
Lagu: Nuri Terbang Malam
Artis: M. Nasir
Komposer / Lirik: Jauhari
Produser: Hanafi Hamdan
Trend merakam kembali lagu terdahulu berterusan dan kali ini sebuah kesinambungan baru lagu lama yang sejujurnya saya sendiri tidak pernah mendengarkannya, diramu dengan begitu cool oleh Sifu M. Nasir.
“Nuri Terbang Malam” sebuah naskhah yang diedarkan pada tahun 1903 ini dikatakan sebagai lagu pertama yang pernah diabadikan dalam bentuk piring hitam. Dan usaha ini dilaksanakan bersempena projek M. Nasir bersama Luncai Emas tahun ini untuk melestarikan karya-karya terdahulu.
Inisiatif M. Nasir ini dibentuk dalam misi merakamkan kembali 100 lagu menerusi projek diberi nama “100 Lagu 100 Tahun”. Bersama produser muzik Hanafi Hamdan, M. Nasir memulakan projek ini dengan memberikan attitude berbeza pada penghasilan keseluruhan yang mengikut tempo serta attitude bermuzik M. Nasir.
Nuansa timur tengah dikekalkan dalam peralihan verse ke korus yang catchy dibantu dengan paluan gendang cukup dominan melatari keseluruhan lagu ini. M. Nasir saya kira dalam usahanya ini setidaknya berjaya memperkenalkan lagu ini sebagai naskhah klasik yang rata-rata daripada kita tidak pernah mendengarkannya.
Saya senang dengan penyampaian M. Nasir yang cukup bersahaja dan melengkapi kehendak melodi asal dengan kemasan muzik baru yang dihasilkan. “Nuri Terbang Malam” menjadi lagu yang bagus untuk kita meneruskan kelangsungan dalam mendengarkan persembahan M. Nasir dalam lagu. Ia tidak terlalu komplek dan It’s a fun track sebagai pembuka lembaran Pop tempatan tahun ini.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN