#RetrospektifMuzik, Highlight, Terkini,

Melayani Jiwa Julie Sudiro Dalam Diskografi Swing & Jazz Melayu Sepanjang Karier Muziknya 

Era 60-an banyak melahirkan penyanyi tempatan yang bergerak atas pengaruh muzik Swing dan Jazz yang sudah dilagukan dengan jiwa Melayu penyampainya. Julie Sudiro satu daripada khazanah muzik berharga yang harus didalami sejarah serta pengalaman bermuziknya.

Lama sebetulnya saya mencari material yang sudah dirakam Bidunita ini sepanjang karier muziknya. Sehinggalah baru-baru ini saluran YouTube “Getaran Nostalgia” memuatnaik beberapa EP yang pernah dirakam Biduanita Julie Sudiro atau nama sebenarnya Raden Juariah binti Raden Sudiro.

Memulakan karier bermuzik dengan memasuki pertandingan bakat nyanyian yang dianjurkan di Singapura, Julie Sudiro mendapat perhatian syarikat rakaman EMI selepas dia menjuari pertandingan nyanyian tersebut.

Rakaman album-album dan EP piring hitam bersama kugiran The Emeralds antara yang membantu menaikkan nama Julie Sudiro ketika dia awal bermuzik.

Bersama The Emeralds, Julie Sudiro menghasilkan beberapa hits seperti Tangisan di Hati, Selagi Kau Sayang Padaku, Kembalilah serta yang paling diingati adalah “Na Na Hey Hey Kiss Him Goodbye“.

Kehebatan Julie Sudiro sebagai penyanyi tidak hanya sebagai penyanyi rakaman piring hitam, dengan lebih 15 album keseluruhannya, Julie Sudiro cukup dikenali dengan kehebatan berpentas dengan bersahaja melantunkan suara merdunya.

Usai kontrak rakaman bersama EMI tamat, Julie Sudiro membuat keputusan untuk bernyanyi secara bebas di kelab-kelab muzik yang tidak hanya di Kuala Lumpur tetapi membawanya terbang jauh ke Hong Kong, Bangkok, Manila dan Melbourne.

Tidak lagi fokus dengan rakaman album, Julie Sudiro setelah itu hanya memberi fokus pada persembahan pentas – dari kelab malam ke istana, suara Julie Sudiro bergema menghiburkan pelbagai lapisan penonton.

Saya melayani beberapa album yang dimuat naik di saluran YouTube “Getaran Nostalgia” – feel dan soul Julie dalam menyampaikan lagu-lagu seperti “Oh Me Oh My”,Destination”, “Senyumlah Selalu” antara yangdipersembahkan dalam kesederhanaan.

Lagu-lagu rakaman semula yang diberi nafas tempatan pada liriknya terhasil cukup baik sebagai sebuah naskhah Pop yang menyenangkan. Ilham di EP 657 antara yang terbaik. Lagu seperti “Tangisan di Hati” antara yang dilontar dalam kemerduan suara biduanita ini.

Berdiri cukup tersendiri tanpa dibayangi mana-mana penyanyi sezamannya, sehingga hari ini nama Julie Sudiro masih lagi diingati sebagai salah seorang penyanyi yang memiliki bakat nyanyian yang cukup baik.

Melewati sejarah karier muziknya, Julie Sudiro mula menyanyi di kelab-kelab malam seawal usia 13 tahun pada tahun 1958 dan nama Julie Sudiro yang diilhamkan oleh salah seorang pengurus kelab malam di Singapura.

Hari ini dia tidak lagi aktif sebagai penyanyi namun masih terus diingati bakat serta sumbangan dalam bidang nyanyian di Singapura dan Malaysia.

Highlight, Review, Terkini,

Sebuah Doa & Harapan Yura Lewat Single “Tenang”

Lagu: Tenang
Artis: Yura Yunita
Komposer / Lirik: Yura Yunita
Produser: Iwan Popo

Yura Yunita satu nama yang sudah utuh dalam barisan hadapan pemuzik wanita Indonesia yang semakin dirasai juga dihargai keberadaannya. Berbekal 2 album “Yura” dan “Merakit” dia berdiri dengan tersendiri tanpa dibayangi penghibur lainnya.

Cukup kental dengan nuansa Jazz di album perdana dan semakin mendekati pengikut muzik Indonesia dengan persembahan Pop yang matang di album “Merakit” serta beberapa rilis ang beredar sebagai single seperti “Hoolala” dan “Duhai Sayang”, bakat Yura ternyata semakin disenangi.

Terkini dia yang semakin mahu mendekati jiwa-jiwa manusia yang celaru dan kelabu dalam sebuah harapan dalam hidup, Yura sekali lagi merilis sebuah lagu dengan lirik positif penuh manusiawi berjudul “Tenang”

Lagu yang ditulis sepenuhnya Yura ini hadir sebagai sebuah ciptaan lagu yang menginspirasi jiwa-jiwa yang lara pastinya. Monolog yang dilagukan ini menyentuh isi cerita jiwa manusia hari ini yang bergerak sebagai sebuah doa dan harapan.

Yura membalut rasa yang paling tenang dalam penyampaian vokalnya dengan terkawal sempurna sekali. Gemersik suaranya dalam bait-bait lirik yang ditulis cukup bermakna itu sampai terus kepada pendengar.

Setelah merilis “Duhai Sayang” lewat tahun lalu, Yura meneruskan visi bermuziknya dalam menginspirasi pendengar menerusi lagu ini dan ternyata saat dia semakin bahagia bergelar suri hati Donne Maula, semakin besar jiwanya mahu menginspirasi kita dengan lagu-lagunya.

“Tenang” saya kira satu jaluran muzik khusus Yura yang pastinya akan menjadi arah di album seterusnya dan sejujurnya saya tidak lagi sabar menantikan apa lagi yang mahu dia tawarkan buat kita sebagai pendengar.


ARTIKEL BERKAITAN

Terlarut Dalam Perasaan Nadin Amizah di Single “Seperti Takdir Kita Yang Tulis”

Highlight, Review, Terkini,

Terlarut Dalam Perasaan Nadin Amizah di Single “Seperti Takdir Kita Yang Tulis”

Lagu: Seperti Takdir Kita Yang Tulis
Artis: Nadin Amizah
Komposer / Lirik: Kevin Rinaldi / Nadin Amizah / Ramadhan Zulqi
Produser: Eky Rizkani

Gerakan muzik Nadin Amizah cukup menarik sekali perjalanannya. Berjalan atas landasan muzik Folk yang disulami kuat jiwa Indonesianya, Nadin menawan rasa jutaan yang sudah menikmati lagu-lagunya.

Tanpa mahu memperlahankan langkahnya dalam bermuzik Nadin Amizah mengedar sebuah lagi lagu terbaru yang disulami puisi indah cerita manusiawi dalam melodi yang melekakan.

“Seperti Takdir Kita Yang Tulis” menjadi pertaruhan terbarunya dalam meneruskan ilham bermuzik dalam sebuah pengalaman indah menikmati muzik.

Single terbaru yang ditulis bersama Kevin Rinaldi dan Ramadhan Zulqi ini membaluti jiwa Nadin dalam persembahan vokalnya yang semakin matang dalam tenang mengalun nota muzik yang tertulis.

Listrik liriknya masih menjadi senjata utama Nadin menarik perhatian kita untuk sama larut dengan melodi yang dihasilkan. Bait-bait indah tersusun kemas menyempurkan lagu ini.

Lalu, lalu bagaimana waktu berhenti bodoh di masa lalu” dan dibuka cukup impresif menerusi bait “Ku ingat di kamar ini, kita bermimpi akan menjadi angan tak pasti kicau berani.” 

Saya kira cara terbaik menikmati Nadin adalah menikmati setiap kata-kata yang disusun dalam penghasilan lagunya. Dan seperti apa yang sudah dihasilkan di lagu ini, Nadin indeed a good writer.

8/10


ARTIKEL BERKAITAN

“Gitu’an” Sebuah Manipulasi Budaya & Seni Muzik Etnik Dalam Sentuhan Segar Persembahan Alena Murang

Highlight, Review, Terkini,

Kaka Azraff Mengikat Kata Cinta Dalam Lagu Menerusi “Janjiku”

Lagu: Janjiku
Artis: Kaka Azraff
Komposer / Lirik: MFMF. / Tisya Tiar
Produser: MFMF.

Pasaran muzik Pop Kaka semakin cemerlang dengan rangkaian single yang bergerak dengan cukup cemerlang sejak dia awal bermuzik biar pada awalnya muzik yang dibawa bukanlah berada di radar komersil namun beriring masa muzik Kaka semakin diterima meluas.

Utuh dalam konsep muzik Urban Pop yang dibawa berawal dengan hits “Bukan Hal Aku” sehingga dominasi “GILA” di pentas AJL 35 yang lalu – Kaka is always one to watch sebagai pelapis muzik masa depan yang boleh kita banggakan.

Dan bersama ALYPH (Alif Magic Potion) Kaka sudah membuktikan bahawa dia memiliki sesuatu yang tersendiri dan unik. Lagu-lagu Pop terhasil baik dalam acuan muziknya meletakkan “Sibuk”, “Diamond”, “Kembali” dan “Terima Kasih” antara lagu terbaik yang sudah dipersembahkannya.

Terus mencuri perhatian pendengar semsa, Kaka baru-baru ini hits dengan Balada “Karma” yang saya kira sekadar okey. Bukanlah sesuatu yang terlalu bagus lagunya kerana Balada “Ada JalanNya” bersama Awi Rafael dulu lebih better lebih segar dan current.

Namun saya kira “Karma” banyak membantu perkembangan karier muzik Kaka untuk mencuri perhatian mass market yang seperti biasa akan sangat suka dengan Balada OST begitu.

Terkini keterujaan menikmati muzik Kaka dikembalikan dengan single “Janjiku” ciptaan MFMF. bersama Tysha Tiar yang boleh saya katakan begitu ‘Kaka’ sekali sifatnya.

Styling di lagu ini mirip dengan kebanyakan lagu-lagu Kaka bersama ALYPH dan saya sangat enjoy dengan persempahan Pop sebegini kerana muzik beginilah yang buat kita kenal dan suka dengan Kaka.

“Janjiku” terhasil dalam penulisan kisah cinta yang tidak sukar saya kira untuk kita sebagai pendengar menikmatinya. Korus di lagu cukup baik sekali dan mudah menangkap pendengaran.

Kaka juga semakin matang dalam persembahan vokal sederhananya yang melengkapi naskhah Pop ini dengan justifikasi yang secukupnya. Perasaannya tepat dalam kemasan muzik yang dinamiknya itu terasa di penghujung lagu.

Kolaborasi MFMF. dan Kaka ini antara yang paling saya nantikan dan ya ia ternyata sesuatu yang tidak langsung mengecewakan.

7.9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Sheila Majid Menyapa Dengan Kejutan Lewat Single “Ketika Cinta Ingin Dimengerti”

Highlight, Review, Terkini,

“Gitu’an” Sebuah Manipulasi Budaya & Seni Muzik Etnik Dalam Sentuhan Segar Persembahan Alena Murang

Lagu: Gitu’an
Artis: Alena Murang
Komposer / Lirik: Alena Murang / Joshua Maran
Produser: Joshua Maran

Alena Murang pemuzik independen yang merayakan pasaran muzik Alternatif Etnik muzik Sarawak sudah lebih awal berkarya sejak debut “Flight” beredar pada tahun 2016.

Kelibatnya di pasaran muzik mainstream mungkin terlalu jarang diperkatakan namun itu bukan alasan saya kira untuk kita sebagai pendengar memandang sepi apa yang diusahakan Alena dalam mengangkat khazanah muzik Etnik yang ada di sini.

Bakal meraikan kelahiran album terbarunya yang berjudul “Sky Song”, Alena Murang merilis single perdana daripada album tersebut dengan judul “Gitu’an” ciptaannya bersama Joshua Maran.

Lagu yang terhasil cukup authentic kraf muzik Etnik Sarawak ini dibuka dengan monolog dalam bahasa kaum Kelabit sebelum momentum muziknya bergerak dalam skala yang cukup besar.

“Gitu’an” bergerak sebagai sebuah naskhah budaya yang dilagukan dalam pesona Pop seorang Alena Murang. Usahanya mengkomersilkan muzik Etnik begini saya kira sudah cukup dihasilkan dalam sebuah repertoire muzik yang membanggakan.

Alena Murang saya kira mampu menjadi produk eksport muzik tempatan ke peringkat antarabangsa jika diberi satu sokongan juga anjakan untuk dia bergerak lebih jauh.

“Gitu’an” yang membawa maksud bintang menurut Alena merupakan refleksi kepada budaya tinggalan nenek moyang kaum Kelabit yang percaya akan elemen alam itu sebagai sebahagian identiti mereka.

Usaha Alena ini saya kira cukup penting sebagai sebuah apresiasi budaya yang harus diteruskan, diambil peduli dan dijaga. Menggunakan medium muzik untuk mendekatkan kita dengan usaha melestarikan budaya saya kira satu usaha yang harus disokong sepenuhnya.

9/10


ARTIKEL BERKAITAN

Melirik Usaha Melestarikan Masa Depan Muzik Tradisional Melayu Dalam Sebuah Riwayat Baru

Highlight, Review, Terkini,

V.E Menawan Pesona Motown Menerusi Single “Tunggu”

Lagu: Tunggu
Artis: V.E
Komposer / Lirik: Zaf / Mulah / DJ Uno / AJ Pop Shuvit / Cham
Produser: V.E

Voice of Euphonious atau V.E saya kira sudah menjadi sejarah menarik muzik tempatan dalam memberi revolusi muzik yang memercikkan satu warna menarik untuk kita ingati kraf muzik mereka.

Berawal dengan single “Ayu” evolusi muzik mereka cukup besar dalam memanipulasi Pop Yeh Yeh menerusi single “Pop Ye Ye” dan “Tak Mengapa” bersama Datuk A.Rahman Hassan. Selain harmoni mereka cukup dirasi menerusi Balada seperti “Kerna Sayang” dan “Saat Bahagia”.

Biar hanya sempat menzahirkan sebuah album penuh “For You” dan sebuah kompilasi kolaborasi mereka bersama rakan artis lain menerusi album “V.E & Friends” grup vokal ini saya pasti akan terus diingati berganti generasi.

Setelah beberapa kali percubaan untuk membuat comeback seperti jadi dan tidak itu, V.E akhirnya merilis sebuah lagu baru berjudul “Tunggu” yang datang dengan sebuah komposisi OldSkool R&B yang cukup matang penghasilannya.

Feel lagu ini berat terarah pengaruh Motown dan Soul dengan sedikit rasa Indo Pop yang diadun baik perasaan, penyampaian vokal dan produksi muzik yang cukup kemas.

Komposisi lagu ini saya kira cukup rasanya untuk kita sebagai pendengar muzik old skol R&B begini untuk mudah menikmatinya. Cuma saya tidak pasti jika pasaran muzik generasi muda hari ini mampu melayani ritma muzik begini.

Tapi saya kira untuk pemuzik senior seperti V.E itu bukanlah hal yang harus menreka terlalu ambil kira. Apa yang penting adalah konsistensi mereka dalam terus menghasilkan lagu begini kerana bagi saya ia penting untuk perkembangan muzik agar tidak stagnant dengan arah serupa sahaja.

Saya berharap VE dapat lakukan projek kolaborasi seperti apa yang mereka lakukan menerusi V.E & Friends dulu untuk cater pasaran lebih luas. Maybe EP 5 lagu kolaborasi bersama Shila Amzah, Alif Satar, YonnyBoii dan Dina mungkin.

6.3/10


ARTIKEL BERKAITAN

Firdaus Rahmat Kembali Menawan Rasa di Single Terbarunya “Sentiasa”

Highlight, Review, Terkini,

Mengulik Gabungan Dua Generasi Dalam Sebuah Persembahan Pop Tradisional “Intan Payung”

Lagu: Intan Payung
Artis: Bunga & Noraniza Idris
Komposer / Lirik: Bunga / Luca Sickta
Produser: Luca Sickta

Ketika kemunculan Noraniza Idris di tahun 2017 dengan single “Wangikanlah Hatimu” komposisi besar AG Coco bersama Amir Jahari dan lirik Ahmed Fedtri saya kira itu sudah sepatutnya menjadi satu benchmark baru arah muzik Kak Ani untuk memikat kembali minat pendengar menikmati Pop Tradisional seperti apa yang pernah dijulang di era 90-an dahulu.

Namun entah di mana silapnya lagu tersebut gagal mencuri perhatian pendengar. Melodinya sangat baik dan kemas. Festive mood dengan lirik puitis dalam refleksi teks warganet “Mengapa mereka yang mengaku suci sering lupa mencermin diri sendiri?”. Saya kira cukup kuat sekali penulisannya juga melodinya untuk popular.

Dan dengan berlalu begitu sahaja, single tersebut dilupakan sehinggalah Februari lalu Noraniza Idris muncul dalam sebuah single terbaru rapper muda Bunga menerusi lagu berjudul “Intan Payung” yang ditulisnya bersama produser Luca Sickta.

Lagu ini bergerak dalam kemasan muzik yang cukup segar bagi saya sekali pun mengambil sample lagu “Ketipang Payung” itu bukanlah input baru dalam penyatuan Hip-Hop yang disatukan bersama Klasik Melayu. Too phat pernah melakukan hal serupa bersama single kolaborasi Yusni Hamid dulu. Ahli Fiqir pun saya kira sudah banyak explore penyatuan ini.

Namun saya kira lagu ini terhasil sekadar cukup to serve younger generation yang tidak familiar dengan lagu-lagu melayu Tradisi.  Dan usaha Bunga bersama Warner Music ini sesuatu yang begitu baik untuk mengangkat kembali atau to lift up muzik Tradisi Melayu ke pasaran komersil.

Aesthetically saya kira “Wangikanlah hatimu” lebih matang dan cemerlang kemasan  muzik serta originality nya namun maybe ia agak heavy to cater pendengar muda yang suka sesuatu yang ringan. Dan hal ini saya kira mampu ditebus “Intan Payung” untuk mengkomersilkan kembali Pop Tradisi Melayu.

6.7/10


ARTIKEL BERKAITAN

Timbang Tara Muzik Kmy Kmo & Luca Sickta Dalam Persembahan Bersama Jamal Abdillah Menerusi “Neraca”

#RetrospektifMuzik, Highlight, Terkini,

“Phat Family” Sebagai Sebuah Victory & History Penting Gerakan Hip-Hop Tempatan

Bertuahnya kita memiliki Too Phat dalam sejarah muzik tempatan yang sudah memberikan satu gerakan baru muzik tempatan dengan semangat baru bermuzik, citarasa baru dan warna baru yang cukup memeriahkan pasaran muzik mainstream.

Hip-Hop yang dahulunya dekat dengan idea sub-budaya barat yang ‘gelap’ dan menentang budaya Melayu diterima meluas, terbuka dan diraikan sebaiknya.

KRU menjadi antara nama awal muzik Rap yang berjaya menembus ruang ortodox muzik melayu yang sering kali dikaitkan dengan Balada dalam satira kisah putus cinta dan perpisahan. Dengan bergerak penuh attitude dalam identiti muda remaja yang sudah dibaratkan dengan cara tersendiri.

Too Phat yang awalnya bergerak secara independen menemukan titik awal perjalanan mereka secara komersil menerusi Illegal yang membawa dua anak muda ini bertemu Ahmad Izham Omar dan Paul Moss bagi projek album perdana mereka.

Ilham penulisan melodi, lirik sehingga produksi muzik dihasilkan dengan keringat juga idea mereka sendiri yang bergerak atas kepercayaan label ketika itu sedar tidak sedar membuka satu ruang baru yang sehingga hari ini menjadi sejarah penting pasaran muzik tempatan.

Daripada bergerak berdua, Joe Flizzow dan Malique membuka lebih ruang buat new act dalan pasaran muzik Urban – Hip-hop juga R&B yang membentuk Phat Family. Terdiri daripada Too Phat sendiri bersama Teh Tarik Crew, Muchachas, Phlowtron, M.O.B dan Liyana Lil Boogie mencipta sebuah album Hip-Hop R&B terbaik sehingga hari ini.

Album ini datang dengan barisan pekerja muzik yang hebat-hebat belaka dalam memberi satu kosmik baru muzik tempatan. Selain Joe dan Malique, nama-nama seperti Illegal, Eka Shereen dan Goldfish menjadi tulang belakang album ini.

Rangkaian lagu seperti “Deep Doo Doo” (Too Phat), “Don’t Cha Waiting” (M.O.B), “Come On Come On” (Muchachaz) hadir dengan groove yang disulam melodi cukup catchy tanpa sukar membuat kita sebagai pendengar menikmati lagu ini sekalipun anda bukanlah peminat Hi-Hop.

Malique dan Joe Flizzow saya kira sudah melakukan sesuatu yang cukup penting dalam perkembangan muzik tempatan. Have you ever imagine ke mana muzik kita hari ini tanpa adanya Joe & Malique? Saya percaya ramai pelapis Hip-Hop hari ini inspirasi dan pengaruh muzik mereka datang daripada duo ini.

Dan biar sehingga hari ini muzik mereka masih dimainkan, dinyanyikan dan dijadikan rujukan untuk penghasilan material-material baru. “Phat Family” saya kira berjaya menjadikan Hip-Hop Malaysia itu sebagai satu empayar muzik yang grand, berpengaruh dan bersejarah.

*Kesemua lagu di album Phat Family kini boleh dinikmati di saluran YouTube “Getaran Nostalgia”.

Tracklist

1 DJ T-BoneDJ GoldfishDJ Uno (2) Intro

Producer, Arranged By, Composed By – DJ GoldfishDJ T-BoneDJ Uno (2)
0:59
2 Phlowtron Feat. Liyana Lil Boogie* Phlow-a-tech

Composed By, Arranged By – Damian Shortysoul
Producer – Joe Flizzow
Producer [Vocals] – Lah Of V.E.*
Written By – AtomdaBombDJ Face (13)Supafreak (2)
Written By, Co-producer – Crazy Carleed
4:29
3 M.O.B (4) Feat. Ruffedge Don’t ‘Cha Worry

Co-producer – M.O.B (4)
Producer – Joe Flizzow
Producer [Vocals] – Ruffedge
Written By – Saint (46)Shear (4)
Written By, Composed By, Arranged By – Sam*
4:19
4 Teh Tarik Crew Not A Good Idea

Composed By, Arranged By – Syaheed
Written By – DJ Fuzz (2)Mizz Nina
Written By, Producer – AltimetFiquetional
4:45
5 Too Phat Feat. Helium B. Deep Doo Doo

Backing Vocals – Too Phat
Producer, Composed By, Arranged By, Backing Vocals – Illegal (5)
Written By – Joe FlizzowMalique
3:56
6 Muchachaz Come On, Come On

Co-producer, Composed By, Arranged By – Damian Shortysoul
Producer – Joe Flizzow
Scratches – DJ Face (13)
Written By – Dalia (15)Lil EgoNoreen (3)Renita (3)Swayze Ink
4:43
7 Phlowtron Rain Dance (Shake Whatcha Mama Gave Ya!!!)

Bass – Illegal (5)
Co-producer, Composed By, Arranged By – Eka Shereen
Producer – Malique
Written By – AtomdaBombCrazy CarleedDJ Face (13)Supafreak (2)
3:33
8 Teh Tarik Crew Time Tested

Written By – AltimetDJ Fuzz (2)Mizz Nina
Written By, Producer, Composed By, Arranged By – Fiquetional
4:10
9 All Starz Division Bring It Raw

Instruments – Illegal (5)
Producer – Joe Flizzow
Written By – Esam (2)Laydee Dee*Lezless FlexNoa (43)QD (9)Shanton Tymer
Written By, Composed By, Arranged By – Tripdisz
3:46
10 M.O.B (4) Foo’

Producer – Joe Flizzow
Written By – Saint (46)Shear (4)
Written By, Composed By, Arranged By – Sam*
4:10
11 DJ T-BoneDJ GoldfishDJ Uno (2) Interlude

Producer, Arranged By, Composed By – DJ GoldfishDJ T-BoneDJ Uno (2)
0:46
12 Too PhatM.O.B (4)PhlowtronMuchachazTeh Tarik Crew Phat Family Anthem Feat. Liyana Lil Boogie

Co-producer, Composed By, Arranged By – Illegal (5)
Producer – Malique
4:18
13 DJ T-BoneDJ GoldfishDJ Uno (2) Outro

Producer, Arranged By, Composed By – DJ GoldfishDJ T-BoneDJ Uno (2)
0:14
Highlight, Review, Terkini,

Pesona Suara BCL Melatari OST “Surga Yang Tak Dirindukan 3

Lagu: Selamanya Cinta 
Artis: Bunga Citra Lestari
Komposer / Lirik: Melly Goeslaw / Iman Sastrosatomo / Manoj Punjabi
Produser: Anto Hoed 

“Surga Yang Tak Dirindukan” sudah menjadi sebuah francais filem yang cukup dinantikan lagu temanya. Melly Goeslaw yang cukup sinonim dengan jolokan ratu OST antara yang bertanggungjawab menghasilkan lagu tema siri filem ini.

Bearawal dengan nyanyian Krisdayanti menerusi lagu “Surga Yang Tak Dirindukan” diikuti beberapa lagu lain di dua filem sebelum ini seperti “Dalam Kenangan” meneruskan kelangsungan hits filem ini.

Sekali lagi di edisi ketiga ini Melly Goeslaw sekali lagi menggalas dalam menghasilkan lagu tema yang kali ini dibawakan suara merdu Bunga Citra Lestari yang cukup menawan dalam kesederhanaannya menerusi lagu diberi judul “Selamanya Cinta”.

Mengambil ilham filem itu sendiri yang bercerita tentang sebuah kekuatan cinta, single ini dibalut dengan kemasan muzik balada  yang begitu manis.

Karakter suara dan cara bernyanyi BCL yang khas memberi justifikasi baik buat lagu ini bergerak sebagai sebuah naskhah yang indah untuk dinikmati

Manoj Punjabi selaku CEO MD Pictures mengungkapkan, dirinya sangat serius dalam membuat lagu soundtrack filem kerana lagu mampu menjadi pintu masuk untuk film mendapatkan perhatian dalam jangkauan lebih luas.

Filem Surga Yang Tak Dirindukan 3 bakal tayang di platform Disney+ Hotstar pada April mendatang.


ARTIKEL BERKAITAN

Meraikan Setahun Bermuzik Pasca Idol, Lyodra Melepas Single “Sabda Rindu”

Highlight, Review, Terkini,

Meraikan Setahun Bermuzik Pasca Idol, Lyodra Melepas Single “Sabda Rindu”

Lagu: Sabda Rindu
Artis: Lyodra
Komposer / Lirik: LaleIlmanNino
Produser: LaleIlmanNino

Rangka kerjaya bermuzik Lyodra usai bergelar juara Indonesian Idol tahun lalu bergerak cemerlang dengan lahirnya single demi single yang terisi sebagai portfolio muziknya.

Berawal dengan “Gemitang Hati” (LaleIlmanNino) dan diikuti “Terlanjur Cinta” (Yovie Widianto) dan “Tentang Kamu” (Anji) meletakkan  namanya antara yang teratas dalam wakilan suara baru on demand hari ini.

Lyodra yang cukup dikenali dengan persembahan vokal cemerlangnya melepas nada-nada besar hari ini menzahirkan sebuah lagi single bersama produser LaleIlmanNino menerusi single yang diberi judul “Sabda Rindu”.

Hadir lebih Pop dalam meloldi catchy yang tidak sukar menangkap pendengaran, kawalan vokal Lyodra ternyata lebih in control di lagu ini berbanding apa yang kita dengan di tiga single awalnya sebelum ini.

Nyanyiannya lebih kemas, tidak berlebihan dan kedengaran lebih muda. Hal-hal ini saya kira anda boleh bandingkan dengan nyanyian Lyodra di lagu “Gemintang Hati” terutamanya.

Lagu ini saya kira bakal menjadi go to stream yang pasti memberi views dan numbers yang baik buat Lyodra. LaleIlmanNino saya kira berjaya memudakan bunyian Lyodra selama ini yang saya kira agak kedengaran old fashion dan over do. But this one she really sound young and in control.

7.3/10


ARTIKEL BERKAITAN

Raisa Meneruskan Kontemporari Pop R&B Lewat single “Ragu”