
Lagu: Wira Hatiku
Artis: Sheila Majid
Komposer / Lirik: Rynn Lim
Produser: Cheng Lee / Elaine Soong
Pembabitan Sheila Majid dengan persembahan lagu-lagu bertema patriotisme dan kewanitaan cukup dominan dalam rangkaian lagu-lagu popularnya. “Legenda”, “Wanita” dan “Ratu” antara yang cukup diingati sehingga hari ini.
Meneruskan legasi rangkaian lagu-lagu tersebut dia sekali lagi dipilih sebagai penyanyi lagu tema filem “Juang” yang merupakan sebuah filem dedikasi khusus untuk front liner. Diberi judul “Wira Hatiku” lagu ini naskhah sepenuhnya ciptaan Rynn Lim.
Menariknya rakaman lagu ini ia dirakam bersama iringan orkestra Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) diberi kemasan muzik oleh Mac Chew dengan barisan produser Cheng Lee dan Elaine Soong.
Sheila menerusi kenyataan media berkata “Saya selalu ingin melakukan sesuatu untuk frontliners, sesuatu yang sangat bermakna buat mereka. Jadi untuk terlibat menjayakan projek mega ini secara langsung, mendendangkan lagu Wira Hatiku adalah sebuah penghormatan yang cukup besar terhadap setiap pengorbanan yang telah mereka lakukan kepada kita semua,”
Lagu ini telah beredar di saluran YouTube dirakam di ruang Dewan Filharmonik Petronas. Ketua Bahagian Pembangunan Bakat Malaysian Philharmonic Orchestra, Ahmad Muriz Che Rose teruja kerana diberi penghormatan untuk terlibat dengan projek yang disifatkannya sebagai epik.
“Peluang yang diberi oleh pihak produksi untuk kolaborasi ini bersama Datuk Sheila Majid dan karya epik sebagai tribute untuk frontliners kita ini adalah sebuah kerjasama yang baik dan kami amat menghargainya,” kata Ahmad Muriz Che Rose.
ARTIKEL BERKAITAN
Aishah & Orkestra Filharmonik Malaysia Bakal Bersatu di Pentas DFO