
Album: teruntuk jantung
Artis: NAKI
Produser: Darien Sebastian
“Datanglah Sang Puteri” benar-benar membuka jalan yang lebih luas untuk NAKI bersinar sebagai bakat baru yang disenangi. Sejak awal mendengarkannya menerusi single seperti “Puspita” dan EP “Melankolis” – NAKI sudah mencuri perhatian saya dengan potensi yang dia miliki sebagai bakat pelapis yang pelru diberi perhatian
Bersama produser muziknya Darien Sebastian, NAKI menyusun satu lagi langkah besar bersama Faithful Music – langkah yang sangat diperlukan untuk satu kesinambungan pemasaran muzik yang lebih luas sifatnya dan lebih kekinian arahnya.
“teruntuk jantung” berisi 11 lagu keseluruhannya dengan focus track kolaborasi bersama Fahimi Rahmat menerusi single “Masa”. Sound yang dihasilkan NAKI kali ini saya kira bergerak dalam radar Pop yang berbeza berbanding apa yang pernah dia lakukan di fasa independennya sebagai pemuzik. Kolaborasi Pop ini antara yang cukup menarik saya kira penghasilannya.
Melodinya simple tetapi mengikat dengan sekali pendengaran. Apa yang menjadi fokus pada lagu ini adalah sesuatu menyenangkan dan ia bergerak dalam satu ambien yang santai tetapi lengkap sifatnya. Saya sukakan feel keseluruhan lagu ini it’s giving the chill vibes. Saya kira this is how Pop hari ini should sounds like.
“Rembulan” sebuah lagi lagu yang memberi perasaan yang sama. Kemasan muzik di lagu ini sangat menarik. Pop yang dihasilkan benar-benar memberi satu standard berbeza menikmati lagu tempatan. Korusnya mengikat dengan cukup catcty. Persembahan vokal NAKI biar sederhana tetapi masih berbekal attitude tepat.
Beberapa lagu lain yang siap beredar lebih awal seperti “Dandanan”, “Tarian Sang Juwita” dan “Gadisku” turut menjadi pengisian album ini yang melengkapkan “teruntuk jantung” sebagai pentafsiran sebenar muzik NAKI. Pendengaran saya teralih pula pada penghasilan lagu “Lari” dan “Usang” yang bergerak sebagai sebuah lagi Pop yang menarik untuk dilayani.
Penghasilan “teruntuk jantung” saya kira berarah pada satu paksi Pop yang yang easy-listening dan tidak terlalu kompleks penghasilannya. Sound yang dihasilkan current dan saya senang dengan keputusan NAKI untuk keluar sedikit daridapa zon selesanya dan evolve dengan infusi baru dalam sound yang dihasilkan.
Album ini ada satu perihal yang lain daripada apa yang pernah saya dengar di EP “Melankolis” dan single sebelumnya. NAKI satu daripada bakat muda yang ada potensi sangat besar untuk bertumbuh sebagai pelapis muzik masa kini. Semoga berbekal album perdananya ini dia akan terus diraikan dengan lebih jauh dan panjang perjalanannya.
8/10
ARTIKEL BERKAITAN