
Album: Y1 (EP)
Artis: Yuna
Produser: Biako
Label: YRR / Independent
Satu hal tentang Yuna yang sangat menarik untuk dipelajari banyak pemuzik tempatan adalah to stay true to what you believe. Di saat ramai pendengar tempatan lebih peduli berbicara soal imej yang begitu begini, Yuna tidak langsung mempedulikan semua itu dan terus lakukan apa yang dia percaya.
Pasaran muzik R&B Kontemporari yang dia bawa sejak terbang ke US kekal sehingga hari ini. Album terakhir “Rouge” beredar di tahun 2019 dipersembahakan dalam sebuah landskap Pop R&B menjadi penanda aras sebetulnya ke mana arah muziknya setelah itu.
Fasa pernikahan dan pandemik tidak menghentikan langkahnya untuk terus bermuzik. Biar tanpa sebarang album, Yuna kekal dalam radar muziknya untuk terus menghasilkan single-single baru sebagai kelangsungan populartinya sehingga hari ini.
Terkini meneruskan keterujaan penggemar muziknya, Yuna hadir dengan projek terbarunya yang akan merilis 5 EP yang akan membentuk sebuah album secara berperingkat. Bermula dengan yang perdana ini diberi judul “Y1” berisi 4 trak keseluruhannya.

Yuna memberi salam “Hello” dengan cukup dark menerusi track kedua di EP ini. “Hello, I’ve been waiting for you, Feels like darkness’ taking over.” Sebelum hadir dengan easy feels yang cukup menyenangkan di lagu “Pantone 17 -13-30” yang saya ulang dua kali sebelum melanjutkan ke lagu seterusnya.
Lagu ini datang dengan daya pemikat yang membuat anda terus melekat dengan melodinya. Yuna menerusi vokal ikoniknya seperti biasa melepaskan perasaan dengan begitu bersahaja sekali. Dan liriknya yang disusun unik membuatkan lagu ini begitu menarik sekali untuk dinikmati.
The sun on my skin
Colors all around me come to life
It matches my complexion
The sand, sky and ocean
Bekerjasama dengan produser muzik Biako untuk EP ini menerbitkan rasa yang segar buat muzik Yuna. “Y1” bergerak dengan lebih baik di lagu “Cigarette”. Groove Yuna menjadi-menjadi membuatkan kita yang turut mendengar merasai apa yang dia persembahkan.
Sekali lagi Yuna membuat kita enjoy dengan penulisan liriknya. Bermain dengan perlambangan, lagu in bergerak sempurna sekali dengan sifat Yuna itu sendiri sebagai pemuzik. “I’m done with the chase, I just need some space”
Yuna bakal merilis empat lagi EP yang akan dibentuk sebagai sebuah album penuh. Cara yang sangat smart saya kira untuk membuat kita sebagai pendengar menikmati bit by bit apa yang dia mahu persembahkan menerusi perojek terbarunya ini.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN
Berlegar Di Ruang Rasa Zamaera Menerusi “Heart Break To Heal”