
Kehadirannya di persada muzik tempatan cukup mengesankan. Ramai menggemari lagunya tidak kurang yang memuja kecantikan dan pasti ramai yang menjadikannya idola dalam legasi muzik tempatan.
Itulah Fauziah Latiff yang memulakan kembara sebagai penyanyi juga penghibur sejak era 80-an sehingga hari ini masih diingati dan dinikmati lagu-lagunya. Rangkaian album-album terhasil dengan hits malar segar menembus perasaan setiap yang mendengar.
Sepanjang bermuzik, Fauziah Latiff banyak menghasilkan Balada indah yang menyatukan suara gemersiknya dalam lagu-lagu popular ciptaan Adnan Abu Hassan, Ross Ariffin dan Manan Ngah antara yang banyak bekerja dengan bintang ini.
Muzik Kita melewati alunan syahdu Fauziah Latif menerusi rangkaian Balada terbaik yang pernah dia hasilkan.
Balada paling dominan dalam kembara muzik Biduanita ini. “Teratai Layu Di Tasik Madu” dipersembahkan sepenuh jiwa oleh Fauziah Latiff. Menjadi penggerak meneruskan kelangsungan bermuziknya sepanjang era 90-an sehingga hari ini terus diingati. Melodi, lirik dan persembahan vokal di lagu ini menyatu sempurna sebagai sebuah naskhah Balada yang cukup tinggi nilai komersialnya.
Antara personal favorite saya dalam banyak-banyak Balada bintang Pop ini adalah “Bukan Kemahuan Fikiran” datang dengan feel Balada ciptaan Manan Ngah yang terhasil cukup lembut dan membuai tanpa perlu terlalu memaksa pendengar terlarut dengan penghasilannya. Kemanisan dalam persembahan vokal yang kedengaran cukup innocent. Pernah dirakam semula Dessy Fitri sekitar tahun 1995/96.
Balada mewah paling beremosi pernah dihasilkan Adnan Abu Hassan ada di lagu ini. Komposisinya sangat-sangat hebat dengan susunan muzik dan penulisan lirik yang cukup baik. Struktur lagu ini dipersembahkan dengan cukup bermakna oleh Jee. One of the most beautiful Ballad yang pernah dihasilkan di era 90-an pastinya.
Chemistry yang ada pada Ross Ariffin menemukan puncaknya di lagu ini. “Ku Pohon Kemaafan” sebuah Balada yang sangat sempurna sekali. Dihasilkan dengan penuh kesyahduan dalam kemerduan persembahan vokal Jee yang begitu mengesankan sekali. Sayang sekali lagu ini ketika diedarkan ia harus bersaing dengan keberadaan penyanyi kelahiran Suria Records yang tidak begitu diraikan dalam skala besar kecuali penggemar setia Jee.
Sebuah lagi komposisi hebat Ross Ariffin buat Fauziah Latiff. “Kenari” sebuah Balada mewah yang terisi di album “Sahabat” antara gems di album tersebut. Persembahan vokal Jee sangat-sangat baik di lagu ini. Dengan penulisan lirik Amran Omar yang penuh dengan perlambangan dan berseni menjadikan “Kenari” naskhah Balada yang cukup istimewa sekali.
“Enggan” dimuatkan dalam sebuah album kompilasi “Petikan Syahdu” beredar sebelum terhasilnya album “Sahabat” bagi meneruskan kelangsungan bermuzik Jee yang ketika itu semakin sibuk pastinya. Lagu ini cukup kuat pengaruhBalada 90-an namun masih berdiri sebagai sebuah naskhah yang utuh individuality Jee dalam penghasilannya. Saya sangat sukakan pemilihan perkataan Enggan yang dipilih untuk menjadi tajuk lagu ini sekali gus diulang dalam bait-bait verse yang disusun kemas Asmin Mudin.
Masih lagi saya memilih karya Ross Ariffin, “Dia” bernadi sebagai sebuah Balada yang sinonim dengan lembaran bermuzik Fauziah Latiff. Terhasil dalam adunan akustika dengan petikan gitar yang membuai dan penulisan lirik dalam luahan rasa mencinta yang jujur sekali. “Tiada ku sangka, perhubungan yang jernih menjadi keruh dengan tiba-tiba.” Such a classsic.
Terhasil dalam kelembutan melodi Melly yang biasa kita dengarkan, peralihan Balada dengan feel Indo Pop di lagu ini memberi feel berbeza buat transisi muziknya yang memasuki era milenial. Garapan melodinya lari daripada apa yang biasa kita dengar dalam Balada Jee sebelumnya, ketika awal beredar saya mengambil sedikit masa untuk mendalaminya dan hari ini pabila mendengarkannya kembali ia salah satu naskhah Balada indah yang pernah dirakan Jee sepanjang dia bermuzik.
Antara lagu yang kerap saya nantikan kitaran air play di saluran Radio Muzik dahulu. Power Ballad Fauziah Latiff yang akan sentiasa disenangi dan diingati. Liriknya cukup meruntun dalam kepiluan melodi dan persembahan vokal Jee yang dipersembahkan dengan secukupnya untuk kita sebagai pendengar merasai luluhnya rasa cinta yang diketepikan itu.
Pasaran muzik OST drama di era 90-an sehingga awal 2000 dihiasi dengan rangkaian Balada jiwang begini. Satu daripada yang sudah tercatit dalam sejarahnya sudah tentu lagu ciptaan LY dan lirik Baidurui menerusilagu “Setiaku Korbankan” ini. Mungkin lagu ini antara yang paling kurang menarik minat saya dalam banyak-banyak lagu popular Jee namun no doubt naskhah ini memiliki killer chorus yang cukup haunting.
ARTIKEL BERKAITAN
Melayani Perasaan Dalam 8 Balada Terindah Biduanita Sharifah Aini