
Tyco muncul di era awal Milenium sekitar penghujung 90-an dan awal 2000 yang bergerak sebagai sebuah figura muzik virtual yang hadir dalam pasaran muzik dengan cukup berevolusi sekali. Baik muziknya, imej dan the whole idea memberi kelainan dalam pasaran Pop tempatan.
Dua single yang beredar awal “With U” dan “Bidadari” bergerak sebagai sebuah jaluran muzik yang cukup moden dan seiring pasaran global yang ada ketika itu. Ramuan Rap, R&B, Pop dan Dance menyatu dalam satu persembahan muzikal yang cukup membanggakan.
Tyco terdiri daripada Tylo, Yiko dan Psylo seperti sedia maklum bergerak sebagai alter egonya KRU secara maya telah memberi satu pengalaman muzik yang cukup menghiburkan dan pada masa yang sama saya kira telah mencabar pemuzik tempatan dengan idea mereka.
Biar globally ia bukanlah idea original yang menggunakan ilham Gorillaz yang lebih awal muncul pada tahun 1998, KRU pada ketika itu cukup forward dalam memberi satu drive baru bukan sahaja pada landskap muzik mereka tetapi sumbangan terhadap perkembangan muzik tempatan.
Mendengarkan kembali album ini setelah lebih 20 tahun beredar di pasaran muzik buat saya bangga sebetulnya dengan hasil yang cukup fresh dan current untuk didengar sehingga hari ini. Lagu-lagu seperti “Sandiwara” dan “People Come People Go” masih mampu saya enjoy dan ya ia ternyata lebih baik daripada apa yang ada di pasaran muzik sekarang.
Mendengarkan kembali “Sandiwara” dengan momentum muzik yang cukup dasyat dengan pengaruh R&B Destiny’s Child dan TLC buat saya berfikir – Eh, seronok juga lagu ini dirakam kembali. What if Dayang meets K-clique? Boom!
Album ini tidak hanya membawa idea muzik tetapi kosong dengan pengisian. Lirik mereka hadir dalam kritikan sosial yang mengambil idea daripada epidemik sosio-ekonomi ketika itu. Barisan kata-kata dalam lagu “Jutawan” sebagai contoh terbaik “Ada skim cepat kaya tetapi Ramai jadi papa, Nak jadi penyanyi aku tak jadi, Cetak rompak yang orang beli.”
Dan hal-hal kritikan sosial dalam lagu ini semakin keras dalam lagu “Bom” yang saya kira jika diamati kembali teks liriknya jelas bercerita tentang bakat baru ketika itu. “Gayanya berlagak seumpama superstar, Walaupun sebenarnya sekecil atom.” dan diteruskan dengan “Tak kempunan anugerah kerana anugerah itu, Hanya untuk promosi album tak laku, Pada masa yang sama ku jelajah dunia.”
KRU is definitely a Pop genius dalam memanipulasi muzik semasa dengan cara mereka sendiri dalam memberi rasa lokal dalam setiap naskhah yang dihasilkan. Tyco satu daripada sejarah penting muzik Pop tempatan dalam memberi evolusi dalam sebuah pengalaman menikmati muzik tempatan dengan rasa berbeza.
Kesemua lagu-lagu rasmi Tyco kini boleh didengarkan di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.
ARTIKEL BERKAITAN
Sarimah – From Screen to Pop Sensation, Sebuah Perspektif Pop One Hit Wonder