
Lagu: Datanglah Sang Puteri
Artis: NAKI
Komposer / Lirik: NAKI / Darien Sebastian
“Puspita” menjerat saya untuk mengenali muzik NAKI. Persembahan melodinya yang cukup bersahaja dengan penulisan lirik yang disusun kemas puitisnya membuatkan bakat muzik ini is one to watch to sepanjang tahun ini.
Tahun lalu dia siap menzahirkan EP juga deretan single sebagai satu pengenalan untuk kita semua. Lagu-lagu seperti “Tarian Si Juwita”, “Sayang” dan “Pamit” saya kira benar-benar memberi visi jelas akan arah muziknya.
Tanpa mahu menunggu terlalu lama NAKI dengan ilhamnya merilis sebuah lagi single yang beredar Mac lalu berjudul “Datanglah Sang Puteri”. Melodi lagu ini sekali lagi tidak sukar untuk didekati, persembahan keseluruhannya catchy dan memikat.
Korus lagu ini menjadi killer utama untuk kita sebagai pendengar benar-benar menikmati idea di sebalik lagu ini. Melodi lagu ini semakin kuat di bahagian kedua lagu ini dengan kemasan muzik yang lebih membangkit rasa. Ada faktor ulang dengar yang kuat untuk menarik pendengar.
NAKI menerusi “Datanglah Sang Puteri” sudah menemukan satu formula yang seimbang di antara nilai komersial dan idea estitika bermuziknya. Bahagian bridge lagu ini dengan kemasan horn session yang minimal menambah rasa untuk lagu ini bergerak lebih interesting.
Masih banyak potensi yang ada pada bakat ini untuk kita benar-benar raikan karya-karyanya. Tahun ini saya kira bakal menjadi tahun penting NAKI untuk benar-benar meyakinkan penggemar muzik tempatan akan bakat yang dia miliki.
7.8/10
ARTIKEL BERKAITAN