
“Assalamualaikum, finally we’re here.” Aishah membuka persembahan malam konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous dengan keterujaannya mengemudi persembahan 90 minit dengan rangkaian hits serta beberapa lagu yang cukup rare, diraikan dalam satu persembahan yang menghiburkan.
Dua tahun menanti peluang yang dibuka Malaysian Philharmonic Orchestra akhirnya dia berpentas menghiburkan semua penonton yang datang dalam pelbagai lapisan umur menikmati persembahan merdunya yang dibahagikan sebanyak dua set persembahan.
Dibuka dengan medley fusion Pop “Tiada Duka” dan “Jari-Jariku Sakit Semua” bersahut kemerduan vokalnya yang diiring persembahan orkestra yang cukup memberi justifikasi yang baik terhadap kedua-dua adikarya itu. Malam yang diketuai Encik Ahmad Muriz Che Rose sebagai konduktor membuai sejuta rasa yang hadir malam tersebut.

Aishah meneruskan slot pertama konsert ini dengan beberapa rangkaian lagu Pop seperti medley “Menanti” dan “Malam”. Turut mengisi slot ini rangkaian lagu bersama Fan Club seperti “Never Gave Up / Sensation / Call Me”.
Momentum slot pertama ini bagaimanapun bagi saya agak perlahan dan anti klimaks. Lagu “Bayangan” yang menutup slot pertama ini juga seperti kurang menarik. No doubt “Bayangan” is one of my all time favorite daripada Aishah cuma saya membayangkan jika ia ditutup dengan hits “Merenung Bulan” atau “Cinta Beralih Arah” ia akan menjadi lebih impactful untuk dikenang.
Namun persembahan vokal Aishah menerusi “Fatwa Pujangga” cukup membuai rasa, antara yang terbaik malam tersebut.
Slot kedua berlangsung lebih baik daripada segi pemilihan lagu-lagunya. “Kemaafan Dendam Yang Terindah” yang pastinya dinantikan penggemarnya. Lagu ini dipersembahkan dengan cukup baik oleh Aishah, it’s a killer song yang saya kira sangat memberi kesan buat penonton.
Cuma sekali lagi slot ini agak perlahan momentumnya dengan lagu-lagu seperti “Medley I Feel Love / Don’t Let Me Fall Alone” yang saya kira lebih baik diganti dengan lagu-lagu seperti “Syurga di Telapak Kaki Ibu” yang saya kira akan membuat penonton lebih merinding dengan kombinasi vokal Aishah bersama kemasan orkestra MPO.

Aishah meneruskan persembahan dengan vokal kemasnya menerusi lagu “All By Myself” sebagai representasi fasa karier bermuziknya ketika bersama Gegar Vaganza sebelum mengakhiri persembahan dengan “Seloka Rindu” yang cukup menghiburkan.
Namun apalah erti melihat persembahan Aishah tanpa “Janji Manismu” dan “Camar Yang Pulang” – menutupi malam konsert tersebut sebagai sebuah persembahan yang akan diingati penggemarnya. Aishah malam tersebut cukup santai, sesekali dia mengusik penonton dengan keletahnya yang saya sifatkan comel membuat kita tersenyum dan ketawa.
Vokal Aishah terkawal baik malam tersebut di slot kedua lebih baik saya kira terutama di lagu “Kemaafan Dendam Yang Terindah” dan “All By Myself”. Perjalanan konsert ini dikemaskan susunan muziknya oleh Jenny Chin, Luqman Aziz, Encik Ahmad Muriz, Ilham Subri, Azhad Sulaiman, Vivian Chua, Azhad Sulaiman dan Gerard Salonga.
ARTIKEL BERKAITAN