
Pasaran muzik Nasyid sedikit demi sedikit ditenggelami lambakan muzik Hip-Hop dan Pop yang memonopoli pasaran muzik tempatan hari ini. Biar begitu, usaha dalam meneruskan kelangsungan lagu-lagu Nasyid ini banyak diteruskan bakat Pop tempatan.
Pada tahun 2019, Alif Satar mengembalikan hits “Sesungguhnya” bersama Raihan yang mencipta satu ledakan baru muzik Nasyid yang berkembang bertitik tolak kembali dari situ. Setelah kolaborasi yang cukup booming ini menjadi, banyak label muzik yang mula meraikan semula lagu-lagu Nasyid ini menjadi satu latar muzik baru yang saya sebut sebagai Pop Kerohanian.
Ariff Bahran bersama Nazrey Johani (Sesunggunya Cinta), Khai Bahar & InTeam (Setanggi Syurga) dan tahun lalu sekali lagi Alif Satar bersama Raihan menerbitkan semula lagu “Damba Cintamu” bersama Raihan.
Tahun ini trend merakam dan mengedarkan lagu-lagu Pop Kerohanian diteruskan beberapa lagi rilis yang boleh kita banggakan. Semak senarai rilis terkini Pop Kerohanian tahun ini.
Faizal Tahir tahun ini menghadirkan sebuah album ketuhanan berjudul Qibla yang menmpilkan single perdana rakaman semua “Aku Tanpa Cintamu” bersama kumpulan Mirwarna. Album berisi sebuah lagi lagu baru berjudul “Syahadah” karya ciptaan FT bersama Mage, Ikhwan Fatana dan Wan Saleh.
Album istimewa ini turut menampilkan petikan Al-Quran yang diceritakan oleh FT dengan cara paling santai, paling mudah untuk kita hadam tafsirannya. “Qibla” saya kira datang dengan approach yang sangat mudah didekati pendengar muda khususnya.
Lagu “Syahadah” itu sendiri saya kira tercipta dengan cukup catchy dan cukup ramuannya untuk sebuah naskhah Pop Nasyid yang boleh dinikmati semua golongan dan peringkat usia. Air play lagu dan muzik video ini di televisyen saya kira akan sangat membantu “Syahadah” terus didendang.

Khai Bahar seorang lagi bakat muzik yang menampilkan album Nasyid Kontemporari menerusi album “Damba Ketenangan” yang menampilkan 6 trak keseluruhan. Rangkaian zikir disatukan dalam sebuah rakaman merdu suara Khai yang cocok dengan irama begini.
Terhasil juga sebuah lagu baru “Perpisahan” ciptaan Adi Pawana, Rudy Nastia dan Shamin Nazri yang hadir dalam ilham Balada yang sinonim dengan lagu-lagu Khai Bahar sebelum ini.
Berbanding album FT, Khai hadir dalam approach yang lebih konvensional dalam formula berulang yang pernah diguna pakai penyanyi Nasyid lainnya.
Kelebihan di album ini saya kira adalah alunan merdu Khai Bahar yang datang dengan feel dalam penyatuan melodi, lirik yang tepat mentafsir setiap naskhah dengan baik.
Sebuah lagi lagu Kerohanian yang diedarkan tahun ini datang daripada penyanyi Balada, Siti Nordiana yang mengundang Ustaz Shahrizan dalam dalam rakam “Hasbi Rabbi” ciptaan Ikhwan Fatana bersama Wan Salleh.
Nana seperti biasa dengan sejata suara merdunya membuai rasa sederhana dalam penyampaiannya. Lagu-lagu begini saya kira sudah menjadi makanan Nana sejak dia mengedarkan album Pop Nasyid berjudul “Anakku Sayang” pada tahun 2015.
Ikhwan Fatana sendiri selaian menghasilkan lagu bersama Faizal Tahir dan Siti Nordiana turut merilis melodi kutuhanannya menerusi single berjudul “Keampunan-Mu” tahun ini.
Dan bersama Hafiz Hamidun, Zizi Kirana seorang lagi bintang Pop yang melahirkan single Pop Kerohanian tahun ini. Lagu berjudul “Ramadhan” ciptaan Hafiz Hamidun dan Mambang ini menyatukan Hip-Hop dan Pop dalam alunan lirikal ketuhanan.
Sebuah usaha berterusan dalam meletakkan standard muzik Pop Nasyid sama seperti muzik lainnya harus diteruskan. Elite antara yang memberi comeback penuh kejutan dengan mengedarkan single Kerohanian perdana mereka berjudul “Alhamdulillah”.
Lagu yang diciptakan Noura dan Rayhan itu diterbitkan KRU Records menyatukan alunan Pop Elite dengan irama Nasyid. Menampilkan full line-up asal Elite, rilis ini antara yang menarik untuk diberi perhatian namun penghasilannya biasa-biasa sahaja.
Namun usah-usaha yang dilakukan ini harus diberi pujian dan semoga saban tahun munculnya Ramadan dapat diraikan dengan melodi Nasyid yang baru bagi meneruskan kelangsungan aliran muzik ini di pasaran muzik semasa.
ARTIKEL BERKAITAN
“Kasih Kekasih” Sebuah Arah Baru, Kecelaruan & Rawan Muzik Nasyid Tempatan