
Lagu: Kupu-Kupu
Artis: Tiara Andini
Komposer / Lirik: Anindyo Baskoro / Arya Aditya Ramadhya / Ilman Ibrahim Isa
Produser: Laleilmanino
Belum pun enam bulan pertama tahun 2024 berlalu, Tiara Andini sudah menghasilkan lebih empat single dan sebuah EP bersama Arsy Widianto. Sebegitu laju sekali pemasaran muzik bintang Pop seberang ini bergerak. Bermula dengan EDM Jawa “Ngelewuhi” sehingga duet bersama Arsy, Tiara tidak langsung memperlahankan langkah bermuziknya.
Sekali lagi kali ini dia datang dengan sebuah lagi single terbaru kolaborasi ketiga bersama Laleilmanino menerusi sebuah trak Pop “Kupu-Kupu” yang datang dengan idea bermuzik tiga bersahabat yang biasa kita dengar dalam lagu-lagu terdahulu karya cipta mereka.
Lagu ini seperti biasa terhasil fun, ringan dan catchy – sesuai dengan karakter Tiara sebagai penyanyi. Penulisan liriknya juga tidak sukar dihadam dengan kisah cinta muda mudi yang sebetulnya mudah didengar.
Namun saya tidak pasti jika ia percaturan yang baik untuk kelangsungan bermuzik Tiara. Jika mahu membahagiakan penggemarnya, ia berhasil namun untuk kita melihat Tiara evolve sebagai pemuzik saya masih ragu.
Lagu-lagu begini saya kira juga bukanlah lagu yang sukar untuk Lale, Ilman dan Nino hasilkan. Bahkan sudah banyak sebetulnya melodi begini yang mereka hasilkan sebeblum ini. Saya mengharapkan Pop yang lebih solid dan mengeluarkan sisi berbeza Tiara sebagai penyanyi.
4.5/10
ARTIKEL BERKAITAN