Review, Terkini,

Hani & Zue Melepas Sebuah Rasa Lewat Single “Speak”


Lagu: Speak
Artis: Hani & Zue
Komposer / Lirik: Hani & Zue
Produser: Zue

Nama Hani & Zue sudah cukup ranum dalam pengalaman bermuzik secara indie yang sudah lebih lima tahun berlegar mencari keyakinan pasaran muzik lokal.

Biar perjalanan muzik mereka masih belum begitu diterima meluas pasaran semasa namun kelibat Hani & Zue sentiasa ada bagi mengisi kelompongan pasaran muzik lokal yang memerlukan warna berbeza seperti apa yang duo ini tawarkan.

Lagu-lagu seperti “Biar”, “Mulut Tempayan” sehingga lagu terbaik mereka “Aku dan Laguku” yang beredar tahun lalu sudah memperlihatkan kematangan duo ini bermuzik.

Awal tahun ini mereka hadir dengan sebuah lullaby album berjudul “The Piano Album” yang hadir membuai dalam 5 lagu yang rata-ratanya lagu popular mereka.

Dan terkini, tanpa membuang lebih banyak masa Hani & Zue melewati rasa dalam sebuah persembahan beremosi menerusi lagu “Speak”.

Speak” hasil ciptaan sepenuhnya duo ini beredar 10 Mei lalu di semua gedung muzik digital menjadi sebuah lagi naskhah yang cukup bagus dalam diakografi mereka

Lagu ini hadir dalam penghasilan melodi yang cukup mengusik emosi dalam gelora rasa penulisan liriknya yang sederhana.

Penghasilan melodinya mudah menangkap pendengaran tanpa memaksa pendengar larut dalam persembahan sederhana duo ini yang memberi justifikasi vokal yang secukupnya.

Hani & Zue saya kira mungkin tidak mempedulikan tanda aras populariti mereka sebagai pemuzik tetapi saya kira ia bukan alasan untuk kita sebagai pendengar, pengamal media, peminat muzik dan radio untuk meminggirkan naskhah yang sebagus ini.

7.8/10


ARTIKEL BERKAITAN

Orkes A.Hizadin Melayangkan Rasa Syahdu Lewat Single “Menunggu”

 

Review, Terkini,

A Feel Good R&B Hasil Kolaborasi Abraham Kevin & Tarrarin Di Single “Emotion”

Lagu: Emotions
Artis: Abraham Kevin & Tarrarin
Komposer & Lirik: Tarrarin

Tarrarin ‘Svmmerdose’ dan Abraham Kevin ‘Idol 2018’ baru saja merilis single kolaborasi dengan Kegelisahart yang berjudul Emotions awal Mei 2020. Lagu ini digagas oleh I Made Suri Pandhu, selaku founder dari Kegelisahart yaitu, Sebuah wadah atau platform secara online yang ditujukan untuk teman-teman penyintas dan pejuang kegelisahan yang ingin menuangkan keresahannya melalui karya yang mereka ciptakan melalui media itu sendiri.  Tarrarin menulis lirik Emotions berdasarkan cerita nyata dari Kevin dan Pandhu yang berjuang menghadapi Anxiety Disorder (Kecemasan Berlebihan).

Harapan yang diinginkan oleh Kegelisahart setelah merilis lagu Emotions adalah meningkatkan kesadaraan masyarakat akan issue tersebut dan ajakan masyarakat banyak untuk melampiaskan kegelisahan gangguan mental nya, melalui medium seni seperti menyanyi, menggambar, membuat puisi dan karya seni lainnya. Lagu Emotions menjadi bukti bahwa penyintas gangguan mental mampu berkarya yang dapat dinikmati oleh masyarakat banyak.

 Rencananya nanti setelah pandemic selesai, akan diselenggarakan acara talkshow membahas Anxiety Disorder dengan ahli professional sekaligus mini showcase yang dimana Tarrarin dan Abraham Kevin akan menyanyikan lagu Emotions di depan publik dan akan banyak lagi project-project yang kami buat dan bagikan sebagai media pendukung untuk teman-teman penyintas kedepannya.

 Emotions sendiri mengangkat artwork bertemakan karya seni kolase (collage artwork) terinspirasi dari dadaism & abstrak ekspresionis. Warna didalam artwork ini sendiri mixed, untuk penggunaan warna merah cukup signifikan, merah berarti berani untuk melawan Anxiety dari dalam diri setiap individu, selagi harus bisa pergi dari blurry 
Warna lain merepresentasikan campuran dari emotions setiap individu disaat merasa terintimidasi oleh suatu keadaan atau peristiwa.

Highlight, Review, Terkini,

Keteguhan Bermuzik Noh Salleh Dalam EP 5 Lagu Berjudul “Bisikan”

Album: Bisikan
Artis: Noh Salleh
Produser: Noh Salleh
Label: Hujan Selaseh / Noh Phrofile

Nama Noh Salleh sebagai bakat solo muzik hadir cukup tersendiri yang berawal dengan lagu “Angin Kencang” yang dimuatkan dalam album studio pertamanya yang turut menampilkan lagu lain seperti “Sang Penikam” dan “Mr. Polia”.

Album perdananya itu juga menjadi semakin menarik dengan paket semula yang menampilkan lagu-lagu dalam produksi muzik kelas satu. Lagu “Sarawak” sehingga hari ini saya letakkan sebagai lagu terbaiknya sehingga hari ini.

Tahun lalu Noh sempat mengedarkan single melankolik berjudul “Debu Bercahaya” dalam persembahan melodi yang cukup membuai dan kemasan muzik yang begitu baik sekali penghasilannya. Berserta single itu Noh turut mengedarkan sebuah lagu lagu berjudul “Mahu Ke Mana”.

Terkini, Noh dalam rencana karier muziknya menghadirkan sebuah lagi naskhah EP digital terbaru berjudul “Bisikan” yang memuatkan 5 lagu keseluruhannya termasuk “Debu Bercahaya”.

EP ini dibuka sedikit keras dengan “Cinta Tak Lama” dalam ilham fusion retro dengan kemasan string yang merasuki baik keseluruhan melodi lagu ini. Korusnya mudah diingati dan melodi linear dalam cerita cinta remaja.

“Mau Ke Mana” lebih menarik pendengaran saya dengan kemasan string yang agak raw tetapi masuk dengan penampilan vokal Noh dan kemasan muziknya yang baik. Saya lebih gemarkan melodi ini di bahagian korusnya yang hadir dalam groove yang sederhana namun cukup terasa.

Momentum album ini menjadi lebih sederhana dan mellow di lagu “Jalur Dia” dan “Debu Bercahaya” sebelum ditutup begitu kemas dengan lagu berjudul “Bisikan” yang saya sifatkan sebagai lagu terbaik di EP ini.

“Bisikan” hadir dalam spirit bermuzik yang cukup Noh Salleh sekali sifatnya. Melodinya begitu mellow membuai dalam rasa yang cukup buram dan hiba lirik yang cukup membuai rasa. Bait “Biarkan ku tunggu sebentar, usia ku dah tak lama, sampai akhir masa ku yakin kau pulang…” menghadirkan remang rasa yang begitu dalam sekali.

Melewati EP lima lagu yang dihasilkan sepenuh lagunya oleh Noh ini saya kira dia sudah siap siaga berdiri teguh sebagai seorang pemuzik yang akan dihormati.

Lagu-lagu Noh mungkin sukar untuk menembus carta lagu popular tetapi akan pasti dijadikan rujukan muzik pada masa mendatang oleh pelapis-pelapis muzik muda.

8.6/10


ARTIKEL BERKAITAN

Faizal Tahir Menawan Hati “Sumandak” Semalaysia Dalam Seriosa Penuh Humor

Review, Terkini,

Marcell Kembali Pop Di Single “Sesuka Hatimu”

 


Marcell kali terakhir tampil dengan album Jazz “This Is Not Jazz” tahun lalu dalam rakaman semula beberapa hits terdahulunya juga lagu-lagu penyanyi popular lainnya.

Karier muzik Marcell di tahap itu berada di tahap baik dengan kematangannya bermuzik sejak awal tahun 2000 yang bermula dengan hits “Semusim” dan “Hanya Memuji”.

Terkini Marcell kembali dalam nuansa mid tempo Pop menerusi single “Sesuka Hatimu” yang hadir dengan melodi yang catchy dan lirik ringan.

Lagu yang ditulis oleh Ivan Adiliyan ini mengembalikan nuansa Pop Marcell dalam radar muziknya yang tersendiri. Menerusi akaun Twitter miliknya, Marcell menulis

“Sesuka Hatimu merupakan lagu dengan lirik bertemakan cinta, lebih tepatnya bercerita tentang korban-korban cinta buta, diperdaya perasaannya oleh orang yang ternyata hanya bermain-main saja, yang dirinya kemudian menjadi ‘lahan’ tipu daya.”

Lagu ini siap beredar di semua gedung muzik digital sejak 17 April yang lalu begitu juga dengan lirik video di YouTube.

6/10

 

#PerspektifMuzik, #RetrospektifMuzik, Highlight,

Semak 10 Album Di Era 90-an & Awal 2000 Yang Harus Anda Dengar!

MK membawa anda untuk kita sama-sama semak rilis-rilis hebat ini yang seharusnya dijadikan rujukan muzik hari ini.


Farra by Farra on Spotify

FARRA – PUTERI TARI (1996)
Album Dance Pop yang cukup solid sebagai sebuah produksi muzik yang begitu kemas dan bercitarasa. Zuriani yang bertidak sebagai produser album ini benar-benar memberi nuansa berbeza pasaran muzik tempatan ketika album ini diedarkan.

Dengarkan di: Spotify, Apple Music, JOOX, Deezer

Krisya on Spotify

KRISYA – GEMERSIK (1996)
Sepertimana hitsnya berjudul “Gemersik” karya cipta Adnan Abu Hassan begitu jugalah gemersiknya suara Krisya di album ini. Album yang beredar pada tahun 1996 ini menjadi satu-satunya album penyanyi yang dicungkil bakatnya oleh arwah Adnan Abu Hassan ini. Antara lagu lain yang menarik adalah Demi Masa (Azlan Abu Hassan), Bukan Salah Siapa (Azlan Abu Hassan) dan Selagi Masih Ada (Fauzi Marzuki).

Dengarkan di: Spotify, Apple Music

Najip Ali on Spotify

NAJIP ALI – OONIK (1995)
Najip di kemunculannya menerusi album ini hadir cukup eksperimental dengan rangkaian lagu-lagu dengan elemen quirky pop yang mengambil pengaruh dance pop Madonna sehingga ke pengaruh J-Pop pada ketika itu. Datang sebagai sebuah conceptual album, Oonik mendapat sentuhan produser muzik seperti KRU dalam beberapa lagu di album ini. Jika anda mahukan rujukan Pop dengan citarasa berbeza, Oonik sebuah album yang harus anda kaji.

Dengarkan di: Spotify, Apple Music

Phat Family Anthem, a song by Too Phat, Phlowtron, Muchachaz ...

PHAT FAMILY (2002)
Lama saya menantikan album ini dipasar muzik digital akhirnya dengan usaha Universala Music (M) album ini sudah mula dapat didengar kembali. Phat Family saya sifatkan sebagai salah satu naskhah penting sejarah Hip-Hop Malaysia. Produksi muzik album ini bergerak cukup idealist dengan struktur muzik yang buat orang kita pening masa tu how come our local talent boleh bikin album sehebat ini? Buy yeah they did it.

Dengarkan di: Spotify, Apple Music, JOOX

 

The Dancer, a song by Maizurah on Spotify

MAIZURAH (1991)
Years before she known as an actress di Malaysia, Maizurah Hamzah lebih awal bergelar Kylie Minoque Malaysia dengan penghasilan dua album inggeris “Maizurah” dan “Be Good To Me”. Lagu seperti “Wrong Girl” cukup untuk kita lihat betapa besarnya muzik 90’s Pop ketika itu seperti Madonna, Kylie Minoque dan Paula Abdul. Album ini jika anda dengar tanpa tahu siapa penyanyinya pasti tak ramai yang boleh mengagak ini album penyanyi kelahiran Singapura.

Dengarkan di: Spotify, Apple Music

Gerbang Muzik Anda :.: KRU - OST Cinta Metropolitan

OST CINTA METROPOLITAN (1996)
Ini antara OST yang paling menarik pernah dihasilkan di Malaysia. Selain lengkap dengan lagu-lagu yang sedap-sedap belaka, album ini turut hadir dengan selingan dialog dari filem yang dibintangi KRU ini. Antara hits terbaik Apa Saja, Semuanya Ok!, Oh La La dan all time favorite saya iaitu “Persetankannya”.

Dengarkan di: Spotify, Apple Music

Gejala, a song by Teacher's Pet on Spotify

TEACHER’S PET – DI SUATU HARI DI SUATU PERSIMPANGAN (1995)
Teacher’s Pet antara kugiran Poetic Pop di era 90-an yang sering hadir dalam ilham muzik yang cukup berinspirasi. Selain hits “Warisan Wanita Terakhir” yang dimuatkan dalam album “Eh Keras Tu” (1994), album Di Suatu Hari Di Suatu Persimpangan tampil lebih berisi dan berat. Antara lagu terbaik album ini “Kasih Ku Pinjam Wajahmu”, “Seringkali” dan “Cinta Kita”.

Dengarkan di: Spotify, Apple Music, JOOX

Gadis Misteri Suraya - EP by Indigo on Apple Music

Indigo – Intro (1997)
Kejayaan Innuendo hadir dengan rakaman semula “Belaian Jiwa” mencipta satu trend baru pasaran muzik tempatan dengan lagu lama yang diberikan nafas baru sebagai pertaruhan single. Indigo salah satu antaranya yang mengikut trend ini. Album ini solid ilham Pop R&B dengan harmoni vokal grup yang not bad at all. Lagu-lagunya catchy, fresh dan masih relevan untuk di dengar sehingga hari ini.

Dengarkan di: Spotify, Apple Music

Divide and Continue by Deanna on Apple Music

Deanna – Devide & Continue (1995)
Pesona Deanna Yusuf yang lebihpopular bergelar pelakon di era 90-an tidak menghentikan minatnya dalam bermuzik. Devide & Continue merupakan album perdananya yang menampilkan ilham muzi Alternative Pop. By Your Side menjadi single perdana album ini dengan beberapa lagu lain yang diproduksi cukup kemas muziknya.

Dengarkan di: Apple Music

Shawn Baharin on Spotify

Shawn Baharin – Melodi Hati (1993)
Satu-satunya penyanyi latin lelaki saya kira yang sempat mengendong ilham muzik ini di Malaysia. Nama Shawn Bahari begitu digilai saat dia muncul di pentas komersil. Lagu-lagu Adnan Abu Hassan dan Azlan Abu Hassan yang melatari album ini cukup menghiburkan. “Ceria Kembali” definitely lagu terbaik album ini selain “Melodi Hati”, “Rosmaria” dan “O.E.O”

Dengarkan di: Spotify / Apple Music


ARTIKEL BERKAITAN

#ICYMI Ini Lapan Album Lama Yang Boleh Di Strim Secara Digital

Terkini,

Mengenali Afifah Yusuf, Puteri Kepada Hetty Koes Endang Menerusi Dua Single Perdananya

Menjejak langkah ibunya, bakat baru Afifah Yusuf – anak perempuan kepada biduanita Hetty Koes Endang menzahirkan ilham Pop yang segar dalam rencana muziknya yang berawal tahun ini dengan kehadiran dua single yang siap beredar.

Seperti bakat-bakat baru lainnya Afifah turut menulis sendiri lagu-lagunya. Dua single yang sudah beredar adalah “Rasi Bintang” dan “Benua Berbeda” yang hadir dalam ilham easy-listening Pop yang menyenangkan.

Dua single ini merupakan usaha awalnya dalam penghasilan debut album yang akan diedarkan tahun ini juga. Mengambil judul “Reminder”

Menerusi “Rasi Bintang” Afifah mengajak pendengar untuk menikmati sudut pandang yang berbeza saat sedang jauh cinta. Ketika ingin mengenal lebih dekat atau membaca keperibadian kekasih lewat zodiak.

Manakala di single “Benua Berbeda” mengangkat kisah tentang sepasang kekasih yang menjalani hubungan di zon waktu yang berbeza. Sama seperti “Rasi Bintang”, single ini juga ditulis sendiri Afifah dengan produksi muzik Ari Renaldi.

“Lagu ini pertama kali aku tulis di tahun 2017 waktu aku dan pasangan masih menjalani hubungan long distance relationship (LDR), Indonesia-Amerika. Waktu itu, kami berdua habis berjumpa di musim panas terakhir sebelum akhirnya dia kembali for-good ke Indonesia pada musim panas di tahun 2018. Momen-momen menunggu dan tidak sabar ingin bertemulah yang membuat mood dalam lagu ini tercurahkan dengan nuansa bahagia dan terkesan excited”, tutur Afifah

Muzik ringan Afifah ternyata dekat dengan pasaran muzik anak muda hari ini. Cabaran terbesarnya adalah untuk tampil lebih menonjol kerana jika mahu bersandar dua single ini Afifah harus siap bersaing dengan bakat lain yang lebih besar pengaruhnya seperti Brisia Jodie dan Rahmania Astrini antaranya.

Afifah lahir sebagai Afifah Qamariah Yusuf berusia 23 tahun dan merupakan anak kedua dari dua bersaudara. Afi juga adalah graduan Jurusan Ekonomi Universitas Prasetiya Mulya.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Kevin Widaya & Andi Rianto Menebar Emosi di Single “Tak Berhenti”

Review, Terkini,

Deklamasi Kemanusiaan Rizky Febian Lewat Single “Melawan Demi Dunia”

Lagu: Melawan Demi Dunia
Artis: Rizky Febian
Komposer & Lirik: Rizky Febian
Produser: RahulTamara Putra

Pandemik Covid-19 ternyata memberi inspirasi berbeza buat kebanyakan pemuzik untuk bekarya. Melangkaui ilham cinta muda mudi, kebanyakan mereka memilih untuk berbicara tentang pendamaian, penyatuan dan kemanusiaan.

Rizky Febian satu di antaranya yang hadir dengan single terbaru berjudul “Melawan Demi Dunia” yang merupaka sebuah kerjasama dengan kitabisa.com yang mengutip dana untuk para pekerja kreatif harian (krew) yang terkena dampak serius pandemik ini.

Sebagai rangkaian penggalangan donasi, Rizky Febian akan mengajak sesama musisi untuk Live Streaming bersama melalui akun Instagramnya. Live streaming ini ditujuankan sebagai cara ajakan Iky agar masyarakat tertarik dan berpartisipasi dalam penggalangan donasi. Kami harapkan niat baik Iky ini akan menjalar ke banyak pihak, sehingga target donasi dapat tercapai dan kita semua bisa melewati masa pandemi ini.

Besar harapan kami semoga single “Melawan Demi Dunia” ini bisa menjadi penyemangat para penikmat musik Indonesia dan bisa diterima pula oleh rekan rekan Media. Terimakasih kami ucapkan sebesar – besarnya untuk Rekan Rekan Media yang sudah mendukung langkah positif Rizky Febian Selama ini. Kami berharap semoga kondisi saat ini bisa cepat berlalu sehingga rekan rekan bisa beraktivitas seperti sedia kala, Stay Safe and Healthy. Salam Musik Indonesia.


ARTIKEL BERKAITAN:

Humanisme RAN dan Hindia Menerusi Single “Si Lemah”

Highlight, Review, Terkini,

Humanisme RAN dan Hindia Menerusi Single “Si Lemah”

Lagu: Si Lemah
Artis: RAN & Hindia
Komposer & Lirik: LaleIlmanNino / Baskara Putra
Produser: LaleIlmanNino / RAN

RAN menerusi rencana terbaru karier muzik mereka meluncurkan projek muzik bernama “Omne Trium Perfectum: The Series” yang merupakan satu fasa baru karier muzik mereka dalam menghasilkan lagu-lagu yang lebih bersifat humanis.

Berawal dengan rilis berjudul “Ain’t Gonna Give Up” yang ditulis Rayi pada bulan Ogos tahun lalu, dilanjutkan dengan persembahan dari Asta pada bulan Oktober 2019 dengan single Saling Merindu. Terkini trio Pop seberang ini merilis sebuah lagi lagu berjudul “Si Lemah”.

Apa yang lebih istimewa menerusi single terbaru ini mereka menghadirkan kolaborasi bersama pemuzik yang semakin mencuri perhatian dengan karier solonya – Hindia menerusi penghasilan “Si Lemah.”

Muzik di lagu ini masih kental esen muzik RAN dalam beberapa lagu popular mereka sebelum ini dan inilah kekuatan mereka sebagai trio Pop yang sentiasa dinantikan kelibat di pasaran muzik nusantara. Lagu ini lebih istimewa di bahagian liriknya yang cukup relevan dengan keadaan semasa.

Mengangkat isi cerita keyakinan diri, musuh sebenar diri dan mencari kekuatan di balik kelemahan yang ada dalam diri. RAN dan Hindia membawa ilham muzik itu lebih dari sekadar hiburan kosong semata tetapi mampu diisi dengan tenaga yang positif dan memotivasikan pendengar.

Bait lirik seperti “Hai si lemah buatlah semesta menerima dirimu apa adanya.” Cukup berisi kisah manusiawi dan idea kesempurnaan hidup itu sendiri.

Lagu ini saya kira bergerak sebagai sebuah kritikan sosial yang baik. Seperti saya katakan tadi “Si Lemah” tidak hanya sekadar lagu yang memberi hiburan tetapi pengisian yang cukup bagus buat semua pendengar

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Mengembara Secara Solo “Baskara Putra” Sebagai “Hindia” Dalam Muzik Halus & Lirik Tajam Yang Melekakan

Review, Terkini,

Kevin Widaya & Andi Rianto Menebar Emosi di Single “Tak Berhenti”

Lagu: Tak Berhenti (,)
Artis: Kevin Widaya & Andi Rianto
Komposer & Lirik: Andi Rianto / Kevin Widaya / Aldi
Produser: Andi Rianto

Indonesia tidak pernah kurang dengan bakat suara yang cukup berkualiti. Kevin Widaya satu daripadanya yang hadir lembut penuh pesona dengan rilis terbarunya “Tak Berhenti (,)” yang beredar baru-baru ini.

Lagu ciptaan Andi Rianto dan lirik tulisan Kevin sendiri ini mengambil ilham Balada Indonesia yang diiring string arrangement yang begitu grand dan menawan sekali. Lagu cinta begini saya kira meletakkan nama Kevin sebagai pelapis legasi Pop soloist seberang seperti Glenn Fredly, Rio Febrian dan Marcell khususnya

Kevin melayari emosinya dengan begitu cemerlang di lagu yang dilatari kemasa string dan muzik Andi Rianto yang cukup dikenali dengan produksi muzik berkelas satu.

Berawal pada tahun 2012, Kevin Widaya mengawali debut bermuzik sebagai  vokalis “GRUVI” dan band “JIVVA” di tahun 2014 bersama Dimas Wibisana. Keduanya tak bertahan lama, akhirnya Kevin Widaya fokus dengan karir solonya, dan merilis single pertama berjudul “Irresistibly Good” pada November 2018 lalu.

8/10

Review, Terkini,

Faizal Tahir Menawan Hati “Sumandak” Semalaysia Dalam Seriosa Penuh Humor

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lagu: Sumandak
Artis: Faizal Tahir
Komposer & Lirik: FT / Mike Chan / Mage / Jaa / Karim Karam
Label: Faithful Music

Faizal Tahir setelah kali terakhir mengedar finale albumnya “Rojak” tahun lalu tanpa meletakkan nokhtah karier muziknya terus melewati pasaran muzik tempatan dengan komposisi dan produksi lagu buat penyayi lain.

Februari lalu dia siap bersama Dayang menghasilkan sebuah kolaborasi genius “X Missing U” yang turut menampilkan YonnyBoii dan Tuju.

Terkini dalam memberi lebih hiburan dalam situasi penuh tekanan semasa, FT menghadirkan sebuah fun pop track berjudul “Sumandak” dalam lirik penuh humor dengan sentuhan gabungan muzik raggaeton, pop dan ada juga edm di dalamnya dengan elemen arabic juga.

“Sumandak” hadir cukup catchy di department penghasilan melodinya yang tidak sukar mudah untuk dihadam pendengaran pendengar tempatan yang dekat dengan idea muzik begini.

Penulisan liriknya mengingatkan saya pada lagu arwah Tan Sri S.M Salim – “Apa Nak Jadi” yang bermain dengan ilham penceritaan nama-nama gadis, cerita jodoh dari perspektif lelaki dalam satira penuh humanisme.

FT menerusi wakil Warner Music menyatakan “Dalam keadaan kita yang tertekan sekarang ini, saya cuma ingin memberikan sesuatu yang lebih ‘ringan’ dan positif”.

Lagu begini saya kira tidak sukar untuk menawan pendengaran tempatan dengan stail selamba FT dalam penyampaian yang bersahaja.

7/10


ARTIKEL BERKAITAN

“Lupakan Saja Semuaaa..” This Is The Brand New Pop That You Need To Put On A Repeat Mode!