
Lagu: Kita Bikin Romantis
Artis: MALIQ & D’Essentials
Komposer / Lirik: Widi Puradiredja
Produser: MALIQ & D’Essentials
Apa sahaja agaknya grup R&B Pop seberang ini yang tidak mampu lakukan untuk kita sebagai pendengar menikmati persembahan muzik mereka agaknya. Dua puluh dua tahun bermuzik dan masih belum sedetik memperlahankan perjalanan, muzik mereka terus diraikan merentas masa dan melangkaui generasi.
“Aduh” yang membuka perjalanan baru muzik M&DE menjadi kegilaan anak-anak TikTok yang di sana sini menggunakan cuplikan lagu tersebut sebagai pengisian content mereka. Dan tidak disengajakan ledakan “Aduh” berjangkit lewat single mereka yang terkini “Kita Bikin Romantis” yang turut digilai dan diraikan.
M&DE dalam rencana menghasilkan album baru menemukan satu formula terbaik mentafsir muzik masa kini. Atas ilham paling simple dengan catchy chorus dan hook pada penghasilan melodi menjerat pendengar dengan mudah. Formula membikin Pop hari ini untuk lebih mudah didekati generasi muzik sekarang.
Namun tidak hanya pada alasan itu mengapa “Kita Bikin Romantis” menjadi naskhah Pop yang fenomena. Kemasan muziknya, feel serta kualiti rakaman muziknya meninggikan standard muzik yang simple kedengaran mewah. Dan atas nama pengalaman saya kira M&DE menemukan formula ini.
Keseimbangan antara nilai popular dan identiti muzik mereka menyatu sempurna lewat lagu ini. Korusnya membuat saya melayang-layang melewati perasaan romantis itu sendiri. “Kita bikin romantis // Bikin paling romantis.” Such a genius line. Simple, real dan berbunga-bunga perasannya.
M&DE menerusi lagu ini saya kira benar-benar memahami jiwa-jiwa yang berbunga-bunga dalam percintaan. Indeed formula muzik seperti ini sudah mereka hasilkan di album-album awal mereka namun dengan standard berbeza dan pemahaman tentang apa yang pasaran muzik mahukan lagu ini terhasil dengan cemerlang sekali. Menyeimbangi pentafsiran muzik M&DE dan apa yang pasaran muzik hari ini mahukan.
10/10
ARTIKEL BERKAITAN