
Album: Arti Untuk Cinta
Artis: Arsy Widianto & Tiaara Andini
Produced & Arranged by: Yovie Widianto / Adrian Kitut
Perjalanan muzik Pop Arsy Widianto berjalan laju jika mahu diikutkan. Dengan barisan hits bersama Brisia Jodie sebelum in yang masih bergema di corong radio sehingga hits solonya diteruskan lagi dengan projek khusus bersama Tiara Andini.
EP berjudul “Arti Untuk Cinta” yang memuatkan 4 lagu yang mengambil latar Pop remaja yang boleh saya sifatkan sebagai naskhah romantis yang cukup sweet, catchy dan tidak sukar untuk melekat pada pendengaran.
Lagu seperti “Diam-Diam” antara yang cukup menarik bagi saya. Kemasan string di lagu ini memberi satu nilai tambah pada melodi simple yang dicipta Yovie Widianto. Dan dengan lebih 1 juta strim sehingga hari ini di Spotify saya kira ia bukanlah naskhah yang sukar untuk menarik minat pendengar.
Single perdana EP ini berjudul “Cintanya Aku” cukup kuat pengaruh muzik Yovie yang cukup dikenali dengan lagu-lagu Balada lembut begini. Penyatuan vokal Arsy dan Tiara juga tidak kedengaran canggung. Kedua mereka memberi justifikasi yang baik dalam menyeimbangkan komposisi lagu yang tercipta.
“Padamu Luka” dan “Bahaya” dua lagu terakhir mengisi EP ini yang buat saya fikir ia sempuarna sdbagai sebuah runut bunyi filem cinta remaja. Perjalanan dari satu lagu ke satu lagu itu bagai sebuah cerita yang seronok untuk dinikmati.
Arsy dan Tiara saya kira sudah cukup kukuh nama mereka untuk bertahan setidaknya 5 tahun mendatang untuk kekal relevan di pasar besar muzik Indonesia. Dan sejujurnya saya tidak sabar menantikan album perdana Tiara.
Namun EP ini saya kira terlalu dekat ilhamnya dengan EP “Soulmate” persembahan Arsy dan Brisia yang beredar tahun lalu tapi masih enjoyable dan ringan untuk dinikmati.
6.7/10
ARTIKEL BERKAITAN
Meraikan Setahun Bermuzik Pasca Idol, Lyodra Melepas Single “Sabda Rindu”