
Lagu: Sumandak
Artis: Faizal Tahir
Komposer & Lirik: FT / Mike Chan / Mage / Jaa / Karim Karam
Label: Faithful Music
Faizal Tahir setelah kali terakhir mengedar finale albumnya “Rojak” tahun lalu tanpa meletakkan nokhtah karier muziknya terus melewati pasaran muzik tempatan dengan komposisi dan produksi lagu buat penyayi lain.
Februari lalu dia siap bersama Dayang menghasilkan sebuah kolaborasi genius “X Missing U” yang turut menampilkan YonnyBoii dan Tuju.
Terkini dalam memberi lebih hiburan dalam situasi penuh tekanan semasa, FT menghadirkan sebuah fun pop track berjudul “Sumandak” dalam lirik penuh humor dengan sentuhan gabungan muzik raggaeton, pop dan ada juga edm di dalamnya dengan elemen arabic juga.
“Sumandak” hadir cukup catchy di department penghasilan melodinya yang tidak sukar mudah untuk dihadam pendengaran pendengar tempatan yang dekat dengan idea muzik begini.
Penulisan liriknya mengingatkan saya pada lagu arwah Tan Sri S.M Salim – “Apa Nak Jadi” yang bermain dengan ilham penceritaan nama-nama gadis, cerita jodoh dari perspektif lelaki dalam satira penuh humanisme.
FT menerusi wakil Warner Music menyatakan “Dalam keadaan kita yang tertekan sekarang ini, saya cuma ingin memberikan sesuatu yang lebih ‘ringan’ dan positif”.
Lagu begini saya kira tidak sukar untuk menawan pendengaran tempatan dengan stail selamba FT dalam penyampaian yang bersahaja.
7/10
ARTIKEL BERKAITAN
“Lupakan Saja Semuaaa..” This Is The Brand New Pop That You Need To Put On A Repeat Mode!