MK membawa anda untuk kita sama-sama semak rilis-rilis hebat ini yang seharusnya dijadikan rujukan muzik hari ini.
FARRA – PUTERI TARI (1996)
Album Dance Pop yang cukup solid sebagai sebuah produksi muzik yang begitu kemas dan bercitarasa. Zuriani yang bertidak sebagai produser album ini benar-benar memberi nuansa berbeza pasaran muzik tempatan ketika album ini diedarkan.
Dengarkan di: Spotify, Apple Music, JOOX, Deezer
KRISYA – GEMERSIK (1996)
Sepertimana hitsnya berjudul “Gemersik” karya cipta Adnan Abu Hassan begitu jugalah gemersiknya suara Krisya di album ini. Album yang beredar pada tahun 1996 ini menjadi satu-satunya album penyanyi yang dicungkil bakatnya oleh arwah Adnan Abu Hassan ini. Antara lagu lain yang menarik adalah Demi Masa (Azlan Abu Hassan), Bukan Salah Siapa (Azlan Abu Hassan) dan Selagi Masih Ada (Fauzi Marzuki).
Dengarkan di: Spotify, Apple Music
NAJIP ALI – OONIK (1995)
Najip di kemunculannya menerusi album ini hadir cukup eksperimental dengan rangkaian lagu-lagu dengan elemen quirky pop yang mengambil pengaruh dance pop Madonna sehingga ke pengaruh J-Pop pada ketika itu. Datang sebagai sebuah conceptual album, Oonik mendapat sentuhan produser muzik seperti KRU dalam beberapa lagu di album ini. Jika anda mahukan rujukan Pop dengan citarasa berbeza, Oonik sebuah album yang harus anda kaji.
Dengarkan di: Spotify, Apple Music
PHAT FAMILY (2002)
Lama saya menantikan album ini dipasar muzik digital akhirnya dengan usaha Universala Music (M) album ini sudah mula dapat didengar kembali. Phat Family saya sifatkan sebagai salah satu naskhah penting sejarah Hip-Hop Malaysia. Produksi muzik album ini bergerak cukup idealist dengan struktur muzik yang buat orang kita pening masa tu how come our local talent boleh bikin album sehebat ini? Buy yeah they did it.
Dengarkan di: Spotify, Apple Music, JOOX
MAIZURAH (1991)
Years before she known as an actress di Malaysia, Maizurah Hamzah lebih awal bergelar Kylie Minoque Malaysia dengan penghasilan dua album inggeris “Maizurah” dan “Be Good To Me”. Lagu seperti “Wrong Girl” cukup untuk kita lihat betapa besarnya muzik 90’s Pop ketika itu seperti Madonna, Kylie Minoque dan Paula Abdul. Album ini jika anda dengar tanpa tahu siapa penyanyinya pasti tak ramai yang boleh mengagak ini album penyanyi kelahiran Singapura.
Dengarkan di: Spotify, Apple Music

OST CINTA METROPOLITAN (1996)
Ini antara OST yang paling menarik pernah dihasilkan di Malaysia. Selain lengkap dengan lagu-lagu yang sedap-sedap belaka, album ini turut hadir dengan selingan dialog dari filem yang dibintangi KRU ini. Antara hits terbaik Apa Saja, Semuanya Ok!, Oh La La dan all time favorite saya iaitu “Persetankannya”.
Dengarkan di: Spotify, Apple Music
TEACHER’S PET – DI SUATU HARI DI SUATU PERSIMPANGAN (1995)
Teacher’s Pet antara kugiran Poetic Pop di era 90-an yang sering hadir dalam ilham muzik yang cukup berinspirasi. Selain hits “Warisan Wanita Terakhir” yang dimuatkan dalam album “Eh Keras Tu” (1994), album Di Suatu Hari Di Suatu Persimpangan tampil lebih berisi dan berat. Antara lagu terbaik album ini “Kasih Ku Pinjam Wajahmu”, “Seringkali” dan “Cinta Kita”.
Dengarkan di: Spotify, Apple Music, JOOX
![]()
Indigo – Intro (1997)
Kejayaan Innuendo hadir dengan rakaman semula “Belaian Jiwa” mencipta satu trend baru pasaran muzik tempatan dengan lagu lama yang diberikan nafas baru sebagai pertaruhan single. Indigo salah satu antaranya yang mengikut trend ini. Album ini solid ilham Pop R&B dengan harmoni vokal grup yang not bad at all. Lagu-lagunya catchy, fresh dan masih relevan untuk di dengar sehingga hari ini.
Dengarkan di: Spotify, Apple Music
![]()
Deanna – Devide & Continue (1995)
Pesona Deanna Yusuf yang lebihpopular bergelar pelakon di era 90-an tidak menghentikan minatnya dalam bermuzik. Devide & Continue merupakan album perdananya yang menampilkan ilham muzi Alternative Pop. By Your Side menjadi single perdana album ini dengan beberapa lagu lain yang diproduksi cukup kemas muziknya.
Dengarkan di: Apple Music
Shawn Baharin – Melodi Hati (1993)
Satu-satunya penyanyi latin lelaki saya kira yang sempat mengendong ilham muzik ini di Malaysia. Nama Shawn Bahari begitu digilai saat dia muncul di pentas komersil. Lagu-lagu Adnan Abu Hassan dan Azlan Abu Hassan yang melatari album ini cukup menghiburkan. “Ceria Kembali” definitely lagu terbaik album ini selain “Melodi Hati”, “Rosmaria” dan “O.E.O”
Dengarkan di: Spotify / Apple Music
ARTIKEL BERKAITAN
#ICYMI Ini Lapan Album Lama Yang Boleh Di Strim Secara Digital
