
Mula melibatkan diri dalam bidang nyanyi di pertengahan er 70-an, legenda muzik Hail Amir yang cukup sinonim dengan rangkaian duet bersama pasangan bermuziknya, Uji Rashid bergerak sebagai salah seorang figura Pop 70-an yang cukup dominan.
Pengaruh muzik Melayu dalam penulisan lirik berkisah latar masyarakat semasa, album berjudul “Apa Jawabnya” yang beredar pada tahun 1978 ini antara naskhah album solo yang paling menarik untuk didengarkan kembali hari ini.
Diterbitkan oleh Richard Hoon dengan beberapa rangkaian lagu-lagu saduran yang diubah liriknya dalam bahasa Malaysia. Terisi 11 lagu kesemuanya, “Apa Jawabnya” membawa ilham lagu-lagu Pop dengan pengaruh Joget, Disko dan Balada pastinya.
Dibuka dengan dua lagu rancak berjudul “Apa Jawabnya” dan “Mari Ke Pantai” album ini bergerak dalam pengaruh muzik 70’s global yang disatukan dalam feel dan cerita muzik tempatan.
Hal-hal ini jelas dalam penulisan lirik dalam lagu ini. “Joget Desa Teruna” umpamanya yang membawa kisah lelaki untuk kembali bakti pada tempat mereka dibesarkan. Berisi pesan dalam cerita yang sangat banyak diketengahkan dalam lagu-lagu di era ini.
Sebuah lagu saduran berjudul “Lupakan Daku Untuk Selamanya” ditukar liriknya daripada lagu asal “I Dont Want To Talk About This” mengisi album ini dengan memberi satu ilham baru yang seronok dihayati dalam feel Hail Amir yang tersendiri.
“Kau & Aku” sebuah lagi lagu saduran yang menarik di album ini. Muzik dance dengan pengaruh disko dilantun dalam lirik balasa Malaysia yang saya kira ada canggungnya di beberapa bahagian namun masih acceptable untuk dinikmati.
Hail Amir di album ini saya kira sedang keluar daripada kepompong muzik Melayu yang biasa dia bawakan dalam album solo terdahulu dan rangkaian duet bersama Uji Rashid.
Lagu-lagu di album ini lebih fun dan young (ketika diedarkan) dengan pilihan lagu-lagu yang lebih rancak seperti “Katakan Padanya”, “Tetap Menanti” dan “Pulang ke Desa”.
Lagu begini banyak dirakam Sudirman yang turut menaikkan namanya. Menerusi album ini saya pasti label EMI ketika itu mahu memberi suntikan baru dalam muzik Hail Amir agar keluar eketika daripada ilham Pop Melayu yang mendayu.
Kesemua lagu di album ini kini boleh dinikmati secara rasmi di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.
ARTIKEL BERKAITAN