#PerspektifMuzik, Highlight,

euphoraya – landskap baru penciptaan lagu lebaran

Kejayaan lagu-lagu raya era baru seperti “Raya Raya Raya” (Dolla), “Bersyukur Seadanya” (Hael Husaini), “Pejam Celik Raya” (Iman Troye) yang bermulanya lewat 2019 sehingga memasuki kalendar era baru 2020 mencipta satu landskap berimpak beza. Lagu-lagu yang dihasilkan moden dengan indusi nostalgia yang menangkap pendengaran dengan melodi catchy

Ia berterusan panjang sebetulnya dengan satu kemeriahan dan kreativiti penciptaan. Terhasilnya “Suara Lebaran Kita” kolaborasi Hael Husaini bersama Dolla di tahun 2022 datang cukup ekstrem dengan pengaruh muzik EDM juga K-Pop sebagai pengisian melodi raya ketika itu. Ia mencabar ramai pemuzik di luar sana yang mahukan impak serupa dalam penghasian lagu-lagu raya.

Mengapa? Mudah, kerana capaian tinggi membawa jumlah strim yang tinggi, faktor viraliti dan keberadaan seorang penghibur untuk kekal relevan. Atas faktor-faktor tersebut jugalah De Fam kembali mengumpulkan pendengar mereka lewat lagu “Alamak Raya Lagi!” (2024) yang sehingga hari ini sudah distrim lebih 7 juta di Spotify dan dengan jumlah tontonan muzik video di YouTube 65 juta tontonan.

Ini impaknya dan batalion pemasaran label muzik semakin faham kepentingan penghasilan lagu raya mampu memberi satu ruang untuk menaikkan kembali artis-artis mereka jika percaturannya tepat. Formulanya? Lagu yang catchy, up beat Pop dengan penulisan lirik santai bersahaja dan gimik di TikTok – faktor sebut-sebutan komuniti di aplikasi tersebut.

Maka sekitar tahun 2024 bertumbuhnya jumlah lagu-lagu raya dengan cukup menggila. “Ketipak Ketipung Raya” (Aisha Retno / Aziz Harun), “Raya Mana?” (Nabila Razali), Raya di Rumah Dinda” (Dina & Xpose), “Pejam Celik Raya” (Iman Troye) dan “HAHAHARI Raya” (Ernie Zakri) mencipta momen raya lebih beragam diraikan dengan persembahan lagu-lagu yang datang dengan idea baru.

Sehingga tahun lalu kehangatannya semakin dirasai. Penghasilan lagu-lagu raya dilihat sebagai satu portfolio baru penyanyi-penyanyi tempatan. Maka dengan itu Mimifly yang kembali mendapatkan tempat di kalangan pendengar dengan single “Angkat” hadir dengan “Serumpun”.

Nadeera mencipta lebih momen setelah “Bukan Lagi Kita” dengan fenomena “Meriah Lain Macam” bersama Hael Husaini. Lagu-lagu lain seperti “Nyam, Nyam Ketupat”, “Raya Nak ke Mana”, “Jodoh Hari Raya” dan “Galok Raya” menjadikan jumlah lagu raya tahun sudah semakin menular.

Hael Husaini sendiri sudah memiliki hampir sepuluh lagu raya (atau lebih) sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini. Tahun ini menambah lagi portfolio lagu-lagu rayanya terhasil dua lagu “Lagu Raya Untukmu” dan “Raya Macam Raya” bersama ALPHA. 

Kemeriahan penghasilan lagu-lagu raya yang cukup banyak ini mengingatkan saya ketika di era 90-an di mana label muzik berlumba-lumba menghasilkan tidak hanya single tetapi album raya. Warner Music dengan barisan penyanyi seperti Raihan, Sheila Majid, Saleem, Jamal Abdillah, Rem, Nurul dan Ajai.

SRC tentunya dipenuhi dengan album dan lagu-lagu raya Siti Nurhaliza selain penghasilan kompilasi raya yang menampilkan Liza Hanim, Anis Suraya, 2 by 2 dan Mazleela antaranya. Sony Music turut tidak ketinggalan dengan penciptaan lagu-lagu raya Aishah, Amy Mastura, Erra Fazira dan Shima antaranya. 

Pak Ngah dan S. Atan menjadi produser muzik prolifik dan legenda yang sudah menciptakan lagu-lagu raya untuk hampir kesemua penyanyi yang ada di era 90-an. Siapa sahaja tidak pernah menyanyikan lagu-lagu ciptaan mereka? Daripada Sharifah Aini ke Siti Nurhaliza malah Ernie Zakri. Berganti generasi beralun melodi dan penciptaan.

Dan fenomena lagu-lagu raya perlahan ketika memasuki era 2000 pabila pemuzik indie mendominasi pasaran. Lagu-lagu raya yang dihasilkan tidak lagi memiliki elemen evergreen tetapi lebih berpaksi pada identiti muzik pemuzik yang ada. Hujan, Yuna, Meet Uncle Hussein, Butterfingers, Ana Rafali antara yang memiliki lagu raya tetapi hari semakin terpinggir, dilupakan dan tidak begitu diperdengarkan lagi. Sementara dan tidak timeless

Lebih 60 lagu siap diedarkan sehingga artikel ini ditulis.

Tahun ini lebih meriah dan menggila. Saya sebutkan sebagai sebuah “Euphoraya” – kegilaan penghasilan lagu raya yang cukup massive dan tiada batas. Ini sebuah petanda baik sebetulnya bahawa pasaran kita semakin bertumbuh, kompetitif dan beragam. Ia mencabar setiap karyawan muzik yang ada untuk menciptakan sesuatu yang tidak hanya kreatif tetapi memiliki sifat berdaya saing yang sihat.

Daripada barisan penyanyi papan atas sehingga ke penyanyi baru malah pelakon (Diana Danielle, Fazura, Nabil) semua setidaknya mencuba memberi satu keterujaan. Yang harus kita raikan adalah keberagaman yang ada. Lagu raya tidak adil jika hanya mahu dinilai daripada sudut nostalgia kerana generasi berganti memiliki perspektif sendiri tentang bagaimana ia harus dibentuk mengikut peredaran zaman.

Pilihan terbuka, masih banyak lagu-lagu raya yang mengambil ilham muzik tradisional Melayu dan untuk generasi kini pasti banyak yang mahu mendengarkan sesuatu yang relevan pada pendengaran mereka. Tiada istilah lagu raya zaman sekarang tidak sebaik zaman terdahulu kerana muzik berevolusi dan setiap evolusi menuntut masa untuk difahami dan didekati.

Highlight, Terkini,

Rilis Raya Terbaik 2026

Kemeriahan Syawal berulang lagi, lewat sebuah diaspora muzik yang meraikan. Tahun lalu Galok Raya (The Impatient Sisters), Serumpun (Mimifly), Meriah Lain Macam (Nadeera / Hael Husaini) sudah menjadi sebahagian daripada pengisian raya anda. Tahun ini lebih beragam meriah dan kompetitif.

1. SENYUM GUGUR DI PENGHUJUG DOA DAYANG NURFAIZAH
(Hael Husaini / Iqie Hugh)

Hael Husaini komposer yang sentiasa memiliki melodi yang baik dan sekali lagi ia ditafsir sebaiknya lewat penciptaan “Senyum Gugur di Penghujung Doa”. Sempurna mengisi jiwa-jiwa yang kehilangan dengan feel dan vokal Dayang yang sempurna dalam kesederhanaannya. An instant classsic.

10/10

2. JODOH LEBARAN (AISHA RETNO)
(Aisha Retno / Radi)

Aisha Retno seorang lagi komposer dan pemuzik pelapis yang memiliki idea kreatif yang ditafsir baik dalam lagu ciptaannya. Setelah kolaborasi bersama Aziz Harun dua tahun lalu dengan “Ketipak Ketipung Raya” tahun ini aisha bergerak solo lewat joget dalam penciptaan “Jodoh Lebaran”. Catchy dan melekat dengan sekali pendengaran. Penulisan lirik Aisha sederhana namun masih rasional sebagai naskhah lagu raya. Memikat dengan sekali pendengaran.

10/10

3. RAYA MACAM RAYA (ALPHA / HAEL HUSAINI)
(Hael Husaini / Iqie Hugh)

Lagu ini sebetulnya kompleks dan memiliki momentum muzik yang sangat menderu. Sample “Selamat Hari Raya” dan “Geylang Si Paku Geylang” di lagu ini menciptkan satu adunan yang sempurna dengan melodi asal Hael. Penyatuan Pop yang kekinian dan momen nostalgianya diadun sebaiknya tanpa terlalu menyimpang pada kehendak teks penciptaan lagu-lagu raya.

9/10

4. BILA LAGI NAK JUMPA (FAIZAL TAHIR / SENARIOUNION)
(Glowrush / Faizal Tahir)

Kolaborasi paling menarik tahun ini. Setelah “Ragaman” dan Santai aya kira FT adalah penggerak lagu-lagu rakyat era kini. Ia dibuktikan sekali lagi dengan single raya “Bila Nak Jumpa” bersama Senariounion ini. Kemeriahannya terasa dan lagu ini lengkap sebagai naskhah raya yang memiliki nilai humor dan nostalgia yang cukup tinggi

9/10

5. RESTU RAYA (Nadeera)
(Hael Husaini / Iqie Hugh)

Berkali juga saya cuba mendengar lagu ini untuk menyanangi naskhah ini tetapi saya rasa dua single yang beredar tahun lalu terlalu kuat. “Meriah Lain Macam” malah single raya solonya “Dam Dim Dum Raya” juga kuat sebagai lagu raya yang lengkap kemeriahan. Lagu ini okey cuma saya terlalu suka dua singlenya tahun lalu.

7.5/10

6. DENDANG RAYA (MARSHA)
(Marsha / Nurul Najwa)

Marsha memilih sesuatu yang lebih klasik dan classy. Infusi Jazz dalam persembahan lagu lebaran sebegini sebetulnya bukan ilham baru cuma masih semakin jarang diramu kecuali Ushera dan Atilia. Marsha cheeky, bersahaja dalam penyampaian yang jarang-jarang sebenarnya berlaku dalam lagu-lagu Balada meruntun jiwanya. Lebih sedap begini.

6/10

7. DENDANG RAYA (MARSHA)
(Najmi Niery / MFMF.)

Romantisme raya lewat lagu ini lembut dan menyenangkan. Saya sukakan chemistry suara Najmi dan Adrianna – Keduanya begitu melengkapi kehendak teks lagu ini. Sweet, tenang dan lembut membuai. Sesuai untuk pasangan muda yang sedang asyiknya bercinta.

7.8/10

8. POK PEK RAYA (DE FAME)
(Yusoff Khan / Adam Armin)

Saya rasa ada satu beban dan tekanan untuk De Fam menghasilkan lagu baru setelah massive hits “Alamak Raya Lagi” dan lagu terbaru ini mengikut formula yang sama namun masih kurang mengikat seperti sebelumnya. It’s not a bad song cuma saya kira terlalu banyak lagu yang sebegini sekarang menjadikan penghasilannya biasa.

6/10

9. KAMPUNG KITA (WANI KAYRIE)
(Hanis Rafi / Khodi / Fitho)

Lagu ini ada elemen yang menarik di bahagian korus dan penghujungnya. Seperti ada pengaruh muzik siam yang disatukan dengan Pop tradisional menjadikan ia sebuah lagu yang ada daya penarik. Persembahan Wani sederhana namun melengkapi kehendak teks lagu yang diciptakan.

7/10

10. BERAYA DENGAN SAYA (SITI NURHALIZA)
(Siti Nurhaliza / Iqie Hugh / Omar K)

Kalau dibanding dengan tahun lalu, lagu ini agak kurang daya tarikan berbanding ciptaan Aisha Retno yang cukup besar sifatnya tahun lalu. Ia sedap namun “Raya Nak Ke Mana” terlalu sedap dan tinggi nilai evergreen yang tiada di lagu ini.

5/10

11. LAGU RAYA UNTUKMU (HAEL HUSAINI)
(Hael Husaini / Iqie Hugh)

Hael selalu tahu menghasilkan lagu raya dengan nuansa yang cukup fun dan menghiburkan. “Lagu Raya Untukmu” menjadi satu lagi portfolio lagu-lagu rayanya yang cukup menangkap pendengaran, korusnya catchy, liriknya yang mudah diingati dan struktur muzik yang cukup kekinian dan moden.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

#PerspektifMuzik, Highlight, Review,

melayani mimpi. persona baru ezra kong

Ezra Kong produser muzik prolifik yang faham pentingnya untuk berevolusi dalam bermuzik. Hal ini jelas dalam setiap penciptaan muziknya yang sentiasa datang dengan kesegaran dalam penciptaan, idea dan execution yang baik.

Tidak berlebihan jika saya sifatkan Ezra satu daripada figura penting muzik tempatan yang membawa arus rubah pasaran muzik Pop tempatan ke satu tahap penghasilan muzik yang tastefully produced. Sentiasa mendorong ke depan dan tidak putus dalam penghasilan karya-karya baru.

Tahun lalu menjadi satu lagi perjalanan baru Ezra dalam meluaskan landskap muziknya dengan pengenalan persona mimpi. yang menjadi projek solo terbarunya. Mengendong ilham Poetic Folk Pop yang banyak di pasaran muzik Indonesia khususnya dengan citara ‘Ezra’ yang tersendiri.

BILA SAMPAI WAKTU (Faizal Tahir / mimpi)
Kolaborasi Ezra bersama FT sentiasa menghasilkan sesuatu yang mengujakan. Melodi lagu ini sangat catchy dan melekat mudah dengan sekali pendengaran. Liriknya menjadi sakti untuk kita benar-benar terlarut dengan penghasilan keseluruhan.

LAUT KELABU (Syiqin Azln / Empty Page / mimpi)
Menjadi penciptaan melodi yang paling baik setakat ini, Laut Kelabu sebuah penyatuan melodi, emosi dan kisah yang disusun lengkap sebagai sebuah naskhah yang sedap diengar. Gabungan Syiqin Azlan bersama Empty Page memberi justifikasi yang sebaiknya untuk lagu ini bernadi sebagai naskhah yang beremosi.

MANUSIA BUNTU (Syiqin Azln / mimpi)
Kolaborasi bersama Syiqin Azln antara yang begitu menjadi penyatuannya. Keseimbangan yang ada pada penciptaan melodi dan kelembutan pada penyampaian Syiqin menjadikan kolaborasi ini antara yang cukup menarik untuk dihayati. Dengan penulisan lirik yang meluruh jiwa, “Manusia Buntu” lengkap sebagai naskhah Poetic Pop yang melekakan.

VIRUS (Danial Ismail / mimpi)
Danial memiliki vokal yang baik dalam persembahan lagu begini. Saya belum pernah mendengarkannya tetapi berdasarkan lagu ini, dia memiliki suara yang cukup komersial. “Virus” membaluti sebaiknya persembahan vokal Danial dengan penciptaan melodi yang sayu dan meyentuh. Jika kena pada tuah dan percaturan lagu ini mampu menjadi big break buatnya.

PUNYAMU (Nayli Azmi / mimpi)
Seorang lagi bakat baru yang berpimpinkan produksi muzik Ezra Kong. Melodinya biasa dalam lagu-lagu Dalia Farhana tetapi masih bergerak tersendiri. “Punyamu” disempurnakan dengan penulisan lirik yang sangat baik. Bait-baitnya disusun puitis dengan pemilihan kata-kata yang menyantum menjadi satu cerita yang dekat dengan pendengar. Nayli Azmi memberi justifikasi sebaiknya untuk lagu ini menyenangkan dilayani.


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

bernadya memasuki era baru yang menyenangkan

Bernadya hadir di pelantaran muzik nusantara ketika pendengar benar-benar mahukan rantaian lagu-lagu galau yang beriring penulisan lirik yang puitis dan mudah didekati. Maka dengan itu karya-karyanya seperti “Untungnya Hidup Harus Tetap Berjalan”, “Satu Bulan” dan “Kata Mereka Ini Berlebihan” berjaya menembusi ruang dengar pendengar dengan mudah.

Debut album “Sialnya, Hidup Harus Berjalan” yang beredar pada tahun 2024 menjadi satu titik mula untuk Bernadya benar-benar diraikan tidak hanya bergerak sebagai naskhah popular tetapi juga diperakui panitia juri di Anugerah Musik Indonesia.

Lantas setelah itu saya kira perjalanan bermuzik Bernadya semakin melejit dan dia semakin pasti apa yang mahu ditawarkan untuk pendengarnya. “Kita Buat Menyenangkan” sebuah lagi karya sepenuhnya Bernadya yang sekali lagi bekerjasama dengan produser muzik prolifik, Petra Sihombing yang turut menyempurnakan album perdananya.

Lagu ini hadir segar dan tidak lagi mellow seperti “Untungnya Hidup Harus Berjalan” atau “Satu Bulan”. Penciptaannya bersulam listrik lirik yang berilham tentang keterbukaan dan merelakan hal-hal hidup. Ia jelas seawal dibuka dengan bait “Kini serahkan semua ujungnya pada takdir // Jika beruntung maka kisah ini tak akan berakhir.”

Seperti judulnya, melodi lagu ini cukup menyenangkan dan mendamaikan. Korusnya mejadi killer utama dan Bernadya jarang gagal dalam menjerat pendengaran dengan korus-korusnya. Dan di lagu ini ia menjadi lebih menarik

“Kita buat menyenangkan
Di sisa waktu yang ada
Jika ada yang salah, jika kau kecewa
Tolong maafkan.”

Lagu ini mengingatkan saya pada penghasilan lagu-lagu band Indonesia di era 2000 seperti Cokelat, La Luna, dan Caffeine antaranya, tetapi datang dengan attitude bermuzik Bernadya yang cukup kita kenal. “Kita Buat Menyenangkan” bakal menjadi sebuah lagi kelangsungan hits Bernadya yang akan terus diraikan penggemar-penggemarnya. Penghasilannya ringan, mengikat dan kekinian.

8.2/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

melewati pemikiran dan sudut pandang dannnqrack & eemrun lewat menara berkembar

midlyfe, label muzik yang semakin rancak dalam mengumpulkan bakat-bakat Hip-Hop muda tempatan berhasil saya kira dalam memberi sesuatu yang cukup segar dengan sound yang kekinian dan pengasilan produk berbentuk muzik yang current, seiring pasaran muzik global.

Hal ini sudah dinyatakan sebaiknya lewat album-album lucidrari yang mencipta satu gelombang baru Hip-Hop tempatan dengan sound Pop yang beragam menyatukan feel R&B, Hyperpop sehingga elemen motown juga nusantara.

Kali ini tiba giliran Dannqrack dan eemrun – duo yang sering berkongsi pentas dan lagu-lagu berbebtuk kolaborasi disatukan dalam sebuah album seribu pemikiran dan sound yang cukup meyakinkan. “Menara Berekembar” mungkin percubaan perdana mereka menghasilkan album penuh tapi ia sebuah produk lengkap pemikiran, attitude dan sudut pandang bermuzik yang cukup ready dan matang. Bukan amatur.

Hal ini jelas dalam lagu yang saya sifatkan terbaik di album ini “KUALA LUMFLOW” (Danial Imran / Imran Daniel) yang datang dengan attitude muzik yang cukup meyakinkan. Melodinya baik, beat, groove dan lirik menyatu sebaiknya. Rap kedua-duanya menyatu baik – ada harmoni dan keseimbangan.

Pengucapan Eemrun dan Dannqrack sangat baik – ia tidak kedengaran seperti amatur, setiap bait dipersembahkan dengan penceritaan yang tidak kosong atau sekadar menjual vibes sahaja. Ada feel yang baik dalam penyampaian mereka dan hal ini semakin baik di lagu-lagu seperti “DUFFLEBAG”, “JANGAN HILANG LAGI” (Yang super addictive) dan “DIAMOND KAT GELANG”.

Album ini sebuah attitude, pemikiran dan keghairahan dua anak muda ini dalam membuktikan bahawa mereka ada keupayaan yang cukup besar diperdengarkan dan diraikan bakat mereka. Ini sebuah debut album yang seimbang antara apa yang mereka mahu buktikan dengan nilai komersial yang cukup tinggi.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

“arguments” sebuah kecelaruan, kepastian kaka azraff menyusun naratif

Perkhabaran Kaka akhirnya bakal mengedarkan sebuah album penuh cukup membahagiakan. Lebih sedekad berjalan sebagai pelapis Pop yang menggalas nadi baru R&B dengan cukup konsisten dan tersendiri tanpa terikat dengan apa yang pasaran muzik mahukan semata, Kaka saya kira tidak membenarkan dirinya dibayangi mana-mana penyanyi sebelum mahupun seangkatannya.

Hal ini jelas sejak penghasilan “Sibuk”, “Diamonds”, “Kembali”, “Terima Kasih” sehingga lagu juaranya “GILA” – kesemuanya bergelar dalam radar muzik Kaka yang tiada mana-mana penyanyi wanita mampu mendekati. Solid R&B Pop.

Hari ini Kaka mendewasa tidak hanya kerana pengalaman bermuzik tetapi juga pengalaman turun naik hidup yang berencam. Kesemuanya dilalui dengan caranya. Hal-hal pengalaman ini dituangkan sebaiknya dalam single-single fasa drama Warner Music dengan penghasilan awal “Takleh Usik” dan yang terbaru “Arguments”

Lagu ini sekali lagi berbekal pada hook, penceritaan dan penyampaian bersahaja Kaka yang menghidupkan ia sebagai sebuah naskhah yang seimbang. Koirusnya baik dan ya, ia benar-benar bergerak dalam cara Kaka menyusun naratifnya.

Bait-bait yang dihasilkan di lagu ini berbalut keresahan – “Arguments and arguments // tak kisah walau banyak // mana arguments // cause all I know that you’re still mine.” dan ia diteruskan dengan kisah Kaka yang bercerita bersahaja “Sebab aku dah tak boleh nak // Tengok masa depan // All I can see is ur face.”

Sebagai sebuah kelangsungan bermuzik, “Arguments” saya kira Kaka bergerak seiring dengan segala pengalaman yang membentuk kematangannya dan apa yang penting adalah keterbukaannya dalam membuka hati bercerita. Ia sebuah lagu yang personal tetapi cukup solid dan memuaskan.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

“menjadi dewasa” bersama aziz, naki dan rendy

Beberapa tahun lalu ketika NAKI muncul dengan single “Puspita” saya tahu seiring waktu berjalan dia dengan disiplin dan konsistensi dia mampu menjadi bakat pelapis yang sangat boleh dibanggakan. Hari ini setelah “Puspita” yang saya dengan kria-kira dua tahun lalu, NAKI sudah melalui satu jalan yang cukup direstui pendengar tempatan.

Melebarkan sayap bermuziknya bersama Faithful Music satu langkah genius baik pemasaran juga kembara kreatifnya untuk bergerak lebar dan membanggakan. Hal ini jelas dalam pengedara “Datanglah Sang Puteri” dan “Masa” yang melajukan geraknya.

Hari ini dengan barisan beberapa single lain bersama kolaborasi istimewa Aziz Harun dan Rendy Pandugo berjudul “Menjadi Dewasa” ini menjadi satu lagi detik penting kembara bermuziknya untuk dicatatkan sebagai momen manis yang harus diraikan.

“Menjadi Dewasa” projek istimewa yang begitu menjadi saya kira persembahan keseluruhannya. Ia melengkapi kehendak melodi dan kemasan muzik yang cukup kekinian. Korusnya catchy “Langit biru yang menjelama kelabu // Berlari hanya tuk membeli waktu”. Sesekali dalam terleka ia mengingatkan saya pada lagu-lagu Sheila on 7 di album 07 Des seperti “Tunjukkan Padaku” dan “Saat Aku Lanjut Usia”

Dan ia ditafsir dengan cara paling baik pendengar hari ini mahukan. Ia berjalan cukup ringan dan menyenangkan. Kolaborasi tiga suara ini juga seiring dan tidak kedengaran canggung. Cukup bersahaja namun masih terjaga. “Menjadi Dewasa” memiliki potensi besar untuk menjadi besar setelah kejayaan Aziz bersama Nadhif dan Aisha menerusi “Kota Ini Tak Sama Tanpamu”.

Melihatkan bakat seperti Aziz Harun dan NAKI benar-benar tidak membuang waktu dalam berkarya menjadi satu yang baik untuk pasaran muzik semasa memiliki satu diversity dalam muzik secara menyeluruh. Dan apa yang mereka tawarkan menjadi sesuatu yang cukup dan seimbang.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

langkah pop baru marion jola

Adakalanya saya merasa Marion Jola sedang sangat struggle mengalihkan perhatian sepenuhnya terhadap karya-karya barunya. Lagu-lagu seperti “Manusia Bodoh” dan “Aku Takdirmu” kedengaran seperti Lala sedang di fasa to fit in back to music society.

Dua lagu tersebut titik pada permasalahan ini saya kira. Ia bukanlah kedengaran asing tetapi ia berada di tengah-tengah di antara mahu menolak Lala ke fasa dewasa dalam bermuzik dan pada masa yang sama kekal relevant di pasaran muzik semasa.

Tapi sejujurnya kedua-lagu terhasil baik cuma keadaannya seperti iterhimpit dalam pasaran muzik Indonesia rata-rata menuntut penyanyi wanitanya menjadi terlalu galau atau terjerat dalam idea Folk-ish Ballad dengan lirik yang berbunga-bunga.

Maka ketika dia mengumumkan “Gemini” sebagai penghasilan album terbarunya saya antara meragui dan pada masa yang teruja juga. Persoalan muzik bagaimana yang Lala mahu persembahkan itu tentunya bermain di fikiran saya.

Sebagai pendengar Lala sejak Indonesian Idol semestinya saya mahukan Lala yang lebih ‘wild’ dalam erti kata R&B yang lebih berkesperimen dengan sound Dance atau Ampiano ala-ala TYLA. Lebih urban pastinya.

“Gemini” memberi satu kepuasan itu, sound Urban Pop dan R&B membaluti album ini dengan sebaiknya. Seawal ia dibuka dengan lagu “Bebal” sebelum berterusan dengan single beredar awal “Serious” sudah mampu saya nikmati sebaiknya. Attitude bermuzik Lala begitu hidup dalam lagu-lagu sebegini.

“Kawin Lari” sekal lagi meneruskan groove yang ada pada dua lagu pembuka. Ia mampu menjadi kegilaan baru penggemar Lala saya kira. Dan pendengaran saya semakin tertarik pada lagu “Sesat di Dada” yang lebih mellow dengan elements sensual pada kemasan muzik dan persembahan vokal Lala. it’s a unique R&B style of Pop. Sempurna pada persembahan Lala.

“Permisi” menjadi benar-benar mellow namun bukan jenis Balada yang berteriak di tengah lalu. Lagu ini berteras emosi dan penceritaan – saya sukakan korusnya yang ada vibes 80’s Indo Ballad. Antara Balada yang paling kuat di album ini ada pada lagu ini – sedap, secukup rasa.

Saya puas dengan pesembahan kseluruhan “Gemini” sekali pun masih terganggu dengan kebisingan lagu “Manusia Bodoh” yang terlalu berteriak namun saya skip sahaja. Album menyenangkan saya, persembahan keseluruhannya masih berpegang pada teras attitude Marion Jola sebagai penyanyi. “Bebal”, “Kawin Lari” dan “Sesat di Dada” antara yang terbaik di album ini.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Highlight, Review, Terkini,

“retrospektif” sebagai pentafsiran terbaik pop afgan

Sudah lama berada di persana Pop nusantara, Afgan sepertinya tidak kering idea dalam menawarkan sesuatu yang tidak hanya bergerak sebagai naskhah Pop baru tetapi cukui segar dan seiring sound global setiap satu daripadanya.

Setelah usai fasa menjalani mimpinya memiliki album Inggeris, Afgan kembali ke akar muzik Pop Indonesia menerusi penghasilan single “Kacamata” yang menjadi pembuka pada album solo bahasa Indonesia miliknya yang diberi judul “Retrospektif”.

Bekerjasama dengan barisan produser papan atas muzik Indonesia seperti Petri Sihombing, Kamga dan Rendy Pandugo antaranya – menzahirkan sebuah album Pop yang saya sifatkan sebagai timess. Setiap satu dihasilkan dengan ramuan sempurna menzahirkan pentafsiran muzik Afgan yang malar segar.

Dibuka dengan “Misteri Dunia” yang cukup catchy sebelum “Sebentar” benar-benar mencuri perhatian saya dengan penghasilan yang cukup attitude. Penciptaan melodinya cukup baik terutama di bahagian korus yang sangat baik. Semakin didengar melodinya semakin meresapi dan melayang sekali.

Afgan membuat saya semakin menyanangi album ini dengan penghasilan lagu “Silakan” yang datang dengan groove, hook dan melodi yang menjerat pendengaran. Korusnya “Cukup sekali kukatakan //
Se-sebaiknya hati-hati melangkah // Salah arah”
terhasil sebagai korus yang paling mengikat sekali.

Attidtude bermuzik Afgan begitu dirasai di lagu ini dan ia berlajuntan baik pada penghasilan lagu “Tak Ada Rencana (Ku jatuh Cinta)” yang menjadi nada romantis terbaik di album ini. Penghasilannya lembut, menyenangkan dan sekali korusnya is a killer. Bait-bait ditulis sebaiknya untuk kita menyerap emosi cinta yang ada lewat lagu ini. Such a beautiful Ballad.

Album ini iturut menyaksikan Afgan meramu kembali lagu asal yang dirakam Reza menerusi “Kepastian”. Kemasan semula muziknya dihasilkan dengan begitu baik dan melengkapi kemampuan Afgan sebagai pelantun lagu Balada yang baik. Seakan mendengar lagu baru tanpa dibayangi versi asal.

Album ini ditutup lembut dengan one of my favorite di album ini iaitu “Peluk”. Sekali lagi dengan lembut Afgan menyentuh dalam melodi, lirik penyampaiannya. Lagu ini antara yang cukup kuat untuk bergerak sendiri sebagai single pada masa mendatang. Cukup sempurna dan bagai tiada cela ia mejadikan “Retrospektif” sebagai sebuah album dengan penghasilan yang tiada kurangnya.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

#PerspektifMuzik,

kehabisankah kita dengan kosa kata yang indah?

Jika anda sering membaca ulasan Muzik Kita, perkataan bodoh dalam lirik adalah perkataan yang paling terhalang. Kalau lagunya sebagus mana pun dek kerana ada perkataan bodoh itu kuranglah ratingnya. Saya bingung kadang keliru mengapa kita suka sangat ‘membodohkan’ diri sendiri dalam nyanyian?

Daripada “Bodohnya aku melepaskanmu” – Sumpah (2019) sehingga yang terbaru “Atau apakah aku terlalu bodoh” – Terlalu Bodoh (2025) membuat saya tertanya-tanya sanggup kita membdohkan diri berkali-kali menyanyi berulang kali dengan membodohkan diri sendiri. Some said it just a song tapi saya percaya kata-kata berulang itu satu doa. Dan saya tak salah. Terbukti pun kesahihannya.

Kita memiliki kosa kata yang sangat banyak, luas dan beragam menggantikan ‘kebodohan’. Sifat bodoh dalam kebanyakan lagu menggambarkan kekecewaan dan kekecewaan bukan hanya berpaksi pada kata ‘bodoh’. Ia satu tindak tanduk dan persoalan – menggantikan “Bodohnya aku melepaskanmu” kepada “Mengapa aku melepaskanmu?” itu lebih meliputi fungsi penulisan lirik harus puitis. Dan di mana puitisnya perkataan bodoh itu?

Shila Amzah merilis lagu berjudul “Bodoh” (2018) dengan lirik “Bodohnya aku masih merindu” yang juga boleh diganti dengan persoalan “Mengapa aku masih merindu?” begitu juga dengan lagu daripada Tajul “Bodohnya diri ini // Termakan rayuan manismu” yang boleh diganti juga dengan kata soal “Mengapa diri ini // Termakan rayuan manismu?”.

Saya selalu juga percaya karyawan dalam apa bidang sekali pun datang dengan tanggungjawab – untuk berkongsi hal-hal yang baik, pengaruh yang baik dan sebelum hilang meninggalkan apa yang tersisa adalah hal-hal yang baik sahaja. The very last thing yang kita mahu orang cakap tentang kita adalah hal yang baik bukan hal yang bodoh.

Jika benar bahasa itu jiwa bangsa, mahukah kita isinya dengan negativiti?

Jadi di sinilah penulis lirik berfungsi sebagai manusia peka bahasa. Saya pernah berbual panjang akan hal ini bersama Habsah Hassan. Dia percaya penulis lirik punya peranan menyebarkan hal-hal yang baik. Paksi ketuhanan dan spiritual hampir ada di semua lirik-liriknya. Menerusi Habsah Hassan saya mengenal perkataan kendati (Dialah Di Hati) juga lompang (Andainya Takdir) dan daripadanya juga saya tahu jika ejaan LEGENDA itu bukan LAGENDA.

Ini yang yang dia tinggalkan pada saya setidaknya dan membuatkan saya jelas oh, bahasa Melayu sebetulnya luas dan beragam. Contoh yang baik juga harus saya beri pada Ad Samad. Kosa katanya luas, menolak perkataan klise yang sering digunakan dalam lagu. Maka dengan itu saya belajar banyak perkataan baru daripadanya.

Meliriklah juga pada penulisan hebat Mukhlis Nor yang banyak menghasilkan keindahan dan puitis bahasa Melayu dalam pendekatan moden menerusi lagu-lagu yang pernah dipersembahkan Sheila Majid (Patung, Tandanya Tandatanya, Gangguan) atau Zainal Abidin (Hijau, Telaga, Ikhlas Tapi Jauh) sehingga Pop 80-an Khadijah Ibrahim dalam lagu “Perasaan Mengganggu”.

Kosa kata hanya terbina dengan pembacaan, pengamatan pada penulisan sastera dan warisan. Ada banyak hal baik jika kita kembali meneliti penulisan Loloq, S. Amin Shahab, Keon Omar, Johan Nawawi antaranya.

Saya juga suka untuk menyebut nama Slen Fadzil (Gelita, Tanpa Rela) dan Shah Shamsiri (Sampai Bila, Mahakarya Cinta) yang menulis lirik lagu-lagu Balada dengan penulisan yang puitis dan menyentuh. Tanpa perlu menjadi terlalu cengeng bait lirik ditulis penuh emosi dan membentuk satu naratif yang indah.

Saya percaya masih ramai penulis berbakat dan bijaksana di luar sana yang peka akan hal ini, sebagai pemuzik carilah individu-individu ini untuk menulis lirik kerana kepakaran mereka diperlukan untuk sebuah kelestarian bahasa indah, puitis dan luas kosa katanya.