
Lagu: Getaran Cinta
Artis: Country Wolves
Komposer / Lirik: Marcellus Paungin / Max Brandon / Saiful Zwan
Susunan Muzik: Rudy Nastia
Produser: Anas Amdan
Pasaran muzik indie tempatan sentiasa hadir dengan tenaga baru yang mengendong ilham muzik di luar radar komersil yang sebetulnya lebih menarik untuk didengar dan diberi penghargaan terhadap usaha yang dilakukan.
Tahun lalu saya cukup terbuai dengan Sang Rawi menerusi album rakaman live mereka yang menampilkan antaranya lagu lagu yang sungguh puitis penghasilannya seperti “Maha Seni” dan penedengaran saya akhiran ini teralih dengan sebuah lagi band bernama Country Wolves.
Awal beredar denga lagu berjudul “Noda” tpada tahun 2019, kugiran terdiri daripada 3 anak muda berasal Sabah ini menghasilkan sebuah persembahan muzik Folk Nusantara yang sebetulnya tidak banyak di Malaysia tetapi cukup meriah di tanah seberang, Indonesia.
Dan sejujurnya seawal mendengar lagu mereka saya tidak aware langsung mereka ini bakat tempatan sehingga menemukan akaun Instagram mereka. Terkini dengan sebuah lagi lagu terbaru berjudul “Getaran Cinta”, Country Wolves hadir lebih menawan.
Lagu yang mengangkat tema muzik serupa seperti yang terhasil di single perdana mereka menjadi satu kesinambungan muzik yang cukup baik. Saya cukup tertarik dengan kehalusan penghasilan lirik mereka di lagu ini yang menyatu baik dengan melodi yang dicipta.
Bait-bait teks lirik yang terhasil cukup puits dan begitu menghidupkan lagu ini. “Mengutarakan kata-kata sang pencinta, Si dia terpukau dibuai manis seiringan gelombang asmara.” menjadi pembuka lagu yang cukup puitis sekali.
Melodi lagu ini bergerak dalam ilham muzik Folk Nusantara seperti Mondo Gascaro, Bin Idris dan Fourtwnty antaranya yang datang dengan kraf muzik yang membuai rasa dalam layangan kata-kata yang indah sekali.
Country Wolves saya kira is one to watch tahun ini. Berdasarkan dua single yang sudah beredar saya kira mereka punya satu keseriusan dalam bermuzik dan semoga akan menghasilkan lebih lagi lagu-lagu begini bagi membesarkan lagi landskap Pop tempatan.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN