
Beberapa tahun lalu ketika NAKI muncul dengan single “Puspita” saya tahu seiring waktu berjalan dia dengan disiplin dan konsistensi dia mampu menjadi bakat pelapis yang sangat boleh dibanggakan. Hari ini setelah “Puspita” yang saya dengan kria-kira dua tahun lalu, NAKI sudah melalui satu jalan yang cukup direstui pendengar tempatan.
Melebarkan sayap bermuziknya bersama Faithful Music satu langkah genius baik pemasaran juga kembara kreatifnya untuk bergerak lebar dan membanggakan. Hal ini jelas dalam pengedara “Datanglah Sang Puteri” dan “Masa” yang melajukan geraknya.
Hari ini dengan barisan beberapa single lain bersama kolaborasi istimewa Aziz Harun dan Rendy Pandugo berjudul “Menjadi Dewasa” ini menjadi satu lagi detik penting kembara bermuziknya untuk dicatatkan sebagai momen manis yang harus diraikan.
“Menjadi Dewasa” projek istimewa yang begitu menjadi saya kira persembahan keseluruhannya. Ia melengkapi kehendak melodi dan kemasan muzik yang cukup kekinian. Korusnya catchy “Langit biru yang menjelama kelabu // Berlari hanya tuk membeli waktu”. Sesekali dalam terleka ia mengingatkan saya pada lagu-lagu Sheila on 7 di album 07 Des seperti “Tunjukkan Padaku” dan “Saat Aku Lanjut Usia”
Dan ia ditafsir dengan cara paling baik pendengar hari ini mahukan. Ia berjalan cukup ringan dan menyenangkan. Kolaborasi tiga suara ini juga seiring dan tidak kedengaran canggung. Cukup bersahaja namun masih terjaga. “Menjadi Dewasa” memiliki potensi besar untuk menjadi besar setelah kejayaan Aziz bersama Nadhif dan Aisha menerusi “Kota Ini Tak Sama Tanpamu”.
Melihatkan bakat seperti Aziz Harun dan NAKI benar-benar tidak membuang waktu dalam berkarya menjadi satu yang baik untuk pasaran muzik semasa memiliki satu diversity dalam muzik secara menyeluruh. Dan apa yang mereka tawarkan menjadi sesuatu yang cukup dan seimbang.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN