan tak sedap bagi saya, melodinya masih boleh didengar.

Album ini sebuah percubaan yang benar–benar mahu menguji sama ada Noor mampu bergelar penyanyi atau tidak. Namun nampaknya dia benar-benar membuktikan she can sell sehingga memiliki lebih 4 album bersama EMI sehingga pertengahan 80-an.


ARTIKEL BERKAITAN

Getaran Nostagia Bersama MeIodi Pop HAIL AMIR

Review, Terkini,

“Wira Hatiku” Apresiasi Muzik Buat Frontliners Persembahan Sheila Majid

Lagu: Wira Hatiku
Artis: Sheila Majid
Komposer / Lirik: Rynn Lim
Produser: Cheng Lee / Elaine Soong

Pembabitan Sheila Majid dengan persembahan lagu-lagu bertema patriotisme dan kewanitaan cukup dominan dalam rangkaian lagu-lagu popularnya. “Legenda”, “Wanita” dan “Ratu” antara yang cukup diingati sehingga hari ini.

Meneruskan legasi rangkaian lagu-lagu tersebut dia sekali lagi dipilih sebagai penyanyi lagu tema filem “Juang” yang merupakan sebuah filem dedikasi khusus untuk front liner. Diberi judul “Wira Hatiku” lagu ini naskhah sepenuhnya ciptaan Rynn Lim.

Menariknya rakaman lagu ini ia dirakam bersama iringan orkestra Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) diberi kemasan muzik oleh Mac Chew dengan barisan produser Cheng Lee dan Elaine Soong.

Sheila menerusi kenyataan media berkata “Saya selalu ingin melakukan sesuatu untuk frontliners, sesuatu yang sangat bermakna buat mereka. Jadi untuk terlibat menjayakan projek mega ini secara langsung, mendendangkan lagu Wira Hatiku adalah sebuah penghormatan yang cukup besar terhadap setiap pengorbanan yang telah mereka lakukan kepada kita semua,”

Lagu ini telah beredar di saluran YouTube dirakam di ruang Dewan Filharmonik Petronas. Ketua Bahagian Pembangunan Bakat Malaysian Philharmonic Orchestra, Ahmad Muriz Che Rose teruja kerana diberi penghormatan untuk terlibat dengan projek yang disifatkannya sebagai epik.

“Peluang yang diberi oleh pihak produksi untuk kolaborasi ini bersama Datuk Sheila Majid dan karya epik sebagai tribute untuk frontliners kita ini adalah sebuah kerjasama yang baik dan kami amat menghargainya,” kata Ahmad Muriz Che Rose.


ARTIKEL BERKAITAN

Aishah & Orkestra Filharmonik Malaysia Bakal Bersatu di Pentas DFO

#RetrospektifMuzik,

“Mysticam” Tinggalan Akhir Camelia Di Persada Muzik Tempatan

Awal kemunculan Camelia dalam suara manis melantun “Rindu Padanya” memikat pendengaran pendengar muzik Pop 90-an dengan kelainan dalam persembahan vokalnya.

Jelas dalam sebutan yang cukup tersendiri dalam mengalun irama Balada dengan pengaruh R&B dan Soul memberi tuah buatnya dikenali tidak hanya di pasaran mainstream malah di pentas Anugerah Industri Muzik yang memberikannya dua trofi – Artis Baru Terbaik dan Vokal Terbaik.

Itu sejarah yang akan sentiasa diingati pengikut Pop tempatan. Namanya sudah tercatat sebagai salah seorang vokalis yang tersendiri sebelum melebarkan sayap bermuziknya dengan rangkaian album yang saban tahun terhasil dengan cara berbeza.

“Memori” utuh sebagai album Pop R&B yang cukup solid diikuti “Mimpi” yang membawanya bereksplorasi dengan muzik Etnik Sarawak dalam persembahan Fusion Pop yang dibaluti pengaruh Jazz di dalamnya.

Namun siapa saja menyangka kembara bermuziknya berputar 360 darjah di album “Mysticam” yang juga merupakan nokhtah kepada kemunculannya di persada muzik tempatan.

“Mysticam” memberi dimensi berbeza muzik Camelia dengan pengaruh Hip-Hop, Dance dan EDM – album ini bergerak seiring pasaran muzik global yamg semakin memberi ruang untuk Hip-Hop mendominasi.

Dengan kerjasama produser muzik DJ Gabriel album ini turut menampilkan nama besar Hip-Hop tempatan seperti Joe Flizzow dan Arafah, “Mysticam” dihasilkan dengan melawan pasaran arus semasa.

“Seiring Sejalan” menjadi single perdana album ini yang megambil sample lagu klasik 70-an persembahan Sharifah Aini dan Broery Marantika dalam sebuah persembahan muzik yang diubah menyeluruh dengan citarasa baru yang memberi semangat baru melodi asal lagu ini.

Persembahan vokal Camelia juga nyata bergerak berbeza di album ini, namun masih kekal dengan kejelasan dalam persembahan leseluruhan. Lagu-lagu seperti “Kool” antara yang paling saya enjoy dengan persembahan vokal Camelia yang ada sensual dan purity.

“Puteri Santubong” sebuah lagi lagu yang mengambil sample lagu lama yang diberi kemasan muzik baru bersama penampilan Arafah. Sekali lagi Camelia bermain dengan stail dalam persembahan vokalnya yang dipersembahkan dalam lirik berbahasa Malaysia dan Etnik Sarawak.

Album ini saya kira ketika diedarkan agak berat untuk saya sendiri nikmati. Namun mendengarkannya setelah 16 tahun beredar buat saya semakin menikmatinya hari ini. Lagu seperti “Cong” yang datang dengan pengaruh raggae antaranya turut menampilkan sample lagu rakyat.

Transformasi Camelia di album ini saya kira kerana pengaruh sosial dan muziknya yang berubah, keberaniannya untuk menghasilkan album ini ketika dia di kemuncak orang sangat menyenanginya dengan Balada seperti “Kini Bebas”, Akhirnya” dan “Terlanjur Sayang” sesuatu yang harus dihormati.

“Mysticam” satu sisi berbeza yang dia mahu tampilkan sebagai orang pemuzik yang saya percaya tidak hanya mahu stagnant dengan satu jaluran muzik dan pada masa yang sama mahu melihat potensi dirinya sendiri.

Sebagai pendengar saya sendir dicabar untuk melihat sisi ini sebagai sebuah kemtangan, keinginan dan keupayaan Camelia untuk keluar daripada zon selesanya.

Dan apa yang sangat menarik dia meninggalkan kita terus tanpa menoleh atau memberi lebih Balada atau R&B nya dengan persembahan “Mysticam” sebagai buah tangan terakhirnya. Seperti mana judulnya, album ini sebuah mistik, hipnotik dan eksperimentasi Camelia yang akan sentiasa dikenang dan didengarkan.


ARTIKEL BERKAITAN

2 Dekad Deanna “FIX” Sebagai Sebuah Naskhah Sound of The Future Muzik Tempatan

Highlight, Review, Terkini,

Cerita Kekecewaan Mark Natama Diteruskan Menerusi Single “Salah Baca Petanda”

Lagu: Salah Baca Pertanda
Artis: Mark Natama
Komposer / Lirik: LaleIlmanNino
Produser: LaleIlmanNino

Bergerak dengan cukup cemerlang setelah fasa Indonesian Idol, Mark Natama hadir penuh soulful menerusi single seperti “Jago Cemburu” dan “Terluka Menginginkanmu” yang kedua-duanya diproduksi trio LaleIlmanNino.

Suara emasnya menjadi kekuatan untuk mengikat pendengar melayani lagu-lagunya. Dibaluti rasa yang secukupnya, Mark membuai dengan persembahan vokalnya. Terkini bagi meneruskan kelangsungan bermuzik dia hadir dengan sebuah lagi single berjudul “Salah Baca Pertanda”.

Cukup kuat esen muzik Indo Pop yang dibaluti Soul dan R&B, lagu ini begitu mudah menjual feel Mark Natama yang mengalir bagai air. Melodi lagu ini begitu menyatu sempurna dengan suaranya. Kekuatan di bahagian korus yang catchy membuatkan lagu in bergerak dalam transisi yang baik.

Lirik lagu bercerita tentang kekecewaan dalam bait tersakiti “Setahun lebih kucuba // kau pilih dia.”  yang sebelumnya dipersoalkan di hati “Adakah mata hati yang salah // Membaca pertanda?”

Bait-bait ini saya kira cukup dekat dengan anak-anak muda yang galau dalam mencari cinta. Kesedihan di lagu ini dibaluti melodi yang cukup moden dan tidak meleweh seperti apa yang banyak ada di katalog Pop Indonesia hari ini.

7.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

“RUBIK” – Sebuah Cita-Cita & Keghairahan Bermuzik Dere