
Adakalanya saya merasa Marion Jola sedang sangat struggle mengalihkan perhatian sepenuhnya terhadap karya-karya barunya. Lagu-lagu seperti “Manusia Bodoh” dan “Aku Takdirmu” kedengaran seperti Lala sedang di fasa to fit in back to music society.
Dua lagu tersebut titik pada permasalahan ini saya kira. Ia bukanlah kedengaran asing tetapi ia berada di tengah-tengah di antara mahu menolak Lala ke fasa dewasa dalam bermuzik dan pada masa yang sama kekal relevant di pasaran muzik semasa.
Tapi sejujurnya kedua-lagu terhasil baik cuma keadaannya seperti iterhimpit dalam pasaran muzik Indonesia rata-rata menuntut penyanyi wanitanya menjadi terlalu galau atau terjerat dalam idea Folk-ish Ballad dengan lirik yang berbunga-bunga.
Maka ketika dia mengumumkan “Gemini” sebagai penghasilan album terbarunya saya antara meragui dan pada masa yang teruja juga. Persoalan muzik bagaimana yang Lala mahu persembahkan itu tentunya bermain di fikiran saya.
Sebagai pendengar Lala sejak Indonesian Idol semestinya saya mahukan Lala yang lebih ‘wild’ dalam erti kata R&B yang lebih berkesperimen dengan sound Dance atau Ampiano ala-ala TYLA. Lebih urban pastinya.
“Gemini” memberi satu kepuasan itu, sound Urban Pop dan R&B membaluti album ini dengan sebaiknya. Seawal ia dibuka dengan lagu “Bebal” sebelum berterusan dengan single beredar awal “Serious” sudah mampu saya nikmati sebaiknya. Attitude bermuzik Lala begitu hidup dalam lagu-lagu sebegini.
“Kawin Lari” sekal lagi meneruskan groove yang ada pada dua lagu pembuka. Ia mampu menjadi kegilaan baru penggemar Lala saya kira. Dan pendengaran saya semakin tertarik pada lagu “Sesat di Dada” yang lebih mellow dengan elements sensual pada kemasan muzik dan persembahan vokal Lala. it’s a unique R&B style of Pop. Sempurna pada persembahan Lala.
“Permisi” menjadi benar-benar mellow namun bukan jenis Balada yang berteriak di tengah lalu. Lagu ini berteras emosi dan penceritaan – saya sukakan korusnya yang ada vibes 80’s Indo Ballad. Antara Balada yang paling kuat di album ini ada pada lagu ini – sedap, secukup rasa.
Saya puas dengan pesembahan kseluruhan “Gemini” sekali pun masih terganggu dengan kebisingan lagu “Manusia Bodoh” yang terlalu berteriak namun saya skip sahaja. Album menyenangkan saya, persembahan keseluruhannya masih berpegang pada teras attitude Marion Jola sebagai penyanyi. “Bebal”, “Kawin Lari” dan “Sesat di Dada” antara yang terbaik di album ini.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN